Sunday 30 April 2017

[Video Himpunan Batu 9 (PAS) Hentam AMANAH Sebab AMANAH Kuat] ADUN PKR Lompat Parti Cuma Propaganda!

Isnin, 1 Mei 2017

ADUN PKR LOMPAT PARTI TUBUH KERAJAAN CAMPURAN DI SELANGOR Cuma Propaganda.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei – Foto FMT
Khabar angin tentang empat Adun PKR akan lompat parti bagi menubuhkan kerajaan campuran baru di Selangor disifatkan sebagai propaganda semata-mata.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, spekulasi tersebut mungkin berpunca daripada pihak yang ‘ingin kembali’.
“Itu hanya propaganda dan spekulasi semata-mata. Mungkin ada pihak yang kecewa kehilangan kedudukan satu ketika dahulu berharap untuk kembali.
“Sejak 2008 ramai Adun dikaitkan melompat sana sini namun ia tidak berlaku. Jika ada pun hanya satu kes terpencil di Selangor.
“Kita sedar ada sedikit usaha pihak tertentu ke arah itu sejak November 2014 lagi dan terbaru, mereka merisik khabar dengan beberapa adun. Mungkin mereka terlibat dengan penyiaran propaganda itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah blog mengatakan empat Adun PKR akan meninggalkan parti itu dan menubuhkan kerajaan baharu.
Katanya, di sebalik khabar angin itu, kerjasama dengan semua Adun dari Pas, Amanah, Dap dan PKR berjalan dengan baik hingga kini.
“Malam ini pun beberapa Adun dari PKR dan Pas menyertai delegasi menteri besar ke Timur Tengah bagi meninjau keadaan pelajar-pelajar Selangor di sana.
“Maka tiada masalah besar atau apa-apa yang berlaku. Kerajaan negeri berjalan seperti biasa dan lancar. Pakatan Selangor akan teruskan pentadbiran seperti biasa dan kami kekal fokus dengan agenda Membangun Bangsa, Memakmur Negeri,” katanya.
Read More

[Video Dr M cari kawan, Hadi pula galak cari lawan] Pas membuka laluan lebih terang untuk Najib menuju dunia persaraan.

Isnin, 1 Mei 2017

Related image
Pakatan Harapan dan PPBM perlu memilih salah satu logo untuk digunakan dalam PRU14 - Malaysia Dateline

Maka jelaslah di mana duduknya PAS kini 
Monday, 1 May 2017 

KEPUTUSAN PAS SEPATUTNYA DISAMBUT DENGAN RASA SYUKUR 

Usul Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR akhirnya diterima sebulat suara oleh Muktamar Pas dan ia kini terletak di tangan Majlis Syura untuk membuat keputusan akhir mengenainya. 

Selain dikata mengingkari banyak perkara dalam perjanjian kerjasama, tindakan mahu berpisah itu juga meletakkan Selena Gomez sebagai salah satu puncanya. 

Sebelum itu, muktamar juga diberitahu Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu kerana parti itu dianggap celaru dan tidak tentu hala tuju, meskipun kita tahu ke mana saja Tun Mahathir Mohamad pergi, ribuan rakyat akan hadir menunggu. 

DAP, seperti biasa dianggap oleh Pas sebagai parti yang anti Islam dan  didakwa menghalang perkembangan Islam di negara ini. 

Muktamar Pas di Kedah yang semalam dilanda ribut turut dibisingkan dengan jeritan "Jahanam Amanah" sebagai suatu bentuk serangan terhadap parti itu. 

Hanya Najib Razak, UMNO dan BN yang bebas daripada serangan Pas kali ini. MCA, MIC dan Gerakan yang diketahui umum menjadi penghalang kepada hasrat kerajaan menjadikan usul Akta 355 sebagai usul kerajaan, tidak pula dijadikan sebagai bahan. Di mata Pas, hanya DAP yang nampaknya anti Islam. 

Dengan semua gambaran ini, di mana kedudukan Pas dalam pilihanraya akan datang tidak perlu lagi diperkatakan. Segala-galanya umpama bersuluh dalam terang. 

Tetapi, bolehkah Pakatan Harapan menang dan UMNO serta BN dapat ditumbangkan?

Seperti isu 1MDB yang hanya di atas kertas nampak macam sudah selesai, sedangkan d hati rakyat masih banyak bersarang kekeliruan, begitu juga dengan kedudukan  Najib, UMNO dan BN yang kini seolah-olah sudah ada Pas sebagai pemberi bantuan untuk mengekalkan kemenangan. 

Di atas kertas, mungkin ramai yang melihat laluan UMNO dan BN sudah selesa dan terang, namun hakikatnya tiada lagi Pas bersama Pakatan Harapan akan menjadikan gabungan itu lebih fokus menentang kebatilan serta tidak berdepan kekeliruan. 

Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu kini boleh bergerak tanpa menoleh ke balakang lagi dengan fokus utama untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan Najib yang merosakkan negara sehingga di dunia sekarang ini hanya Malaysia di bawah kepimpinnanya satu-satunya negara yang dicop sebagai kleptokrasi gaya pentadbirannya. 

Pas sudah boleh dianggap secara rasmi sebagai sekutu UMNO, walaupun mereka juga menyanyikan lagu untuk mengalahkan UMNO dan BN. Dalam hal ini, Pas bukan saja menipu rakyat, malah sedang menipu diri mereka sendiri kerana dengan hanya bertanding 80 kerusi, tentulah mustahil sebarang perubahan kerajaan dapat dilakukan. 

Di 80 kerusi yang Pas bertanding itu pula sebahagian besarnya adalah kerusi yang UMNO akan meletakkan calon mereka. Sekali lagi terbukti yang ingin sangat dibantu oleh Pas dalam pilihanraya akan datang hanyalah Najib dan UMNO. 

Dengan mengatakan Bersatu sebagai parti yang celaru, Hadi seolah-olah tidak nampak bahawa Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB dan mendatangkan banyak beban kepada rakyat sebagai sasaran yang lebih utama dalam sebuah pertandingan, apa lagi kalau mahu dikata perjuangan. 

Tiadanya Pas dalam Pakatan Harapan tidak bermakna rakyat, malah ahli dan penyokong parti itu tidak bersama dalam gerakan mahu menumbangkan Najib, UMNO dan BN. Tiada cara lain untuk Najib dapat disingkirkan selain dengan UMNO dan BN dikalahkan terlebih dahulu. 

Rakyat hakikatnya hanya ada satu pilihan - mengekalkan Najib atau menumbangkannya. Memberi undi kepada BN atau kepada Pas yang tidak mungkin dapat membentuk kerajaan, akan dilihat sebagai sama saja tujuannya. 

Pilihan untuk melihat kejatuhan Najib dan negara dapat dipulihkan, malah GST dapat dihapuskan seperti yang disebut oleh beberapa mufti dalam sehari dua ini sebagai haram, hanya mampu menjadi kenyataan melalui kuasa diberikan kepada Pakatan Harapan. 

Untuk itu, selain ahli dan penyokong PKR, DAP, Amanah serta Bersatu akan konsisten, bahkan tidak berubah daripada memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan, sokongan gabungan itu akan turut diperolehi daripada ahli dan penyokong UMNO serta Pas. 

Di dalam Pakatan Harapan, tidak ada ahli serta penyokong PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang teringin mahu melihat Najib kekal berkuasa lagi,  tetapi di dalam UMNO dan Pas, masih ramai, bahkan tidak mustahil lebih bertambah mereka yang menyampah terhadap Najib. 

Keputusan Pas dengan menyerlahkan secara jelas di mana beradanya ia sekarang ini akan lebih memudahkan pengundi membuat pilihan. Sebab itu, keputusan terbaru Pas ini harus diucapkan dengan lafaz Alhamdulillah dan rasa penuh kesyukuran. 

Pas membuka laluan lebih terang untuk Najib menuju dunia persaraan. (ShahbudinHusin 01/05/2017).Posted by fakhruddin yusoff
Read More

[Video 'Tak salah pun Pas bekerjasama dengan pengkhianat'] Pas hanya bantal guling Umno di malam sepi?

Isnin, 1 Mei 2017

Related image

Pas sudah siapkan lubang besar untuk menimbus dirinya


Muktamar parti agama ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah adalah kemuncak kepada pencapaian BN khasnya Umno untuk menghancurkan parti compingannya yang ditubuh tahun 1951 itu.

Usaha Umno untuk memporak perandakan Pas sememangnya bermula sejak lama dahulu, tetapi usaha itu lebih kepada memelihara Pas untuk menjaga kepentingannya.

Sebelum ini Umno menjadikan Pas laksana sebagai "monyet" atau "kera" untuk memanjat nyiurnya sahaja. Mana-mana nyiur tinggi digunakan "Pas" untuk gugurkan manakala nyiur rendah dipetik dengan tangan.

Dalam kata lain Pas dijadikan barang gadaian Umno untuk kepentingan parti nasionalis itu. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Pas hanya bantal guling Umno di malam sepi.

Apabila Umno mula kehilangan darah yang banyak di era gerakan Refomasi tahun 1999 dan kesan besarnya mulai dirasai tahun 2008 dengan wujud gabungan pembangkang apabila UBN kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen. Dari sinilah menyebabkan Umno cemas dan gelisah.

Umno mula nampak Pas dan menyedari akan menjadi pemain utama dalam gabungan pembangkang dimana kalau ia tidak dikawal menyebabkan Umno akan hilang kuasa dan kerajaan. Maka dengan apa cara usaha dan tektik kena dilakukan segera. Umno bangkit dengan segala tektik dan strategi dengan lebih berani lagi sanggup merompak dan mengirimkan hasil rompakan kepada Pas.

Bertolak dari kesedaran dan kebimbangan itu maka pada tahun 2008 tindakan Umno makin ketara dan agresif untuk menghancurkan Pas. Umno menyedari kalau ia melawan Pas dari luar ia tidak akan berjaya, kerana ahli Pas umpama pahlawan perang Uhud dan Badar, tidak akan berganjak setapak dari medan juang.

Maka bermula tahun selepas itu, 2009 hingga ke hari ini Umno mengubah tektik serangan dan kerja-kerja melumpuhkan Pas. Umno mulai menyusuk masuk ke dalam Pas dan mengaturkan perancanaan dalam muktamar Pas. Umno mula melaksanakan pendekatan berbaik bukan lagi menyerang dan mendera Pas. Untuk ini agen-agen Umno mengenali individu atau pemimpin Pas yang boleh dipanggang dan direbus, mereka bantu untuk diangkat menjadi pemimpin. Mana-mana yang berprinsip dan bijak dihapuskan seperti dilakukan kepada Hang Nadim.

Sebab itu pada tahun 2009 Umno menyokong Nasharuddin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden apabila kedudukannya dicabar oleh Mohamamd Sabu. Umno menggunakan media massanya yang selama ini haram untuk Pas, berkempen untuk memenangkan Nasharuddin. Umno sudah dapat mengenali DNA dalam tubuh Nasharuddin sama dengan DNA nya.

Umno juga menjalinkan hubungan dengan golongan pemuda Pas, menjinakan mereka dengan pelbagai umpan dan tawaran termasuk ke peringkat tertinggi menjadi anggota kabinet.

Malangnya "mancukari" itu kalah. Kekalahan itu menyebabkan Umno memperhebatkan lagi usahanya untuk menghancurkan Pas, kali ini menerusi pihak ketiga yang berupa Ngo berorentasikan Islam yang diuruskan oleh Jakim dan bantuan kewangan dari pelbagai korporat yang menjadi hamba Umno.

Ngo-Ngo ini mula membentuk barisan memainkan peranan menuba pemikiran ahli Pas dan rakyat membawa isu bahaya fahaman liberalise, sosialisme, komunisme dengan mengaitkan Anwar Ibrahim dan DAP adalah pelopornya. 

Badan-badan dan Ngo yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan ini menuba dan membawa isu bahaya fahaman itu ke tengah masyarakat sehingga ia akan mengugatkan kerajaan Umno. Politik baharu dan slogan untuk selamat Malaysia dibawa pembangkang juga memberi kesan menakutkan Umno. Dalam masa sama juga dimainkan elemen fahaman komunis, syiah, Kristinasi, ISIS dan sebagainya.

Serentak dengan itu dari dalam pula Umno menerusi agen dan mancukarinya memecah belakan kesatuan dan kepaduan Pas.  Organisasi Pas dihancurkan. Muktamar Pas di Johor, Umno sudah dapat merasakan usaha mereka berjaya bila mana elemen "terrorisme" "fanatisme" sudah wujud dalam Pas dimana, serangan dan kecaman terhadap golongan profesional menggemai dewan muktamar. Akhirnya muktamar pada tahun 2015, di Kuala Selangor cita-cita Umno itu tercapai apabila Pas sudah terbelah dua.

Dan muktamar ke 63 ini adalah kemucak kepada kejayaan Umno itu untuk memisahkan Pas dari kumpulannya, oposisi. Selepas ini Pas akan bersendirian persis anak kambing terpisah dari kumpulannya. Umno akan membaham dan meratah Pas seperti mana serigala akan menelan kambing yang telah dipisahkan dari kumpulannya. Umno akan meratah Pas macam tok arab makan kambing panggang.

Piraum ke-14 yang akan menjelang tidak lama lagi adalah menjadi kubur besar kepada Pas. Sayang Pas belum menyedarinya  masih menganggap lubang yang digali oleh Umno itu dianggap sebagai kolam indah atau sebuah jannah untuk mereka diami, walhal ianya adalah kubang maut.  Trims. [wm.kl.9:13 am 01/05/17] * Perkongsian dari Fb Mso.

Posted by mohd sayuti Omar 


Read More

[Video Titisan Airmata Husam Membasahi Pipi Sewaktu Berdoa] 4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor?

Isnin, 1 Mei 2017

Image result for Gambar pakatan harapan

4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru Di Selangor

SHAH ALAM, 30 April: Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu depan bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, hasil perbincangan akan diumumkan kelak memandangkan secara teknikal, jika Pas betul-betul keluar daripada Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat bakal hilang kuasa kerana kerajaan Selangor tidak lagi mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk rekod Nizar Jamaluddin Bekas Menteri Besar Perak dan kerajaan pakatan Perak hanya bertahan hampir 13 bulan selepas itu tumbang.

Menurut sumber yang rapat dengan Menteri Besar itu, Azmin kini semakin resah berhadapan krisis kepimpinan Selangor sekarang bagi mengelakkannya sebagai ketua kerajaan negeri paling singkat memegang kuasa berbanding Nizar Jamaluddin di Perak. ‘Perang’ antara Pas, PAN, PKR, dan DAP kerana jika gagal dikawal, jawatan Menteri Besar dipegangnya sejak 23 September 2014 akan hilang

Azmin turut berhadapan dengan tekanan dalam PKR antara Kem Presiden dan Timbalan Presiden. Isu rasuah dikalangan Kem Timbalan Presiden PKR seperti Zuraida, Adam Rosly, Hilman Pegawai Azmin yang terus diganyang oleh Rafizi Ramli Naib Presiden PKR selain berkonflik dengan ‘lebai’ PAS.

Sumber juga mendedahkan terdapat  4  orang ADUN PKR telah mengadap Tuanku Sultan Selangor berhubung hasrat mereka beralih arah untuk menyokong kerajaan majoriti yang baru. Dijangka beberapa orang lagi akan berbuat demikian. Walaupun ada desas-desus berkata Azmin dan PKR cuba membeli beberapa orang pemimpin PAS  Selangor untuk melompat ke Parti Amanah Negara (PAN).

Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru Selangor. Azmin goyang.

Azmin tiada pilihan selain perlu bertindak segera sebelum kehilangan jawatan Menteri Besar. Berunding atau membubarkan DUN Selangor lebih awal.

Idea pembubaran DUN Selangor lebih awal bukan baru malah sebelum PRU13 Kerajaan Selangor kerajaan dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pernah ada cadangan untuk pilihanraya awal negeri.

Menurut sumber jika kemelut berlarutan Azmin hampir pasti mengambil langkah bubar DUN dalam tempoh terdekat atau bakal hilang segalanya. Kebimbangan Azmin ialah jika Tuanku Sultan Selangor tidak mahu membubarkan sidang Dun Selangor sebagaimana yang berlaku di negeri Perak.

Menurut sumber 4 ADUN PKR yang lompat parti amat yakin kerajaan campuran baru akan terbentuk selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

- malaysiapropagandanews


Posted by Jeebond BLM 
Read More

[Video Pas Tukar Jalan Cerita? Tanda-Tanda PAS Nak 'Bernikah' Dengan Umno] Kerajaan Selangor perlu segera singkirkan duri dalam daging.

Isnin, 1 Mei 2017

Foto Parti Amanah Negara.

Kerajaan Selangor perlu segera singkirkan duri dalam daging

Dalam arti kata lain juga, Pas secara umumnya telah menjadi musuh politik Pakatan Harapan dan kemungkinan untuk berlaku pertembungan tiga penjuru termasuklah di Selangor adalah cukup tinggi.
Mengetahui Pas merupakan musuh politik yang jelas bagi Pakatan Harapan, adalah langkah yang tidak cermat untuk kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan untuk mengekalkan mana-mana pemimpin dari Pas, atau pun ahli Pas untuk terus memegang jawatan dalam kerajaan negeri sama dalam Exco kerajaan negeri mahupun jawatan lantikan politik yang lain kerana kumpulan mereka jelas merupakan duri dalam daging kerajaan Pakatan Selangor.
Sekiranya, pentadbiran menteri Besar Datuk Seri Seri Azmin Ali bertindak mengekalkan pimpinan dan ahli Pas dalam jawatan lantikan politik di Negeri Selangor, ia akan memberi kelebihan kepada Pas untuk mendekati seramai mungkin rakyat di atas kelebihan mereka sebagai exco, atau ahli majlis.
Namun, apa yang akan berlaku melalui pertemuan itu pastinya tidak akan menguntungkan musuh politik Pas, tidak kiranya samada AMANAH, PKR atau DAP kerana hari ini sudah jelas bahawa ketiga parti ini yang menjadi sasaran serangan dan tohmahan Pas.
Langkah yang paling wajar diambil Datuk Seri Azmin Ali adalah dengan mengarahkan semua ahli Pas yang memegang jawatan diatas lantikan politik, untuk meletak jawatan mereka selari dengan resolusi dewan ulama dan sayap Pemuda parti itu untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang sekaligus meruntuhkan kerjasama "Pakatan Rakyat" yang sebelum ini masih nyawa nyawa ikan.
Dalam situasi pilihan raya umum ke-14 boleh diadakan bila bila masa sahaja lagi, ketiadaan atau sebarang penangguhan tindakan terhadap perkara ini akan merugikan Pakatan Harapan, apatah lagi jika jawatan yang dikosongkan mampu diisi oleh mana mana individu dalam Pakatan Harapan yang pastikan boleh manfaatkan ruang yang ada untuk mengukuhkan sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan Harapan.
Read More

[Video Wakil Rakyat DAP Melaka Keluar Parti Atas Sebab DAP Bersama PAS?] Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP Pas kepada Pas.

Isnin, 1 Mei 2017

Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas

Ahli parlimen Pas meminta pimpinan parti itu agar jangan sampai dilihat 'kebuloq' (gila) hendakkan jawatan apabila memutuskan hubungan dengan PKR tetapi mahu kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang menteri besarnya adalah pemimpin PKR.
Ahli parlimen Pas dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau dari awal lagi mahu Pas mengekalkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain khasnya PKR.
Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata Mahfuz Omar kepada Pas.
Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata Mahfuz Omar kepada Pas.
"Tetapi kalau sudah kita buat keputusan putus dengan PKR, kita kena keluarlah dari kerajaan negeri Selangor. Kalau kita kekal dalam kerajaan negeri Selangor, nanti orang kata kita 'kebuloq' nak jawatan," kata bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu.
Mahfuz tidak bersetuju dengan kenyataan ketua pemuda Pas yang baru Mohamad Khalil Abdul Hadi yang berkata Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor walaupun memutuskan hubungan dengan PKR.
"Exco Selangor dilantik atas cadangan menteri besar. MB adalah dari PKR. Bila sudah putus hubungan dengan PKR, kena berundurlah.
"Rakyat hanya melantik Adun dan ahli parlimen tetapi exco dilantik atas nasihat dan cadangan MB bukan oleh rakyat," kata Mahfuz.
Mahfuz mengingatkan Khalil, yang kebetulan anak presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ketika Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar beliau hanya melantik tiga exco Pas sahaja.
Ia berbeza dengan bilangan exco Pas ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi menteri besar iaitu empat orang.
"Ini menunjukkan nak lantik exco dan bilangannya berapa bergantung kepada menteri besar bukan ditentukan oleh rakyat," katanya.
Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Pemuda Pas di Alor Setar kali ini telah meluluskan usul agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
Usul itu diserahkan kepada kepada Majlis Syura Pas untuk dibuat keputusan akhir sebelum dilaksanakan.
Khalil ketika sidang media mengumumkan, Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor kerana exco bukan dilantik oleh PKR atau DAP.
Read More

[Video Ribut Muktamar, di mana pemimpin Pas? & 'Badai Ribut' di kawasan Muktamar sahaja] Mungkin Hadi yang terkeliru, bukan BERSATU - Muhyiddin

Isnin, 1 Mei 2017


Foto Mohamad Sabu.

Foto Pemuda Amanah Nasional.

Mungkin Hadi yang terkeliru, bukan BERSATU - Muhyiddin


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itulah sebenarnya yang bercelaru dan bukan partinya.
"Tak ada, kita (BERSATU) tak celaru. Mungkin pemikiran dia (Hadi) yang celaru agaknya," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung logo gabungan parti pembangkang itu di Yayasan Selangor, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan BERSATU.
Menurut Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar, ia berikutan PAS melihat BERSATU tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.
"Dah buat penilaian, BERSATU tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam.
"Sebab itu kita buat keputusan tak ada hubungan dengan BERSATU," katanya dalam sidang media .
Penegasan oleh anggota Parlimen Marang itu sekali gus dilihat menamatkan tanda-tanya mengenai nasib kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.
Abdul Hadi tak faham BERSATU
Mengulas lanjut, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, Abdul Hadi tidak jelas akan situasi sebenar BERSATU.
"Bagi saya presiden PAS mungkin tak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam
parti BERSATU sejak ditubuhkan, di mana kita ada perlembagaan dan kita dah jelaskan matlamat perjuang serta hala tuju kita sampai ke peringkat akar umbi.
"Kita telah adakan gerakan seluruh negara berhubung sambutan penubuhan BERSATU, pastinya kerana kita bersama-sama mendokong matlamat perjuangan untuk menang PRU 14 akan datang," kata Muhyiddin.
Sementara itu mengulas kerjasama PAS dengan BERSATU, anggota parlimen Pagoh itu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada parti Islam itu .
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau percaya masih ada harapan hubungan kerjasama itu akan terjalin.
"Terserah kepada mereka. Kalau sudah muktamad, maka kita tak boleh kata nak meneruskan (kerjasama) tapi saya tahulah di peringkat-peringkat tertentu masih ada minat daripada pimpinan PAS untuk bekerjasama dengan kita," kata Muhyiddin.
Namun, kata Muhyiddin, pihaknya akan mengambil ketetapan PAS itu sebagai panduan bagi mereka meneruskan usaha barisan pembangkang.
Sebelum ini, keputusan mengenai hubungan PAS dan BERSATU diberi gambaran berbeza di kalangan pemimpin PAS yang bertentangan dengan kenyataan Hadi.
Terdahulu, Timbalan Presidennya Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.
Bagaimanapun, Hadi kemudiannya memaklumkan PAS sudah membuat keputusan untuk tidak bertahaluf siyasi dengan BERSATU.
Ahli parti keluar BERSATU
Manakala mengulas tindakan 30 anggota BERSATU keluar parti, Muhyiddin berkata ia hak mereka.
"Ia merupakan perkara biasa dan saya tak nak komen apa-apa tapi apa yang pasti ribuan menyokong kita dan kalau mereka nak keluar itu hak mereka," kata Muhyiddin.
Seramai 30 anggota BERSATU di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di Dungun semalam termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu dan kembali menyertai Umno.
Mereka mengambil keputusan itu kerana mendapati BRSATU tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan Umno selama ini.
Malaysiakini.
Read More

[Video Ahli UMNO Mana Yang Nak Undi PAS?] PRU Mungkin Ramadhan? Muktamar Pas terima usul putus hubungan dengan PKR.

Isnin, 1 April 2017

Foto Parti Amanah Negara.



Parti Amanah Negara telah menambah 5 foto baru
21 jam
Alhamdulillah ... Program Ceramah Perdana & Perasmian Pejabat AMANAH BPR Dun Kubang Rotan berakhir dengan jayanya. Tahniah & Terima kasih kepada Presiden Parti AMANAH Negara Tuan Hj Mohamad Sabu , Sdr YB Rafizi Ramli Naib Presiden PKR , YB Howard Lee mewakili DAP , Dato Dr Ismail Salleh Pengerusi Amanah Kedah ,YB Dr Azman Ismail Pengerusi PKR Kedah , YB Tan Kok Yuew Pengerusi DAP Kedah , Sdr Razak Khamis Ketua Bahagian PPBM Pendang,Dr Rahman Ketua Seketeriat Pakatan Harapan dan semua pimpinan Parti Amanah , PKR , Dap, PPBM yang sudi hadir.
Kami mewakili AJK Amanah BPR DUN Kubang Rotan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir menyumbang dari segi masa , tenaga, idea dan wang ringgit bagi menjayakan program ini serta memohon ampun dan maaf sekiranya adanya kelemahan& kekurangan dari pihak kami.
29 April 2017
Pejabat Amanah BPR DUN Kubang Rotan
Taman Kek Wa Jalan Kuala Kedah
Catatan Oleh
Mohd Asmirul Anuar
Ketua Pemuda AMANAH Kedah

Foto Parti Amanah Negara.

Muktamar Pas terima usul putus hubungan dengan PKR

Usul putus hubungan dengan PKR diterima perwakilan Muktamar Pas ke-63
Usul putus hubungan dengan PKR diterima perwakilan Muktamar Pas ke-63
Muktamar Tahunan Pas ke-63 hari ini menerima usul bagi memutuskan tahaluf siyasi antara Pas dengan PKR tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak berdasarkan perlembagaan PAS.
Usul tersebut dibentang oleh AJK Dewan Ulamak Pas Pusat Zulkifli Ismail yang mewakili 23 Pas kawasan dan Dewan Ulamak Pas Pusat serta Dewan Pemuda Pas Malaysia, lapor Harakahdaily.
Katanya keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada panduan dalam perlembagaan Pas iaitu Fasal 5, Fasal 6 dan Fasal 7.
Ini kerana katanya Majlis Syura Ulamak telah menetapkan tahaluf mesti dijalankan sebagai wasilah menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan Islam serta memberi ruang kepada pelaksanaan Islam.
“Tahaluf mesti dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan, ijtimak hendaklah diberi kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan tahaluf, tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan untuk menyampaikan dakwah.
"Segala keputusan oleh Majlis Syura Ulamak akan tetap kita patuh dalam pertembungan siasah di negara ini," katanya di muktamar yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut.
Usul itu kemudian disokong Ahmad Fadhli Shaari yang berkata tahaluf tidak wajar diteruskan dengan rakan tidak lagi setia bersama dalam pakatan.
“Sikap PKR tidak sokong usaha Pas lakukan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan.
“Tindakan PKR mencuri ahli parlimen Pas di Tumpat yang menang pada 2013. Kita mencabar supaya bertanding di parlimen Tumpat pada PRU ke-14 bagi memperlihatkan sebagai anak jantan.
“Biar pun ada ahli PKR yang hendak sertai PAS namun kita tidak terima buat masa ini,” ujarnya.
Berikut ialah usul tahaluf siyasi.
Usul bersama Pas Kawasan Bandar Tun Razak, Beruas, Labis, Lumut, Bera, Serdang, Pandan, Batu, Shah Alam, Bayan Baru, Titiwangsa, Kuantan, Paya Besar, Padang Terap, Kuala Terengganu, Kuala Kangsar, Marang, Bukit Mertajam, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Langat, Dewan Ulamak Pas Pusat dan Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Sejarah lalu mencatatkan bahawa Pas telah melaksanakan hubungan Tahaluf Siyasi dengan berbagai pihak di sepanjang tempuh perjuangan Pas ini.
Keputusan yang dibuat, adalah merujuk kepada panduan yang menjadi rujukan dalam perlembagaan Pas, iaitu Fasal 5 (Tujuan PAS), Fasal 6 (Usaha – Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan). Majlis Syura Ulamak telah menetapkan Syarat Tahaaluf Siasi. Antaranya seperti berikut:
1. Tahaaluf mestilah dijalankan sebagai wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.
2. Tahaaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan Tahaaluf.
4. Tahaaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaaluf secara mutlak.
6. Mandat membuat penilaian Tahaaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulamak.
Kini terdapat banyak pelanggaran syarat berlaku disepanjang tempoh berlangsungnya Tahaaluf Siasi antara Pas dan PKR. Ianya boleh dibuktikan melalui beberapa kejadian yang berlaku, antaranya:
1. Penglibatan PKR menyokong calon PAN dan menentang Pas dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
2. Kegagalan PKR untuk memberi sokongan yang baik kepada usaha Pas memperkasakan Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355 malah dilihat turut bersama dengan pendirian DAP yang menentang keras Pindaan Akta 355 ini.

3. Kenyataan-kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap Pas sekali gus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan.
Maka, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 yang berlangsung pada 29 April hingga 01 Mei 2017 bersamaan 2 hingga 4 Sya'aban 1438 di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman, kami mengusulkan supaya Tahaluf Siasi antara Pas dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan Pas.

Read More

[Video Pasukan Berkuda Amanah] UMNO/BN telah gagal! Pelan Pembangunan untuk Masyarakat India HANYA 'LAKONAN'! Umpan raih sokongan menjelang PRU14.

Isnin, 1 Mei 2017

Foto Parti Amanah Negara.

PELAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA HANYA 'LAKONAN' RAIH SOKONGAN MENJELANG PRU 14

Kaum India di Malaysia adalah warganegara Malaysia. Mereka telah memberi sumbangan kepada kekayaan tanahair kita di ladang getah, kelapa sawit. Menjadi Tenaga buruh membena keretapi dan jalanraya.

Sekarang dipinggirkan di tepi masyarakat mainstream dengan isu perkerjaan, kemahiran, persekolahan, gangsterisma, 'death-in-custody', 'availability of credit', kewarganeraan, marginalisasi budaya & sebagainya. UMNO/BN telah gagal memberi peluang yang adil sepertimana UMNO/BN gagal membela rakyat marhean seluruh tanah air kita.

Pakatan Harapan mengambil maklum pengumuman pelan tindakan pembangunan masyarakat India oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

1. Setelah meneliti laporan-laporan media mengenainya, kami berpendapat pelan tindakan 10 tahun itu hanyalah satu cadangan bersifat ilustrasi tanpa perincian pelaksanaan yang jelas. Kami yakin pelan itu sama sekali tidak akan mencapai objektifnya untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh 1.7 juta kaum India di negara ini.

2. Berdasarkan pengalaman lepas, kami beranggapan, penggumuman terbaharu ini tidak lebih hanyalah 'lakonan semula' yang dimainkan PM Najib bagi mengaburi kegagalan kerajaan dalam membela nasib semua kaum di negara ini.

Kami juga menganggap hal ini sebagai satu lagi janji kosong dalam percubaan PM Najib untuk meraih semula sokongan masyarakat India, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi. Pelan ini salah satu 'gula-gula politik' bagi memastikan kelangsungan politik beliau dan pentadbirannya terjamin.

3. Di sini, timbul persoalan berkenaan sikap kerajaan BN dalam membantu masyarakat India. Sebelum ini banyak program diumumkan untuk masyarakat itu yang berakhir tanpa sebarang hasil membanggakan.

Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang diumumkan melalui Bajet 2012 misalnya, setelah lima tahun program tersebut diumumkan, ia terus gagal meningkat pendapatan dan taraf ekonomi kaum India secara menyeluruh.

Bagaimana pula kegagalan PM Najib mematuhi janji membela nasib golongan miskin India melalui memorandum persefahaman (MOU) 18 perkara di antara Hindraf dan Barisan Nasional (BN) yang ditandatangani dua minggu sebelum PRU-13 lalu? Bukankah kegagalan menunaikan pelan itu merupakan pengkhianatan terbesar kerajaan BN terhadap masyarakat India?

4. Masyarakat India harus bertanya kepada diri mereka sendiri, apakah Najib benar-benar ikhlas mahu membantu?

Sepanjang Presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri, nasib masyarakat Melayu sendiri tidak terbela dan telah terjejas teruk dari sudut sosial serta ekonomi.

Hal ini dapat dilihat apabila agensi-agensi berkaitan kepentingan orang Melayu seperti Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tabung Haji berdepan pelbagai masalah dan terpalit dalam isu ketirisan yang berpunca daripada skandal 1Malaysia Development Berhad.

Ketika masyarakat Melayu dan Cina enggan lagi memberi sokongan kepada Najib dan BN, beliau cuba pula 'merasuah' pengundi India melalui pengumuman terbaharunya ini.

5. Keengganan pentadbiran Najib menyelesaikan pelbagai isu melanda rakyat terutama berkaitan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan, kejatuhan nilai mata wang dan tekanan ekonomi yang dihadapi jelas membuktikan kelemahan kerajaan sedia ada.

6. Justeru, tiba masanya masyarakat India serta seluruh rakyat negara membulatkan tekad untuk membuat perubahan besar pada PRU akan datang.

Pakatan Harapan menggesa semua rakyat agar memberi kami peluang mentadbir negara untuk satu penggal. Peluang itu bagi membolehkan kami menunjukkan hala mana Malaysia akan ditadbir dan perbezaan urustadbir berbanding apa yang telah dilakukan BN.

Semua rakyat perlu melihat kejayaan Pakatan Harapan mentadbir Pulau Pinang dan Selangor dengan baik sehingga memberi manafaat besar kepada rakyat di negeri berkenaan.

Selain memastikan kesaksamaan semua kaum di negara ini, Pakatan Harapan akan memberi tumpuan untuk mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi melalui usaha pendidikan dan kemahiran demi meningkatkan produktiviti serta gaji.

Pakatan Harapan juga akan menghapuskan ketirisan dan rasuah. Kami percaya strategi ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kaum India, tetapi kepada semua kaum di Malaysia.

PAKATAN HARAPAN

YB Manivanan Gowin
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Gopalan Papachan
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Dato' Dato' Ariff Sabri
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Read More

[Video Rafizi: Pas Makan Umpan Najib & Wang Yg Dirompak Dari Rakyat] SABARLAH DULU WEHHH (Pas)! Masuk BN dulu kalau nak sangat jawatan dalam kerajaan..."Segalanya bisa beres!"

Ahad, 30 April 2017

SABARLAH DULU WEHHH...MASUK BN DULU KALAU NAK SANGAT JAWATAN DALAM KERAJAAN!



Menjadikan petikan kata-kata Hadi Awang sendiri yang pernah mengucapkan mahu menjadi penasihat kepada pemerintah, seorang perwakilan di Muktamar Pas mencadangkan agar Presiden Pas itu dilantik sebagai penasihat kepada Yang Dipertuan Agong.

"Tuanku pakai jubah pergi masjid, agak-agak siapa yang sesuai jadi penasihat? Ulama yang paling sesuai. Jadi saya mahu petik ucapan presiden, "kita bukan nak ke Putrajaya sangat, yang kita nak adalah menjadi penasihat kepada ulil amri."

"Siapa pemerintah nombor satu negara kita, kalau bukan Yang Dipertuan Agong.

"Jadi,  penasihat yang paling sesuai kepada baginda ialah presiden kita, pemimpin ulama nombor dua di dunia," kata seorang perwakilan dari Johor di Muktamar Pas yang sedang berlangsung di Kedah sambil disambut laungan takbir para hadirin.

Nampaknya,  sejak berbaik-baik dengan Najib Razak, UMNO dan BN, Pas sudah tidak sabar-sabar lagi mahu jawatan dan kedudukan dalam kerajaan. Mereka bagai tidak mampu lagi menyembunyikan hasrat terpendam itu.

Jawatan yang diminta pula bukan alang-alang - penasihat kepada Yang Dipertuan Agong.

Tetapi, sedarkah Pas jawatan sebagai penasihat Yang Dipertuan Agong, kalau pun jawatan itu wujud atau mahu diwujudkan, ia adalah di bawah bidang kuasa kerajaan yang sedang berkuasa untuk menentukan calonnya.

Jalan paling mudah untuk membolehkan Hadi memperolehi jawatan itu ialah dengan Pas menyertai BN terlebih dahulu dan sesegera yang boleh.

Walaupun mungkin Najib boleh melantik sesiapa saja yang disukainya untuk memegang apa jua jawatan dalam kerajaan, namun dengan membawa Pas menyertai BN atau Hadi berada dalam parti yang sudah menjadi komponen BN, ia tentu memudahkan lagi proses ke arah itu.

Selagi berada di luar BN, apatah lagi sering tidak menentu pendirian, ditambah juga Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pula kerap tidak bersetuju dengan kerajaan, pastinya agak sukar bagi Najib untuk melantik Hadi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Namun, dengan membawa masuk Pas ke dalam BN - kata orang Indonesia, segalanya bisa beres!

Nampaknya juga, tidak perlulah lagi Pas bersusah payah bertanding dalam pilihanraya umum akan datang kerana dapat jadi penasihat pun sudah memadai mereka.

Lebih baiklah Pas lupakan saja hasrat mahu bertanding, buang masa dan bazir tenaga saja dibuatnya kalau menduduki Putrajaya bukan lagi impian mereka.

Masuk saja BN, lepas itu semua pemimpin Pas akan boleh jadi penasihat belaka - daripada penasihat kepada Perdana Menteri, penasihat menteri-menteri dan juga penasihat kepada semua pengerusi GLC seperti Tabung Haji, Felda dan sebagainya.

Tidakkah ia juga suatu bentuk perjuangan? (ShahbudinHusin 30/04/2017)

Posted by 

KALAU DAH ENGGAN JATUHKAN NAJIB, LEBIH BAIK ISYTIHAR SAJA PAS MASUK BN?

Jika dulu ramai yang mengatakan Allahyarham Dr Harun Din adalah halangan utama untuk mengajak Pas bekerjasama sesama parti-parti pembangkang bagi menentang UMNO dan BN, tetapi Mursyidul Amnya yang baru, Hashim Jasin ini nampaknya lebih terserlah lagi miripnya kepada Najib Razak.


Sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal atas talian, Hashim dengan tegas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak yang mahu menukar kerajaan pimpinan Najib dan bertujuan menggantikannya dengan perdana menteri yang baharu.

Senang cakap, daripada kenyataan Hashim yang berbelit-belit itu, ia sebenarnya hanya  menyerlahkan satu perkara iaitu Pas lebih ingin membantu Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri daripada menjatuhkannya.

Pas tanpa berselindung menunjukkan keinginannya hanya untuk menyelamatkan kedudukan Najib daripada bersama-sama menyelamatkan negara ini.

Tetapi, kenapa takut untuk mengumumkannya secara  terbuka dan terang-terangan atau isytiharkan saja Pas masuk BN? 

Apa yang Pas dapat daripada sikapnya seperti sekarang? (SH 21/10/2016).

Posted by 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena