Wednesday 9 January 2013

(Terkini! Kelulusan Stadium Merdeka) MORAL SUPPORT: HKR #KL112 PasTaman Meru

HKR # KL112 UPU PAS TAMAN MERU, (DUN Manjoi)

(Terkini!) Kelulusan Penggunaan Stadium Merdeka



Para Jamaah Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru memberi sokongan moral HKR # KL112






HKR #KL112

Taman Meru, 9 Januari 2013

UPU Pas Taman Meru telah bersiap-sedia menggerakkan pejuang rakyat ke HKR#KL112 pada hari Sabtu nanti. Perancangan yang telah disusun sejak sebulan lalu telah pun bersiap siaga menggerakkan pejuang rakyat menerusi pelbagai saluran seperti pengangkutan awan, bas sewa, kenderaan persendirian dan Konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat Fasa 3. Daripada analisis yang diterima secara sah, 4 buah bas digerakkan lebih awal diikuti berpuluh-puluh kenderaan konvoi berkereta persendirian, dan konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat Fasa 3 pula bergerak menerusi ETS. Konvoi HKR Fasa 3 Pas Taman Meru DUN Manjoi ke HKR # KL112  secara rasminya akan digerakkan kira-kira jam 8.00 pagi hari Sabtu bermula di Pusat Tarbiyah Pas, Taman Meru, Ipoh. Pelancaran Perasmian (video) Konvoi HKR Pas Taman Meru Fasa 3 akan disempurnakan oleh Ketua Pas Cawangan  Taman Meru/Setiausaha Pas Kawasan Tambun En. Ahmad Khair Faizal bin Yahya. Keseluruhannya dianggarkan lebih 1000 orang akan menyertai himpunan kali ini dari sekitar Taman Meru, Meru Raya, Taman Jati, Jelapang Jaya, dan Meru Heights sahaja. Peserta akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing.

Sepanjang tempoh minggu ini, para jemaah telah diingatkan agar berhimpun secara aman mengikut lunas undang-undang. Setiap malam di Pusat Tarbiyah Pas Taman Meru diadakan pengajian ilmu dan peringatan-peringatan ayat-ayat Al-Quran dan Kitab-kitab Hadis agar peserta ditarbiyah dari segi tujuan dan matlamat disamping diberi motivasi ketahanan mental, aspek kesihatan, dan kekuatan kerohanian supaya lebih bersedia untuk bersama-sama mengukir sejarah tanahair. Semua peserta diingatkan supaya berpakaian Hijau, Kuning, Merah, dan Oren. Kebenaran HKR di Stadium Merdeka juga telah diperolehi sebentar tadi (petang ini).


PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota Kuala Lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
ambil komuter ambil LRT
di Wilayah Gombak
berhenti di Masjid Jamek
dan bergerak dari sana ke Stadium Merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di Sim River
di Tanjung Malim
di Rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di Masjid Negara
dan bergerak ke Stadium Merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari Seremban Kajang Bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil LRT berhenti di universiti
berhimpun di Masjid Universiti Malaya
bergerak ke Brickfeilds
Warga Aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju Brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUAFAKAT
berkumpul di jalan sultan
SAMM
berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman

WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke Stadium Merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke Stadium Merdeka - http://facebook.com/HKR.KL112

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/01/berita-terbaik-perkembangan-terkini.html#ixzz1Yj7YLrF7

Takbir  Allahuakhbar
Photobucket

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena