Sunday 31 July 2016

[Video] 1MDB: Najib Tidak Boleh Lari Lagi & Muhyiddin yakin 'Malaysian Official 1' akan didakwa di mahkamah AS.

Isnin, 1 Ogos 2016

Muhyiddin yakin 'Malaysian Official 1' akan didakwa di mahkamah AS

Menurut undang undang Amerika Syarikat harta dirampas dan orang bersalah mencuri kena juga dibawa kemuka pengadilan kata Muhyiddin
Menurut undang undang Amerika Syarikat harta dirampas dan orang bersalah mencuri kena juga dibawa kemuka pengadilan kata Muhyiddin
Langkah menyita aset terlibat dengan skandal 1MDB oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat hanya satu langkah permulaan sebelum proses mendakwa individu terlibat seperti anak tiri Perdana Menteri, Reza Aziz dan individu dinamakan ‘Malaysia Official 1’ (MO1) di mahkamah.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah mengheret mereka terlibat ke muka pengadilan dilakukan pada fasa kedua iaitu selepas proses penyitaan dilakukan.
“Aset dan wang ini akan dirampas termasuklah wang kepunyaan orang bernama MO1. Wang ini bukan sahaja dirampas tetapi dalam undang-undang Amerika Syarikat, harta dirampas dan orang bersalah mencuri kena juga dibawa kemuka pengadilan.
“Sama juga dengan orang mencuri ayam ditangkap polis, ayamnya polis rampas tetapi hukuman tidak boleh lepas, kena dibawa ke mahkamah sebab awak mencuri. Hakim kata awak kena denda RM100 ke atau penjara satu hari ke atau sebulan ke.
“Di sana pun begitu juga, sekarang ini baru fasa pertama, dia rampas dahulu. Fasa kedua orang dinamakan itu menghadapi apa dikatakan dakwaan atas kesalahan dilakukan. Itu belum keluar lagi, itu setahun, dua tahun tak habis cerita lagi,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri ‘Melakar Muafkat Baru’ di Bukit Sentosa di sini, semalam seperti dilaporkan Selangorkini.
Katanya, kes 1MDB merupakan antara skandal penggubahan wang haram terbesar dengan penglibatan pemimpin tertinggi sesebuah negara yang pernah berlaku dalam sejarah dunia

Katanya lagi, selain menjadi skandal terbesar, skandal ini turut memalukan rakyat Malaysia ekoran melibatkan semua rakyat di negara ini terpaksa menanggung akibatnya.
Read More

[Video] Teka siapa Jho Low: Mahathir vs Jho Low & Umno ibarat kereta buruk yang tak boleh dibaiki, kata Muhyiddin

Ahad, 31 Julai 2016


Umno ibarat kereta buruk yang tak boleh dibaiki, kata Muhyiddin

Berbicara mengenai rancangan parti baru, bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyamakan parti pemerintah tersebut sebagai 'kereta rosak yang perlu diganti'.
"Umno sekarang seperti kereta buruk, bila baiki rosak lagi, jadi kita tukar kereta baru lah," ujar beliau, memetik laporan Sinar Harian, hari ini.
"Nak baiki macam mana lagi Umno ini? Nak pinda perlembagaan? " tanya beliau.
Menurut Muhyiddin, beliau bersama-sama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengerusikan jawatankuasa perlembagaan parti, namun, tiada apa yang telah berubah.
"Tapi tak berubah, macam itu lah juga Umno, lebih lagi bila presiden partinya menjadi seorang yang amat tak bertanggungjawab," jelasnya, menurut laporan akhbar berbahasa Melayu itu.
Umno akhirnya memecat Muhyiddin bulan lalu selepas dia berulang kali mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.
Terdahulu, beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dalam tindakan drastik yang turut menyaksikan tempat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digantikan dan pasukan petugas khas menyiasat 1MDB dibubarkan.
Sejak pemecatannya dari parti pemerintah, Muhyiddin bersama-sama dengan Mahathir telah beralih platform kepada pakatan pembangkang untuk menangani Barisan Nasional.
Semalam, Muhyiddin menyertai bekas musuhnya, PKR untuk memulakan kempen menjelaskan kepada umum mengenai skandal 1MDB bagi meningkatkan kefahaman awam mengenainya.
Malaysiakini.
Read More

[Video] Riza dalam perjalanan pulang selepas dapat pasport diplomatik, dakwa blogger & Parti baru mahu tumbangkan UMNO-BN.

Ahad, 31 Julai 2016

Riza dalam perjalanan pulang selepas dapat pasport diplomatik, dakwa blogger

 | MALAYSIA DATELINE
Riza (kiri sekali) bersama Jho Low (kanan sekali) ketika pelancaran filem 'The Wolf of the Wall Street'. Hak cipta filem ini juga dibekukan oleh DoJ Amerika.
Riza (kiri sekali) bersama Jho Low (kanan sekali) ketika pelancaran filem 'The Wolf of the Wall Street'. Hak cipta filem ini juga dibekukan oleh DoJ Amerika.
Seorang pemimpin pertengahan Umno, Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa, anak tiri perdana menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz yang didakwa Amerika dalam kes penggubalan wang haram kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Amerika selepas berjaya mendapatkan pasport diplomat dari Kementerian Luar Malaysia.
Dalam posting di facebooknya, Zaharin yang juga seorang blogger menulis, "maklumat risikan UNCLE.. anak tiri Najib Razak yang bernama Riza Aziz yang menetap di US, minta diberi pelepasan ke London.. dan bercadang balik ke Malaysia.
"Tetapi kerana ada link antara FBI (Biro Perisikan Persekutuan) Amerika dan MI5 British, khabar beritanya beliau tidak dilepaskan melalui pintu Imigresen untuk menaiki pesawat British Airway.
"Akhirnya khabar ceritanya.. Melalui Kementerian Luar Malaysia melalui pejabat kedutaan di London beliau diberikan pasport Diplomat.
Zaharin Mohd YasinZaharin Mohd Yasin"Kerana adanya SOP UN@united nation.. bahawa pemegang pasport Diplomat tidak boleh ditahan.. maka dia dibenarkan melepas pintu Imigresen UK. Sekarang dalam perjalanan pulang ke Malaysia," tulis Zaharin dalam facebooknya.
Riza, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor bersama suami pertamanya adalah antara lima orang yang dinamakan Peguakm Negara Amerika sebagai pihak yang sedang disiasat kerana menipu wang milik rakyat Malaysia.
Selain Riza, Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Husseiny turut dikenakan sekatan ekoran dakwaan mencuri wang milik rakyat Malaysia.
Pelbagai jenis harta mereka telah dibekukan sebelum disita jika didapati bersalah dalam proses saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika.
Menurut Zaharin, PM Najib Razak sudah terbeban dengan isu Jabatan Kehakiman Amerika (US-DoJ) ini.
"Saya teringatlah akan kisah filem yang bersiri-siri bertajuk The Fugitive tahun 60an.. yang dilakunkan oleh David Janseen.
"Adakah Riza Aziz nak jadi macam Dr Richard Kimble hendak membuktikan bahawa dia tidak membunuh isterinya? dan dia tidak menyamun duit IMDB?" tulis Zaharin lagi.
Read More

Saturday 30 July 2016

[Video] Najib spin 1MDB punya wang - Hitler Version...Beranikah Najib mahu melantik saudara Rafizi Ramli juruaudit baru 1MDB?

Ahad, 31 Julai 2016




TAHUKAH ANDA.. Juruaudit sebelum ini telah meletakkan jawatan dan menyatakan penyata kewangan 1MDB sebelum ini yang diaudit tidak boleh digunapakai kerana mereka TIDAK DIMAKLUMKAN MAKLUMAT PENYELEWENGAN yang didedahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beranikah Najib mahu melantik saudara Rafizi Ramli juruaudit baru 1MDB malah beliau bersedia untuk berkhidmat secara percuma.


Rafizi tawar diri audit 1MDB secara percuma

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menawarkan diri untuk menyertai pasukan audit baru yang akan dilantik bagi menjalankan audit terhadap 1MDB.
Ahli parlimen Pandan itu berkata beliau adalah seorang akauntan bertauliah yang berdaftar dengan Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).
"Saya juga menyatakan kesediaan saya untuk berkhidmat secara percuma," katanya dalam satu kenyataan media.
Jika lembaga pengarah 1MDB yakin tiada salah laku, Rafizi berkata cara yang paling mudah untuk meyakinkan rakyat adalah dengan melantik beliau dalam pasukan audit yang baru.
"Saya akan menulis secara rasmi kepada Tan Sri Irwan Siregar, pengerusi lembaga pengarah 1MDB mengenai perkara ini," katanya.
Awal hari ini, Irwan yang juga ketua setiausaha perbendaharaan berkata pengumuman akan dibuat tidak lama lagi mengenai juruaudit baru 1MDB.
1MDB baru-baru ini mendedahkan bahawa juruauditnya sekarang, Deloitte Malaysia akan menamatkan khidmatnya.
Firma itu berkata, penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2013 dan 2014 tidak lagi boleh digunakan sehingga dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) ditentukan di mahkamah.
Ini kemudian diulangi oleh Deloitte, yang berkata audit berkenaan akan menerima kesan berikutan tindakan undang-undang DOJ.
DOJ Rabu lalu memfailkan dua tindakan undang-undang untuk merampas lebih AS$ 1 bilion aset yang dikatakan telah dibeli menggunakan dana 1MDB.
Deloitte adalah firma audit ketiga menamatkan khidmat dengan 1MDB sejak penubuhannya pada 2009.
Malaysiakini.
Read More

Mengapa Pas tidak wajar kekal dalam kerajaan Selangor..."Kerana Pakatan Rakyat sudah berkubur"

Ahad, 31 Julai 2016

Mengapa Pas tidak wajar kekal dalam kerajaan Selangor

Persoalan kedudukan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor dewasa ini terus menjadi bahan perbincangan. Dalam menjelaskan keberadaan Pas  dalam kerajaan Selangor walaupun Pas merupakan sebuah ‘rogue party’ atau parti yang bagaikan lawan terhadap Pakatan Harapan, bermacam-macam alasan dan hujah dikemukakan.
Ada beberapa hujah yang benar tetapi tidak tepat.
Dulu Pas ada, Amanah tidak ada
Antara hujah yang dikemukakan adalah “dulu Pas ada dan Amanah tidak ada”. Kata-kata ini ditonjolkan media walaupun mungkin yang menyebutnya memberi penjelasan yang lebih lengkap.
Hakikatnya dulu pun Amanah sudah ada tetapi kami berada di dalam Pas. Kami adalah serpihan dari Pas, iaitu serpihan yang terdiri dari golongan pemimpin dan ahli yang menyokong secara bersungguh-sungguh Pakatan Rakyat.
Mungkin ada yang lupa betapa meruncingnya perbalahan antara Pas dan Pakatan Rakyat sebelum ini. Perbalahan ini telah menyaksikan peristiwa seperti:
1. Pertandingan antara Pas dan PKR sehingga berlakunya tiga penjuru di Kota Damansara dan beberapa kerusi lain.

2. Tuduhan tanpa bukti mahupun saksi bahawa ada calon PKR menjual pil kuda.
3. Usul kaji kembali kerjasama dengan Keadilan, dan

4. Berbagai-bagai lagi tindakan khianat Pas.
Kemuncak perbalahan ini adalah krisis Menteri Besar (MB) Selangor di mana Pas dengan sokongan Umno telah mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai MB, sedangkan PKR dan DAP telah menolaknya. Sebelum itu tersebar luas mesej whatsapp Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi Marzuki dengan sikap khianat yang disyorkannya untuk Pas.
Ini telah akhirnya menghasilkan suasana muktamar Tahunan Pas tahun 2014 di mana golongan yang menolak TSKI dan memilih untuk bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah digelar ‘barua dan boneka’ oleh Presiden Pas. Yang dimaksudkannya dengan kalimah ‘barua dan boneka’ itu adalah barua dan boneka PKR dan DAP. Ini adalah kerana mereka tidak mengikut arahannya untuk bersama mempertahankan TSKI sebagai MB dengan sokongan Umno/BN!
Perbalahan ini menyebabkan kami terpaksa keluar dari Pas untuk membentuk Amanah setelah dilihat pendekatan khianat dan berbalah ingin terus dilaksanakan Pas selepas muktamar 2015.
Kami berani mengatakan bahawa dengan adanya kami di dalam Pas maka Pakatan Rakyat telah muncul sebagai gabungan kerjasama parti pembangkang yang kukuh sehingga meningkatkan prestasinya dalam pilihan raya 2013 khususnya di Selangor. Oleh itu amat tidak tepat untuk mengatakan kami ‘tiada’ pada ketika itu.
Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu, mungkin keadaan Kota Damansara adalah keadaan di seluruh negara pada 2013 dan bukan sekadar di beberapa kerusi.
Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu mungkin kerajaan Selangor dan Perak pada 2008 adalah kerajaan gabungan Pas dan Umno/BN.
Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu, mungkin TSKI terus kekal sebagai MB hingga hari ini dan kerajaan Selangor sekarang ini adalah kerajaan Pas dan Umno/BN.
Oleh kerana kami ada pada masa itulah maka apa yang ada sekarang dapat dikawal dan dipertahankan. Maka jangan diketepikan hakikat kehadiran kami dan peranan yang telah kami mainkan.
Sikap Pas seperti yang disaksikan hari ini adalah sikap tanpa adanya kami. Sekiranya itulah sikap Pas sejak dahulu, sudah pasti Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat wujud di alam nyata. Dan sikap Amanah hari ini adalah sikap yang telah memungkinkan wujudnya Pakatan Rakyat.
Oleh itu, harap maklum ya, kami telah ada sejak dahulu.
Mandat diberi kepada Pas, PKR dan DAP membentuk kerajaan Selangor
Ini juga satu kenyataan yang benar tetapi tidak tepat.
Sebenarnya mandat diberi kepada Pakatan Rakyat pada 2013 dan bukan kepada parti-parti secara individu. Mesti diingat bahawa pada 2013 kita telah menghadapi pilihan raya sebagai Pakatan Rakyat walaupun bertanding atas logo masing-masing atas sebab-sebab teknikal.
Manifesto yang ditawarkan adalah manifesto Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Dalam erti-kata lain, rakyat ingin ketiga-tiga parti ia itu Pas, DAP dan PKR berkerjasama memerintah negeri Selangor secara bersama berdasarkan manifesto tersebut.
Malangnya Pas khususnya tidak memahami maksud mandat tersebut dan sentiasa mendakwa Pas menang atas kekuatan Pas sendiri sehingga berterusan menempelak rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Pada awalnya yang menjadi sasaran Pas adalah PKR dan kemudiannya DAP. Akhirnya Pakatan Rakyat telah terkubur dan walaupun ianya dihidupkan di Selangor, hakikatnya ia hidup dalam keadaan bergantung kepada ehsan dari presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Semangat kerjasama sebenarnya tidak lagi dijiwai dan dihayati.
Dalam usaha untuk menghidupkan kembali kerjasama seperti mana yang diinginkan rakyat Selangor, maka ditubuhkan Pakatan Harapan (PH). Pakatan Harapan lebih menyerupai Pakatan Rakyat dahulu berbanding hubungan Pas, PKR dan DAP yang wujud di Selangor dewasa ini. Dalam erti-kata lain PH ditubuhkan untuk memenuhi mandat yang diberi rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat setelah Pas khianat. Ini adalah kerana kerjasama antara tiga parti yang diinginkan rakyat Selangor tidak mampu dilaksanakan lagi oleh gabungan Pas, Keadilan dan DAP. Ia hanya mampu dilaksanakan oleh Amanah, Keadilan dan DAP.
Kesimpulan
Saya tidak nafikan kebenaran apa yang dikatakan semua pihak dalam soal ini.
Hanya ianya tidak setepat mana yang sepatutnya kerana keadaan sudah berubah. Hubungan antara Pas, Keadilan dan DAP tidak seperti dahulu. Hanya yang berada dalam perigi buta sahaja yang tidak menyedari hakikat ini dan ingin berpura-pura menipu diri bahawa ianya tetap sama.
Bagi yang menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud, sila panggil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Sila keluarkan kenyataan atas nama ketiga-tiga Presiden dan buktikan kewujudannya. Kalau tidak boleh maka terimalah hakikat, ianya sudah tiada.
Move on!
Kita tidak perlu berpaut kepada dahan yang rapuh. Bina kekuatan atas apa yang ada.
Read More

[Video] Muhyiddin - 'Saya sendiri pun menjadi mangsa zalim Najib'...Tanda-tanda Umno menuju kepupusan di Sabah!

Ahad, 31 Julai 2016

Kerja2 menurunkan papan tanda Umno sedang di jalankan di bekas bangunan Umno semporna Sabah tanda2 Umno akan pupus di Sabah.

#kuburkanumno

Seramai 1,500 ahli bahagian Tenom isytihar keluar BN

Datuk Seri Shafie Apdal (dua dari kanan) menerima borang ahli keluar parti di bahagian Tenom  dalam satu majlis diadakan petang tadi.
Datuk Seri Shafie Apdal (dua dari kanan) menerima borang ahli keluar parti di bahagian Tenom dalam satu majlis diadakan petang tadi.
Seramai 1,500 ahli cawangan Umno-BN Bahagian Tenom hari ini mengisytiharkan mereka keluar parti membabitkan cawangan di dua Dewan Undangan Negeri (Dun) Melalap dan Kemabong di Sabah.
 Borang keluar parti telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu Majlis Perasmian Irau Rakyat anjuran Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia yang diadakan di Kampung Kemabong, Tenom di sini petang tadi.
Sebanyak 1,250 ahli cawangan daripada Dun Kemabong dan 250 ahli cawangan dari Dun Melalap telah menyatakan pendirian mereka untuk keluar Umno-BN dan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden Umno itu.
Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum lalu dengan barisan kepimpinannya Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi, Adun Melalap Datuk Radin Malleh dan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang.
Daripada sumber diperoleh Malaysia Dateline menerusi telefon, dimaklumkan juga sekitar 10 lagi cawangan di bahagian itu kini terumbang ambing ekoran krisis kepimpinan Umno pusat dan pemimpin di Sabah sejak pengantungan Shafie.
Cawangan-cawangan ini dikatakan seramai 700 ahli pada bila-bila masa juga akan mengumumkan mereka akan keluar parti dalam waktu terdekat.
Sumber juga memberitahu antara sebab utama mereka keluar parti bukan sahaja disebabkan pemimpin utama negeri itu tidak lagi bersama Umno bahkan dakwanya, sejak pemimpin BN memenangi PRU13 lalu tidak banyak pembangunan yang dilakukan untuk pengundi di kawasan itu yang kebanyakannya terdiri dikalangan suku kaum kadazan, dusun dan murut.
Antaranya dakwa sumber lagi, masalah bekalan air paip masih lagi menjadi masalah utama penduduk yang kebanyakannya masih lagi mengunakan air sungai yang keruh warnanya. Isu pembalakan haram juga ditimbulkan selain tenaga letrik dikatakan juga dicatu.
Sebagai rekod pada 11 Julai lalu seramai 600 ahli Umno-BN daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi mengumumkan keluar parti serta merta kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tanpa dipanggil membela diri.
Pada 4 Julai Naib Presiden Umno itu digantung keahliannya kemudian  mengumumkan beliau keluar daripada parti itu. Beliau dipetik  berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan MT Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.
Pada 27 Jun Umno Bahagian Semporna dibubarkan dengan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan MT Umno yang menggantung keahlian  Shafie sementara menunggu laporan Lembaga Disiplin parti.
Read More

6 perkara gila yang orang Malaysia akan buat 'Jika Malaysia Tiada Peraturan Selama 24 Jam'.

Sabtu, 30 Julai 2016

6 Perkara Gila Yang Orang Malaysia Akan Buat Jika Malaysia Tiada Peraturan Selama 24 Jam

by Rudy 
FILEM ANTARABANGSA
the purge giphy
Apa yang akan berlaku sekiranya rukun negara ke 4 (kedaulatan undang-undang) dimansuhkan untuk 24 jam je? Mesti kucar kacir kan?
Sebab ada undang-undang pun kita dah langgar, inikan pula bila undang-undang dimansuhkan untuk satu hari. Cuba bayangkan apa yang korang nak buat kalau Malaysia mansuhkan semua undang-undang…?
Kalau kami ada beberapa perkara yang kami nak buat sebab dah geram sangat!

1. Rompak kedai ice cream yang mahal-mahal

ezgif.com-optimize (12)
Wow dah lama nak buat benda ni, sebab geram je tengok ais krim tu tak berusik je disebalik cermin kaca tu. Almaklumla nak beli mahal macam emas, so kalau dapat peluang macam ni memang kami nak rompak dan makan ais krim sepuasnya.

2. Melancong ke semua negara tanpa tiket dan passport…best gila!

ezgif.com-optimize (13)
Bosan nak tunggu tiket murah, so kalau tak ada undang-undang memang inilah peluang yang kami nantikan untuk keluar melancong ke tempat yang menarik macam dekat Rome ke, UK ke tak pun nak pindah terus dekat sana tanpa passport atau pun tiket penerbangan yang mahal.
Boleh je nak hijack mana-mana kapal terbang dan pergi tempat-tempat yang nak dituju. Kalau boleh nak bawa saudara mara sekali, confirm ramai yang lari dari Malaysia. Eh!

3. Masuk dan ambil barang brandeddalam shopping mall…kena bawa lori ni

ezgif.com-optimize (14)
Perghhh! Ini memang benda yang nak sangat kami buat, masuk pusat beli belah dan feeling macamwardrobe kami je. So boleh try dan ambil mana-mana baju, kasut, seluar dan macam-macam dalam pusat beli belah tu tanpa uas-uas..syioknya.
Ini barulah shopping yang paling best sebab satu pusat beli belah boleh dimiliki tanpa bayar satu sen pun. Ha..Ha..Ha bayangkan saja yer jangan curi betul-betul pula tau.

4. Tak nak masuk kerja… Malas rasanya nak hadap kekecohan.

lazy giphy
Meskipun diberi peluang untuk berbunuhan, ada antara kami yang nak lepak je dekat rumah satu hari tanpa fikir apa-apa. Tak nak fikir pasal kerja dan masalah-masalah dunia yang tak pernah nak habis ni.

5. Main bumper car atas jalan raya

bumper cargiphy
Kami memang minat gila nak main bumper car tapi sekali main dah la mahal. So kalau tak ada undang-undang di atas jalan memang teringin nak main bumper car tu sepanjang jalan, tak kira lahighway ka jalan kampung ka..kasi lenjan itu kereta. Ha..Ha..Ha.
Tapi pastikan pakai tali pinggang keledar tau, meskipun tak ada undang-undang tapi keselamatan didahulukan baru boleh main bumper car sampai puas.

5. Makan tempat-tempat mahal secara percuma

Dibs, dibs and dibs
Kalau dah penat tu apa kata kita lepak makan dekat tempat-tempat mewah makan sepuas-puasnya tanpa fikirkan bil atau resit yang datang sebab tiada dakwaan pun dekat kita kalau tak bayar.
So kami cadangkan kita gathering sama-sama dekat hotel-hotel mewah nanti kalau semua undang-undang dimansuhkan.

6. Culik ikon lepak selama satu hari

culik giphy
Yang ni confirm semua nak kan! Lepak dengan ikon kesayangan korang yang masih hidup tu. Kalau kami dapat peluang ni memang nak culik Cristiano Ronaldo lepak dengan dia satu hari. He..He..He
Kalau artis dekat Malaysia memang kami nak culik dan lepak dengan Dato’ Siti Nurhaliza boleh nyanyi dengan dia sampai lebam. Best kot tak ada siapa boleh larang kita.

Oops! Sabar.. Semua perkara tu tidak akan berlaku di Malaysia sebab…

Okay, korang boleh la nak berangan-angan macam kami ni atau korang boleh berangan sendiri la yer apa yang korang nak buat kalau undang-undang di Malaysia dimansuhkan. Tapi ingat jangan jadikan ia realiti.
Jangan lupa ajak ramai-ramai tonton filem The Purge : Election Year yang akan ditayangkan bermula 14 Julai nanti. Nah tengok trailer ni dan fahamkan tapi jangan tiru aksi dalam filem ni sebab Malaysia masih ada undang-undang yang patut kita patuh. Ingat tu!

logo

FAKTA.. sememangnya Najib bodoh & tak faham apa yg DOJ perkatakan..

Memanglah dalam laporan DOJ tiada mengatakan aset 1MDB, TETAPI DOJ mengatakan 'ASET YANG BERKAITAN DENGAN 1MDB'..

TERANG2 DALAM BERITA TULIS 'Assets Tied to Malaysian Fund 1MDB'

Adakah PERDANA MENTERI MALAYSIA seorang yg BUTA ENGLISH !!!

FAKTA:
Dana2 1MDB diselewengkan utk beli hartanah, berjoli & bayar hutang main judi.
Read More

[Video] Malu beb! Kleptokrasi ("KLEPET" dan "KELENTONG")...Pihak berkuasa AS sepina Goldman bantu siasatan 1MDB.

Sabtu, 30 Julai 2016

PAKCIK KAMPUNG MAKCIK FELDA tahu tak maksud 'KLEPTOKRASI' !!!

Kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "KLEPET" dan "KELENTONG" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Hanya kerana #1MDB, NAJIB RAZAK dan JHO LOW, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri.

Malu beb... KECUALI BAGI MEREKA YANG SAMA-SAMA MENCURI !!!


Kan...kannnnn....tak berani pula lembu Umno nk berdemo pada US...!

Pihak berkuasa AS sepina Goldman bantu siasatan 1MDB

 | July 30, 2016

Pihak berkuasa itu juga mahu menemu bual kakitangan dan bekas kakitangan Goldman berkaitan skandal itu.



1mdb-Goldman-doj_600
WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan sepina kepada Goldman Sachs Group Inc bagi mendapatkan dokumen berkaitan dengan urus niaga bank yang ada kaitan dengan skandal 1MDB, lapor Wall Street Journal (WSJ).
Goldman menerima sepina itu awal tahun ini daripada Jabatan Kehakiman AS (DoJ) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran AS (SEC), lapor WSJ memetik individu yang arif mengenai perkara itu.
Pihak berkuasa itu juga mahu menemu bual kakitangan dan bekas kakitangan Goldman berkaitan inkuiri itu, tetapi pertemuan berkenaan masih belum diadakan sehingga semalam.
DoJ dan SEC enggan memberi komen. Tiada seorang pun daripada Goldman Sachs yang dapat memberi komen di luar waktu perniagaan biasa AS.
1MDB, yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009, tidak lama selepas memegang jawatan itu, sedang disiasat atas kesalahan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk AS, Singapura dan Switzerland.
Najib bagaimanapun terus-terusan menafikan sebarang salah laku.
Pegawai penguat kuasa undang-undang AS sedang cuba mengenal pasti sama ada Goldman melanggar undang-undang persekutuan selepas gagal menandakan transaksi di Malaysia, lapor WSJ pada Jun.

Pengawal selia negeri New York juga menyoal bank Wall Street bagi mendapatkan butiran siasatan berbilion dolar yang dikumpul dalam bentuk bond ditawarkan untuk 1MDB, lapor Reuters pada Jun, memetik individu yang biasa dengan perkara itu.
FMT.
Read More

[Video] Muhyiddin: Tak pernah dalam sejarah negara berada dalam situasi dahsyat! "Muhyiddin sertai jelajah isu 1MDB bersama PKR".

Sabtu, 30 Julai 2016


Muhyiddin sertai PKR jelajah isu 1MDB

Bekas Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin telah bergabung dengan PKR untuk memulakan siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan skandal 1MDB secara mudah kepada orang ramai.
Dalam penampilan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin berkata mereka akan menumpukan usaha di kawasan bandar dan luar bandar.
"Saya kira mungkin isu 1MDB kalau tak diberi penjelasan secara meluas dalam bahasa agak mudah rakyat sampai bila pun tak tau kesan dan impak ke atas negara," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Ditanya kemudian jika kerjasama ini bermakna beliau akan menyertai PKR, Muhyiddin berkata ia bukan satu isu dan beliau akan menyokong inisiatif PKR tanpa mengira parti mana yang disertainya.
Muhyiddin akhirnya dipecat daripada Umno bulan lalu selepas mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.
Beliau dijangka mengetuai sebuah parti baru, yang terdiri daripada 'pemberontak' Umno termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sementara itu berkata Umno mempunyai agenda untuk menipu rakyat Malaysia dalam isu 1MDB.
Beliau berkata penerangan bergerak itu akan bermula tidak lama lagi, walaupun tidak diberitahu secara spesifik pada sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena