Wednesday 25 April 2018

[Video Selepas Mikrofon, Mat Sabu Lempar Topi Pula & Saya masuk kedai mamak banyak kali makan percuma] Nasir Dollah, calon Orang Asli pertama dalam sejarah DAP.

Khamis, 26 April 2018

Nasir Dollah, calon Orang Asli pertama dalam sejarah DAP

Buat pertama kali dalam sejarah perjuangan selama 52 tahun, DAP meletakkan calon Orang Asli untuk bertanding dalam pilihanraya umum.
Nasir Dollah, 31 tahun bakal dicalonkan di DUN N.45 Galas, Kelantan, bagi mewakili suara orang Temiar di Gua Musang.
Beliau yang pernah menganggotai urusetia Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), turut pernah memegang jawatan Timbalan pengerusi Jaringan Orang Asli Kelantan, dalam memimpin perjuangan hak-hak Orang Asli.
Nasir kini mewakili masyarakat Orang Asli Kelantan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Harapan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Nasir adalah antara 230 individu masyarakat Orang Asli Temiar yang menyertai DAP hujung Februari lalu dii Kampung Orang Asli Parik, Kuala Betis, Gua Musang.
Pada PRU ke-14 ini, DAP menampilkan 148 orang calon, yang bertanding di DUN dan Parlimen.
Daripada angka tersebut, tiga daripadanya berketurunan Dayak, tiga mewakili Kadazan-Dusun-Murut, manakala Nasir pula mewakili masyarakat Orang Asli.
Selebihnya, DAP menghantar 10 calon Melayu, 22 calon India dan 109 calon berketurunan tionghua. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena