Sunday, 29 April 2018

[Video Hadi mimpi Nik Aziz berkaki sebelah, kata Mohd Amar] Apa pandangan mufti Perlis.

Isnin, 29 April 2018


Depa dah sekapai?


Selepas Nik Omar Nik Abdul Aziz disahkan menjadi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) seorang Naib Presiden PAS membuat pendedahan sangat menarik semalam.
Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sebelum hari penamaan calon pada 28 April laluDatuk Seri Abdul Hadi Awang ada menghubunginya.
Kata Mohd Amar, presiden PAS itu bercerita bahawa dia bermimpi melihat bapa Nik Omar, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, hadir dalam keadaan tempang.
Justeru, Mohd Amar yang juga calon untuk kerusi dewan undangan negeri Panchor membayangkan gambaran yang muncul dalam tidur Abdul Hadi itu ada kaitan dengan keputusan Nik Omar, 53, meninggalkan PAS untuk bersama HARAPAN.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik Mohd Amar di Facebook, beliau pada awalnya kelihatan teragak-agak untuk mengkisahkan butiran perbincangannya dengan Abdul Hadi.
Namun kedengaran suara orang lain yang berpendapat tidak ada salahnya Mohd Amar bercerita mengenai mimpi Abdul Hadi berkenaan.
Pandangan mufti Perlis
Pengalaman mimpi itu disampaikan kepada Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik turut mendakwa pernah bermimpi bertemu Rasulullah.
Beliau juga pernah dilaporkan mendakwa bermimpi bertemu Sayidina Umar al-Khattab banyak kali ketika dia ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak sebelum ini.
Sementara itu Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyentuh mengenai isu mimpi di Facebooknya hari ini.
"Ali bin Abi Talib bertempur tanpa jangkaan dengan pasukan Aishah RA dalam Perang Jamal. Demikian juga Ali bertempur dengan Muawiyah dan 'Amr al-'As dalam Perang Siffin.
"Namun, tidak pernah siapa pun dalam kalangan mereka - sekali pun mereka sahabat nabi yang rapat - menggunakan nama Nabi SAW untuk menghukum kufur atau sesat ataupun musuh Islam kepada pihak yang berlawanan dengan mereka dalam isu-isu yang terbabit.
"Tidaklah pula pernah mereka menggunakan alasan mimpi berjumpa nabi bagi berhujah menentang pihak yang berbeza. Padahal orang seperti Aishah yang merupakan isteri nabi jika dia berkata dia bermimpi berjumpa Nabi dan baginda menyatakan siapakah antara mereka di pihak yang benar, pasti tiada siapa yang boleh mempertikaikannya.
"Hal itu tidak pernah mereka lakukan. Tidak Aishah, tidak Ali, tidak Talhah dan tidak Al-Zubair," katanya.
Malaysiakini.

1 comments:

نور said...

mimpi bukan sumber rujukan Pas yang rasmi dan tidak termaktub dalam perlembagaannya. Yang rasmi adalah Al Quran, As Sunnah, Ijma' Ulamak dan Qiyas. Sebarang usaha untuk menambah-nambah dan mengada adakan sesuatu yang tidak terpakai dalam syariat Islam adalah batil dan tertolak tidak kira siapa yang cuba memasukkannya.

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena