Showing posts with label Nizar. Show all posts
Showing posts with label Nizar. Show all posts

Sunday, 31 May 2015

Najib kini tidur lena? Nizar pulak teruk difitnah 'orang dalam parti'...nafi tolak ulama

Isnin, 1 Jun 2015

Najib kini tidur lena, tak keseorangan

Najib kini tidur lena, tak keseorangan
Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau boleh tidur lena apabila mengetahui mendapat sokongan daripada pemimpin utama di Perlis walaupun Tun Dr Mahathir terus menyerangnya supaya berundur.

"Dengan ini, saya boleh tidur lena dan tidak berasa kesunyian. Sokongan ini penting kerana kita perlukan kerajaan yang kuat," katanya di depan kira-kira 5,000 orang di Kangar, Perlis hari ini.

Nizar: Pilih Ahmad Awang demi kukuh PAS, Pakatan


Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

"Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

"Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

"Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

"Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

Nafi tolak ulama

Katanya, fitnah yang dilemparkan bahawa beliau menolak kepimpinan ulama tidak benar sama sekali memandangkan segala kritikan yang diberi kepada kepimpinan PAS demi sayangkan parti.

"Adakah betul kumpulan profesional nak gulingkan ulama sedangkan saya beranggapan kalau tiada ulama (Majlis Syura) untuk tangani masalah yang di bawa Umno, dah lama PAS merudum.

"Ulama sebenarnya yang menyelamatkan parti kerana mereka ada ilmu yang boleh menyelamatkan parti. Tiba-tiba saya hari ini dituduh anti ulama dan nak jatuhkan presiden.

"Sedangkan kalau di dalam mesyuarat, kalau saya beri kritikan itu bermakna saya sayangkan orang tersebut tetapi saya lebih sayangkan parti.

"Saya beri pandangan dan kritikan kerana saya nak mereka membangun, bukankah itu peradaban dalam Islam. Semasa dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Aziz (Nik Mat), saya beri kritikan yang sama dan mereka raikan pandangan mana-mana ahli PAS.

"Hari ini pandangan dalam PAS, kalau kritik presiden, ini lah orang yang sokong bawa rebah," kata ADUN Changkat Jering itu lagi.

Susulan kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang dilapor memberi kata dua kepada perwakilan dan bebas memilih pemimpin sama ada yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya, Nizar mempersoalkan sama ada perwakilan mahukan presiden yang didakwanya menjadi boneka DAP atau Umno.

Menurut Nizar, dalam situasi banyak pihak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat pihak dalam PAS yang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan ahli parlimen Pekan itu sebagai ketua negara.

"Umno sekarang dalam keadaaan paling lemah apabila Tun Mahathir Mohamad, (timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik najib turut menghentam (Najib), tetapi ada pihak pula yang kata kekalkan Najib.

"Kalau macam itu saya boleh kata, nak jadi presiden yang jadi boneka DAP atau boneka Umno?" soal Nizar yang mendapat tepukan daripada hadirin.
Read More

Friday, 10 January 2014

Dulu lelong 16 Toyota Camry...Hari ini BN guna Honda Accord! Kenapa tak support PROTON! Ngape tak bising?

Jumaat, 10 Januari 2014
Dulu Umno duk bising kata macam-macam kat Nizar

Dulu waktu MB Nizar beli kereta Toyota Camry untuk exco-exco negeri Perak habis pemimpin2 umno duk bising kata macam2.

Hari ini molek ada jer kerajaan N9 dengan Melaka belik honda accord untuk exco, mana pergi mulut2 yang bidas kerajaan Nizar dulu??

Gambar: Dulu waktu MB Nizar beli kereta Toyota Camry untuk exco-exco negeri Perak habis pemimpin2 umno duk bising kata macam2.

Hari ini molek ada jer kerajaan N9 dengan Melaka belik honda accord untuk exco, mana pergi mulut2 yang bidas kerajaan Nizar dulu??
Buletin Pakatan Rakyat

Estelle Looi Kenapa tak support PROTON?

Rabu April 22, 2009
Perak kembali guna Perdana; lelong 16 Camry baru membazir, kata Nizar
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak untuk melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan exco Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai satu pembaziran wang rakyat.
Nizar berkata, kerajaan negeri yang baru itu sepatutnya menggunakan terlebih dahulu kereta tersebut dalam tempoh lima hingga enam tahun sebelum menjualnya memandangkan ia baru sahaja dibeli Januari lalu.
"Kereta itu semua masih dalam tempoh jaminan tiga tahun. Mengapa mahu melelongnya sedangkan ia masih baru dipakai?
"Pada saya, elok mereka gunakan dahulu kerana tindakan membeli kereta lain bagi menggantikan Camry itu adalah sesuatu yang membazirkan duit rakyat," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Semalam, kerajaan negeri Perak dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Ipoh semalam, lelongan kereta itu akan berlangsung pada 4 hingga 18 Mei ini dan kereta-kereta tersebut boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.
Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, kesemua kereta Camry tersebut dibeli oleh pihaknya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah empat tahun digunakan oleh kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui kerajaan Perak pada Mac tahun lalu.
"Kita pakai tidak sampai setahun tapi kos penyelenggaraan untuk sebuah kereta V6 amat tinggi sehingga ada yang mencecah RM80,000, boleh beli sebuah kereta lain pula.
"Jadi kita ambil keputusan untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Camry kerana jika diikutkan harga, harganya hanya RM96,000 sebuah berbanding V6 yang berharga RM102,000.
"Selain itu, Toyota Camry lebih tahan lasak dan kos penyelenggaraannya juga lebih murah berbanding V6," katanya.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, pembelian Camry oleh Pakatan itu juga bukanlah satu kesalahan memandangkan kerajaan BN sebelum itu yang diterajui Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli sememangnya telah mempunyai peruntukan untuk menukar kereta rasmi kerajaan negeri.
Katanya, beliau tidak tahu sama ada BN akan membeli kenderaan rasmi yang baru atau menggunakan Perdana V6 yang lama.
Nizar berkata, jika BN mahu terus mempersoalkan pembelian Toyota Camry itu yang dikatakan tidak mengikut dasar negara yang mahukan penggunaan kereta tempatan, beliau turut mahu mempertikaikan pembelian Mercedez sebagai kereta rasmi kerajaan negeri di Terengganu dan Volvo di Sabah.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan, kerajaan negeri Perak pimpinan BN akan membeli kereta Proton Perdana Eksekutif untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan 16 buah kereta rasmi jenis Toyota Camry yang akan dilelong itu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, "kita telah pun membuat keputusan bahawa kita akan kembali semula kepada Proton kerana itu adalah kereta yang menjadi lambang kebanggaan negara dan sewajarnya kita kembali semula menggunakan kereta ini sebagai kereta rasmi.
Ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Ipoh hari ini, beliau tidak menyatakan jumlah kereta Proton Perdana Eksekutif yang akan dibeli dan sekadar menyatakan pembelian akan dibuat berdasarkan kepada keperluan kerajaan negeri.
Ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai kebimbangan terhadap kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana Eksekutif yang didakwa tinggi, Zambry berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan khas dengan syarikat Proton berhubung penyelenggaraan kereta berkenaan.
Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri menerima maklum balas menggalakkan daripada pelbagai pihak yang berminat untuk mendapatkan 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 itu.
Zambry juga mengesahkan bahawa Nizar telah menyatakan hasratnya untuk membida kereta Toyota Camry 2.4V bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar itu sebelum ini.
"Walaupun ada pembida yang lebih tinggi, kita kena faham beliau adalah bekas seorang Menteri Besar. Oleh kerana dia nak pakai... dia nak beli kereta itu, kita bagi keutamaan kepada dia.
"Ini adalah beberapa hal yang kita kena ambil kira juga," katanya.
Zambry juga tidak menolak kemungkinan keutamaan serupa akan diberikan kepada mana-mana bekas exco pakatan pembangkang yang berminat untuk membeli bekas kereta rasmi masing-masing.
"Tanya mereka (bekas exco) berminat ke tidak. Biasanya kita akan bagi keutamaan, itu adalah dasar kita sebelum ini tapi walau apa pun, kita akan pergi kepada pembida yang tertinggi yang kita tahu sebelum ini harga rizabnya adalah RM148,000 sebuah," katanya.
Mstar
Read More

Sunday, 28 April 2013

Terkini Sokongan Meningkat: PR PERAK OPTIMIS MENANG 38 DUN - Marah Membara & Sentimen Dendam Rampasan Kuasa semakin Marak Menjelang 5 Mei!

Ahad 28 April 2013
Gambar  V. Sivakumar Diheret Keluar Dewan

Perbuatan seperti ini tidak patut ada dalam Malaysia
Speker yg sah diheret keluar dewan oleh beberapa orang polis yg x bertamaddun....
Posted by ninja97,
Sokongan meningkat, PR Perak optimis menang 38 Dun
Memori Tiga Tahun Rampasan Kuasa Di Negeri Perak!



TAIPING: Pakatan Rakyat Negeri Perak optimis kembali mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 mei ini, melihat kepada sokongan dan kebangkitan rakyat di negeri itu.
6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak
Mantan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat negeri itu yakin mampu menang sekurang-kurangnya 38 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Memori Tiga Tahun Rampasan Kuasa Di Negeri Perak!
"Dengan kerja kuat kita sehingga hari mengundi 5 Mei nanti, Pakatan Rakyat InsyaAllah akan dapat memenagi 38 kerusi Dun, sekaligus akan membentuk kerjaan baru di Perak," tegasnya kepada Harakahdaily.

Nizar yang juga calon PAS bagi Dun Changkat Jering berkata, jika berjaya mendapat jumlah 38 kerusi itu, ianya merupakan satu kemenangan yang selesa berbanding 2008 lalu.
"Kali ini saya berkeyakinan tidak ada yang melompat parti, kita telah perhalusi setiap calon dan mereka telah membuat akujanji tidak akan melompat parti," ujar beliau.

Menurut beliau sambutan rakyat terhadap calon Pakatan Rakyat di seluruh Perak amat memberangsangkan, malah diluar jangkaan.
Beliau tidak menolak kemungkinan sokongan tersebut akibat rasa marah yang berterusan terhadap tindakan BN berhubung isu rampasan kuasa 2009 lalu.
Guling kerajaan: Najib lupa rampasan kuasa di Perak
Selain itu, sokongan tersebut juga berikutan penerimaan masyarakat terhadap manifesto Pakatan Rakyat telah dilancarkan baru-baru ini yang antara lain menawarkan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu.
at 4/28/2013 07:39:00 PTG  
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Thursday, 4 April 2013

Isu 'Sapa Sultan Nak Berkenan Lantik Jadi MB Perak'.


Thursday, April 04, 2013

Sebab-sebab Anwar Ibrahim sangat perlu bertanding di Perak?

Lagipun, Perak kekurangan sangat pemimpin yang dilihat haibat, yang ada pun setakat ni mungkin cuma Hj Nizar bekas MB pilihan rakyat, tu pun sinar aura dia nampak macam makin malap terutama sekali dikalangan pengundi melayu.
Semalam MalaysianInsider melaporkan:
PETALING JAYA, 3 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan secara terbuka untuk bertanding di Perak tetapi perlu mendapat restu daripada pengundi di kawasan parlimennya Permatang Pauh sebelum membuat keputusan muktamad.

Ketua pembangkang itu berkata akan turun ke Permatang Pauh untuk membuat penjelasan tentang hasratnya untuk bertanding di Perak kepada pucuk pimpinan parti, memandangkan kerusi tersebut adalah kubu kuatnya sejak tahun 1982 lagi. - TMI.
Juga dilaporkan:
“Saya perlu pulang ke Permatang Pauh untuk menenangkan pimpinan dan pengundi di Permatang Pauh,” kata Anwar dalam satu sidang media yang penuh dengan wartawan di ibu pejabat PKR di sini.

“Saya perlu jelaskan dan memberi faktor saya buat keputusan itu.” - Ibid.
Elok la buat macam tu, Pasainya setiap pemimpin politik yang nak 'pergi jauh' nak kena ada base sendiri yang kuat, penyokong dan 'tentera' peribadi yang setia yang memang kena dijaga hati depa.

Dan sangat cantik kalau Anwar Ibrahim pindah bertanding di Perak pasainya Pakatan Rakyat Perak bukannya power mana sangat pun, PKR dengan masalah antara Dr. Mohd Nor Manuti dengan Mustafa Kamil yang sampai sekarang masih berpanjangan, DAP dengan masalah Ngeh dan Nga yang dikatakan 'kukubesi' disamping terlibat dengan isu tanah di Kelantan manakala PAS pulak dengan isu 'sapa sultan nak berkenan lantik jadi MB'.
DS Nizar memimpin tahlil untuk Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmi. 
Jadinya kalau Anwar Ibrahim bertanding di Perak, maknanya masa dia tentu lebih banyak di Perak sampai ke hari pengundian. Kalau di Permatang Pauh mungkin dia tak perlu berkampung tapi bila bertanding di kawasan baru tentu la kena banyak masa berkampung untuk bersama bakal pengundi.

Jadinya dengan banyak masa Anwar di Perak mungkin kut semua masalah tu dan juga masalah-masalah dalaman lain yang mungkin belambak lagi duk ada mungkin boleh kut disapu sat bawah karpet kalau pun tak dapat diselesaikan.
Lagi satu, atas alasan untuk membantu jentera Perak, Anwar kena bagi tumpuan di kawasan majoriti melayu, pasainya setakat pemerhatian aku, pengundi melayu di Perak tak banyak berubah. Kalau setakat nak harap pengundi cina berubah tak mungkin Pakatan Rakyat dapat tawan banyak kerusi Parlimen.

Kalau takat nak rampas balik negeri Perak mungkin tak masalah sangat kut, tapi untuk menang banyak kerusi parlimen macam yang Pakatan Rakyat sasarkan memang kena bagi tumpuan lebih.

Lagipun, Perak kekurangan sangat pemimpin yang dilihat haibat, yang ada pun setakat ni mungkin cuma Hj Nizar bekas MB pilihan rakyat, tu pun sinar aura dia nampak macam makin malap terutama sekali dikalangan pengundi melayu.
Setakat hari ni, parlimen yang Pakatan Rakyat boleh menang mungkin cuma 12 atau 13 dari jumlah 24 kerusi parlimen di Perak, termasuk parlimen majoriti melayu yang mungkin  cuma Parit Buntar, Bagan Serai dan Larut. Parlimen  Kalau betul nak tawan putrajaya tak cukup kut kalau setakat banyak tu.

Jadinya, memang patut sangat kut Anwar Ibrahim bertanding di Perak.

Walaupun aku bukan penggemar Anwar Ibrahim tapi aku terpaksa terima hakikat yang Anwar Ibrahim memang pemimpin yang hebat dan mampu ubah senario politik sesuatu tempat walaupun cuma sekali turun berkempen.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/04/pasai-apa-anwar-ibrahim-sangat-perlu.html#ixzz2PQG7scZF
Read More

Friday, 22 February 2013

Alfa!..Sierra!..Mike!.. Pemuda UMNO Manjoi kena AMBUSH Bekas Perajurit Tentera Gurun....Berselerak Gugusan Manjoi!

Jumaat, 22 Februari 2013
Alfa! Sierra! Mike!...AMBUSH!


Treler Negara Berkebajikan MENEROBOS masuk Gugusan Manjoi tepat jam 18:20 Waktu Malaysia Barat, Khamis 21 Februari 2013. Bravo! Bravo!

Driver treler jelajah PAS teruja di beri peluang..orang GURUN KEDAH habaq hangpa..!!

Jasri kongsi pengalaman pandu treler jelajah PAS


PULAU PINANG: Jasri Abdul Wahab, 45, tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila dipilih untuk memandu rasmi traler Jelajah Negara Berkebajikan yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS semalam..

Beliau yang berasal dari Gurun Kedah itu menyatakan, peluang yang diberikan ini adalah satu yang amat berharga bagi dirinya dalam usaha membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Jasri yang merupakan seorang pesara askar sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pemandu lori lebih 3 tahun.

"Peluang yang ditawarkan pada saya ini walaupun sebagai pemandu amat bermakna dan tidak akan saya lepaskan.

"Memandu traler jelajah PAS ini memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri secara dekat terhadap sokongan dan sambutan yang diberikan kepada jelajah PAS kali ini," jelas beliau yang tiba dari Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya lagi, sepanjang pemanduan di lebuhraya menghala ke utara, pemandu-pemandu yang sehala dengannya sentiasa memberikan sokongan dengan membunyikan hon.
Read more »
Posted by Kedah Lanie at 2:30 PM 0 comments

Read More

Thursday, 14 February 2013

DS Nizar Dedah Kes Mahathir Simpan USD44 Billion di Switzerland & Skendal Najib - Altantuya

Khamis, 14 Februari, 2013
Photo: @EraPasca: Cayalah....PAS SUDAH READY UNTUK MENGGANTIKAN UMNO. http://t.co/oMUoRIYY
Credited to:Manjadda wajadda

Video 1: Ceramah Demi Rakyat di Pengkalan Pegoh


Video 2: Ceramah Demi Rakyat di Pengkalan Pegoh



Isu Berkaitan:


Thursday, February 14, 2013
Ini kali lah, ini kali la Deepak


Ini kali lah, ini kali la Deepak


Deepak, Lu jangan main wayang bro. Kalau lu bukan kembar ular, lu sambut ini cabaran. Ada berani ka?
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) cabar usahawan permaidani, Deepak Jaikishan membuat akuan bersumpah (SD) berhubung pendedahannya mengenai penglibatan pegawai isteri Perdana Menteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Kalau dia (Deepak) yakin dengan kebenaran itu, lebih baik buat akuan bersumpah, supaya kenyatannya diikat dengan Akta Perakuan Berkanun (1960),” kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi.

Kerajaan Rakyat

Pada sidang media di ibu pejabat PAS 6 Februari lalu, Deepak menyatakan dia 90 peratus yakin pegawai Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ada di lokasi Altantuya dibunuh.
“Deepak kena nyatakan nama pegawai tersebut. Adakah pegawai itu orang selain daripada polis pengiring Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar?” soal Shamsul.
Beliau berkata, tidak salah untuk Deepak mendedahkan pada media, namun melalui SD, pihak atau individu yang terlibat dengan pembunuhan dapat diheret ke muka pengadilan.
“Kalau ada bukti baru dalam kes ini, ia boleh dijadikan innuendo (sandaran) penglibatan Rosmah,” katanya.
19 Disember lalu, AMK diketuai Shamsul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya menuntut siasatan pendedahan Deepak berhubung penyediaan SD kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).
“Kita kesal pihak polis tidak teruskan siasatan. Azilah dan Sirul kekal didapati bersalah sementara menunggu rayuan,” kata Shamsul menyifatkan ‘ada orang’ lain selain Razak Baginda dalam motif pembunuhan.
Azilah dan Sirul ditahan dan dijatuhi hukuman mati manakala rakan akrab Najib, Razak Baginda terlepas dari hukuman apabila dibebas tanpa dipanggil membela diri.
Posted by Admin at 11:01:00 PM


PAS GANTI UMNO
Takbir!   Allahuakbar

Read More

Tuesday, 12 February 2013

Penonton TV3 DUN Manjoi Terkejut & Terkesima.... Oh,...Noooooo!

Rabu, 13 Februari 2013
'Nooo! Noooooo!  Noooooooo!    Phenomenon!'

TV3 Back up PM [Are you ready for PSY?? yess... Are you ready for BN?? Nooooooooooo!

Video Berdurasi 1:17  Lihat & Dengar pada durasi  0:33 - 0:40


Oh! Nooo!

Read More

Pasai Apa Najib & Rosmah Berang Kat Umno Penang: Apaa, Noooooo! Phenomenon?




TUESDAY, FEBRUARY 12, 2013
Najib bengang dengan UMNO & BN PENANG pasal konsert PSY...
Oleh Geng Biru

Kami dapat maklumat bahawa teruk UMNO PENANG & BN PENANG kena tiaw dengan Najib dan Rosmah berkenaanisi NOOOOO... Di konsert PSY semalam... Punca yang didapati persahabatan antara UMNO PENANG & RAKAN BN yang lain sudah kurang manis... Ini disebabkan Pengerusi BN sekarang telah dijanjikan kerusi KM jika BN rampas Penang nanti....

Entahlah pandai pandailah hangpa putaq janji ARE YOU READY FOR BN......NOOOOOOOO

Posted by Kedah Lanie at 5:49 PM
Read More

WOW! Wow! wow!....Ahli Pemikir JASA....Letih kot..

Ahli Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
Selasa, 12 Februari, 2013
Posted by Tun_Telanai at 2:48 AM


Inilah dia perangai sebenar seorang pemimpin UMNO bertaraf Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan merangkap Ahli Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin b Syed Harman.

Kalau bercakap tak kering air liur kutuk, caci, maki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI, TGNA.TGHA, LKS,LGE, Karpal Singh, DSWA, Nurul Izzah sebagai pemimpin yang memiliki moral yang amat rendah kononnya.

Sedangkan realitinya, moral sendiri jauh lebih rendah!!!!!

Sebab itu para pemimpin UMNO tidak layak berbicara pasal moral!!!!!

Ketua Bahagian UMNO Pandan kena penjara 8 tahun dan denda hampir RM1juta kerana melakukan jenayah rasuah semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ketua Penerangannya pula asyik pergi saloon kecantikan.

TIBA-TIBA MAIN PEREMPUAN CANTIK DI SALOON.WOW !


RELAX NAMPAK TUAN SYED KITA NI-SYOKNYA



Rasuah: Ketua Umno Pandan dijel 8 tahun, denda hampir RM1 juta


NORAWAZNI YUSOF
28 Disember 2012



KUALA LUMPUR - Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 tuduhan menerima rasuah RM193,512 enam tahun lalu.



Ketua Penerangan Umno Pandan jawab isu 'SERVICE' China Doll




Haraf Maklum!
Sendiri FikirLah...

UBAH.... SEKARANG!

Read More

Monday, 11 February 2013

Made in Korea: Apasal...Mahal Sangat?...Artis tempatan!...Habislaa....

Apakah Pengisian Antara 8 Minit dan 2 Juta…
Submitted by edyesdotcom on February 11, 2013 – 8:10 PM

8 minit 2 juta


Edytorial: Ada malaun yang duk bising kata kehadiran PSY ke Malaysia adalah hasil sponsor syarikat swasta, tidak guna langsung duit rakyat/kerajaan. Namun tidakkah yang berkata itu tahu, setiap ‘sponsorship’ akan membolehkan cukai syarikat tersebut dilupus mengikut nilai yang di sponsor itu.




Isu Kehadiran Psy, Zed Zaidi Mahu Artis Tempatan Diberi Peluang Dahulu





Sebenarnya isu kehadiran Psy ke Malaysia bukan sahaja menjadi topik hangat di kalangan pemerhati politik tetapi turut sama memberi tempias yang sangat kuat terhadap artis-artis tempatan. Presiden Seniman, Zed Zaidi turut meluahkan pendapatnya menerusi Twitter.


zed zaidi psy

zedzaidi tidak kenal Psy anda pula kenalkah siapa Zaid Zaidi? (Presiden Seniman)

 Awie, Zaid Zaidi Dan Adam AF Masuk Umno
BERITA yang dipetik dari sahabat blogger pulakdah memaklumkan bahawa tiga orang artis terkenal telah menyerahkan borang keahlian Umno kepada Khairy Jamaluddin.

Habis Laaaa....

Khas Pengundi Melayu DUN Manjoi
*Ubah Sekarang!  Pas Ganti Umno (PGU)*






Read More

Najib Ketaq Lutut: Gangnam Style, Nooooo... TO BN!....Awat hampa buat lagu tu.....

Isnin, 11 February 2013
Are you ready for Psy

Laung Najib.... "Are you ready for Psy?

Jawab hadirin.."Ready!!!....
.
Najib laung lagi... "Are you ready for BN??"

Malang sungguh buat Najib, hadirin menyahut... "NOOOOOOOOOOOOOOOOO!!"


Adus, Mampus Aku....


Kita Layan Gangnam Style



hahahaha .... padan muka hang Najib ooiiiii ....Peminat PSY kenakan Najib di Rumah Terbuka CNY di Tanjung


Psy source : Mimpi-senja.blogspot.com





KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
Written By canang on Isnin, 11 Februari 2013 | 2/11/2013 06:13:00 PTG




Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai seles
ai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."
Source:Cananglanie





Read More

Sunday, 10 February 2013

RAKYAT PERAK Tak Sabar Nak Terajang BN (Perampas 2009)


4 FEBRUARI – KAMI TIDAK LUPA: Ulangtahun Ke-4 Rampasan Kuasa Negeri Perak !!
Submitted by edyesdotcom on February 4, 2013 – 11:20 AM




Kami tak lupa
4 Febuari 2009, tarikh sebuah rampasan kuasa berlaku…

Kami tidak pernah lupa bagaimana NAJIB dan regimnya merampas negeri Perak dari tangan rakyat…


Ahad, 10 Februari, 2013



PR Perak yakin tawan 40 kerusi DUN dalam PRU 13

Dicatat oleh ustazcyber di 6:24:00 PTG

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Pakatan Rakyat (PR) Perak yakin akan menguasai 40 daripada keseluruhan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) Perak telah melakukan satu kesilapan besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009.
"Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semua pihak," jelas ADUN Tronoh (gambar) itu dalam kenyataannya.

Menurut Sivakumar, daripada analisa yang diperolehi daripada pelbagai sumber, PR Perak dijangka akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 59 kerusi yang akan ditandingi untuk Dewan Negeri Perak.

"Kemenangan yang besar ini adalah perlu untuk menjamin kesejahteraan dan kedudukan kerajaan yang baru dipilih itu. Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menambahkan lagi bilangan kerusi dalam PRU13.....TMI] 

"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat negeri Perak akan memberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.
PR Perak telah menang tipis 31 kerusi berbanding BN yang memenangi 28 kerusi pada Pilihan Raya 2008.
Majoriti tipis itu kemudiannya menimbulkan perbalahan apabila tiga ADUN PR melompat parti, dan majoriti kembali berpihak kepada BN, yang turut menyaksikan PR Perak hanya bertahan selama 11 bulan bermula Mac 2008 hingga Februari 2009.

Malah, situasi itu turut menyaksikan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, digantikan dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Tegas Sivakumar, kerana tamakkan kuasa, BN Perak telah merampas kerajaan rakyat itu melalui "pintu belakang" dengan melanggar undang-undang sedia ada yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu.

"Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar," tegasnya lagi.

Peristiwa rampasan kuasa itu jelas Sivakumar telah terpahat dalam sanubari setiap rakyat Perak, walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan BN Perak untuk mengalih perhatian mereka, segala usaha itu terbukti gagal.

Katanya, rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan yang rasional dan membandingkan pemerintahan 11 bulan PR dan pemerintahan empat tahun BN.TMI]


MONDAY, FEBRUARY 06, 2012
Rampasan Kuasa Perak: Noda, Dosa Umno-APCO Dan Najib Altantuya

Malangnya "demokrasi telah mati" (Paul Kingsnorth). Rakyat Perak samasekali tidak boleh melupakan saat-saat tumbangnya kerajaan yang telah dipilih secara sah pada PRU 12 tahun 2008. BN menguasai semula Perak pada 4 Februari 2009 melalui kudeta atas sebab-sebab tertentu seterusnya menenggelamkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Tarikh 4 Februari 2009 merupakan sebuah tarikh bersejarah untuk Malaysia yang membuktikan "segalanya adalah mungkin". Tarikh yang memperlihatkan gagalnya institusi kehakiman negara dan perlembagaan negeri dalam memberi keadilan sewajarnya. Justeru, tarikh ini memperlihatkan bagaimana institusi istana dipergunakan sedemikian rupa oleh ahli politik berkepentingan. Langsung, tarikh ini adalah titik hitam yang terukir di hati dan jiwa majoriti rakyat.

Jelas dan terang bahawa ini merupakan pencabulan terhadap demokrasi. Zambry Abdul Kadir dari BN, telah dilantik sebagai MB yang baru menggantikan Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS mewakili Pakatan Rakyat: menerajui sebuah kerajaan yang keabsahannya diragui samasekali.
Source: Jalan Pulang.

Sisipan Yeop Pasior 
(Istana Pasir Cayorrr)


Takbir!   Allahuakbar





Read More

Saturday, 9 February 2013

DUN Manjoi, BN Tergugat..Apa kata Pengundi Cina: Satu Penilaian 2010 - 2013

Pengundi Cina: Satu Penilaian 2010 hingga 2013

mutaligat.blogspot.com
Mood Pengundi 2010
PENGUNDI CINA DI PERAK TOLAK BN

“Masyarakat kaum Cina di Negeri Perak juga turut dilihat akan bertindak menghukum BN setelah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak bermaruah,” ujarnya.

Malah, katanya masyarakat kaum Cina juga dilihat sudah menerima PAS di dalam PR bagi menghukum BN kelak.

Bagi pihak, Dewan Pemuda PAS negeri, beliau mengucapkan tahniah kepada jentera Pakatan Rakyat amnya dan DAP khasnya di atas kemenangan merampas semula kerusi Parlimen Sibu dalam PRK itu.

“Keputusan ini adalah tepat yang telah dibuat oleh rakyat dengan penuh yakin melalui suara demokrasi yang subur. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan tonggak keadilan rakyat,” ujarnya lagi.
-Perakume.

Mood Pengundi, May 2012
Sebenarnya, Kaum Cina Pun Tolak BN


PRU13: Pengundi Cina tersinggung, BN sukar

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran untuk menang majoriti dua pertiga termasuk menawan negeri pantai barat berpunca daripada undi daripada kaum Cina dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Panel, Zainon Ahmad (gambar) dari akhbar The Sun berkata, kesukaran ini berlaku akibat kelantangan pemimpin Umno dan BN yang menyatakan mereka boleh mendapat majoriti dua pertiga hanya berbekalkan undi Melayu selepas menang besar dalam pilihan raya umum 2004.

Menurutnya, ini membuatkan bangsa lain tersinggung dan mengubah landskap politik negara dalam pilihan raya umum 2008 apabila BN kehilangan empat negeri.

“Parti pemerintah harus memberikan perhatian mengenai perkara ini, jika tidak ada negeri yang akan kecundang seperti Negeri Sembilan, Johor dan gagal untuk merampas semula negeri ditawan pembangkang.

“Kegagalan ini juga berpunca daripada janji BN tidak ditunaikan, kerana leka dengan kemenangan diperoleh,” katanya dalam persidangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) pusingan ketiga yang bertajuk ‘Dari PRU-12 ke PRU-13: BN lawan PR, Satu Penilaian’.


Mood Pengundi, Disember 2012
PRU 13 : BN TERTEKAN DI JOHOR, CINA TOLAK BN, PR YAKIN MENANG

BN Johor, benar-benar tertekan dalam menghadapi PRU 13. Ini kerana majoriti kerusi-kerusi Parlimen dan Dun di Johor adalah kerusi campuran antara Melayu dan Cina. Kebanyakan kerusi hampir 50:50 antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai antaranya Mersing, Kota Tinggi Ini yang membuatkan Ghani Othman tidak tidur malam. Alamgkah eloknya jika Ghani Othman tidak payah memeningkan kepalanya, lebih baik beritahu Najib bahawa dia nak 'surrender' dan pencen.

Elok kerana kemarahan orang Cina terhadap BN semakin meluap-luap khususnya selepas Bersih 3.0 maka dijangkakan BN akan menghadapi mimpi ngeri pada PRU 13 nanti. Pengundi Cina sudah tidak takut lagi untuk mengundi PAS seperti yang ditunjukkan oleh mereka di Dun Sg Abong dan Maharani yang dimenangi PAS pada PRU 12 dahulu. Pada PRU 13 kali ini, adalah dijangkakan 80-90 % pengundi Cina akan mengundi DAP dan 70-80 % dari mereka akan mengundi PAS. Jika keadaan ini benar-benar berlaku sudah tentu BN akan tergolek dan bungkus di Johor.
mutaligat.blogspot.com.

Mood Pengundi, Januari 2013
BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik

Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Konklusinya
Secara demografinya mood pengundi Cina seluruh negara berskala padu. Kajian Kes di DUN Manjoi BN terpaksa mengubah strategi menumpukan ihsan dan simpati pengundi Melayu di Kg. Manjoi dan Taman Meru. MALANGNYA Lebai Malang...Sayang semuanya sudah terlambat,,Tak guna dirayu lagi..Nah! saksikan Video ini!



Takbir!   Allahuakbar

Read More

Friday, 8 February 2013

KAYUHAN KUNING BANDARAYA IPOH 2013 Bersama YB DS NIZAR Siri 2 *Video Updated

KAYUHAN KUNING BANDARAYA IPOH 2013 
BERSAMA YB DS NIZAR
*Siri 2




Takbir!   Allahuakbar


Read More

Thursday, 7 February 2013

PAKATAN RAKYAT akan ambil kuasa Negeri Perak menerusi PRU13!


 photo Tahun-Baru-Cina_zps4b6923c2.gif
Hj. Asmuni Awi


Lagu UNDILAH versi Pakatan Rakyat!



Takbir!   Allahuakbar
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena