Wednesday 30 September 2015

[Video] "Pelaq betui" Rompak kat chai leng park...depa buat seropa koboi...& Blogger pulak disiasat SKMM?

Khamis, 1 September 2015

Rompak kat chai leng park..pelaq betui depa buat seropa koboi tu...ha
Ha

Blogger Disiasat SKMM Tulis Kes Anak Zahid Kahwin Di Indon

SKMM siasat bloger, posting kahwin anak lelaki Zahid



Penulis blog Shahabudin Husin dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam untuk memberi keterangan berhubung tulisan dalam blognya berkaitan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Anggota Umno itu memberi penjelasan berhubung tulisannya pada 20 September bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?".

Shahbudin berkata beliau disiasat oleh SKMM bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan ia kali pertama dipanggil berbuat demikian.

Menulis dalam blognya hari ini, Shahabudin berkata sehari sebelum itu, kakitangan SKMM datang ke rumahnya untuk menghantar surat arahan kehadiran supaya beliau mematuhi perintah yang dikeluarkan.

"Sebelum diambil keterangan, saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SKMM bahawa saya disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

"Saya menjelaskan kepada pegawai SKMM bahawa artikel yang ditulis itu lebih berupa pertanyaan dan bukannya tuduhan kepada Zahid Hamidi memandangkan ia sudah menjadi perbualan ramai sebelum itu," tulis Shahbudin.

Menurutnya, beliau memberi keterangan kepada suruhanjaya itu selama dua jam.

Seksyen 233 memperuntukkan seseorang melakukan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya.

Shahabudin berkata artikel yang ditulisnya itu lebih kepada pertanyaan dan bukannya tuduhan bagi membolehkan Zahid atau pegawainya menjawabnya.

Katanya, hal ini sama seperti yang berlaku kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke majlis persandingan anaknya di Kazakhtan pada April lalu.

Menurutnya lagi, beliau turut memaklumkan satu perenggan dalam tulisannya bahawa beliau memohon penjelasan daripada Zahid bagi mengelakkan fitnah dan salah faham berhubung perkara itu.

"Sebagai penulis, saya hanya membangkitkan apa yang menjadi perbualan ramai itu...

"Ketika menjadi wartawan dulu, saya pernah sekali diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai penulisan berkaitan Korea Utara.

"Semua cabang dan jalur kehidupan pada hakikatnya ada cabaran masing-masing serta kerikil-kerikil yang mesti dilalui," katanya.

Dalam tulisanya juga, Shahabudin mendakwa bahawa aduan kepada SKMM dibuat oleh pembantu Zahid.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat Zahid untuk mendapatkan maklum balas.

- mkini
BLM
Read More

Selangor "Kita tengokkan aje respon Azmin"...PAKATAN HARAPAN dah buat kenyataan!

Khamis, 1 Oktober 2015

Kenyataan Media Pakatan Harapan: Kita tengok bagaimana respon Azmin 
DERAF. 
KENYATAAN MEDIA 
PAKATAN HARAPAN PERLU SEGERA MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR 

1. Parti Amanah Negara Negeri Selangor (Amanah Selangor) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana berjaya membentuk kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang ekoran terbentuknya Pakatan Harapan secara rasminya pada 22hb September 2015 yang lepas. 

2. Amanah Selangor dengan sukacita mencadangkan supaya Selangor mengambil langkah yang sama dan membentuk dengan segera kerajaan Pakatan Harapan Selangor mengikut  ketetapan yang telah diputuskan di peringkat pusat. Kegagalan untuk segera melaksanakan keputusan ini di peringkat  negeri Selangor akan memberi petanda yang kurang elok kepada kewibawaan pimpinan PKR, DAP dan Amanah dalam membentuk pasukan yang mantap untuk pilihanraya akan datang. Amanah Selangor percaya kekuatan dan kesepaduan Pakatan Harapan adalah ciri penting dalam menambah keyakinan rakyat kepada kemampuan kita untuk menggantikan BN dan tidak boleh dibuat hanya ketika menjelang pilihanraya umum akan datang. Dalam erti kata lain usaha itu perlu bermula sekarang. 

3. Sehubungan dengan itu Amanah Selangor ingin mencadangkan supaya pimpinan PKR, DAP dan Amanah supaya segera bertemu dan berbincang berhubung pembentukan kerajaan Pakatan Harapan Selangor.  Amanah Selangor ingin  memaklumkan kesediaan kami sebagai satu komponen parti dalam Pakatan Harapan untuk terus bersama membantu membina dan memperkukuhkan Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai hasrat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Selangor. 

4. Para pemimpin dan aktivis Amanah Selangor adalah terdiri dari kalangan mereka yang berpengalaman dan komited dengan tugas mereka di pelbagai peringkat jentera kerajaan, samada sebagai ADUN, Penyelaras DUN, Ahli-Ahli Majlis PBT, dan Ketua-Ketua Kampung. 

5. Amanah Selangor juga ingin menegaskan di sini bahawa tindakan pihak-pihak tertentu yang berusaha dengan pelbagai pendekatan, termasuk ugutan memecat, untuk menyingkir penjawat-penjawat kerajaan negeri dari kalangan aktivis parti Amanah amat dikesali. Ini kerana sebagai satu daripada parti komponen Pakatan Harapan yang bersama mendokong kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Amanah Selangor akan terus konsisten dengan tanggungjawab untuk melaksanakan sebarang tugas  mengikut polisi dan ketetapan kerajaan negeri. 

6. Akhir kata, Amanah Selangor ingin menyeru sekali lagi agar semua pimpinan Pakatan Harapan peringkat Negeri Selangor agar dapat memulakan perbincangan dalam usaha menilai, merencana dan memperkukuh kedudukan pentadbiran kerajaan Selangor dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Jangan hampakan rakyat dengan polemik dan kecelaruan politik yang berpanjangan.  Pakatan Harapan adalah harapan baru rakyat. 

Sekian. 
Amanah. Progresif. Peduli. 

Tn Hj Ir Izham Hashim 
Pengerusi Parti Amanah Negara 
(Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia) Negeri Selangor. 30 September 2015. 

Posted by mountdweller at 11:54 PM 
Read More

Apa kesudahan siasatan 1MDB & RM2.6 Bilion? - Fitri Asmuni Awi (T/K Pemuda AMANAH Perak)

Khamis, 1 Oktober 2015

Apa kesudahan siasatan 1MDB & RM2.6 Bilion?

1. Saya percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan terhadap skandal 1MDB dan RM2.6 bilion ini sedang berjalan.
2. Saya percaya ramai yang tidak tahu apa yang Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang lakukan sekarang dengan kedua-dua skandal ini setelah beliau dilantik menjadi Peguam Negara.
3. Saya juga percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Negara terhadap kedua-dua skandal ini.
4. Saya dan rakyat Malaysia juga sudah lama tidak mendengar hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap RM2.6 bilion dan SRC International.
5. Yang saya dan ramai rakyat Malaysia tahu, mereka yang serius mengkritik skandal ini pula yang diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan yang terbaru adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di bawah SOSMA atas dakwaan cuba mensabotaj negara.
6. Beginikah tahap kecekapan badan-badan besar yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion?
7. Apa yang menyebabkan badan-badan ini mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat skandal ini?
8. Mengapa terlalu sukar untuk badan-badan ini untuk menemui bukti-bukti penyelewangan dan salah laku yang berlaku di dalam kedua-dua skandal ini?
9. Selama ini ramai yang memuji dan menyatakan bahawa PDRM dan SPRM adalah badan penyiasat yang cekap dan tangkas dalam menangani kes-kes rasuah dan jenayah. Tetapi apabila melibatkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion, ramai menjadi was-was dan ragu-ragu serta bernyata mengapa kedua-dua badan ini kelihatan tidak bermaya dan lembap?
10. Mengapa siasatan terhadap kedua-dua skandal ini dilihat seperti cuba dilengah-lengahkan?
11. Mengapa penyelewengan yang berlaku di dalam skandal ini perlu disembunyikan sedangkan umum mengetahui wujudnya penyelewengan dalam skandal tersebut.
12. Apa yang telah badan-badan ini lakukan terhadap Dato' Sri Najib dan suspek yang terlibat di dalam skandal tersebut?
13. Apa sudah jadi dengan badan-badan ini? Adakah mereka hendak menyelamatkan Dato' Sri Najib dan mereka yang terlibat atau hendak menyelamatkan Malaysia?
14. Akhirnya, adakah siasatan ini hanya sekadar satu lakonan dan sandiwara atau bagaimana?
15. Apa kesudahannya, rakyat mahukan jawapannya !

Amanah . Progresif . Peduli
‪#‎HarapanBaru‬

MOHD FITRI ASMUNI
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH (AMAN) Negeri Perak


Kedah Lanie.
Read More

Khairuddin bantah permohonan sebulan dengar perbicaraan Sosma.

Rabu, 30 September 2015
Khairuddin: Sosma disalah guna untuk tahan saya - Malaysiakini

Khairuddin bantah permohonan sebulan dengar perbicaraan Sosma
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bantah permintaan kerajaan supaya mahkamah mendengar permohonan habeas corpus beliau selepas tamat tempoh penahanan 28 hari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bantah permintaan kerajaan supaya mahkamah mendengar permohonan habeas corpus beliau selepas tamat tempoh penahanan 28 hari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015. 

Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamed Hanafiah Zakaria meminta tempoh masa sebulan bagi Jabatan Peguam Negara memfailkan afidavit yang sangat besar itu.
"Kami membantah permintaan itu kerana permohonan itu akan menjadi akademik," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noor Aini Yusof.
Hanif berkata Noor Aini menetapkan kes itu didengar pada Jumaat ini di hadapan Hakim Kamardin Hashim.
"Kami berharap hakim akan menetapkan tarikh tidak lama lagi untuk mendengar permohonan habeas corpus itu," kata Hanif.
Khairuddin ditahan polis di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 23 September.
Polis boleh menahannya sehingga 28 hari di bawah undang-undang itu, selepas itu beliau sepatutnya sama ada didakwa atas kesalahan berhubung keselamatan atau dibebaskan. 
Pada Isnin, Khairuddin memfailkan permohonan mendakwa penangkapan dan penahanan beliau di bawah Sosma adalah menyalahi undang-undang.
Khairuddin menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden permohonannya.
Salah seorang pengkritik tegar firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Khairuddin pertama kali ditangkap di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September.
Terdahulu pada hari yang sama, beliau dan peguamnya Matthias Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Khalid berkata Khairuddin ditahan kerana tindakan beliau menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai tindakan mensabotaj.
Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB pada Disember tahun lepas dan kemudiannya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis. 
Beliau membuat laporan dengan pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat ketika dihalang daripada menaiki penerbangan.
Beliau ditahan reman selepas penangkapan pada 18 September itu dan selepas 6 hari, ketika majistret melepaskannya pada 23 September, beliau ditahan semula di bawah Sosma ketika meninggalkan mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. – 30 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-bantah-permohonan-sebulan-dengar-perbicaraan-sosma#sthash.vEjWXTl0.dpuf
Read More

SOSMA lebih teruk daripada ISA...Boleh penjara seumur hidup! "Saya sudah tua, nyanyok".

Rabu, 30 September 2015
Sosma lebih teruk daripada ISA, boleh penjara seumur hidup, kata Dr Mahathir 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan boleh ditahan seumur hidup di bawah Sosma kerana akta itu tidak menjelaskan definisi perkataan ‘sabotaj’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.

Bekas perdana menteri itu, penyokong kuat ISA yang kini dimansuhkan berkata, Khairuddin boleh ditahan sepanjang hayatnya di bawah Sosma kerana akta itu tidak menjelaskan definisi perkataan "sabotaj".
"Disebabkan penahanan Khairuddin, saya mengkaji hal ini dan mendapati ia lebih teruk daripada ISA. Kerana, jika anda dituduh mensabotaj – dan sabotaj tidak ditakrifkan – anda boleh dipenjarakan seumur hidup," kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
"Jadi, Khairuddin sedang menghadapi masalah ini. Apa yang beliau lakukan sudah tentu boleh dipanggil sabotaj kerana definisi yang tidak diberikan.
"Kerajaan boleh membuat definisi mengatakan, jika anda melakukan sesuatu seperti ini, ia adalah sabotaj, dan oleh itu anda harus dipenjarakan seumur hidup."
Dr Mahathir berkata, pengkritik ISA berjaya mendesak supaya akta itu, yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dimansuhkan pada 2011, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tetapi, kata perdana menteri paling lama berkhidmat itu, pemansuhan ISA hanya menyebabkan ia digantikan dengan undang-undang yang lebih teruk lagi.
"Jadi, rakyat sebelum ini tidak suka ISA, di mana anda dapat 2 tahun (penjara) dan kajian semula (kes) dan semua itu. Malah, anda mungkin juga boleh dibebaskan sebelum 2 tahun. (Tetapi) Sekarang, anda berdepan kemungkinan dipenjara sepanjang hayat."
Dr Mahathir berkata, beliau sendiri berkemungkinan besar akan ditahan mengikut Sosma, susulan kenyataan yang dibuatnya kepada media akhir-akhir ini mengenai Najib dan kerajaan.
Beliau mengakui tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan seperti itu berdasarkan faktor umur dan kesihatan, tetapi menambah, "orang nyanyok" pun, atau mereka yang mengalami penyakit demensia, tidak dapat melarikan diri daripada dikenakan undang-undang itu.
"Kalau saya salah, saya terpaksa kena penjara seumur hidup... saya tidak bersedia, saya sudah tua, tidak begitu sihat, tidak dapat berfikir, nyanyok.
"Tetapi, orang nyanyok pun tidak ada alasan untuk mengatakan perkara yang salah," kata Dr Mahathir.
Khairuddin ditahan semula pada Rabu lepas di bawah Sosma bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau cuba mensabotaj kerajaan dengan membuat laporan kepada penyiasat asing berhubung syarikat sarat hutang 1MDB.
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu pertama kali ditangkap pada 18 September,  dan ditahan semula pada Rabu ketika dibebaskan selepas 6 hari direman.
Sosma ialah undang-undang pencegahan penahanan yang membenarkan tahanan tanpa bicara sehingga 29 hari.
Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu pada Disember tahun lepas, dan kemudiannya dipecat daripada Umno kerana diisytiharkan muflis.
Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom mengenai 1MDB. – 30 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Read More

Selepas Pakatan HARAPAN dibentuk...PJ Selangor berbalah dengan Ketua Dewan Ulama PAS pulak!

Rabu, 30 September 2015

Keluar Pakatan - PJ Selangor Berbalah Dengan Ketua Dewan Ulama PAS

Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama


Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.

“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor. Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.

ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.

“Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14,” kata Iskandar.

“Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan,” tegas Iskandar lagi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.

“PAS tidak akan ada perhubungan lagi de­ngan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.

“Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” Mahfodz dipetik sebagai berkata.

Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru.
BLM.

Read More

Tuesday 29 September 2015

'Pengubahan Wang Haram' Najib selamat di luar negara kerana kedudukannya tinggi, kata Dr Mahathir

Rabu, 30 September 2015
Najib selamat di luar negara kerana kedudukannya tinggi, kata Dr Mahathir 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa Datuk Seri Najib Razak akan dikecualikan undang-undang kerana kedudukannya yang tinggi sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa Datuk Seri Najib Razak akan dikecualikan undang-undang kerana kedudukannya yang tinggi sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015. 

Mendakwa kedudukan Najib akan mengecualikan beliau daripada undang-undang, Dr Mahathir berkata, beliau tidak percaya masyarakat antarabangsa akan bertindak terhadap perdana menteri yang ketika ini mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat.
"Saya tidak fikir komuniti antarabangsa akan buat apa-apa. Kerana, anda pun tahu, mereka menentang pengubahan wang haram. Jika kita dapati ada wang yang dipertikaikan, kita bekukan akaunnya, tetapi mereka tidak buat apa-apa.
"Jadi, semua cakap-cakap tentang pengubahan wang haram ini hanya terhad kepada orang kecil saja. Kalau saya yang terlibat pengubahan wang haram, saya mungkin ditangkap. Tetapi kalau anda memegang jawatan tinggi, anda dikecualikan," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Inculcating Character Building in Virtual Education” pada satu forum di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pagi ini. – 30 September, 2015.
- http://www.themalaysianinsider.com
Read More

PAS S'gor buat lawak, anggap Dap sebagai rakan pulak..."Hilang jawatan? Kami tak takuttt!"

Rabu, 30 September 2015

PAS Selangor Buat Lawak, Anggap DAP Sebagai Rakan Pulak..



SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu. 

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa. 

“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat. 

“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan. 

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor. 

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor. 

“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor. 

“Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita masih Exco dalam kerajaan Selangor,” ujarnya. 

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan pembangkang yang lama. 

“Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di Selangor ini?” soalnya lagi. 
BLM.
Read More

[Video Daging Korban Bergerak] Presiden PAS TG Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang bakal disaman..."Yang saman neh nama melayu atau nama kafir?"

Selasa, 29 September 2015
Presiden PAS TG Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang bakal disaman...

Presiden PAS tuan guru hj abdul hadi awang bakal disaman kerana berusaha mengemukakan private's bill di parlimen untuk mengukuhkan undang2 hudud di malaysia.

''ini la 4 makhluk yang akan menyaman tuan guru hj abdul hadi awang.......1...Mansoor bin Saat...2...Azira binti Aziz...3...Hasbeemaputra bin Abu Bakar...4...Hazwany binti Jamaludin....satu jer pertanyaan..nama keempat  tuh nama melayu atau nama kafir?




AMANAT TGNA.
Bukan bermakna Selepas ketiadaan Beliau suka hati lah nk buat apa dan lagu mana pun.
TETAPI yg sebenarnya Ialah UMNO ITU WAJIB DI JAUHI.

Semoga jelas ✔
Read More

Mufti Pahang bertegas mahu Muslim DAP mohon maaf...'Aikk, sapa yang kata..sapa pulak kena minta maaf neh'?

Selasa, 29 September 2015

Mufti Pahang bertegas mahu Muslim DAP mohon maaf

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman enggan mohon maaf berhubung khutbah anti-DAP pada Hari Raya Aidiladha minggu lalu.
Sebaliknya, Abdul Rahman berkata bahawa DAP yang perlu memohon maaf kerana didakwanya "campur tangan dalam hal ehwal Islam", laporUtusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas tuntutan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri supaya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf dan menarik balik khutbah tersebut kerana didakwa menghina parti itu atau berdepan tindakan undang-undang.
"Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.
"Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam sepeti pelaksanaan hudud d Kelantan," katanya seperti yang dilaporkan akhbar itu hari ini.
Dalam laporan itu juga, Abdul Rahman sedih dengan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar pati itu dan tidak menghormati institusi Islam.
"Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan Islam ini, namun merea, pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf," katanya dipetik.
Dewan Ulama PAS Perak mempertahankan khutbah itu dan menyokong langkah JAIP yang enggan memohon maaf susulan ugutan saman oleh DAP dan NGO PERKASA pula mendesak parti itu memohon maaf.
Malaysiakini.
Read More

'Aku Keliru' Wo rrrah! Nazri Akui Kesilapan Berurusan Hal Diplomatik...tindakan 'lemah', 'cetek', 'cuai'? Pi rrahh!

Selasa, 29 September 2015

Nazri Akui Kesilapan Berurusan Hal Diplomatik


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau membuat kesilapan sewaktu berurusan hal diplomatik di mana Duta China Huang Huikang dipanggil berhubung kenyataan yang dibuatnya di Jalan Petaling pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Nazri yang juga MP Padang Rengas menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal Kementerian Luar Negeri.

"Tidak ada niat untuk campur tangan," katanya dalam satu kiriman SMS sebagai maklum balas kepada pertanyaan Malaysiakini.

Menteri Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas rakan sejawatnya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang meluahkan rasa kecewa bahawa beberapa menteri telah mencampuri perkara tersebut tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Huang telah dipanggil untuk bertemu dengan bekas timbalan Anifah, dan kini Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin semalam.

Bagaimanapun terdapat banyak kekeliruan mengenai mesyuarat itu, kerana ia pada mulanya dilaporkan bahawa ia telah dibatalkan.

Nazri berkata pertemuan itu dibatalkan kerana timbalan menteri luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merica melanggar protokol dengan memanggil Huang.

Nazri berkata hanya pemangku menteri luar yang boleh berbuat demikian sewaktu ketiadaan menteri luar.

Bagaimanapun Reezal menafikan dakwaan tersebit dan menyatakan tindakan memanggil Huang direstui Anifah.
BLM

Isu duta China: Reezal bidas tindakan 'lemah', 'cetek', 'cuai'

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini membidas pihak yang menuduh beliau melanggar protokol berhubung tindakan memanggil Duta China ke Malaysia ke Wisma Putra.
"Memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra adalah amalan biasa.
"Yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.
"Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun beliau tidak menyebut nama, kenyataan beliau itu secara jelasmerujuk kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam yang berkata Reezal telah melanggar protokol ketika memanggil Dr Huang Huikang.
Read More

LENGANG woii! Kerusi kosong ketika Najib berucap di UN...Sri Lanka's Sunday Times this time! Pulak dah...

Selasa, 29 September 2015


UCAPAN NAJIB MEMANG AJAIB.. SEHINGGA BANYAK KERUSI2 YANG MENDENGARNYA..

Kerusi kosong ketika Najib berucap di UN bukan kerana perwakilan tak berminat mendengar temberang & syok sendiri Najib.. tapi ketika itu sudah masuk waktu Asar di New York... jadi perwakilan keluar untuk menunaikan Solat Asar -machai

APA AKAN JADI BILA ROSMAH BERUCAP ???

Foto kiri: Ucapan Najib di #PBB pd 27 Sept. 2014
Foto kanan: Ucapan Najib di #PBB pd 28 Sept. 2015






BONGKAR !!.. KENAPA media massa di M'sia TIDAK BERANI nak dedahkan suasana sebenar semasa Najib berucap di PBB tempohari !!!

Nampaknya media massa M'sia pro UMNO pon bacul xder telor mcm Najib.

SUDAH DUA KALI Najib mengalami nasib yang sama sebegini iaitu pd tahun lps & tahun ini..

KENAPA kelihatan para perwakilan di PBB buat2 bodo aja, berborak sesama sendiri & tidak ambil peduli ketika Najib sedang berucap ??

Barangkali mereka kata.. INILAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YG TERPALIT DGN SKANDAL RM2.6 BILION & #1MDB...



HEBAT 'kuasa' yg ada pada Rosmah ni sehinggakan boleh duduk sebaris dgn Menteri di JPM Wahid Omar di PBB..

Mana ada bini2 PM Malaysia terdahulu yg ada buat perangai mcm Rosmah skrg.. Cuba bgtau kalau ada...

Jika diperhatikan gambar2 di persidangan tersebut mana ada pemimpin2 negara lain yg hadir di PBB bawa masuk bininya masuk dan duduk di barisan utama perwakilan (kerusi warna 'beige') setiap negara di PBB..

Kalau yer pon GIAN & JAKUN nak duduk gak.. KENAPA TIDAK DUDUK DI BARISAN BELAKANG (kerusi warna biru) !!!




SUE SUE SUE....Tomorrow again Tuesday....SUE Sri Lanka's Sunday Times this time..!


10 hrs 
 

Kali ini dari Australia pula..

Jangan satu dunia saja tahu biar planet Marikh pun tahu bodoh dan korupsi PM malaysia..!!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena