Sunday, 20 January 2019

[Video Menari sehari sebelum PRU14? Bukit Aman Bahagian STAFOC, BERGADUH Dengan Orang Awam! Menumbuk, membelasah & mengacukan pistol?] Malu Apa BOSSMU Kleptokrasi! Najib tidak selamanya harus BERBANGGA DENGAN GELARAN RAJA TROLL NEGARA & Amboiii, pandainya berjoget Pak2 Menteri dan AG Kebangggaan Najib 1MDB.

Isnin 21 Januari 2019

Tan Sri Erwan Seregar menari sehari sebelum PRU14


Pihak PDRM sila siasat kes ini dengan penuh adil dan saksama.
Dua org anggota polis dari Bukit Aman bahagian stafoc, salah seorang pegawai tertinggi telah menumbuk dan membelasah peniaga burger tanpa sebab. Pegawai tersebut telah mengacukan pistol dengan membuat ugutan jenayah. Ramai saksi yg melihat kejadian tersebut.
Durianz TV
Image result for dr.m n anwar

AMBOI Pandainya Berjoget Pak Pak Menteri Kebangggaan Najib Razak 1MDB


Image may contain: text
Tumpang sekole.

NAJIB TIDAK SELAMANYA HARUS BERBANGGA DENGAN GELARAN RAJA TROLL NEGARA


Baik di pihak kerajaan, mahu pun pembangkang, Najib Razak ketika ini telah berjaya menampilkan dirinya sebagai individu paling popular di media sosial negara ini.

Ia bukan saja bersandarkan kekerapannya menulis dalam bentuk kritikan ringan, sindiran atau bernada sinis terhadap banyak isu berkaitan kerajaan tetapi juga disusuli dengan kerapnya beliau turun padang bertemu kelompok masyarakat tertentu bagi tujuan mempromosi dirinya.

Dalam waktu-waktu kebelakangan ini juga, bekas Perdana Menteri itu kelihatan lebih santai, ceria dan banyak berjenaka.

Lantaran popularitinya itu, beliau kini digelar sebagai Raja Troll Negara dan Najib sendiri nampaknya senang serta gembira dengan gelaran baru itu.

Dalam bahasa orang bandar, khususnya kepada penggila media sosial dan orang muda, gelaran Raja Troll ini mungkin sesuatu yang membanggakan dan menampakkan kejayaan, tetapi dalam bahasa orang dewasa dan luar bandar, ia tidak ubah seperti gelaran Pak Lawak saja tarafnya.

Sesetengah orang melihat gelaran Raja Troll itu pula sama seperti meletakkan Najib setaraf dengan Sultan Melaka atau Ayahanda Rani Kulop saja layaknya.

Dalam hal ini, harus diingati bahawa Najib adalah seorang bekas Perdana Menteri yang merupakan satu jawatan yang tinggi dalam negara.

Adakah ternampak suatu kelebihan dan manis di mata masyarakat apabila seorang bekas Perdana Menteri bertukar menjadi Pak Lawak atau disamakan dengan Sultan Melaka atau Ayahanda Rani Kulop?

Apa sebenarnya yang mahu Najib capai dalam keaktifannya di media sosial sekarang ini?

Sebenarnya, tidaklah menjadi kesalahan untuk Najib menjadi aktif di media sosial, termasuk melakukan posting menyindir, menyinis atau mengusik mana-mana pemimpin atau dasar kerajaan, tetapi beliau seharusnya melihat skop keaktifannya dalam ruang yang lebih besar lagi.

Sesekali melawak dan menjadi Pak Lawak barangkali tidak mendatangkan masalah, tetapi sebagai bekas Perdana Menteri yang keaktifannya sekarang ialah untuk mengurangkan sokongan rakyat terhadap PH dan berusaha mengembalikan BN sebagai kerajaan semula, Najib juga harus lebih banyak tampil dengan watak yang serius dan sesekali menghamburkan serangan yang benar-benar membuatkan Tun Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng misalnya, terkedu untuk menjawabnya.

Sehingga ini, apa yang kelihatan, paparan yang ditampilkan Najb di media sosialnya lebih menjurus kepada sesuatu yang bernada sinis, menyindir dan mengusik semata-mata, sedangkan banyak isu-isu dasar, skandal dan melibatkan kepentingan rakyat dalam kerajaan sekarang memerlukan garapan yang lebih serius bagi menyedarkan rakyat.

Sebab itu juga agaknya Tun Mahathir tidak pernah memberi respon terhadap apa juga yang ditulis Najib di media sosialnya kerana beliau mungkin menganggapnya sebagai lawak semata-mata.

Walhal, ketika Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan dulu, hampir setiap serangannya kepada kerajaan berjaya membuatkan Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu terpaksa memberi respon terhadapnya.

Apalagi sebagai bekas Perdana Menteri, Najib tentunya mempunyai kelebihan serta pengetahuan tertentu dalam melantunkan serangan dan kritikannya kepada kerajaan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Mungkin aura Tun Mahathir berbeza dengan Najib, lebih-lebih lagi kerana beliau juga sedang dihadapkan dengan puluhan pertuduhan mahkamah, tetapi sementara kesempatan bebas masih ada dan terlalu banyak isu berlegar dalam negara yang melemaskan rakyat, beliau harus mengambil peluang yang ada itu.

Menjelang sembilan bulan wujudnya kerajaan baru, Najib tidak seharusnya terus gembira dengan gelaran Raja Troll atau Pelawak semata-mata, tetapi beliau mesti bergerak ke arah baru dengan menampilkan keyakinan rakyat terhadap kekuatan pembangkang sebagai elemen "check and balance" dalam negara ini.

Sekali dua melawak atau tampil berjenaka bolehlah diterima, tetapi rakyat yang mula tidak puas hati, kecewa dan sesetengahnya sengsara dengan kerajaan baru ini, tidak akan terubat luka di hati mereka dengan diajak ketawa semata-mata.

Rakyat perlukan sesuatu yang serius dan meyakinkan demi masa depan mereka. Rakyat akan melihat ada harapan jika pembentangan sesuatu isu, kritikan, serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan nada yang serius, bukannya dalam jenaka.

Untuk itu, Najib perlu juga kerap tampil dengan kritikan yang serius dan penuh fakta, sama ada melalui media sosial atau penampilan terbuka, untuk menggambarkan keseriusan perjuangannya menentang Pakatan Harapan.

Dengan gelaran Raja Troll atau Pelawak, mungkin ramai yang gembira dan tumpang ketawa, tetapi yang selalunya mampu membangkitkan semangat untuk perubahan kerajaan ialah amanat yang keras, keringat dan airmata. (ShahbudinHusin 20/01/2019).
Read More

[Video Hutang peneroka Felda tidak dihapus melainkan hutang tidak wajar] Tuntutan Palsu RM500,000 'Adun T'ganu ditangkap SPRM'! Adun BN Permaisuri Abdul Halim Jusuh adalah rakan kerjasama Pas? Harap maklum.

Isnin, 21 Januari 2019
Image result for M. Manogaran bersama orang asli cameron
Foto Pakatan Harapan Supporters.
UMNO janji nak buat hudud jika menang di Cameron, Semenyih dan Dun Rantau barang kali. 
Pakatan Harapan Supporters
Image may contain: one or more people and text
Hrrrmmmm!
Image may contain: 4 people, people smiling
Adun BN Permaisuri Abdul Halim Jusuh adalah rakan kerjasama PAS harap maklum.

Adun T'ganu ditangkap SPRM: Dakwaan tuntutan palsu RM500k

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menangkap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Terengganu kerana didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000.
Ahli politik berusia 54 tahun itu bergelar "Datuk" ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Kuala Terengganu hari ini, menurut New Straits Time.
Pada awalnya, Adun berkenaan dipanggil hadir ke SPRM untuk soal siasat.
Beliau ditahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan kesalahan memalsukan resit, penyata kewangan atau dokumen lain.
Laporan itu menyebut penangkapan tersebut disahkan Pengarah SPRM Terengganu Mohd Zaki Hassan.
SPRM akan memohon perintah tahanan reman terhadap Adun itu di mahkamah esok hari.
mk.
Read More

[Video Azmin tolong Chef Wan masak] Peguam Mat Sabu akan hantar notis tuntutan pada KJ & Najib dah tak ada 'laskar siber' rasmi.

Isnin, 21 Januari 2019

Peguam Mat Sabu akan hantar notis tuntutan pada KJ

Peguam Mohamad Sabu akan menghantar notis tuntutan undang-undang kepada MP Rembau Khairy Jamaluddin mengenai dakwaannya bahawa menetri pertahanan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.
Setiausaha akhbar menteri pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata Mohamad telahpun menjelaskan mengenai dakwaan tersebut dan tindakan Khairy mengulangi tuduhan itu adalah suatu fitnah.
"Dalam satu kenyataan pada sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang hari ini, bekas ketua pemuda Umno itu mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengatakan menteri pertahanan menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands.
"Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari 2019 yang lalu.
mk.
「Gambar najib malu apa bossku」的圖片搜尋結果

Najib: Saya tak ada 'laskar siber' rasmi


Bekas perdana menteri Najib Razak memanjatkan rasa syukur apabila berkata beliau kini semakin diterima oleh rakyat.
Malah, kata Najib, rakyat jugalah yang menjadi pembela dirinya setiap kali beliau diserang di media sosial memandangkan dia tidak mempunyai pasukan unit media siber atau biasa disebut sebagai laskar siber (cybertrooper) rasmi.
“Saya tak ada cybertrooper rasmi langsung. Jadi komen-komen (di media sosial) boleh dikatakan organik, datang dari rakyat sendiri.
mk.
Read More

[Video PH lapor polis terhadap Lokman] Talian Aduan Pati Jabatan Imigresen Malaysia! Apapun pilihan peneroka Felda, k'jaan tetap berkhidmat - Azmin.

Ahad, 20 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Sekiranya anda mempunyai maklumat tentang PATI, Sila buat aduan melalui saluran yang betul, Seperti yang tertera.
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Pihak kami telah menjemput Saudara YB Dr Dzulkefly untuk mengambil peluang sementara di Sg Koyan melawat secara tidak rasmi Klinik Kesihatan Sg Koyan untuk melihat serba sedikit tentang cara-cara untuk membaiki infrastruktur klinik untuk kebaikan rakyat Sungai Koyan di DUN Jelai.

Apapun pilihan peneroka Felda, k'jaan tetap berkhidmat - Azmin

 Sama ada pilihan warga Felda berpihak kepada Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional pada 26 Januari ini, kerajaan persekutuan memberi jaminan untuk terus menjalankan tangugngjawab berkhidmat kepada mereka.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang keputusan yang dibuat akan pastikan bahawa pengurusan dan keputusan Felda tidak melibatkan individu politik dan akan dijalankan dengan profesional.
"Bukan tujuan saya untuk janji kepada peneroka Felda supaya mempengaruhi keputusan mereka di dalam pilihan raya.
"Apa-apa pun keputusan yang warga Felda buat di dalam pilihan raya, kerajaan sekarang akan tetap berkhidmat untuk Felda walaupun kita ada hutang RM8 bilion kita masih akan lihat kepada masalah perumahan, bantuan dan pendidikan" katanya.
Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan pemilik projek perumahan terbengkalai di Felda Sungai Koyan, Jelai hari ini.
Hutang tak wajar beban peneroka
Selain berjanji untuk menyelesaikan masalah projek perumahan generasi baru Felda yang tergendala selama dua tahun, Azmin berkata kerajaan turut akan mencari penyelesaian masalah hutang Felda yang kini mencecah RM8 bilion.
Namun, jelasnya Putrajaya tidak merujuk kepada penghapusan hutang yang telah dipersetujui dalam kontrak tetapi hutang tidak wajar yang membebankan peneroka.
"Hutang tak wajar yang kita bincangkan ini sebagai contoh cadangan peneroka Felda guna baja-baja tempatan kerana baja import ini mahal dan mereka terpaksa menanggung beban hutang yang semakin membebankan. Itu mungkin kita boleh pertimbangkan.
"Kadar faedah yang dibayar mungkin kita rasa membebankan mereka kerana suasana ekonomi hari ini. Itu pun tertakluk kepada kewangan Felda.
"Kemudian penyelenggaraan jalan dalam ladang-ladang Felda di mana jalan-jalan pertanian ini diuruskan oleh Felda, kemudian terpaksa ditanggung oleh peneroka," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama pemilik rumah.
Salah satu manifesto 10 janji kerajaan PH dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir merupakan menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
"Tapi kalau hutang itu sebagai akar, kita sebagai orang Islam khususnya hutang kena bayar.
"Yang kita (PH) janjikan hutang-hutang yang tidak wajar. Itu memang termaktub dalam manifesto," katanya.   
mk.
Read More

[Video Isu-Isu Kebajikan dan Kesihatan Akan Diselesaikan - Calon PH] Perhebat misi cari, selamatkan kenderaan terhumban ke dalam laut & Hanya '6 jahanam' berani keluar Umno – Abdul Latiff.

Ahad, 20 Januari 2019

Terus kesan SUV putih tercampak ke laut

Perhebat misi cari, selamatkan kenderaan terhumban ke dalam laut


Hanya '6 jahanam' berani keluar Umno – Abdul Latiff

Hanya kumpulan anggota parlimen yang digelar "enam jahanam" sahaja yang berani mengambil tindakan keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas.
Perkara itu dinyatakan salah seorang dari wakil kumpulan itu yang juga MP Mersing Dr Abdul Latiff Ahmad, lapor Berita Harian.
Menurutnya, buat masa ini, tidak menjadi keutamaan untuk mereka menyertai Pakatan Harapan (PH).
Sebaliknya melihat penyertaan mereka sebagai ahli parlimen bebas bukan sahaja relevan kepada BN malah ia dinamik kepada PH.
"Sebenarnya PH lagi kecoh, mereka ada perdana menteri ketujuh dan pada masa sama ada bakal PM menunggu.
Politik PH boleh jadi tunggang-langgang
"Tiada mana-mana negara mempunyai konotasi sebegini. Apa pandangan PM ketujuh jika ada kumpulan dalam PH mengatakan mereka ada PM menunggu.
"Perkara yang berlaku di pihak PH membuatkan kami dinamik dan sebab itu kami perlu menunggu.
"Bagi kami, politik PH tidak dinamik, politik PH tidak realistik dan bila-bila masa saja boleh jadi tunggang-langgang," kata Abdul Latiff lagi dalam laporan itu.
Sejak minggu lalu, khabar angin bertiup kencang kononnya enam MP Umno itu dikatakan akan kembali ke pangkuan Umno.
Bagaimanapun, Abdul Latiff dilaporkan berkata pihaknya menafikan dakwaan itu dan kekal dengan keputusan keluar daripada umno.
Sementara itu, Abdul Latiff berkata ramai lagi wakil rakyat lain berkongsi sentimen yang sama namun hanya enam MP Umno sahaja berani berbuat demikian.
"Ramai yang berkongsi sentimen, tetapi yang berani melakukan ini hanya enam jahanam inilah.
"Kami sudah berfikir panjang dan yang lompat ini pun bukan calang-calang orang, bukan orang baru dalam dunia politik dan Umno," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Jelasnya, matlamat utama mereka buat masa sekarang demi melihat keseimbangan antara Melayu, kerajaan dan pembangkang yang masih belum dicapai.
Ada waku melihat
Beliau turut berpendiran, tindakan mereka keluar parti demi agama, bangsa dan tanah air.
"Jika perlu tunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), maknanya kami ada waktu melihat, bukan sahaja perubahan pada Umno, tetapi juga perjuangan bangsa dan agama.
"Ini hanya perjuangan kami demi agama, bangsa dan negara," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Enam MP itu meninggalkan Umno pada 14 Disember lalu dan menjadi MP bebas.
Selain Dr Abdul Latiff, mereka yang lain ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Hamzah Zainudin (Larut); Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
Untuk rekod, Umno telah memberikan writ saman kepda dua bekas MP parti itu yang meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu.
Dua individu tersebut adalah Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dan Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali.
Mas Ermieyati mengumumkan keluar Umno pada 1 Julai lalu dan menyertai Bersatu pada 13 Disember lalu.
Manakala Dr Noor Azmi meninggalkan Umno pada 26 Jun sebelum mengumumkan penyertaan ke dalam Bersatu pada 28 November.
mk.
Read More

[Video Empat Penggal Adun Jelai MB Pahang apa kamu buat? Tak ada jalan raya yang sempurna] Chef Wan teringin nak tampar Najib.

Ahad, 20 Januari 2019

Chef Wan teringin nak tampar Najib

Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda, isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan. Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini.
Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi, Chef Wan juga dengan garang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada presiden gabungan itu, Najib Razak.
Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda - semasa ditadbir kerajaan BN - memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.
"Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000.
"Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah," katanya kepada media.
Terdahulu cef selebriti itu hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan.
Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan calon PH, M Manogaran.
Untuk rekod Jelai adalah salah satu kawasan yang terletak di bawah kawasan parlimen Cameron Highlands dan menjadi salah satu kubu kuat BN.
Wakil rakyat bagi Jelai ialah Wan Rosdy Wan Ismail yang juga menteri besar Pahang.
Itu duit rakyat
Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN 'merompak' agensi terbabit sehingga bankrap.
"Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!
"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.
"Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia," katanya.
Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.
I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" katanya.
Kata personaliti yang mempunyai nama sebenar Redzuawan Ismail itu dia tidak peduli apa pun dengan tindakannya kerana terlalu marah dengan cara kerajaan terdahulu menguruskan wang rakyat.
"Aku peduli apa, itu duit cukai (rakyat) yang letak di situ, kamu beritahu dia benda tu," katanya lagi.
Pada 18 Julai lalu Najib menyifatkan Felda melalui zaman kegemilangan semasa ditadbir oleh kerajaan di bawah pimpinannya.
Najib yang juga bekas menteri besar Pahang berkata demikian semasa berkempen di Jelai.
"Kenapa pula zaman BN memerintah tuan-tuan boleh dapat RM2,000 hingga RM3,000 sebulan?
"Kenapa zaman BN memerintah boleh mendapat pinjaman tanpa faedah membesarkan rumah?
"Kenapa zaman BN tuan-tuan boleh dapat bonus yang tinggi, boleh dapat duit raya, boleh dapat BR1M? boleh mendapat bantuan persekolahan?" soal beliau kepada kira-kira 300 hadirin yang kebanyakannya memakai baju BN.
"Sebab zaman BN memerintah itu zaman keemasan para peneroka Felda," jelas beliau. 
Ditanya mengapa berkempen untuk PH hari ini, Chef Wan yang memang terkenal suka berterus-terang itu berkata, beliau mahu rakyat mengetahui kebenaran.
"Sebab yang benar tetap benar," katanya.
mk.
Read More

[Video PRK P078 PH Boleh Menang Tanpa Wang Sogokan] Buat Malu Aje BOSSSKU! Huuyoo, Najib PM yang tak hadir PERSIDANGAN ANTI RASUAH ANTARABANGSA? Dek kerana Najib - Umno pun BUNGKUS, BN pun bakal RUNTUH.

Ahad, 20 Januari 2019

Foto Pakatan Harapan Supporters.
Malu apa bosku? Rasuah-rasuah pun Islam. Bak kata TGHA. Biarlah pemimpin rasuah asalkan Islam kerana masuk syurga juga akhirnya.

FAKTOR NAJIB: UMNO PUN BUNGKUS, BN CAMERON HIGHLAND BAKAL RUNTUH...

Pendekatan Anwar terhadap pemimpin² PKR ..let them shout boleh JUGA digunapakai terhadap pembangkang 

Tidak ada cara untuk mereka menjadi kerajaan sehinggalah PRU15...Dan segala bangkangan itu lebih kepada masih tidak dapat menerima hakikatnya mereka sudah tewas dalam kepercayaan ia mustahil berlaku.

Sebagai kerajaan yang pernah menjadi pembangkang 60 tahun sudah tentu faham dan masak dengan perangai  pembangkang.

Jika orang Melayu, ugama Islam, Raja² Dan SULTAN Melayu lebih terjaga Dan terbela ketika umno jadi pembangkang, Maka eloklah umno jadi pembangkang selamanya...

Sikap Tun yang tenang dan tidak melatah dengan kritikan pembangkang membuktikan tidak ada isu besar yang boleh menggugat kerajaan kecuali yang remeh temeh cuba diangkat menjadi besar.

Hanya Najib yang hyperactive dan overacting.. 
Cubaan pembelaan dirinya sebagai tidak bersalah di luar mahkamah adalah sia² dan tidak berkesan.
Kecuali jika dia bercakap soal kebajikan rakyat, semua patut sokong.

Selagi Najib dan Zahid masih bergentayangan memakai baju umno, tidak ada faktor yang membolehkan umno dilihat telah insaf, telah berubah.

Masih bergelumang dengan persepsi korup.

Posted by 


Read More

[Video Perjanjian Jual Beli Air Dengan Singapura Tidak Adil] Kenapa kita malu dipanggil Kampung Kerinci? Najib 'raja trolls' bagus sebagai pembangkang - Khalid.

Ahad, 20 Januari 2019

Nama Asal Kampung Kerinchi Dikembalikan

(Penukaran semula nama itu daripada Bangsar South dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim)


Kenapa Kita Harus Malu Dipanggil Kampung?


Najib 'raja trolls' bagus sebagai pembangkang - Khalid

Selepas saling bertukar sindiran di media sosial, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad hari ini mengakui bekas perdana menteri Najib Razak memainkan peranan sebagai pembangkang melalui kritikan berterusannya terhadap kerajaan.
Menurut Astro Awani, Khalid menyifatkan maklum balas Najib pada perbualan Twitter mereka sebagai "teguran santai" terhadap kerajaan.
Pertukaran hantaran di Twitter berkenaan menarik ribuan komen selepas dikongsikan pada halaman Facebook masing-masing
"Kami terima perkara (kritikan Najib) itu sebagai satu cara teguran yang santai dan dalam good spirit, saling berjenaka.
"Tetapi saya rasa beliau memang lebih bagus sebagai pembangkang dan memberi teguran yang sedemikian," kata Khalid.
Pengarah komunikasi Amanah itu berkata demikian selepas melancarkan acara larian di Kuala Lumpur bagi golongan kurang upaya.
"Dia sebut nama saya, jadi saya sebut nama dia balik. Kalau tidak, nanti dia kecil hati pula," kata Khalid lagi.
Kedua-dua Najib dan Khalid berkempen pada pilihan raya kecil Cameron Highlands. Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri membuat hantaran di media sosial dengan petikan kata-kata yang menyindir Khalid yang duduk di sebelahnya.
"Oh, sebelah kiri saya ini (Khalid) tauke Harapan Coin.
"Hari itu terpegun naik MRT. Jangan dia terkejut Cameron ada strawberi sudah lah," catat Najib.
Selepas memimpin BN untuk tewas pertama kali pada PRU14 setelah enam dekad berkuasa, Najib mendapat julukan 'raja trolls' kerana sering membuat hantaran bagi membidas dan mengkritik kerajaan Pakatan Harapan.

mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena