Sunday, 29 April 2018

[Video Dr M menangis, 'atuk dah tua...' & Dari tangga ke kapal terbang, Guan Eng tolong angkat beg] 'Ini mungkin salah atuk dulu.."

Ahad, 29 April 2018

'Ini mungkin salah atuk dulu.."



Hasil carian imej untuk Gambar Mahathir menangis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dalam keadaan penuh emosi dalam sebuah filem pendek bersama dua kanak-kanak.

Dalam video berkenaan, seorang kanak-kanak perempuan bernama Aisyah bertanya kepada Mahathir yang dipanggilnya atuk - mengapa beliau masih perlu bekerja.
"Kerana atuk perlu buat kerja berkenaan pemulihan negara kita, disebabkan oleh mungkin kesalahan atuk dulu dan keadaan yang ada sekarang..," jawab Mahathir.
Aisyah kemudian memperkenalkan abangnya, Adam sebelum Mahathir menerangkan mengenai maksud "merdeka" kepada dua kanak-kanak cilik itu.

"Merdeka bermakna kita bebas, kita tidak tidak dijajah orang dan kita dapat tadbirkan negara kita sendiri. Dan kita akan membangunkan negara kita supaya rakyat akan hidup lebih baik, dapat bekerja, dapat pendapatan dan hidup lebih sempurna," kata Mahathir.
Ketika Adam bertanya apa harapan "atuk" untuk Malaysia, Mahathir menjawab:
"Kalau Malaysia ini ditadbir kerajaan yang baik, maka kita semua akan dapat banyak nikmat."
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu kemudian dilihat tidak dapat menahan emosi apabila mengatakan masanya sudah semakin suntuk untuk melakukan perubahan di negara ini.
“Atuk dah tua, umur dah 90 tahun lebih, jadi masa tak banyak.
"Tetapi setakat yang boleh, atuk akan berusaha, sedaya-upaya berkerjasama dengan kawan-kawan untuk pulih semula, negara kita Malaysia...”
Melihat Mahathir dalam keadaan sebak dan bergenang air mata, Aisyah memeluk atuknya itu.
Filem pendek lebih meruntun perasaan apabila ia berlatarbelakangkan lagu Salam Terakhir, yang pernah dipopularkan oleh allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Versi rakaman berkenaan yang lebih lama dimuat naik di laman Facebook rasmi perdana menteri keempat itu.

Mahathir turut berkongsi sebahagian rakaman itu di Twitter miliknya.
Setakat ini, ia ditonton lebih 205,000 kali di kedua-dua laman sosial itu dalam tempoh 30 jam lalu.
Malaysiakini
29 Apr 2018

1 comments:

azhar rangkuti said...

Perang Saraf yg terbaik untuk pengundi Atas Pagar

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena