Tuesday 31 May 2016

[Video] DUP persoal Rani jadi calon bagai 'pencuri lawan pencuri' atau 'harum manis lawan harum manis'...Erk!

Rabu, 1 Jun 2016


Rani bagai 'harum manis lawan harum manis'

Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Selangor hari ini mempersoalkan pemilihan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili parti itu pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.
Malah, wakil berkenaan, Nik Bakri Nik Mat turut berpendapat pertandingan antara PAS yang akan bertembung calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar itu sebagai perlawanan "harum manis melawan harum manis". 
Bagaimanapun, Nik Bakri tidak menjelaskan lebih lanjut kaitan antara Dr Abdul Rani dan istilah "harum manis" itu. 
"Mengenai pilihan raya kecil Sungai Besar, (wakil) Selangor berasakan ada sesuatu yang - kalau boleh - Dewan Ulama ambil ketegasan berkaitan calon. 
"Mungkin Selangor ada berasa - dari sudut pemilihan calon - menggunakan kaedah pencuri lawan pencuri, contohnya. Atau kaedah harum manis lawan harum manis," katanya. 
Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan utama Ketua Dewan Ulama PAS di Muktamar Dewan Ulama kali ke-55 di Pasir Puteh, Kelantan. 
Selain itu, Nik Bakri turut memberitahu di Selangor masih ramai pimpinan ulama dan profesional yang boleh dipilih sebagai calon berbanding calon yang profesional tetapi "cetak rompak". 
"Sepatutnya di kalangan kita sudah jelas dan yakin bahawa ramai pimpinan kita sama ada profesional atau ulama berada di Selangor. 
"Tak dinafikan kita terima dan terbuka tentang (pemilihan) profesional sebagai pimpinan di Selangor tetapi biarlah profesional yang tulen. Tak mahu yang cetak rompak yang ada dalam PAS," katanya tanpa menghurai lebih lanjut mengenai perkara berkenaan. 
Dr Abdul Rani yang juga ADUN Meru dan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dipilih sebagai calon mewakili parti Islam berkenaan pada pilihan raya  parlimen Sungai Besar.
Pada pilihan raya kecil tersebut, PAS dijangka akan berdepan dengan sekurang-kurangnya calon daripada AMANAH serta BN. 
AMANAH akan mengumumkan calon mereka malam ini manakala calon BN diwakili oleh ADUN  Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.
Untuk makluman istilah "harum manis" biasanya merujuk kepada anggota PAS yang dilihat cenderung atau bersimpati kepada AMANAH.

Malaysiakini
Read More

[Video] Alamak, Dewan Pemuda PAS pulak 'Black Out'...Rafizi 'lapor SPRM'! Hubungan Azmin-Wan Azizah mungkin retak.

Rabu, 1 Jun 2016


Laporan SPRM: Hubungan Azmin-Wan Azizah Mungkin Retak


Rafizi Ramli ketika keluar dari bangunan SPRM, Isnin. -fotoTHESTAR
PETALING JAYA: Tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli membuat laporan mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor yang diterajui oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali berkemungkinan besar menyebabkan parti itu berdepan ancaman perpecahan.

Perselisihan dalam parti yang menyaksikan Azmin berada di satu pihak dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pihak yang lain sudah menjadi rahsia terbuka sebelum perkembangan terbaru ini.

Rafizi memasuki bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Malaysia sekitar tengah hari Isnin untuk mengemukakan maklumat mengenai individu tertentu, yang tidak dinamakannya, berhubung kerajaan negeri yang didakwa berurusan dengan rasuah.

Dr Wan Azizah, orang yang dilihat sejajar dengan Rafizi telah mengarahkan beliau untuk mengemukakan sebarang bukti dakwaan rasuah itu kepada SPRM.
Dakwaan itu pertama kali muncul dalam mesej kumpulan WhatsApp ahli PKR yang kemudiannya bocor ke pengetahuan umum.

Rafizi kemudian mengesahkan bahawa dia telah menulis mesej tersebut.

Dalam satu kenyataan pada 20 Mei mengenai dakwaan Rafizi itu, Azmin telah mengecam dakwaan itu, menyatakan bahawa beliau tidak mengemukakan bukti.

Tuduhan itu katanya merupakan sebahagian daripada kempen terancang untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Pada Isnin, Menteri Besar Selangor tidak menghadiri beberapa majlis yang dijadualkan dan enggan memberikan kenyataan sebagai respons kepada langkah terbaru Rafizi yang melaporkan dakwaan rasuah kepada SPRM.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (DAP) berkata sebarang perbalahan dalam parti itu tidak akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

"Nampaknya perbalahan dalaman sebahagian besarnya adalah dalam PKR. Memandangkan Amanah bertanding di Sungai Besar, kesannya adalah kecil," katanya.

Rafizi sendiri enggan mengulas lanjut lanjut mengenai aduannya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa adalah 'jarang-jarang' untuk seorang pemimpin kanan parti membuat laporan terhadap ahli parti sendiri tetapi menegaskan bahawa 'ia sepatutnya dibuat dengan cara itu'.
Mstar.


Masalah teknikal menyebabkan Muktamar Pemuda PAS yang berlangsung di KTC terpaksa ditangguhkan.

KOTA BARU: Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 yang memasuki hari kedua dihentikan seketika berikutan gangguan bekalan elektrik di dewan utama Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, Rabu.
Insiden berlaku pada kira-kira 12.10 tengah hari semasa ucapan wakil Turki, Fatih Ayden.
Difahamkan, ia berpunca daripada masalah teknikal yang menyebabkan sesi perbahasan terpaksa ditangguhkan.
Hanya selepas lebih 10 minit, wakil Pemuda PAS di pentas membuat pengumuman kepada perwakilan supaya menikmati makan tengah hari sementara menunggu masalah itu selesai.
"Kita menghentikan sesi perbahasan. Perwakilan boleh menikmati makan tengah hari.
"Kita perlu berhenti kerana masalah teknikal. Kita akan bersambung semula pada pukul 1.45 petang," katanya.
Mstar
Read More

Dewan Pemuda PAS 'terlajak laris'! 'Kerusi manakah yang PAS 'pinjamkan' kepada DAP?'

Rabu, 1 Jun 2016

'Kerusi manakah yang PAS 'pinjamkan' kepada DAP?'

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mempersoalkan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di muktamar dewan itu semalam yang menyarankan pimpinan PAS untuk mengambil kembali kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.
"Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh, kerusi manakah yang “dipinjamkan” oleh PAS kepada DAP dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?
"Mengikut rekod kami, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara PAS dengan DAP sebelum PRU13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti.
"Justeru itu, soal PAS “meminjamkan” kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga ingin mengingatkan Nik Abduh bahawa DAP merupakan sebuah parti yang telah mengharungi sejarah perjuangan selama 50 tahun dalam arena politik Malaysia.
"Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966," tambahnya.
Menurut Loke, PAS ada hak dan kebebasan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang "tetapi untuk menuntut semula “pinjaman” yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP".
"Sebagai seorang ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh.
"Hujah beliau yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli akar umbi PAS, kononnya hanya PAS sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat," tegas Loke lagi.
Hakikatnya, kata beliau, ialah PAS juga mendapat kelebihan semasa mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR dan membantu PAS memenangi kerusi-kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh mereka terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat seperti di Perak, Selangor dan Johor.
"Saya juga berasa kesal dengan sikap angkuh Nik Abduh yang tidak mengenang jasa dan peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu PAS melonjak ke politik arus perdana pasca Gerakan Reformasi 1998.
"Umum diketahui bahawa PAS memenangi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 di atas gelombang kebangkitan rakyat yang dicetus oleh kemarahan terhadap kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar," tegasnya.


More from Malaysiakini
Read More

"Di MALAYSIA 'kamu' boleh lah BERKUASA, tetapi bukan di luar negara!" Pasaran saham saksi aliran keluar dana asing.

Rabu, 1 Jun 2016
Page Liked · 2 hrs
 
NAMPAK TAK.. ketiga-tiga situasi ini ADA BERKAIT dgn NAJIB, KENAPA..??!!

Apa sebenarnya dah terjadi kpd sang penguatkuasa undang2 di M'sia ???.. bekerja & berkhidmat utk rakyat atau pemimpin2 UMNO ???

DI MALAYSIA 'kamu' boleh lah BERKUASA, tetapi bukan di luar negara...
Page Liked · 1 hr
 
Kecerdikan pemimpin yg lahir dari 'universiti Umno' jangan disangkal...

Pasaran saham saksi aliran keluar dana asing

Pasaran saham Malaysia menyaksikan pengaliran keluar dana asing berikutan peningkatan dakwaan skandal 1MDB, menurut Bloomberg.
"Dana asing mengalir keluar kerana siasatan antarabangsa berkaitan dengan 1MDB yang bermasalah, meluaskannya ke dalam salah satu skandal kewangan global paling teruk.
"Pelabur asing telah menarik wang daripada saham-saham Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut berikutan belian paling lama dalam tempoh dua tahun.
"Indeks KLCI FTSE Bursa Malaysia adalah menurun di kalangan rakan-rakan membangun utama di Asia Tenggara pada 2016," katanya.
Ia memetik MIDF Amanah Investment Bank yang berkata pelabur asing menjual RM3.9 bilion bersih daripada saham-saham Malaysia dalam tempoh lima minggu sejak akhir April.
Ini mengurangkan aliran masuk kepada RM2.48 bilion setakat ini berbanding aliran keluar RM19.5 bilion tahun lepas dan RM6.9 bilion pada 2014.
"Aliran keluar bersih dana asing dilihat di sepanjang bulan Mei, tidak lama selepas 1MDB pada 26 April ingkar membayar bon AS$1.75 bilion," katanya.
Malaysiakini
Read More

[Video] "Sila Tubuh Parti Baru ha, ha, haa!" Kostum 'Pahlawan Melayu' jadi bahan lucu Netizen.

Selasa, 31 Mei 2016


Bila masih dalam parti diberi gelaran macam2.
Bila disuruh keluar parti, dah keluar parti, tubuh parti baru, lancarkan jentera, mintak sumbangan.
Sumbangan untuk dana gerak kerja PRK. Terima kasih didahulukan.
Sorang lagi bekas puteri UMNO Sik masuk parti Amanah pagi tadi di pejabat operasi AMANAH Parlimen Sik...
Melayu Rahmat's Profile Photo


strategi umno dan pas yang perlu di ketahui olih rakyat yang akan mengundi di prk selangor dan perak 1.pas akan cuba memenang umno di prk selangor. 2.umno akan cuba memenangkan pas di prk perak.

Erk! 

Kostum "Pahlawan Melayu" Muktamar PAS Jadi Bahan Lucu Oleh Netizen

Gambar-gambar sekitar Muktamar Pemuda PAS yang berlansung di Kelantan hari ini yang menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu telah menjadi viral di media sosial. 

Penampilan ketuanya Nik Abduh Nik Mat yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza yang mana beliau hari mengenakan bertanjak dan menyelit keris di pinggang. 

Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah. 

Begitu juga suasana dalam dewan yang rata-ratanya adalah berkonsepkan modenasasi dan "pahlawan-pahlawan" ini duduk di kerusi empuk yang tidak berlaku di zaman silam. Sehingga ada yang memberi komen: "Mujur tak tertikam keris di perut bila duduk di kerusi empuk itu".

Ada yang memberikan komen-komen lucu hasil dari gambar-gambar yang diviralkan itu. Misalnya ada yang membuat persamaan dengan Pendekar Mustar bersama-sama dengan tiga pahlawan di dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham P.Ramlee.: 
Ada pula yang menyamakan pakaian pemimpin PAS itu dengan pakaian pemimpin UMNO yang mengenakan kostum yang hampir serupa. 
Malah ada yang menyatakan bahawa pakaian pahlawan PAS itu adalah gambaran kepada persamaan perjuangan PAS dan UMNO masakini. 

Tidak kurang juga ada yang memberi persepsi dan interpretasi yang lebih jauh, apakah tema ini sebagai satu "amaran" untuk permulaan perang antara kaum di negara ini? 

Ada pula yang agak nakal sedikit menyamakan pakaian itu dengan pakaian yang pernah dipakai oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah. 
Tetapi ada yang jauh lebih melucukan. Ia tertumpu kepada kostum Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggunakan dua keris. 
Dan "anugerah foto paling lucu" pula yang dipilih oleh warga siber ialah juga foto Timbalan Presidennya juga dimana seorang "pahlawan Melayu" memberi tabik... sehingga ada yang memberi komen, agaknya dulu begitu Sultan Melaka beri tabik hormat kepada Hang Tuah yek ... 

Demikian episod lucu dan bahana yang menimpa PAS setelah ketiadaan atau kekurangan golongan profesyenal di dalamnya. Mentaliti zero, kata seorang facebooker. Mahu membawa PAS ke era dulu-dulu, era kurang bertamadun,kata seorang yang lain.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan selepas golongan progresif meninggalkan untuk membentuk Parti Amanah Negara.

Muktamar ini berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka. -GB 
Read More

[Video] Ludah durian sebelum jual bukan di Kuala Kangsar!...Pas 'menolak tuah'? Mencalonkan 'orang luar'.

Selasa, 31 Mei 2016
Peniaga didakwa 'ludah' durian akan dipanggil beri keterangan

Penduduk halau peniaga jual isi durian diludah

KUALA LUMPUR, Jumaat – Penduduk tempatan di sekitar Taman Sri Gombak dekat sini, menghalau peniaga yang dikatakan meludah isi durian sebelum dibungkus dan dijual kepada orang ramai, malam tadi.
Beberapa penduduk yang marah dengan tindakan peniaga terbabit, yang mana video perbuatannya menjadi viral di laman sosial sejak semalam, turut memberi amaran kepada peniaga itu.
Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku selepas peniaga yang dikatakan berniaga di situ sejak 10 tahun lalu, akur dan mengemaskan barangannya sebelum beredar dari situ.
Anggota peronda polis turut berada di tempat kejadian bagi memastikan tiada masalah timbul.
Semalam, satu video menjadi viral di laman sosial apabila seorang lelaki dipercayai pekerja gerai durian di Taman Sri Gombak kelihatan seperti meludah durian yang sedang dibungkusnya.
Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 48 saat itu, lelaki terbabit meludah ke dalam plastik bungkusan styrofoam pek buah itu, tanpa diketahui sebabnya.
Portal Islam dan Melayu

Page Liked · 11 hrs

Anda tengok picture ini 

Mengapa Pas tidak calonkan Raja Iskandar?

Tindakan Pas mencalonkan 'orang luar' bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan mengetepikan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yacob dianggap sebagai 'menolak tuah'.
Dr Raja Iskandar yang juga kerabat diraja Perak bukan sahaja dianggap sebagai calon mampu menang (winnable) malah disukai (likeable) kerana dikenali ramai dengan watak yang mesra termasuk dengan 'orang Umno'.
"Malam pengumuman calon Pas sudah dijangka bahawa Dr Raja Iskandar ditolak oleh pimpinan Pas Perak dan Pas Pusat dengan meletak calon luar sebagai taruhan Pas pada PRK Kuala Kangsar ini.
"Kenapa Pas tolak tuah untuk mengalahkan BN dan PAN (Amanah) dalam PRK pada 18 Jun ini dengan meletak risiko besar untuk tewas sekali lagi dengan meletak calon wanita untuk melawan wanita BN," ujar seorang penyokong Pas dalam emelnya kepada pemberita Malaysia Dateline.
Beliau berharap Dr Raja Iskandar 'tidak merajuk' dan membawa diri ke luar negara akibat permainan licik beberapa pemimpin Pas yang bimbang dengan pengaruh dan ketokohan beliau.
"Dinasihatkan juga agar semua Pas Cawangan bergerak macam biasa walaupun bukan Dr Raja Iskandar menjadi calon kerana Haji Razman Zakaria, PJ Pas Perak akan sentiasa berada di Kuala Kangsar nanti," ujar beliau.
Pas pada 27 Mei lalu mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sebagai calon parti itu bagi PRK P067 Kuala Kangsar.
Najihatussalehah ialah lulusan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya (1992) dan dilahirkan di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri.
Sebelum ini, beliau pernah bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri N32 Belanja pada Pilihan Raya ke-13 namun tewas kepada Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dari BN.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan nahas helikopter yang melibatkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).
BN mencalonkan balu Allahyarham Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar, Datin Mastura Mohd Yazid pada PRK itu.
Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon bagi PRK Kuala Kangsar pada 2 Jun ini.
Malaysia Dateline
Read More

Kuala - Sudah ada calon BEBAS (Pemuda UMNO). Apadehal Yeop! Neh, KENAPA skandal wang haram terbesar dalam dunia DIMILIKI M'SIA?

Selasa, 31 Mei 2016

Page Liked · 7 hrs

KENAPA skandal wang haram terbesar dalam dunia DIMILIKI OLEH MALAYSIA ??

SIAPAKAH yg memerintah M'sia..
..DAP atau BN ?!!

SIAPAKAH yg memerintah M'sia..
..Melayu-umno atau Cina-DAP ?!!

SIAPAKAH yg gadai aset2 M'sia..
..Melayu-umno atau Cina-DAP ?!!

TU PUN masih lagi nak sokong & undi BN sampai mati ??

Sudah ada calon BEBAS dalam PRK Kuala Kangsar

Syed Rosli umum jadi calon Bebas Kuala Kangsar

PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail hari ini mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.

Keputusan itu diambil kerana Syed Rosli kecewa dengan tindakan BN menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di Parlimen berkenaan pada 18 Jun nanti.

“Saya selaku ahli UMNO berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak daripada Mastura yang dicalonkan.

“Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua calon dari PAS dan BN yang bukan anak tempatan, ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar,” tulisnya menerusi Facebooknya hari ini.

Semalam, Syed Rosli menggesa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menukar calon PRK Kuala Kangsar kerana merasakan pemilihan Mastura hanya memberi kelebihan kepada PAS.

Beliau turut memuat naik beberapa status agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes terhadap pemilihan Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.

“Kelebihan calon PAS (Dr Najihatussalehah Ahmad) boleh berbahasa Mandarin. Ini memberi sedikit kelebihan untuk menarik pengundi Cina.

“Selain itu, calon BN (Mastura) juga yang tidak dapat turun berkempen kerana dalam iddah menyebabkan pengundi beralih kerana tidak mengetahui tentang perancangan untuk membangunkan Kuala Kangsar dan manfaat kepada pengundi di sana,” jelasnya semalam.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena