Showing posts with label Brigedkibaranbendera. Show all posts
Showing posts with label Brigedkibaranbendera. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

Ranking Media Online: Malaysiakini nombor satu diikuti Sinar Harian (2), The Star (3), Harakahdaily (4), Utusan Online (5) dan TMI.

Selasa, 18 Jun 2013
Harakahdaily
6 wartawan NST sertai TMI?

KUALA LUMPUR: Kakitangan akhbar New Straits Times hari ini terkejut apabila menyedari ramai rakan-rakan mereka meninggalkan akhbar berumur 167 tahun itu untuk menyertai laman The Malaysian Insider (TMI).
Menurut bekas editor kanan akhbar itu, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan, antara yang mungkin meninggalkan akhbar itu adalah Lionel Morais, editor jenayah kanan akhbar itu.

Enam orang wartawan NST dijangka menyertai Morais untuk memenuhi kelompongan di TMI yang ditinggalkan oleh Leslie Lau dan lebih dua puluh yang lain yang meninggalkan TMI.

"Berita baiknya, sehingga mereka mendapat pengganti Lionel dan pemberitanya, akan berlaku kejatuhan dalam kadar jenayah, sekurang-kurangnya di muka-muka akhbar NST," tulis Rocky (gambar).

Beliau juga mendapat maklumat, beberapa wartawan dari Singapura juga akan menyertai TMI.

Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan perkara ini namun tidak menyatakan siapa yang akan menyertai beliau di TMI.

"Kita ambil sebahagiannya...semua orang nak masuk sini sekarang," kata Jahabar kepada Harakahdaily.

Seorang wartawan kanan NST ketika dihubungi mengesahkan mengenai hal ini.

"Terkejut jugalah kami kerana kita tidak tahu apa-apa sebelum ni," kata wartawan berkenaan.

Baru-baru ini, kira-kira 25 wartawan, perekabentuk dan jurugambar TMI dengan diketuai Eksekutif Editornya, Leslie Lau berhenti secara berkumpulan dari TMI.

Mereka akan menyertai satu laman baru yang dibentuk kumpulan The Malay Mail iaitu Malay Mail Online (MMO).

Namun, Jahabar berkata, beliau tidak akan berhenti bahkan akan meneruskan TMI.

TMI kini media online yang ke enam dari segi rankingnya sebagaimana yang dicerap oleh Alexa.com.

Malaysiakini nombor satu diikuti Sinar Harian (2), The Star (3), Harakahdaily (4), Utusan Online (5) dan TMI.
Malaysiakini - Kuala Lumpur, Malaysia
Sinar Harian - Shah Alam, Malaysia
The Star Online
Harakahdaily
Utusan Online




Read More

Wednesday, 27 February 2013

* Wow, Terkini @ Gempar!! Orang Melayu DUN MANJOI Terkejut kerana BERUK Baca Utusan!

Rabu, 27 Februari, 2013
Kenapa Beruk Baca Utusan Meloya
Biar Betul!
Biaq betul beruk baca utusan? Ya la,beruk lebih suka baca utusan dari makan buah betik

Dah tak dak modal nak kutuk mamat ni.
mangkuk punya paper..

Read more: http://biaqpila.blogspot.com


Utusan Rugi RM15.50juta, Teruskan Boikot Sampai Ia Diisytihar Muflis



Mahkamah telah beberapa kali mengisytiharkan akhbar Utusan penyebar fitnah.

Justeru itu, akhbar Pemfitnah No 1 negara ini tidak perlu diberikan sebaranbg simpati dan rasa kasihan. Jika kita bersimpati dan kasihan kepadanya bererti kita bersubahat dan mendapat dosa dengan fitnah-fitnah yang ia lakukan.

Sekarang ia mengharapkan akhbar KOSMOnya untuk menjana pendapatan. Pastikan juga akhbar tersebut diboikot sama.


p/s Ada yang bertanya GB bagaimana pula nasib pekerja dan wartawan yang rata-rata beragama Islam di sana? Jawab kita ialah kita doakan mereka diberikan pekerjaan lain yang lebih mulia dan para wartawan itu diberikan hidayah menghentikan penulisan fitnah dan dosa disamping menjadi wartawan yang menulis kerana Allah yang menegakkan kebenaran dan keadilan.


Utusan catat kerugian sebelum cukai RM15.50j

Utusan Melayu (M) Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM15.50 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.356 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan susut kepada RM349.19 juta berbanding RM366.55 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan Melayu berkata perolehan yang lebih rendah itu berpunca daripada segmen penerbitan dan pengedaran yang mencatat perolehan yang lebih rendah, sebanyak 8.6 peratus serta pelupusan sebuah unit dalam segmen percetakan.

Utusan Melayu berkata tahun ini akan terus mencabar untuk kumpulan itu berikutan saingan sengit dalam penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dalam kalangan media.

Bagaimanapun kumpulan itu akan terus memanfaatkan akhbar kompaknya, Kosmo, untuk perolehan iklan yang lebih tinggi.

"Kami juga akan memanfaatkan segmen teknologi maklumat dan multimedia yang merekodkan perolehan yang meningkat sekali ganda tahun lepas.

"Segmen itu dijangka meningkatkan sumbangannya terhadap kumpulan itu," katanya. - Bernama




Read More

Tuesday, 26 February 2013

N23 DUN Manjoi UMNO SEMAKIN CEMAS: Populariti Najib MENJUNAM LAGI 3%...Haiyaaa!..Ini Kali Lah Hantam Habis Sama Lu!!!!

Selasa, 26 Februari, 2013
N23 DUN MANJOI UMNO SEMAKIN CEMAS
Populariti Najib Susut Lagi!
dusunonline
Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu.

Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.

Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.

Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.

"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus, sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.

"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.

Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH.

Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual. -SH
UBAH SEKARANG!
aldita.blogspot
Takbir!   Allahuakbar
Read More

Apalah sangatnya BR1M: Dulu Lagi FIRAUN Dah Buat!

Selasa, 26 Februari, 2013
Video Ustaz Azhar Idrus Bagi Paham Sikit - BR1M..

Video Firaun



hasnulhadiahmad.com
Firaun pun bagi 'BR1M', kata Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat
Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Beliau menceritakan bawah Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak.
"Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya.
Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan.

"Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini?
"Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.
"Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.
Beliau seterusnya menyeru rakayt agar tidak mengundi BN walaupun menerima bantuan tersebut.
"Cara BR1M, adalah tangungjawab kita untuk membijakkan rakyat. Rakyat dibijakkan, terima BRIM jangan undi BN. BRIM itu duit rakyat.  Bukan duit poket BN. Beritahu rakyat, bahawa BR1M itu duit kamu, ambil," katanya lagi

Katanya, beliau yakin Pakatan mampu mentadbir Putrajaya selepas membuktikan kecemerlangan memimpin di negeri dikuasai Pakatan selama satu penggal.
"Insya-Allah kita buktikan sekiranya kita ke Putrajaya. Kita menunaikan janji Buku Jingga. Janji yang akan ditepati, bukan menepati janji selama 50 tahun.

"Kita tahu rakyat diperkudakan. Buku jingga menyelesaikan masalah, bukan membodohkan rakyat. Insya-Allah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya.
Malaysiakini 
ridwanabdullah.com
Read More

Monday, 25 February 2013

AUTOMOTIF: Tawaran Terbaik PAKATAN untuk Orang Muda & Gen-y: Negara ASEAN Serantau Dah Lama Menikmatinya!

Isnin, 25 Februari 2013

kisahadique.blogspot

Video

Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib dihentikan
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 27 Julai: Semakan ke atas perbelanjaan luar perancangan dan belanja tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri berjumlah RM11.8 bilion mengatasi jumlah cukai eksais dan cukai import yang dikenakan ke atas kereta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jumlah itu meliputi tiga kategori iaitu perbelanjaan di luar perancangan, peningkatan belanja mengurus Jabatan Perdana Menteri(JPM) dan peningkatan belanja pembangunan JPM.

“Contoh perbelanjaan di luar perancangan oleh Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 blion), Bantuan Kembali Ke Sekolah (RM530juta) dan Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta).
“Begitu juga pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia, serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang jelajah Janji Ditepati yang dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, sejak Najib menjadi PM pada 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh JPM juga naik mendadak.
Keadilandaily

prestig.blogspot

Bersabar!!! Harga Kereta Akan Turun: Persatuan Automotif Malaysia Sokong Harga Kereta Diturunkan.. Jom Terjah!!!


Berbeza dengan pencacai-pencacai UMNO yang menentang kempen ini, biarpun ramai diantara mereka hanya mampu memiliki kereta secondhand yang dah buruk..  Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut menyokong cadangan ini..

“Jika harga dikurangkan secara beransur-ansur dan tidak menyebabkan gangguan, maka ia adalah baik,” kata veteran industri kereta ini..

Jadi.. buat yang diluar sana yang masih punya pemikiran yang waras, fikirkanlah pihak mana yang wajar diberikan sokongan..

UMNO/BN yang sudah 55 tahun membebankan rakyat Malaysia dengan cukai kereta yang tinggi ini iaitu 65 dan 105 peratus  atau PR yang sedang berusaha untuk menurunkan cukai sekaligus harga kereta ini..

P’satuan Pengedar Kereta sokong Pakatan turun harga kereta
malaysianbikers.blogspot

KUALA LUMPUR 13 September: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu, Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Pinjaman Kuala Lumpur Selangor menyokong penuh dasar Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menurunkan harga kereta.

Menurutnya, perbincangan tertutup selama dua jam yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN itu semalam menyentuh seluruh aspek dalam usaha menjayakan manifesto penurunan harga kereta.
“Kita dah berbincang dengan persatuan terbabit dan mereka memuji usaha kita dan ada yang memberi kritikan membina. Kita ambil serius usaha ini dan akan terus menghalusi semua cadangan agar ia dapat dilaksanakan,” kata Rafizi dalam sidang medianya.

Presiden persatuan itu, Khoo Kah Jin memaklumkan, pihaknya menyokong usaha berkenaan dan perbincangan tersebut telah mencapai beberapa persetujuan bersama dalam kaedah menurunkan harga kereta.

Antaranya, mereka sepakat agar cukai eksais tidak diturunkan secara mendadak dan pengagihan Permit Import (AP) dibuat secara tender terbuka.
“Saya juga telah meminta Presiden Automotif Malaysia (MAA) untuk berjumpa dengan saya dan berbincang sekali mengenai perkara ini,” kata Khoo.

Beliau juga mencadangkan supaya hutang pinjaman kereta selama 9 tahun dipendekkan kepada tujuh tahun kerana katanya, selepas tempoh 9 tahun, harga pasaran kereta akan jatuh teruk.
Keadlandaily.

Proton, Perodua kekal terendah jika struktur cukai dirombak, dihapus

PETALING JAYA 27 Julai : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Proton dan Perodua kekal harga kereta terendah dalam pasaran jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan.

“Jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.

“Maka, harga Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Rafizi berkata, latah pemimpin Umno BN mengatakan rombakan struktur cukai menyebabkan harga kereta import setara Perodua dan Proton, sekaligus menyebabkan jenama kereta tempatan itu terpinggir, tidak benar sama sekali.
Keadilandaily.
N23 DUN MANJOI
Read More

BLOGGER Bangsat! : Kerja Pengeditan Setan yang dikenali....

Isnin, 25 Februari, 2013
BLOGGER UMNO JAJA FITNAH DENGAN MENGEDIT GAMBAR, KATA TGNA ADALAH SALAH SEORANG PENERIMA BR1M JUGA!!!!!!
http://omakkau.blogspot.com,


Beginilah akhlak blogger UMNO yang mampu Omakkau tarafkan tak ubah macam haiwan.

Sanggup melakukan pengeditan kepada gambar TGNA semata-mata mau memfitnah beliau sebagai salah seorang penerima BR1M.

Dia ingat rakyat ni bodoh macam para pengikut totok UMNO atau pun yang bertenggek di PWTC setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Para penerima yang layak menerima BR1M telah ditetapkan pendapatannya seisi rumah sebulan kurang dari RM3,000.

Fitnah dengan UMNO sudah tidak mampu dipisahkan lagi.. Sudah sebati piang hingga ke tulang sum-sum.

UMNO kalau tidak memfitnah dan menipu bukanlah UMNO namanya.

CUBA NAK MEMFITNAH TGNA KONONNYA PENERIMA BR1M SEBAGAI HAIWAN TETAPI SEBENARNYA BLOGGER UMNO INILAH YANG SEBENARNYA BERSIFAT HAIWAN TANPA ADA RASA TAKUT KEPADA DOSA.
Source: Omakkau/Harakahdaily


Ini Sebabnya Umno Meroyan.....
TG Nik Aziz aset terbesar Pakatan - Anwar

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rekod kepimpinan yang ditunjukkan Tuan Guru Datuk Nik Aziz selama 22 tahun di Kelantan adalah aset terbesar Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.

Bagi beliau, intergriti dan good governance yang ditunjukkan Tuan Guru Nik Aziz selama 22 tahun mentadbir Kelantan membuktikan kehebatan kepimpinan yang ada pada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 di Pusat Konvensyen Shah Alam tengahari tadi.

Kata Anwar, tidak ada mana-mana pemimpin di rantau sebelah sini yang boleh mengatasi kehebatan Tuan Guru Nik Aziz dari segi intergritinya.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat juga berbangga dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Guan Eng hebat dari segi kecekapan dan ketelusan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin beliau.

"Beliau juga sanggup mengaku kelemahannya untuk memahami keperluan Melayu Pulau Pinang.

"Selepas kita beritahu, dia telah memperuntukkan setengah bilion ringgit (RM500 juta) untuk perumahan di Pulau Pinang," kata Anwar.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat sangat berbangga dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dengan perancangan yang dibuat oleh Khalid, lihatlah apa yang dikecapi oleh rakyat Selangor sekarang," kata Anwar dalam ucapannya memuji kehebatan Khalid dalam membangunkan ekonomi Selangor.
Harakahdaily.
pekenawah.blogspot
Read More

Sunday, 24 February 2013

PERKASA! Perkasa!..Aduh! seksi @ seksa.. Brahim vs KMnya Cina..Malu Weh!

Ahad, 24 Februari, 2013
jomfaham.blogspot
Patuhi dulu suruhan ALLAH..lepas tu baru kalut pertahan KALIMAH ALLAH..!!!
KedahLanie

Negeri Diperintah DAP, KMnya Cina, Tetapi Atlet Sukan Takrawnya Menutup Aurat!


Gambar FB Pemain

Baju Renang Muslimah (Full Cover Swimsuit)

Al Ikwah Kid's
OK aje...Takde masalah pun....

Read More

Saturday, 23 February 2013

Info Penting Pengundi Melayu DUN Manjoi: Ucapan TG NIK AZIZ vs TV3...Laloq Sungguh! Apa Kata Gen-y..

Ahad, 24 Februari,2013



Gen-y Support TUK GURU
syfqroslan1706 3 hours ago
Aq ulang 7 kali video nie,,tp skali pon TGNA TAK SEBUT PKATAAN BR1M,,apa yg TV3 cuba kaitkan BR1M dgn video nie??
Reply  · 13    

Hafifi Shukri 3 hours ago
Susah cakap dengan puak umno ni...otak tepu...janji duit masyuk apa pon boley...
Reply  · 10    
All Comments (644)

 toksaad 7 minutes ago
masalahnya ko cuba tgk apa yg tv3 n utusan cuba sampaikn kt dlm video kat atas. itu misleading bro. nik   aziz tak ckp pun org tu haiwan dia kasi perumpamaan je. manusia dtg dekat sebab duit, ayam dtg dekat pasal ada jagung, lembu dtg dekat pasal ada jerami. satu lg kena time skarang kerajaan sibuk nak bg duit. why not lepas menang PRU lepas tros konsisten kasi duit selama memerintah. ko bleh fikir sendiri kan. kalau ko dady ko blikan keta ko kna ambil hati dulu kan. hehe theory is the same here
Reply  ·       in reply to hamba allah (Show the comment)

rempuhsaja 14 minutes ago Hujah Pencacai Umno
bagi ilmu? ilmu ape? ilmu mnyeleweng? tunjuk contoh dulu kt rakyat negeri mu yg trpaksa melata mncari rezeki kt negeri lain....
Reply  ·    

toksaad 20 minutes ago
korang otak kerajaan mmg lembu. bingai!!xbersyukur!!!puih!!!. org tu bagi nasihat cara elok bodoh. ko jangan jadi bahlol mcm lembu. dia kasi perumpamaan. kita bersyukur tapi pada allah atas segala duit yg kerajaan bagi. so apa masalahnya?. hari2 kita sembahyang n berdoa. ITU NAMANYA BERSYUKUR> BUKAN MENJILAT BONTOT UMNO SAMPAI LICIN BODOH> DASAR ORANG BANGANG. MACAI PENCUCI NAJIS
Reply  ·       in reply to ryutakayama22 (Show the comment)

shacky minhyuk 37 minutes ago
mengucaplah weyy . kau hina alim ulamak macam kau hina nabi !!
Reply  ·       in reply to cumicumi5 (Show the comment)

cumicumi5 1 hour ago Pencacai Umno Tegar
hanya ayam dan lembu saja yg tak paham apa yg iblis tua tu ckp
Reply  ·       in reply to syfqroslan1706 (Show the comment)

cumicumi5 1 hour ago Pencacai Umno
bodo iblis tua ni. kalu nak cakap pasal politik pon
knapa nak kena umpamakan dgn binatang.
betul2 cakap macam iblis.
iblis tua ni ceramah agama mcm mana pon hasilnya tetap dpt org islam yg bepecah. belah.sama spesis dgn ustat rajalawak ganu tu
Reply  ·  

Farul Aziz 2 hours ago Atas Pagar Tegar
ape yg korang pening2 kan ni. lebih baik benti bergadoh. carik solution macam mane nak bersatu. buat ape kite berpuak. xde guna nye. lagi merosak kan negara je. susah bangsa2 melayu kita dulu nak kejar kemerdekaan. penyudahnye kita yg berpuak bangsa lain pulak bersatu kat atas tanah malaysia sendiri. bukak minda. bukak mata. masing2 da tua. dah nak mampos dah pon. tapi perangai aduhhh. macam budak tadika. berebut sana. berebut sini. tuduh2 sana. tuduh2 sini. BUKA LA MINDA WAHAI BANGSA MELAYU.
Reply  ·  

ryutakayama22 2 hours ago Pencacai Lembu Tegar
Korang otak pmbangkang mmg lembu.bingai!!xbrsyukur!!puih! !!
Reply  ·  

hamba allah 2 hours ago
masalahnya,dia bg tu utk sngkan rakyat bkn nak rahsuahkan rakyat supaya undi bn... undi itu hak kita nak undi sapa pon.. kalau kowg ambil duit tu n undi pas bn taw ke?so knelah peka sikit dgn apa yang org bg.. bkn ambil duit tu wajib undi bn... undi adalah hak kita,hak rahsia kita.. kalau setakat nak ceramah sal nih xpayah pon xpa... bkn bagi ilmu tp bgi sorg sikit dosa..
Reply  ·  

monyet Tampan 2 hours ago
BERITA TV3 SIAL
Reply  ·  
 
Adi Putra 3 hours ago
Kau ni form brape? takat RM27.5 juta tu mahal lagi kot harga rumah2 puak2 umno ni. Tu bukan Kembangkan hasil cukai....bangang!!!! tu KEMBONGkan Perut dorang..hahahahaha. Mcm Beli Kapal selam scorpane tu la mangkuk... harga beli cecah RM3.4 billion sedangkan French kata hnya separuh kos sebenar. Mana pegi RM1.4 billion tu???
Reply  ·     in reply to Arietini Arie (Show the comment)

azmi326783 3 hours ago Pencacai Umno Tegar
Tenguk betul2 n dgr baik2 ucapan nik aziz sengal ni...bangang punya tok lebai....sehaiwan2 kami yg terima br1m ni kami menyokong perjuang pemimoin kami xpi org pas yg lbh cbuk jugak dtg ambil duit br1m tu sape nik aziz oiiiii....ni la ulamak paling bangang kat kat dlm m'sia...otak taruk kat kpala lutut punya ulamak.
Reply  ·  

Adi Putra 2 hours ago
Kau tu yg sengal...mangkuk!!! dia cakap Islam tu tegak dgn Ilmu bukannya wang ringgit. Kau, aku, kita semua ni manusia, Insan yg perlu di pandu dgn ilmu. Lain lah kita ni ayam, lembu, binatang sua dedak, jerami...datang terus. Sekadar tabur material n wang ringgit jer semata2 mana boleh!!! contoh klu kau ada anak umur 7 tahun kasi 20 hggit suruh pegi kedai...kompom balik penuh jajan, cekedis yg dia beli. cuba bgi 20 hinggit kt isteri ko...kompom dia beli sayur, ayam brg dapur. Pendekatan Ilmu
Reply  ·     in reply to azmi326783 (Show the comment)

Ajie Genji 2 hours ago
you yg sengal bro dengar betul ucapan nya tapi dengar dari kitab syaitan umno tu dengar baik ucapan jgn mracau x tentu arah you baca quran tak kalau x baca jgn lah menuduh org x tentu arah itu bukan duit umno itu duit rakyat atau kamu dah buta hati saya rasa kaamu yg bangang atau bongak kata org n9 org ada ilmi x macam you bro yg sengkat pemikiran dan tiada limu dalm melemparkan pandangan kaji ucapan nik aziz tu dulu
Reply  ·     in reply to azmi326783 (Show the comment)

acap tenten 3 hours ago
sy nk tnye duit BR1M dtg nye dr mne ye ? duit rakyat ke duit umno ? klu duit umno spe pulak yg bg yew ? klu duit pinjaman dr bank dunia siapa plak yg t'gung yew ? dato sri nk t'gong ke ? byk nye duit dato.nk tnye lg satu bape byk rakyat yang tak tahu pasal duit nie ? KALAU NK TAW DUIT NIE,,DUIT RAKYAT BRO !! UJD TAK KIRE LA SAPE AMBIK KLU ORNG PAS AMEK PON BUKAN DUIT UMNO..(DUIT RAKYAT) KLU ORG UMNO AMEK PON DUIT (RAKYAT JGAK) JD APE NK HEBOH SGT..TUU DUIT RAKYAT !! TAK PAYAH LAA NK BERSELINDUNG
Reply  ·  

nejji64 3 hours ago
Hidup tok guru
Reply  ·  

joey jb 3 hours ago
astaghfirullahhalazim..truk btol manusia zmn skrg..insaflah..brpgglh kpd ajarn islam yg sbnr-bnrnya..
Reply  ·

Fayyadh Amin 4 hours ago
Hutang negara nak cecah 55 % KDNK tu PR yg buat ke ? Yg byk rasuah tp tk pernah nak didakwa tuh PR ke ? sebab tulah , takkan sebab jasa yg dah memang tanggungjawab depa , kita boleh tolak ke tepi benda yg salah . Aku tau hang tk boleh nk terima komen ambo nih , Hahah . dakpe nih kan demokrasi . Selamat beramal .

Ahmad Nabil 5 hours ago
Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang.kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.
Reply  ·     in reply to hus0312 (Show the comment)


Info Senggal Sungguh: RM41.60 Sebulan, Nak Makan Batu?

BR1M: Najib kata RM500 cukup makan setahun


KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 cukup untuk makan setahun.

(Gambar: BERSEPAH...buku ‘Janji Ditepati’ yang diedarkan oleh Najib dan Ahmad Said tidak dipedulikan para hadirin.)

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

“Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, di sini hari ini.

Pada sebelah petang, sekumpulan lebih 300 orang mahasiswa berkumpul secara aman di jalan masuk ke Riyaz Herritage Pulau Duyong tempat pertemuan tertutup Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Kumpulan mahasiswa berkenaan berdemonstrasi bagi menyerahkan memorandum berkaitan dengan hak royalti negeri Terengganu kepada pemimpin tertinggi negara.
Harakahdaily


N23 DUN MANJOI
Read More

Ustaz AZHAR IDRUS Pertahankan TG NIK AZIZ

Sabtu, 23 Februari, 2013
anamarzab.blogspot
Ustaz Azhar Idrus pertahankan Nik Aziz dalam isu BR1M

SHAH ALAM, 23 Feb — Pendakwah Islam terkenal Azhar Idrus mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam serangan terbaru pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap menteri besar Kelantan itu dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyelar Nik Abdul Aziz yang dikatakan menyamakan penerima BR1M dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata,
”Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

“Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia,” kata Mursyidul Am PAS (gambar) itu menyebabkan beliau diserang hebat oleh pemimpin Umno dan BN di media arus perdana.

Menurut Azhar yang mempunyai program televisyen di saluran Astro Oasis bertajuk “Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus” itu, Nik Abdul Aziz bukan mengatakan penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi mengatakan pemberi BR1M menjadikan penerimanya seperti haiwan.
KedahLanie.

Abdul Hadi dakwa kerajaan Pakatan bebas rasuah
ALOR SETAR, 23 Feb — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pemimpin  dan kerajaan negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) bebas daripada rasuah.

Beliau (gambar) juga mempersoal tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat berpendapatan rendah.

“Inikah cara BN mentadbir untuk meningkatkan tahap kehidupan dan ekonomi rakyat,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Tahun Baharu Cina peringkat negeri Kedah di sini, malam tadi.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam ucapannya menyifatkan pemberian BR1M kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan umpama “mengumpan anak ayam”.

“Makanlah tapi jangan sampai tersangkut,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menafikan beliau sakit dan tidak mampu mentadbir Kedah sebagaimana didakwa banyak pihak. — Bernama
Posted by Kedah Lanie at 5:30 PM 0 comments
Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno
Arifin Mohamad,
Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.

Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan UMNO dan PAS sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.

Antara mesej titah baginda ialah;

i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi parti yang dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak, professional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO.

ii) Kehebatan PAS yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya.
KedahLanie.
N23 DUN Manjoi
Read More

Friday, 22 February 2013

Alfa!..Sierra!..Mike!.. Pemuda UMNO Manjoi kena AMBUSH Bekas Perajurit Tentera Gurun....Berselerak Gugusan Manjoi!

Jumaat, 22 Februari 2013
Alfa! Sierra! Mike!...AMBUSH!


Treler Negara Berkebajikan MENEROBOS masuk Gugusan Manjoi tepat jam 18:20 Waktu Malaysia Barat, Khamis 21 Februari 2013. Bravo! Bravo!

Driver treler jelajah PAS teruja di beri peluang..orang GURUN KEDAH habaq hangpa..!!

Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS


PULAU PINANG: Jasri Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS semalam..

Beliau yang berasal dari Gurun Kedah itu menyatakan, peluang yang diberikan ini adalah satu yang amat berharga bagi dirinya dalam usaha membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Jasri yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu lori lebih 3 tahun.

"Peluang yang ditawarkan pada saya ini walaupun sebagai pemandu amat bermakna dan tidak akan saya lepaskan.

"Memandu traler jelajah PAS ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri secara dekat terhadap sokongan dan sambutan yang diberikan kepada jelajah PAS kali ini," jelas beliau yang tiba dari Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya lagi, sepanjang pemanduan di lebuhraya menghala ke utara, pemandu-pemandu yang sehala dengannya sentiasa memberikan sokongan dengan membunyikan hon.
Read more »
Posted by Kedah Lanie at 2:30 PM 0 comments

Read More

Thursday, 21 February 2013

Transfomer 'PAS FOR ALL' Selamat Menjelajah Gugusan Manjoi Meskipun Ada Gangguan Pemuda Umno...*Video Updated


Khamis, 21 Februari, 2013
PAS FOR ALL






Read More

Pemuda UMNO Manjoi Cuba Main Mata, Mengorat & MengusikTreler Negara Berkebajikan di Manjoi 'Ade hati le tuuuu'...


Treler Negara Berkebajikan disambut meriah di Gugusan Manjoi


azmi,
21 Feb 2013




IPOH: Treler jelajah Negara Berkebajikan PAS disambut meriah oleh penyokong parti dan penduduk setempat sewaktu tiba di Manjoi kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Sepanjang perjalanan menuju ke Perak juga turut disambut dengan bunyi hon dari pemandu-pemandu kereta yang menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Pakatan Rakyat khususnya jelajah Negara Berkebajikan.

Ketibaan treler Negara Berkebajikan dinantikan lebih 200 penduduk di Manjoi walaupun sebelum masuk ke pekan kecil itu diganggu oleh sekumpulan kecil pemuda Umno dengan sorakan menghalau kembara Negara Berkebajikan.

Hujan renyai-renyai di pekan kecil tidak mematahkan semangat penonton untuk menyaksikan buat kali pertama kembara ini berjalan mengelilingi negara.

Di Manjoi, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menanti bersama pimpinan PAS Perak.

Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi memulakan ucapan di atas pentas treler tersebut dengan menghargai penghormatan yang diberikan terhadap program jelajah yang memilih Manjoi sebagai destinasi pertama.

Beliau yang turut memberitahu persinggahan sementara ini menunjukkan satu isyarat bahawa PAS akan memenangi Dun Manjoi pada pilihanraya umum nanti.

Sementara itu, Nizar yang memulakan aksi memukau ucapan tiga minit dengan memugar ekspresi penonton,  "Are you ready for Pakatan Rakyat, " disambut dengan laungan "yes". Dan are you ready for BN...dijawab "no".

Majlis ditutup dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Nizar.

Dalam pada itu, penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di atas pentas treler jelajah sebagai kenangan.

Treler jelajah akan meneruskan perjalanan di Pendang, Kedah bagi program seterusnya esok.
Harakahdaily.




Read More

Wednesday, 20 February 2013

Pengundi Melayu DUN Manjoi: Dengar! apa nasihat orang Cina Ni....

Rabu, 20 Februari 2013
PRU13 kena pangkah bulan
Vincent Lee

KEMAMAN: Rakyat diingatkan agar memilih PAS dengan memangkah simbol bulan pada Pilihan Raya Umum ke-13, akan datang. Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee berkata rakyat dan pengundi hari ini mempunyai sebab kukuh untuk memilih PAS pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, peluang kerajaan Umno dan BN memerintah negara selama lebih 50 tahun boleh dinilai oleh rakyat. Sekurang-kurangnya kata beliau, berilah sekali peluang sepenggal kepada Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

“Pesanan saya satu sahaja kepada rakyat pangkah bulan dalam pilihan raya akan datang. Kita kena pangkah bulan dan ada sebab cukup kukuh kenapa kena pangkah bulan, itu yang paling penting.

“Sebab dalam tempoh 50 tahun BN memerintah terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan.

“Sekurang-kurangnya, beri Pakatan Rakyat satu penggal dan jika kita tidak betul, rakyat boleh undi mana-mana parti yang mereka suka. Beri peluang kita mentadbir negeri dan negara,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis eKasih PAS, Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kampung Dusun Nyior, Chukai, 23 November lalu.

Beliau yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan menjelaskan selagi Pakatan Rakyat tidak berjaya menguasai Putrajaya banyak perkara tidak boleh dilaksanakannya.

Katanya, kuasa memerintah di Putrajaya boleh merubah segala-gala hasrat dan cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat.

“Kita sepatutnya diberi peluang memerintah. Selagi kita tidak menjejakkan kaki ke Putrajaya, dalam aspek negeri amat terhad sekali. Sebab banyak kuasa berada di Putrajaya.

“Contohnya, harga barangan seperti minyak tidak boleh diturunkan di peringkat negeri tetapi boleh jika menguasai peringkat pusat. Selagi Pakatan Rakyat belum berpeluang menjejak kaki ke Putrajaya perkara itu tidak dapat dilaksanakan,” tegasnya.
IT Pas Pusat


Alhamdulillah
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena