Saturday, 28 April 2018

[Video Mat Sabu-Menang bergaya di Kota Raja & Calon HARAPAN Pekan tak takut bomoh dari India] HARI PENAMAAN CALON-Malaysia akan bertambah KOTOR jika BN tidak dikalahkan.

Sabtu, 28 April 2018


Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN mempertikaikan tindakan Pegawai Pengurus bagi Parlimen P.115 Batu yang menolak pencalonan Naib Presiden Tian Chua yang juga penyandang kerusi tersebut dan keputusan Pegawai Pengurus bagi N.27 Rantau yang menolak pencalonan Dr. Streram Sinnasamy sebagai calon yang sah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

KEADILAN memandang serius tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak penamaan calon-calon mewakili KEADILAN. 

Keputusan SPR di Parlimen Batu nyata menafikan hak Tian Chua menurut Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkannya bertanding di dalam PRU-14 ini. Saya mempersoalkan asas keputusan yang dibuat oleh Pegawai Pengurus P.115 Batu yang tidak mensejajari keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2018.

KEADILAN sedang mengkaji dengan seberapa segera tindakan undang-undang yang akan diambil supaya proses demokrasi kekal subur dan terjaga.

Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

28 April 2018

HARI PENAMAAN CALON - LANGKAH PERTAMA KE ARAH PERUBAHAN, MALAYSIA AKAN BERTAMBAH KOTOR JIKA BN TIDAK DIKALAHKAN


Hari ini adalah hari penamaan calon  bagi pilihanraya ke-14 dan merupakan langkah pertama ke arah perubahan yang diidam-idamkan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Selepas ini dan ruang masa kempen selama 11 hari sebelum hari pengundian pada 9 Mei depan, ia adalah detik penting bagi merubah wajah negara yang telah dikotorkan oleh kepimpinan Najib Razak sehingga Malaysia yang berasaskan pemerintahan demokrasi sudah dilihat oleh banyak dunia telah bertukar menjadi kleptokrasi.

Berbanding beberapa pilihanraya sebelumnya, PRU 14 kali ini amat mencabar buat UMNO dan BN kerana rakyat tergambar lebih benci, meluat serta menyampah kepada parti tersebut.

Lebih membuatkan mereka benci, meluat dan menyampah ialah disebabkan adanya Najib sebagai Perdana Menteri dan Rosmah Mansor yang mengaku dirinya sebagai First Lady.

Di mana-mana, dalam 10 orang yang kita temui, sekurang-kurangnya 7 atau 8 orang akan menyalahkan Najib  atas banyak kecelaruan dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Sehubungan itu, mereka  merasakan UMNO dan BN tidak harus diberi lanjutan kuasa lagi kerana mengekalkannya bermakna memberi masa tambahan kepada Najib untuk terus melakukan kerosakan kepada negara ini.

Makanya, dapat disaksikan bagaimana program-program  Pakatan Harapan selama ini begitu mendapat sambutan ramai di mana saja ia diadakan, tidak kira di bandar, desa, pedalaman mahupun kawasan Felda.

Secara realiti dan tersuratnya, rakyat begitu dahagakan perubahan dan tidak mahu lagi berketuakan Najib, UMNO dan BN.

Disebabkan Najib telah memadam segala rekod baik BN selama 60 tahun ini, maka terlalu sukar untuk mencari mereka yang betul-betul mahu menyokong atau mempertahankannya, kecuali mereka itu telah diberikan dedak tertentu terlebih dahulu.

Selain mereka yang vokal dan terbuka menyatakan penolakan terhadap Najib, UMNO dan BN, yang lain-lain yang agak berdiam diri pula sebenarnya sudah pun ada keputusan atau pilihan sendiri dalam hati mereka.

Mereka ini hanya menunggu tarikh pengundian saja untuk membuktikan kebencian yang bersarang dalam hati dapat diterjemahkan dalam bentuk undi.

Di pihak Najib, beliau bukan tidak sedar hakikat itu. Najib tahu rakyat sudah lama menolaknya dan mereka hanya menunggu pangkahan di kertas undi saja untuk membuktikannya.

Sebab itu, wajah dan kata-kata ketakutan Najib terus terpampang setiap hari. Semakin dekat tarikh pengundian, gambaran ketakutan  Najib dan lain-lain pemimpin UMNO semakin sukar disembunyikan.

Di waktu yang sama, selain ROS yang pada tanggapan ramai telah dipergunakan untuk terus menekan dan akhirnya membubarkan Bersatu, SPR yang peranannya untuk mengendalikan pilihanraya juga seakan tidak henti-henti mencari idea dan formula untuk memberi kelebihan kepada Najib untuk mengekalkan kuasanya.

Langkah terbaru SPR menghalang penggunaan gambar Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, menguatkuasakan peraturan 10 hari sebagai tempoh untuk memohon sebelum mengadakan sesuatu program kempen, tidak memberi kebenaran kepada Suhakam memantau perjalanan pilihanraya,  selain sebelumnya mengadakan lakaran baru kawasan-kawasan, ia adalah antara langkah yang dilihat sengaja diadakan untuk menekan Pakatan Harapan daripada meneruskan agenda perubahan dalam negara ini.
Namun demikian, baik apa pun halangan serta kelebihan yang cuba ditampilkan untuk membantu Najib, UMNO dan BN, malah oleh siapa pun jua, kekuatan suara rakyat adalah melebihi segala-galanya.

Sebagaimana rakyat memberi sokongan yang baik kepada program-program Pakatan Harapan, sambutan yang sama, malah dengan lebih memberangsangkan lagi, haruslah diteruskan sehingga ke hari pengundian nanti.

Hanya dengan keberanian rakyat tampil menyatakan sokongan terbuka serta berterusan, maka segala cabaran, kekangan, hambatan atau cubaan menawarkan wang untuk membeli sokongan, dapat dipatahkan.

Untuk pilihanraya kali ini, rakyat dan pengundi tiada pilihan selain menumbangkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib daripada puncak kuasa Perdana Menteri.

Sebagaimana sudah banyak kekotoran, deretan skandal, bebanan kepada rakyat dari segi hutang, cukai, pengangguran, ekonomi tidak berkembang dan segala hal lainnya, kekalnya lagi UMNO dan BN mentadbir negara ini hanyalah menjanjikan semua itu bertambah parah keadaannya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama bertekad menjadikan perubahan sebagai keutamaan dan memulakannya dengan hari penamaan calon pada hari ini.

Selagi BN kekal berkuasa, segala kekotoran dalam negara tidak mungkin akan dibersihkan, bahkan akan bertambah hitam lagi jadinya.

Terus dan terus menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan dengan penuh keberanian - bermula hari ini sehingga 9 Mei depan - bukan saja memungkinkan perubahan lebih mudah dijadikan kenyataan, bahkan tidak mustahil mampu memberikan isyarat kekalahan yang lebih awal daripada sepatutnya kepada Najib. (ShahbudinHusin 28/04/2018)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena