Monday 21 January 2019

[Video Khalid kepada Mat Hasan: Dia tak lulus kira-kira darjah lima] Ke Sg Buluh juga ke BOSSKU? Kes pecah amanah, salah guna kuasa Najib boleh dibuktikan dengan mudah.

Selasa, 22 Januari 2019
"Saya diberitahu ada empat Hantu Raya dihantar  ke Sg Buluh" Iskk betoi ka?
相關圖片

Kes pecah amanah, salah guna kuasa Najib boleh dibuktikan dengan mudah

Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin mendakwa bahawa bekas perdana menteri Najib Razak sudah mula menggunakan pelbagai tipu helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes rasuahnya, seperti juga beberapa ahli politik lain.
Walau bagaimanapun, katanya, beberapa kesnya itu, khususnya yang membabitkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, boleh dibuktikan dengan mudah berbanding kes pembunuhan atau liwat.
“Tipu helah mereka ini samalah dengan yang digunakan oleh ahli politik dan pembesar lain yang diseret ke mahkamah sebelum ini.
“Najib sudah pun memulakannya dengan ‘enggan’ masuk kandang orang kena tuduh dan pasukan pembelaan beliau membantah kehadiran pegawai tertentu di pihak pendakwa.
“Yang nampaknya belum digunakan oleh Najib adalah berpura-pura sakit dan minta dimasukkan ke hospital. Sebaliknya kita lihat beliau segar-bugar dan cergas berpolitik, membuat tampalan media sosial dan berkempen pilihan raya kecil,” katanya.
Justeru, kata Kadir, orang ramai jangan berharap sangat untuk melihat Najib dan tertuduh lain disumbatkan ke penjara dalam masa yang singkat.
“Melainkan kes yang mudah, macam pengubahan wang haram, dibicarakan dahulu.
“Kita boleh mengambil perbicaraan pembesar politik sebelum ini sebagai contoh. Kes pecah amanah dan salah guna kuasa boleh dibuktikan dengan mudah berbanding pembunuhan atau liwat.
“Ada orang kata, kes pengubahan wang haram (money laundering) juga boleh dibuktikan dengan mudah,” katanya.
Pasukan peguambela bekas perdana menteri itu sedang berusaha untuk menangguhkan perbicaraan pecah amanah dan pengubahan wang haram Najib yang membabitkan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Dalam perkembangan yang sama, Kadir berkata bahawa Najib telah menyatakan secara terbuka bahawa skandal 1MDB bukan kesilapannya seorang diri tetapi "kegagalan sistem".
Najib mendakwa bahawa 1MDB adalah kerana kegagalan perniagaan dan bukannya penipuan tetapi bagi Kadir, 1MDB adalah sebuah persepakatan atau konspirasi penipuan yang melibatkan banyak orang dan pihak di dalam dan luar negara.
“Adakah beliau telah menganiaya (incriminate) diri sendiri dengan mengaku bahawa beliau terlibat dengan kes kegagalan sistemik 1MDB?
“Soalnya adakah pengakuan beliau itu juga boleh dijadikan bukti sahih (admissible evidence) dalam perbicaraan beliau dan konco-konconya?
“Kesimpulannya, dalam bahasa yang mudah Najib berkata memang berlaku kegagalan sistemik dalam 1MDB dan beliau terbabit. Tetapi bukan beliau seorang sebaliknya banyak orang lain turut terlibat,” kata Kadir.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena