Showing posts with label populariti. Show all posts
Showing posts with label populariti. Show all posts

Tuesday, 26 February 2013

N23 DUN Manjoi UMNO SEMAKIN CEMAS: Populariti Najib MENJUNAM LAGI 3%...Haiyaaa!..Ini Kali Lah Hantam Habis Sama Lu!!!!

Selasa, 26 Februari, 2013
N23 DUN MANJOI UMNO SEMAKIN CEMAS
Populariti Najib Susut Lagi!
dusunonline
Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu.

Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.

Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.

Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.

"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus, sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.

"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.

Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH.

Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual. -SH
UBAH SEKARANG!
aldita.blogspot
Takbir!   Allahuakbar
Read More

Friday, 8 February 2013

Umno @ BN TAMBUN pasti Mengelupur menghadapi PRU13.....Ini Kali Lah!

Sabtu, 9 Februari, 2013

Populariti Psy Meningkat, Populariti BN Merudum

Cina berkata.......


Friday, February 8, 2013
Populariti BN di kalangan orang Cina tinggal cuma 6 peratus!!!






Tahukah anda Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang (34) sudah berkahwin? Berliau bernikah dengan Yoo Hye-yeon pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak kembar perempuan. Tahukah anda Psy mendapat royalti sebanyak USD 8 Juta hasil dari berbillion video Gangnam beliau di Youtube. Paling lol ialang Psy datang dari keluarga super kaya dan sebenarnya tak memerlukan langsung kareer sebagai seorang pemuzik. Lucky guy! 

Mampukah Psy, Gangnam Style pulihkan populariti merudum BN?

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Barisan Nasional (BN) terpaksa melakukan perang saraf terakhir membentuk persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa dua atau tiga minggu lagi.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri di Pulau Pinang 11 Februari ini, BN mengadakan persembahan Psy dan Gangnam Style dari Korea Selatan bagi memulihkan popularitinya di kalangan pengundi Cina yang menjunam teruk daripada 17% kepada 6% dalam tempoh 10 bulan iaitu antara Februari dan Disember tahun lalu.

Katanya, dalam enam undian dilakukan tahun lalu, pengundi Cina yang “gembira” dengan Kerajaan BN terus jatuh menjunam daripada 17% pada Februari hingga 19% pada April, 18% pada Mei, 13% pada Jun, 19% pada Oktober menjunam kepada 6% pada Disember lalu.
Bagaimanapun, katanya, mampukah Psy dan Gangnam Style itu memulihkan dan memenuhi harapan Najib supaya kalangan pengundi Cina menyokong UMNO/BN pada dalam PRU-13 nanti.

“Tinjauan yang dijalankan Merdeka Centre pada akhir tahun lalu (antara 15 hingga 28 Disember 2012) mendapati hanya enam peratus pengundi Cina “gembira” dengan Kerajaan BN sementara 65 peratus “tidak berpuas hati” atau “marah”.
Source: Kedah La
Takbir!   Allahuakbar
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena