Showing posts with label Samseng. Show all posts
Showing posts with label Samseng. Show all posts

Friday, 13 November 2015

Husam - Ketua Dewan Ulamak PAS macam 'samseng' & NAJIB pulak dengan TIPU HELAHNYA...Mampoooslah rakyat!

Sabtu, 14 November 2015

Ketua Dewan Ulamak PAS Macam Samseng



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.

"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.

Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"

"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.
BLM.

NAJIB DENGAN TIPU HELAHNYA...

Hanya untuk renungan dan fikir-fikirkan untuk tindakan selanjutnya.


Sunday Morning Herald - Australia - Najib " Pariah "


Dakwaan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal kewangan boleh meninggalkan kesan ke atas hubungan antara Malaysia dan Australia, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Akhbar Australia itu memetik ahli akademik Profesor Clive Kessler, menasihati Australia yang berhubungan rapat dengan Malaysia, supaya "mulai sekarang melihat kepada Malaysia dengan serius dan bijak."

SMH berkata kejatuhan Najib sebagai perdana menteri satu hari nanti akan ada impaknya terhadap keutamaan dalam dasar asing Australia, memandangkan negara tersebut mempunyai "lebih banyak ikatan berpanjangan antara institusi dan individu dibina dengan Malaysia berbanding mana-mana negara jiran di Asia".

Ia melaporkan Kessler berkata, Australia percaya dengan "mitos" tentang Najib sebagai seorang yang "moderat, progresif, (dan) liberal".

Tetapi, di Malaysia, Najib "melepaskan pasukan autoritarianisme Islam dan keagungan etnik Melayu," kata Kessler, seorang profesor emeritus dalam bidang sosiologi dan anthropologi, serta seorang pakar Malaysia di University of New South Wales.

Katanya, Australia sering memandang Malaysia sebagai rakan yang mudah diramal dan boleh diharap di rantau ini.

SMH berkata Najib "berdepan risiko menjadi seorang pariah antarabangsa" kerana diselubungi skandal yang melibatkan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya dan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut akhbar tersebut, Australia bersedia kehilangan pertaruhan besarnya atas Najib memandangkan 1MDB, firma pelaburan negara hasil cetusan idea beliau menjadi subjek penyiasatan di beberapa negara.

Ia juga menyatakan dakwaan skandal kewangan beliau juga menyebabkan politik Malaysia menjadi "tidak berfungsi".

Najib menafikan terlibat dalam sebarang salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang untuk kepentingan peribadi, tetapi hari ini Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perdana menteri perlu sama ada menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya atau mendakwa lima media antarabangsa – WSJ, New York Times, Al-Jazeera, Channel News Asia dan The Economist – jika mahu membersihkan namanya.


Najib dengan The AmBank



Seorang pegawai eksekutif ibu pejabat Ambank dipecat gara-gara mempertikaikan arahan majikannya untuk menguruskan pemindahan masuk sejumlah wang SG$21 juta daripada UBS Bank Singapura ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Menyokong dakwaannya itu CAGM memuat naik akuan bersumpah dalam blog mereka yang memetik pegawai itu berkata, pada Mei 2013 beliau diarahkan pegawai atasannya menguruskan pemindahan wang SG$7 juta daripada UBS Bank daripada 3 transaksi ke akaun Najib.


Katanya, seminggu sebelum itu, SG$14 juta dimasukkan ke akaun sama.

Menyedari jumlah transaksi itu besar daripada yang dibenarkan, pegawai yang 14 tahun berkhidmat di Ambank memberitahu pegawai atasannya beliau perlu mematuhi proses yang ditetapkan.

"Memandangkan jumlah transaksi lebih tinggi daripada yang dibenarkan, saya perlu memaklumkan kepada Bank Negara dan saya memberitahu pegawai atasan saya perlu mematuhi prosedur.

"Wang daripada Singapura perlu ditukar kepada Ringgit dan mengikut arahan yang ditetapkan saya perlu memasukkannya ke dalam beberapa akaun semasa.

"Pegawai atasan pada ketika itu bercakap melalui telefon dengan pengerusi Ambank Tan Sri Azman Hashim, menghempas telefon dan menyuruh saya patuh kepada arahan kerana ia melibatkan pemindahan wang orang penting (VVIP) berprofil tinggi," katanya dalam akaun bersumpah yang dibuat di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur pada 8 Mei 2013.

Surat itu kemudian diedarkan kepada media oleh badan bukan kerajaan (NGO), CAGM.


Dalam akuan bersumpah itu pegawai bank berusia 50 tahun itu berkata, beliau juga dimarahi apabila membangkitkan tentang prosedur dan diberitahu Bank Negara membenarkan pemindahan wang tersebut dan dia hanya perlu ikut arahan.

"Saya ada buat salinan slip transaksi di mesin fotokopi dan pegawai atasan dapat tahu apabila beliau memeriksa laporan mesin fotokopi dengan juruteknik di bahagian IT. Saya syak mereka memantau gerak-geri saya melalui CCTV," katanya.

Katanya, setengah jam kemudian beliau dipanggil masuk ke bilik mesyuarat di Tingkat 46 dan terkejut melihat Azman juga hadir.

Beliau kemudian dimarahi kerana tidak mengikut arahan melibatkan pengurusan akaun berprofil tinggi dan membuat salinan slip tanpa kebenaran.

Katanya, pada petang hari yang sama selepas mesyuarat itu, siasatan dibuat dan beliau diarahkan meninggalkan pejabat dan tidak dibenarkan membawa pulang apa-apa barang dari pejabat.

"Pada pagi keesokannya saya diarahkan datang ke bahagian sumber manusia dan diberikan surat berhenti kerja serta-merta 
tanpa diberi peluang 
mempertahankan diri," katanya

Read More

Friday, 23 May 2014

[Video] DS Anwar Han Chiang College: UMNO Sombong dan Samseng!...Politik Korap...

Sabtu, 24 Mei 2014



Perkasa Dan Pemuda Umno Amal Politik Samseng, Kata Ahli Parlimen

rusuh1

Tindakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyokong pemuda Umno menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menunjukkan beliau bersetuju dengan politik samseng bermaharajalela di negara ini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata tindakan pemuda Umno itu bukan sahaja disebabkan kenyataan Rayer, malah kemarahan terbabit mula terkumpul apabila DAP memperkenalkan calon Melayu bagi Pilihan Raya Teluk Intan, Dyana Sofea.

“Seperti biasa Umno menganggap orang melayu mesti menjadi calon kepada parti Melayu, oleh itu mereka mula memainkan isu perkauman.

“Tindakan mereka itu juga berbeza dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerapkan perpaduan kaum.

Retorik itu digagalkan oleh mereka sendiri di Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan media.

Semalam, kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, R.S.N Rayer.

Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan.

Kemarahan itu juga dinyatakan dalam memorandum yang dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

selangorkini
Read More

Tuesday, 2 April 2013

*Berita Panas: "Seluruh Kuantan Lumpuh" Putus Bekalan Air! - MB Pahang Tunjuk Aksi Lucah! Ryan Albrey Pulak Cakap Melayu..

Selasa, 2 April 2013
Ryan Albrey bincang Lynas - Cakap Melayu..
Aksi Lucah Menteri Besar Pahang!
Lynas Mau Air Bagi - Rakyat Mau Air Tiada?
KUANTAN, 2 April - Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini. Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan. Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda. Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan. "Saya amat terkilan kerana Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar nak jual air ke Selangor.. tapi rakyat sendiri terpaksa menanggung derita akibat masalah air.. ini namanya "kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan... gajah di sebarang laut nampak.. kuman di depan mata tak nampak" akhirnya kami rakyat Pahang yang menjadi mangsa", kata seorang kakitangan kerajaan yang ditemui. Sungguh memalukan, di kala Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak berbangga kononnya mahu ambil alih Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelesaikan masalah air yang melanda negeri itu, tapi apa yang berlaku sebaliknya. Negeri Pahang sendiri yang mengalami nasib yang lebih teruk dari apa yang disangka selama ini. Kini seluruh Kuantan menghadapi masalah air yang cukup teruk sekali. 
Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg.Isap,Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg.Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar, Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan HJ.Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek. Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.  Menurut laporan dari laman web rasmi PAIP mendakwa gangguan tersebut berlaku akibat kerja-kerja penyambungan paip utama di Rumah Pam Kobat dekat Sungai Lembing. Namun, apa yang memusykilkan jika benar dakwaan PAIP itu, kenapa ada sesetengah kawasan yang sudah mengalami masalah air sejak dua tiga minggu yang lalu?. Inilah yang menjadi masalah sekarang ini. Jika berlaku di negeri pembangkang, sudah pasti begitu cepat media arus perdana memainkan isu. Namun, bila berlaku di negeri Perdana Menteri sendiri mereka semua menikus dan tidak mahu mendedahkan maslaah ini kerana takut undi BN hilang pada PRU13 nanti. Akhirnya cerita isu air dibakul sampahkan.
[Tolonglah Kerajaan Negeri Pahang, usahlah menipu rakyat lagi dengan isu air ini. Berpijaklah di bumi yang nyata. Buktikan BN mampu mengatasi masalaha air seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri sendiri. Jika di negeri pembangkang, mungkin masalah berlaku akibat peruntukan yang disekat dan sebagainya. Masalahnya, kenapa di Pahang iaitu sebuah negeri yang ditadbir oleh UMNO BN turut mempunyai isu yang sama. Bukankah negeri BN mempunyai cukup peruntukan yang boleh diperolehi dari pusat untuk mengatsai masalah ini. Kenapa tidak dilakukan? Mana pergi semua wang tersebut?. Kerajaan Negeri rela memberi geran tahunan RM50 juta kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kononnya untuk dasar pengswastaan, namun apa yang berlaku?. Semakin dikorporatkan maka semakin teruk masalah air di negeri ini?. Persoalan tentang Kuantan lebih teruk sebenarnya. Sudahlah ibu negeri Pahang ini dilanda bah yang teruk awal tahun ini, kini air pula teruk terputus di sana sini. Kasihan rakyat terpaksa menanggung derita akibat retorik politik pihak-pihak atasan yang tidak cakna. Mereka yang menjadi mangsa bukan sahaja penyokong pembangkang, malahan penyokong UMNO BN sendiri sebenarnya. Oleh itu ubahlah sekarang !

Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/04/panas-seluruh-kuantan-lumpuh-terputus.html#ixzz2PEkPno1P
Read More

Sunday, 31 March 2013

JKKK Mengamok Apabila Ahli UMNO Menyertai PAS!

Ahad, 31 Mac 2013
Samseng Mengamuk Depan Kerusi

Read More

Bab Samseng Depa Nombor Satu: Wanita Umno tubuh pasukan anti 'huru-hara' Pakatan...

Ahad, 31 Mac 2013
Wanita Umno tubuh pasukan anti 'huru-hara' Pakatan
HA HA HA... GARANG BEB GARANG
TEMPAT DIMANA LEMBU DUDUK
Mat Indera Sipejuang.blogspot
Read More

* Video Panas: Pantau Samseng UMNO Dulu - Srikandi PKR

Ahad, 31 Mac 2013
Pantau Samseng UMNO Dulu





Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil perlu menilai sikap samseng penyokong Umno BN terlebih dahulu sebelum menuduh Pakatan Rakyat akan membuat huru-hara pada Pilihan Raya Umum nanti.

Sambil menyifatkan tuduhan itu melampau dan tidak berasas, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mendesak Shahrizat menunjukkan bukti keganasan dilakukan penyokong Pakatan.

“Kenyataan Sharizat itu memang berniat jahat dan cuba menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi terhadap PR.

“Tetapi kita yakin, pengundi tidak mudah mempercayai tuduhan dangkal berkenaan. Apatah lagi senario politik ketika ini jelas menunjukkan budaya samseng dan huru hara dibawa oleh Umno BN sendiri,”

Aishah menambah, tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita merupakan golongan yang kerap kali menimbulkan huru hara dalam program anjuran PR.

“Tiga sayap Umno ini sangat agresif membawa budaya politik samseng dan fitnah dalam usaha melawan pendedahan PR mengenai kebobrokan pemimpin Umno BN.

“Selain membuat huru hara, aset PR seperti bendera dan bilik gerakan PR juga turut dirosakkan.

“Jangan lupa, ibu pejabat KEADILAN dan bas Jelajah Merdeka Rakyat sudah berulang kali diserang oleh para pengikut Umno BN yang biadap terhadap seteru politik

“Tetapi sehingga hari ini masih tiada tindakan polis diambil terhadap samseng ini,” katanya yang menjelaskan semua serangan ini membuktikan agenda huru hara ditaja parti itu.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan usaha Sharizat menubuhkan pasukan khas kerana seolah-olah menafikan kerja polis.

“Apa gunanya polis dikerahkan mengawasi kempen pilihanraya dan bilik pengundian kalau wujud pula pasukan khas wanita Umno?

“Ini sekaligus mencerminkan kejahilan Umno BN untuk menghormati tugas anggota keselamatan yang saban hari diharapkan menjaga kepentingan mereka.

“Apatah lagi, jika benar Sharizat mempunyai maklumat huru hara ini, beliau sepatutnya melaporkan perkara ini kepada polis dan bukannya bertindak melampaui bidang kuasanya,” ujarnya.


Read More

Thursday, 7 March 2013

Pasukan Keselamatan Pun Depa Bantai...: Politik GANAS SAM-SENG UMNO?

Jumaat, 8 Mac 2013
Menurut sumber, dalam kejadian malam tadi sebenarnya dua orang penyokong PR yang telah cedera akibat dibaling objek keras yang dipercayai batu. Kepala salah soerang daripada mangsa berdarah teruk akibat serangan penceroboh yang dikatakan membawa bendera Barisan Nasional ke program terbabit.

Tengok ni Sapa Yang KENA!

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena