Monday, 16 May 2016

'Ketumbukan Pimpinan Mahathir' akan kerja keras kalahkan BN di K Kangsar dan Sg Besar.

Isnin, 16 Mei 2016

Mahathir akan kerja keras kalahkan BN di K Kangsar dan Sg Besar

 | BORHAN AHMAD
Tun Mahathir akan berkerja keras kalahkan Najib di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Tun Mahathir akan berkerja keras kalahkan Najib di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Nasional (BN) bukan sahaja akan berhadapan dengan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bahkan juga ketumbukan yang dipimpinan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu jatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Ikrar Mahathir untuk mengalahkan calon BN ini dibuat dalam Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.
Turut serta adalah semua pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan yang menyokong Mahathir dalam Umno namun Pas menolak untuk menyertainya walaupun Pesuruhjaya Pas Selangor dijadualkan menyertai majlis ini pada awalnya.
Mahathir mengajak semua pihak bersatu untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tanpa mengira siapakah calon yang akan melawan BN samada dari Pas atau Pakatan Harapan.
"Jangan kira siapa calon ini walaupun Pas kerana kita perlu kalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokong dia.
"Sebab itu kita perlu kerja keras untuk kalahkan BN dalam pilihan raya kecil ini," kata Dr Mahathir disambut tepukan gemuruh orang ramai yang memenuhi padang stadium itu.
Menurut Mahathir, Najib sekarang adalah hamba kepada kerajaan negeri Sarawak.Himpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadiHimpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadi
"Kita mesti tunjukkan bahawa kemenangan di Sarawak itu bukan kemenangan Datuk Seri Najib tetapi mereka (pengundi Sarawak) memikirkan kepentingan Sarawak semata-mata bukan berkenaan sokongan kepada Najib," katanya.
Sekarang ini, kata Mahathir, Najib sudah menjadi hamba.
"Hamba kepada kerajaan Sarawak kerana kalau tidak ada sokongan dari Sarawak maka dia akan jatuh dan dia akan layan Sarawak seberapa yang boleh.
"Inilah hasil dari pilihan raya itu. Bukan kemenagan kepada Najib tetapi ia memperhambakan Najib," kata Mahathir.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena