Wednesday 31 January 2018

[Video Hanya 42% PENGUNDI MELAYU UNDI Umno] Parti mana pilihan Mahfuz, 45 hari lagi.

Khamis, 1 Fenruari 2018

Parti mana pilihan Mahfuz, 45 hari lagi

Parti mana pilihan Mahfuz, 45 hari lagi

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang keluar PAS awal bulan lalu, selama ini dilihat berahsia mengenai masa depan politiknya.
Tetapi kini katanya, beliau akan membuat pengumuman mengenai langkah politik beliau seterusnya dalam masa “45 hari”, bermula hari ini.
Apabila ditemui di Alor Setar, Kedah, Mahfuz nampaknya telah membuat keputusan mengenai parti pilihannya, tetapi masih merahsiakan keputusannya itu.
Mahfuz mengulangi bahawa beliau telah menyenarai pendek pilihannya, tetapi menegaskan bahawa ia tidak termasuk Umno.
Selepas berkhidmat di kawasan pilihan rayanya selama tiga penggal – 1999, 2008 dan 2013 – Mahfuz malah berkata beliau juga memikirkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam “ibu segala pilihan raya” tahun ini.
“Saya tidak perlu menjadi calon, saya masih boleh menyokong Pakatan Harapan, menjadi penasihatnya, dan membantu dalam strategi pilihan rayanya pada pilihan raya akan datang,” kata Mahfuz kepada Malaysiakini.
“Apa pun, saya akan mengumumkannya dalam masa 45 hari,” katanya.
Ditanya mengapa 45 hari, atau pada 17 Mac, Mahfuz enggan memberi komen kecuali memberi petunjuk bahawa beliau mungkin berada di Parlimen pada masa itu.
Ditanya mengenai kriteria beliau untuk memilih parti, Mahfuz menjawab: “Semua parti adalah sama, dari segi kekuatan mereka dalam HARAPAN.
“Yang penting, jika saya membuat keputusan untuk bertanding, saya akan mempertimbangkan kerjasama antara semua parti di Pokok Sena,” katanya.
Secara amnya, tegas Mahfuz, semua parti nampaknya ada di kawasan itu, dan “mereka nampaknya bekerjasama antara satu sama lain,” tambahnya
Ditanya mengapa 45 hari, atau pada 17 Mac, Mahfuz enggan memberi komen kecuali memberi petunjuk bahawa beliau mungkin berada di Parlimen pada masa itu.
Ditanya mengenai kriteria beliau untuk memilih parti, Mahfuz menjawab: “Semua parti adalah sama, dari segi kekuatan mereka dalam HARAPAN.
“Yang penting, jika saya membuat keputusan untuk bertanding, saya akan mempertimbangkan kerjasama antara semua parti di Pokok Sena,” katanya.
Secara amnya, tegas Mahfuz, semua parti nampaknya ada di kawasan itu, dan “mereka nampaknya bekerjasama antara satu sama lain,” tambahnya.
Read More

[Video Howw DASAT! Duit Orang Sakit PUN DITIBAINYA] Pas di tangan yang salah @ HADI ENGKAR INGATAN NIK AZIZ! Pemimpin utama Pas dulu sudah berpesan.

Khamis, 1 Februari 2018

Image result for Gambar kos meningkat barang naik
Isu kos sara hidup boleh jadi sebab BN kalah, kata perwakilan Umno.

Related image



PAS DI TANGAN YANG SALAH @ HADI ENGKAR INGATAN NIK AZIZ



Cina Yang Kamu Maki Itulah Yang Menangkan Kamu Dalam PRU13 Dulu.

Posted by 
Image result for Gambar MP pas hanya berselfi aje
Read More

[Video Najib MENGAPA TAKUT MASUK MAHKAMAH JIKA TAK BUAT SALAH? Najib hina Pas] Pengekalan status quo, calon Bersatu beri menang mudah PH.

Khamis, 1 Februari 2018


Pengekalan status quo, calon Bersatu beri menang mudah PH

Pengekalan status quo, calon Bersatu beri menang mudah PH
Barisan Nasional (BN) dijangka akan gagal memenangi kerusi Parlimen Hulu Langat sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mengekalkan status quo persempadanan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (2013) yang lalu.
Dalam Syor Pertama yang dipamerkan pada 2016 bagi Parlimen Hulu Langat, mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) itu, SPR mengeluarkan Dun Kajang (38,218 pengundi) ke P102 Parlimen Bangi (dahulu Parlimen Serdang) dan kemudian mengeluarkan Dun Seri Kembangan dari P102 Parlimen Serdang ke P103 Parlimen Puchong.
SPR hanya mengekalkan N23 Dusun Tua (47,286 pengundi) dan N24 Semenyih (42,470 pengundi) di Parlimen Hulu Langat di dalam Syor Pertama Cadangan Persempadanan
Bagaimanapun dengan bantahan yang dilakukan oleh PH Hulu Langat dalam Syor Pertama, SPR telah mengekalkan semula status quo persempadanan kawasan Dusun Tua, Semenyih dan Kajang di bawah Parlimen Hulu Langat.
Jamzuri Ardani
Pakatan Harapan (PH) Hulu Langat berpandangan tindakan Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar mengemukakan bantahan pada syor kedua persempadanan SPR, semata-mata untuk memastikan PH Selangor kalah pada PRU ke14 akan datang.
Timbalan Ketua Biro Penerangan PH Hulu Langat, Jamzuri Ardani berkata, sekiranya bantahan BN Selangor diterima SPR, ia boleh mengundang kepada kekalahan PH Hulu Langat kerana daerah-daerah mengundi yang telah memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dikeluarkan dari Parlimen Hulu Langat di dalam syor pertama.
“BN Selangor buat bantahan untuk syor kedua supaya syor pertama dikekalkan kerana itu memang hasrat Umno-BN untuk menang di Hulu Langat.
“Saya bimbang kemungkinan syor kedua tidak akan diwartakan selepas 14 Februari ini kerana bantahan dibuat oleh BN Selangor.
“Jika syor pertama dikekalkan PH di Hulu Langat akan hilang semua pengundi di Dun Kajang yang menjadi deposit besar kepada PH.
“Ditambah beberapa Daerah Mengundi (DM) dalam Dusun Tua dan Semenyih yang mana PR pernah menang besar juga  dipindahkan ke Kajang.
“Dalam syor pertama DM Sungai Chua 1 hingga 5 (10,626 pengundi) dikeluarkan dari Dun Kajang dan dimasukkan ke Dun Balakong.
Cadangan Syor Pertama SPR mengeluarkan Dun Kajang dari Parlimen Hulu Langat.
Calon Bersatu beri menang mudah di Dun Semenyih
Jamzuri yang juga Naib Ketua AMANAH Kawasan Hulu Langat berkata, daripada kajiselidik sebuah NGO yang tidak mahu dinamakan itu, dapatan menunjukkan di Parlimen Hulu Langat sejumlah 4,000 responden memberi sokongan kepada PH berbanding BN pada PRU14 akan datang.
Ini disebabkan pengundi bukan Melayu menjadi faktor penarik untuk mengekalkan sokongan kepada kerusi yang ditandingi PR jika status quo PRU13 dikekalkan SPR.
“Kita jangkakan akan mengekalkan sokongan pengundi Cina yang sebelum ini 85% memberi sokongan kepada PR dan hingga kini masih lagi menyokong kita.
“Sokongan Melayu pula akan pecah tiga dengan peratusan hampir sama banyak sekitar 30% setiap parti yang bertanding antara BN, Pas dan PH kerana mempunyai sokongan pengundi Melayu yang hampir setara, atas faktor ini dengan sokongan pengundi bukan Melayu kita lihat PH akan menang selesa.
“Selain itu faktor Bersatu dijangka akan memberikan peralihan (swing) sokongan pengundi di Dun Semenyih yang dimenangi BN pada PRU13 lalu terutama di kampong-kampong tradisi,” ujarnya.
Sehingga kini pengagihan kerusi Dun di Selangor masih lagi belum dimuktamadkan oleh pimpinan Pakatan Harapan Selangor.
Beliau yang juga Penyelaras AMANAH Dun Semenyih berpandangan bagi memastikan Parlimen Hulu Langat dan tiga Dun dimenangi PH dalam PRU14, adalah perlu agar PPBM turut diberi kerusi bertanding di salah satu kerusi Dun di Hulu Langat.
“Berdasarkan analisis keputusan PRU13 dan kecenderungan pengundi sekarang, sekiranya PH meletakkan calon PPBM untuk bertanding di salah satu Dun di Hulu Langat, kita akan mendapat peralihan sokongan yang signifikan dari kalangan penyokong tradisi BN untuk mengundi calon Pakatan Harapan di Parlimen Hulu Langat.
“Kini terdapat lebih 10,000 pengundi baharu. Jika berlaku ‘swing’ yang signifikan daripada PPBM dan PH pula berjaya menguasai separuh dari pengundi baharu, kita berkemungkinan besar menang di Parlimen Hulu Langat dan di kesemua tiga Dun.
“Saya fikir ada keperluan meletakkan calon PPBM di salah satu Dun di Hulu Langat untuk wujudkan gelombang yang agak baik untuk PH menang majoriti bergaya di Parlimen dan Dun pada PRU14 kelak,” ujarnya.
Pada PRU 13 lalu Parlimen Hulu Langat dimenangi Pas dengan majoriti 17,267; Dun Dusun Tua dimenangi PKR (majoriti 4,071); Dun Semenyih dimenangi BN (majoriti 4,145) dan; Dun Kajang dimenang PKR (majoriti 6,824 -sebelum Langkah Kajang).
Dalam pembahagian kerusi Parlimen PH  calon AMANAH akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat yang dijangka diwakili Naib  Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd  Yunus,  manakala bagi  Dun Dusun Tua dan Kajang calon PKR  dan kemungkinan berlaku perbincangan antara PKR dan Bersatu bagi menentukan calon parti  bagi kerusi Dun Semenyih.
Malaysia Dateline

Read More

[Video Ibrahim Ali bertanding bawah tiket Umno?] Mamat teori serba mungkin! La ada lagi KENYATAAN TOLOL macam ni? Amanah berpakat dgn Umno nak jatuhkan Pas! Layan je lah.

Khamis, 1 Februari 2018

AMANAH BERPAKAT DENGAN UMNO NAK JATUHKAN PAS - ADA LAGI KE KENYATAAN TOLOL MACAM NI?


Mamat teori serba mungkin dan teori tak mustahil keluar koleksi teori baru.

1. Bila ada pemimpin parti suci di Kelantan yang dakwa kononnya Parti Amanah dan parti sarkas berpakat di Kelantan untuk jatuhkan parti suci di negeri itu, saya kata dalam hati " ada lagi ke kenyataan tolol selain dari kenyataan seperti itu ?" . Maaf lah kasar sikit.

2. Kita lihat dari sudut logik dulu lah.Amanah ni siang malam berhempas pulas bersama PH nak humban Umno dalam PRU 14, masuk akal ke tiba-tiba Amanah pula nak berpakat dengan Umno? Anyway , jatuhkan parti suci ada beza ke dengan nak jatuhkan parti sarkas? 

3. Kecuali seseorang itu buta atau gila, orang itu , bagi saya lah, sepatutnya tidak ada masalah untuk lihat siapa yang amat akrab macam belangkas dengan parti sarkas ni. Orang putih kata it is an open secret.

4. Oh ya, saya lupa mamat ni memang terkenal dengan teori serba kemungkinan dan teori tak mustahil dia. Jadi , ini mungkin koleksi teori baru dia gamaknya. Layan je lah.

MOHD HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG.

Posted by 
Read More

[Video Dituduh curi iPhone-KM harap pihak berkuasa berwajib dapat siasat] Pelajar dituduh curi iPhone guru meninggal dunia.

Khamis, 1 Februari 2018

Pelajar dituduh curi telefon guru meninggal dunia

Pelajar dituduh curi telefon guru meninggal dunia

Muniandy Ratnam (dua kanan) menerima kunjungan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Hospital Seberang Jaya pada 29 Januari lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Februari, 2018.

PELAJAR sekolah menengah berusia 13 tahun yang cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru meninggal dunia.
M. Vasanthapiriya meninggal pada kira-kira jam 3.30 pagi tadi selepas dua minggu terbaring koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya.
Presiden Tamilar Kural, David Marshel berkata keluarga gadis itu sedang menguruskan tuntutan mayatnya di hospital.
Pelajar SMK Methodist Nibong Tebal itu dituduh mencuri iPhone 6 milik seorang guru di sekolahnya pada 24 Januari. Dia dilaporkan disoal oleh tiga orang guru, termasuk yang mendakwa telefon pintarnya dicuri.
Selepas dibawa pulang oleh guru berkenaan bersama suami untuk berbincang dengan ibu bapa pelajar itu, Vasanthapiriya mengunci diri di kamarnya.
Ibu bapanya yang pulang pada waktu malam mendapat Vasanthapiriya tidak menjawab selepas mereka memanggilnya berulang kali. Bapanya kemudian bertindak memecah masuk ke bilik dan mendapati remaja itu tergantung dengan selendang yang diikat pada paip.
Dia masih hidup ketika ditemui dan dilaporkan meninggalkan nota membunuh diri yang mengatakan dia tidak mencuri telefon gurunya. Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.
Sejak itu, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang melancarkan siasatan ke atas kes itu. – 1 Februari, 2018.
 The Malaysian Insight.


Presiden NGO itu, David Marshel (tengah gambar) bersama anggota keluarga pelajar itu di jabatan forensik hospital menunggu keputusan bedah siasat.
 
malaysiakini.
Read More

[Video NAJIB HINA PAS DI GELANGGANG SENDIRI] Kalau tak kerana Putrajaya, Kelantan tak mampu bayar gaji kakitangan.

Khamis, 1 Februari 2018


Tumpang sekole.

Kalau tak kerana Putrajaya, Kelantan tak mampu bayar gaji kakitangan

Kalau tak kerana Putrajaya, Kelantan tak mampu bayar gaji kakitangan
Perdana Menteri Najib Razak berkata tanpa suntikan kerajaan pusat, negeri defisit seperti Kelantan pun akan sukar membayar gaji kakitangan awamnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Januari, 2018.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan peluang dalam kunjungan di Kelantan hari ini untuk mengingatkan kerajaan PAS Kelantan mengenai bantuan yang dihulurkan kerajaan BN pada negeri itu.
Najib dalam ucapannya di Kota Bharu hari ini mengungkitkan bahawa kerajaan negeri malah tidak akan mampu membayar gaji penjawat awamnya jika tidak kerana suntikan dana dari Putrajaya.
Katanya, kerajaan PAS Kelantan tidak mampu menanggung bayaran tersebut walau negeri tersebut adalah sebuah negeri dengan defisit rendah.
“Negeri defisit macam Kelantan ini pun, kalau tidak ada suntikan daripada kerajaan pusat nak bayar gaji pun tak mampu, tak boleh nak bayar gaji," katanya.
Najib seterusnya menyebut mengenai bendera partinya sebagai perlambangan kempen Barisan Nasional (BN).
“Kita bagi suntikan macam-macam, tuan-tuan dan puan-puan apa salahnya bendera kita (BN) kasi naik sikit bagilah peluang.
“Ini susah-susah baru minta tolong kita, bendera dah naik pun kita nak kena turunkan, ini lah kita baik hati,” kata Najib sambil tertawa kecil.
The Malaysian Insight. 
Image result for Gambar Hadi sokong Pas
Related image
Image result for Gambar Hadi sokong Pas
Dua MP PAS, anggota parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) (gambar, atas) berkecuali daripada mengundi.
Read More

[Video Samy Vellu & Ku Li Turut Puji Tun Mahathir] PERTEMUAN DENGAN EU: Campur tangan asing atau TAKUT RAHSIA PENIPUAN PRU14 terdedah?

Khamis, 1 Februari 2018

PERTEMUAN DENGAN EU : CAMPUR TANGAN ASING, ATAU TAKUT RAHSIA PENIPUAN PRU14 TERDEDAH?

*PERTEMUAN DENGAN EU : CAMPUR TANGAN ASING, ATAU TAKUT RAHSIA PENIPUAN PRU14 TERDEDAH?*


1. Pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad  dengan 16 duta Negara-Negara Kesatuan Eropah (EU) menyebabkan *pemimpin UMNO-BN gabra, panas punggung* dan tidak senang duduk. Mengenai pertemuan itu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menjelaskan bahawa mereka meminta delegasi EU mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak *melaksanakan pilihan raya umum ke 14 dengan adil dan saksama*.

2. Seperti biasa, akan ada *hulubalang macai UMNO yang melompat ke tengah gelanggang membela ketua mereka*.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan pertemuan PH dengan duta besar EU sebagai politik terdesak yang mengundang campur tangan dan tekanan kuasa asing terhadap prinsip demokrasi negara. Naib Presiden UMNO manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan beliau sebagai pemimpin tidak berpegang pada prinsipnya dan ia membuktikan pemimpin berkenaan hanya memperjuang agenda peribadi.


Demikian juga dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahadzir Khalid menjelaskan standard *sistem  PRU di Malaysia yang sekian lama diguna pakai adalah hampir sama seperti di negara lain malah turut mempunyai tatacara operasi standard (SOP) yang ketat*. Justeru beliau menegaskan *tiada keperluan untuk pemantau pilihanraya umum (PRU) antarabangsa* dihantar ke negara ini.

3. Begitu cepat mereka mereka memberi respon terhadap pertemuan itu yang seolah-olah pertemuan itu amat merbahaya kepada  keselamatan negara.

Saya berpendapat, apabila pemimpin UMNO-BN cepat bertindak balas  terhadap sesuatu isu, yang melibatkan antarabangsa, bererti sememangnya mereka dalam masalah. *Mereka kelihatan gabra dan resah seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu lantas terus berpencak menyalahkan pihak PH mengadakan pertemuan tersebut*.

4. Pilihanraya Umum ke 14 dijangka berlangsung *dalam tempoh 5 bulan dari sekarang*.


Umum melihat seperti mana PRU sebelum ini, pasti ada isu yang menghambat kemenangan pembangkang. *Kekangan terhadap media yang bebas, sekatan terhadap parti-parti politik selain pemerintah, politik ugut dan ancam, rasuah pilihanraya, salah guna  kuasa dan penyelewengan ketika pilihanraya, mengerah seluruh jentera kerajaan berkempen politik untuk parti pemerintah, persempadanan pilihanraya yang penuh muslihat dan pertikaian, pemenjaraan  terhadap tokoh politik dan pelbagai macam tipu muslihat* dijalankan bagi memenangkan pemerintah.

5. Ketika Pakatan Harapan (PH) bertemu delegasi Duta Kesatuan Eropah (EU) bagi mengharapkan agar dunia memberi perhatian, memantau, menjenguk dan memerhatikan perjalanan pilihan raya di Malaysia, *sepatutnya kerajaan Malaysia berterima kasih atas keprihatinan pihak antarabangsa terhadap demokrasi di Malaysia*.

Jika benar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengikut tatacara operasi standard (SOP) yang ketat dan standard antarabangsa, maka  *kerajaan tidak perlu gusar dengan pemantauan negara luar*.

Ia akan menguatkan lagi hujah bahawa kerajaan benar-benar telus dan adil dalam soal perjalanan pilihanraya, *apatah lagi, SPR sendiri pernah diundang menjadi pemantau pilihan raya antarabangsa* ketika negara-negara lain mengadakan pilihan raya di negara masing-masing.

*Mengikut reload,pada Pru13 SPR pernah menjemput 5 negara Asean menjadi pemantau pru13 di Malaysia*.

Oleh demikian, apa masalahnya jika pru 14 *wakil dari negara - negara Kesatuan Eropah (EU) juga di jemput bersama wakil Seketeriat Negara - negara Asean untuk memantau dan memerhati perjalanan PRU negara ini?*.

6. Sebaiknya jemput semua delegasi ini dan berikan mereka hak untuk memerhatikan perjalanan pilihan raya. *Buktikan kepada dunia bahawa pilihan raya di Malaysia antara terbaik di dunia*.


Nafikan hujah pembangkang pada dunia yang pembangkang *hanya ‘mereka-reka cerita’ bahawa perjalanan pilihan raya di negara ini tempang, berat sebelah, rasuah dan salah guna kuasa*.

Selepas PRU ke 14 pula benarkan pemerhati antarabangsa membuat kesimpulan, menulis dan bercakap soal ‘ketelusan’ pilihanraya di Malaysia.

7. Namun begitu,kita mengetahui itu semua hanyalah *khayalan politik di Malaysia*.

Para pemimpin UMNO terus melenting dan melompat semacam mereka mahu menjadi jaguh mempertahankan kedaulatan negara hingga keluar dari mulut *UmnoBn yang mendakwa mengajak pemerhati asing memantau PRU  umpama membiarkan negara dijajah dan demokrasi negara dicemar maruah*.

Walhal, itulah amalan di mana-mana negara lain di dunia. Memberikan hak kepada pemantau memerhati pilihan raya adalah satu *cara berkesan belajar dan mengajar negara lain menyuburkan demokrasi*.

8. Hakikatnya, tanpa berselindung mereka *mahu terus berkuasa dan memerintah negara, dengan membuli, menindas, menipu dan memperdaya rakyat melalui sistem pilihan raya yang ada*.

Namun apakan daya, inilah jalan yang ada, dan PH akan terus meredah arus bersama rakyat. *Doakan PH berjaya melauinya kali ini!*.


"Ini Kalilah!"

#ReformasiPilihanraya
#RakyatNakPru14YangAdil
#RakyatTakNakUmnoBn
#UndiPakatanHarapan
#BinaSemulaNegara

*DATO' HJ MAHFUZ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
2.30pm Taman Al Walid Alor Setar
30 Jan 2018/13 Jamadiawal 1439H.


Read More

[Video BN TERDESAK perlu undi Sabah! Sabah Talian Hayat UmnoBN] Bank Pusat Rusia senaraihitam 7 Bank Malaysia.

Khamis, 1 Februari 2018
Image result for Gambar Bank pusat rusia CPR
Bank Sentral Rusia

Bank Pusat Rusia senaraihitam 7 Bank Malaysia

Bank Pusat Rusia senaraihitam 7 Bank Malaysia

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta memperjelaskan kedudukan penyenaraian hitam tujuh bank utama negara ini oleh Bank Pusat Rusia (CBR).
Penasihat AMANAH Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa, penyenaraian hitam yang dilakukan CBR bermula akhir tahun lalu turut menyusahkan rakyat Malaysia di Rusia dan Asia Tengah untuk berurusan, termasuk mengirim wang kepada keluarga.
“Dipercayai, 1MDB menjadi punca sebahagian bank kita masuk dalam senarai hitam.
“Kebimbangan lebih besar ialah masyarakat dunia seluruhnya akan membekukan transaksi bank-bank Malaysia yang terlibat.
“Kesan buruk kepada ekonomi negara ini tidak dapat dibayangkan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Bank Pusat Rusia bermula pertengahan tahun lalu telah mengetatkan pemantauan ke atas pembersihan wang haram melalui institusi bank negara itu.
Dilaporkan media asing The Moscow Times terdapat kira-kira 200,000 perniagaan dan usahawan di senaraikan CBR pada bulan Jun. Menjelang bulan Oktober, senarai itu telah mencecah kepada 460,000 syarikat dan ahli perniagaan.
Terkini dilaporkan pada 1 Januari 2018 terdapat 5,795 perniagaan telah disenaraihitamkan oleh CBR.
Senarai pelanggan “mencurigakan” CBR termasuk nama syarikat dan ahli perniagaan yang menafikan perkhidmatan bank disebabkan kebimbangan, mereka telah melanggar undang-undang Rusia mengenai pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
Malaysia Dateline
Read More

[Video KJ jangan asyik BERZUMBA! Apa yang hang buat untuk GRADUAN MENGANGGUR?] Momentum Pakatan di luar bandar naik selepas Dr Mahathir jadi calon PM.

Rabu, 31 Januari 2018

Momentum Pakatan di luar bandar naik selepas Dr Mahathir jadi calon PM

Momentum Pakatan di luar bandar naik selepas Dr Mahathir jadi calon PM
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata mengikut kajian badan pemikir itu, pencalonan Dr Mahathir sebagai calon PM pembangkang dipersetujui ramai responden kerana pengalaman mentadbir negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Januari, 2018.

MOMENTUM sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri, kata penganalisis.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kebanyakan responden yang bersetuju Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH kerana pengalamannya memerintah negara.
“Tetapi masyarakat nak tengok, apa yang Dr Mahathir nak tawarkan sebagai alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Razak,” kata Redzuan dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight di Shah Alam baru-baru ini.
“Selain itu, sokongan kepada dia meningkat kerana di Malaysia pada hari ini, hanya Dr Mahathir yang dilihat paling berani menyerang Najib.”
Selepas PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri pada 7 Januari lalu, IDE menurunkan pasukan penyelidiknya di seluruh negara untuk melihat sentimen rakyat.  
IDE akan mendedahkan dapatan daripada tinjauan kepada umum tidak lama lagi.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dari 1981 hingga 2003. Sekarang beliau memimpin PH yang dianggotai Bersatu, PKR, DAP dan Amanah.
Katanya, pada peringkat awal selepas Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri, terdapat reaksi negatif kerana faktor umur pengerusi PH itu yang sudah lebih 90 tahun.
“Tetapi yang menariknya, 80 peratus yang tak terima Dr Mahathir itu kerana usia dia sudah tua. Itu bagi yang tidak terima. Bagi yang terima Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, kerana pengalaman dia memerintah Malaysia.
“Yang terima kerana pengalaman memerintah, yang tak terima kerana dia sudah tua,” kata Redzuan yang juga naib cancelor Universiti Selangor (Unisel).
Ada juga yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Mahathir kerana faktor usianya, sesuatu yang tidak menjadi isu kerana kesihatan negarawan berusia lebih 90 tahun itu masih lagi baik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Januari, 2018.
Ada juga yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Mahathir kerana faktor usianya, sesuatu yang tidak menjadi isu kerana kesihatan negarawan berusia lebih 90 tahun itu masih lagi baik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Januari, 2018.

Bersatu dikenali kerana faktor Dr Mahathir
Menurut Redzuan, yang menjadi kebimbangan responden yang ditemui IDE dengan usia tua Dr Mahathir kerana ia dikaitkan dengan keuzuran.
“Tetapi walaupun tua, kalau kita berhujah balik umur 92 tahun, masa konvensyen PH, Dr Mahathir berucap selama 41 minit. Umur 92 tahun boleh bercakap lama macam tu. Biasanya orang umur 50 pun tak larat nak bercakap lama macam tu.
“Maknanya umur tu dikaitkan dengan keuzuran. Tetapi ini tidak terpakai kepada Dr Mahathir. Kenapa orang tak nak umur tua? Kerana bila dah tua ni, uzur dan sebagainya, tetapi tidak bagi Dr Mahathir,” kata Redzuan yang pernah menjadi dekan fakulti sastera dan sains sosial Universiti Malaya (UM) dan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMcedel).
Redzuan berkata, disebabkan Dr Mahathir, parti serpihan Umno dipimpinnya dikenali dengan begitu cepat di kawasan luar bandar walaupun baru ditubuhkan pada Ogos 2016.
“Dalam survey kita, kita tanya soalan begini, apa pandangan tuan terhadap Umno? Mereka kata Umno ini parti yang memerintah. Apa pandangan terhadap PAS? Mereka kata PAS parti yang perjuangkan Islam.
“Bila kita tanya tentang Bersatu, mereka kata parti Dr Mahathir. Maksudnya mereka dah kenal. Menunjukkan itu dia punya trade mark dia. Ini yang ada dalam kepala mereka.
“Tanpa perlu fikir mereka dah boleh jawab. Sekali je. Jadi itulah dalam kepala dia. Kalau Bersatu parti Dr Mahathir. Itu je, dia tak kata parti bunga raya, parti serpihan Umno. Ada banyak option.
“Tapi yang paling top sekali mereka jawab parti Dr Mahathir. Ini menunjukkan bahawa, Dr Mahathir ada kekuatan dia di luar bandar,” katanya.
Menurut Redzuan, disebabkan Umno sudah memerintah Malaysia selama lebih 60 tahun dan mempunyai kekuatan akar umbi yang kukuh, PH memerlukan sosok yang kuat dan dikenali untuk melawannya.
“Sebab itulah, menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pada waktu ini sebagai satu-satunya orang yang paling layak.
“Sebab sekarang kita nampak Dr Mahathir menjadi tarikan di mana sahaja beliau pergi, di kawasan Felda, kawasan luar bandar,” katanya. – 31 Januari, 2018.
The Malaysian Insight
Read More

[Video Mengejutkan negeri lain kereta kabel atas gunung tinggi yg Melaka nak sangkut kat mana?] Dr Mahathir pemimpin yang baik, kata Samy Vellu.

Rabu, 31 Januari 2018

Image result for Gambar kereta kabel melaka
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menunjukkan projek kereta kabel yang bakal dijalankan di Pulau Melaka.
BH.
Image result for Gambar kereta kabel melaka
Kereta Kabel Langkawi.

Dr Mahathir pemimpin yang baik, kata Samy Vellu

Dr Mahathir pemimpin yang baik, kata Samy Vellu

Bekas Presiden MIC Samy Vellu hari ini mengatakan Dr Mahathir pemimpin yang baik tetapi enggan mengulas mengenai pencalonannya sebagai perdana menteri sekiranya pembangkang menang PRU14. – Gambar The Malaysian Insight, 31 Januari, 2018.

BEKAS Presiden MIC S Samy Vellu memuji bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang baik.
Tetapi bekas menteri kerja raya berusia 81 tahun itu enggan mengulas sama ada Dr Mahathir akan menjadi seorang perdana menteri yang baik sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
“Saya tak akan cakap apa-apa (sama ada saya sokong dia sekarang atau tidak) tentang Dr Mahathir. Dia seorang pemimpin baik.
“Saya bekerja dengannya selama 21 tahun dan saya sentiasa pergi dan minta nasihatnya (sebelum ini) dan dia akan sentiasa menasihati saya. Begitu juga dengan perdana menteri selepasnya,” katanya ketika ditanya wartawa pada majlis sambutan Thaipusam ke-128 di Batu Caves hari ini.
Selepas Pilihan Raya Umum 2008, Samy menyalahkan Dr Mahathir atas kekalahannya kepada Dr Michael Jeyakumar di kawasan Parlimen Sg Siput.
Dua hari sebelum pengundian pada 8 Mac, Dr Mahathir dalam wawancara bersama Malaysiakini.com berkata masalah orang India hanya akan dapat diselesaikan dengan menyingkirkan Samy.
Dalam wawacara itu, Dr Mahathir juga mengatakan Samy “tidak berbuat apa-apa yang memberi manfaat kepada masyarakat India”.
Katanya lagi, Samy mendiamkan suara orang India dalam Barisan Nasional kerana tidak membenarkan parti India lain menyertai gabungan parti pemerintah itu.
Kesannya, Samy dikalahkan di Sg Siput oleh Dr Jeyakumar daripada PSM yang tidak berapa dikenali selepas lapan penggal memegang Parlimen Sg Siput sejak 1974.
Pada 2012, Samy memberitahu akhbar New Straits Times kekalahannya disebabkan oleh kenyataan Dr Mahathir.
Tahun lepas, Samy tidak menandatangani Deklarasi Rakyat kerana beliau “sentiasa di belakang perdana menteri yang berkuasa sekarang”. – 31 Januari, 2018.
The Malaysian Insight.

Read More

[Video Melaka negeri maju, tatapi mengapa hutang bertimbun] Rakyat tanggung perit lima tahun lagi jika buat undi rosak.

Rabu, 31 Januari 2018

PH kecam serangan peribadi terhadap aktivis undi rosak

Rakyat tanggung perit lima tahun lagi jika buat undi rosak

Rakyat tanggung perit lima tahun lagi jika buat undi rosak

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berpendapat undi rosak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanya akan memerangkap rakyat untuk terus dizalimi Umno-BN bagi tempoh sepenggal lagi.
Tindakan itu, ujarnya, hanya merugikan dan gagal mengubah nasib rakyat ketika Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sendiri mengingatkan pengundi agar memilih parti yang kurang membawa mudarat.
“Kalau tidak keluar mengundi atau keluar buat undi rosak, yang menang Najib. Yang kita marah selama ini harga barang naik, tapi datang pilihan raya buat undi rosak. Maka, yang menang nanti, Najib dan Umno-BN.
“Kehidupan yang perit akan kita tanggung untuk tempoh lima tahun lagi. Takkkan rakyat nak biar kehidupan sebegini. Sebab itu tiada pilihan lain melainkan undi Pakatan Harapan, tolak Umno-BN,” tegasnya.
Beliau berkata, reaksi mahu membuat undi rosak ekoran tidak dapat menerima pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan mendapat mandat perlu membezakan darjah mudarat antara blok pembangkang itu dengan pemimpin Umno-BN.
“Memang kita tidak boleh memaksa rakyat untuk menerima Tun Mahathir tetapi siapa mudarat paling besar antara Tun Mahathir dan Najib?
“Tun Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun yang banyak membangunkan negara dan beri sumbangan kepada semua rakyat.
“Hari ini (Tun Mahathir) keluar (Umno) tubuh parti baru (Bersatu), ajak orang Umno duduk dengan dia untuk bersama Pakatan Harapan,” katanya pada Ceramah Umum Pakatan Harapan di Desa Inn, Kuala Pilah kelmarin.
Sehubungan itu, peguam berkenaan menegaskan tujuan Pakatan Harapan tiada lain untuk menjatuhkan Umno-BN seterusnya membentuk kerajaan baru di Putrajaya.
“Itu logik yang paling mudah. Umur 92 tahun, Tun masih semangat berjuang untuk rakyat. Takkan kita yang lebih muda tak mahu bersama Tun?
“Kalau kita tidak mahu terima Tun sekalipun, kita tidak boleh menghalang Tun untuk berjuang demi rakyat?
“Tiba-tiba nak kata Tun dulu pun tak betul nak lawan Najib? Apa hak kita halang? Perjuangan menentang kezaliman dan membela rakyat adalah hak milik semua rakyat Malaysia bukan milik mana-mana individu,” ujarnya.
Faiz turut mengingatkan perintah Allah tentang larangan cenderung kepada kezaliman walau sekelumit sokongan di hati sekalipun melainkan akibatnya ditempatkan di neraka.
Malaysia Dateline
Read More

Tuesday 30 January 2018

[Video Mereka DISESATKAN OLEH PEMIMPIN & PEMBESAR mereka] Najib-'Sistem dah telus, tak ada peluang tipu undi'! Woi Najib KENAPA TIDAK DIBENARKAN SAJA KEHADIRAN PEMANTAU ANTARABANGSA?

Rabu, 31 Januari 2018

Image result for Gambar Najib

'Sistem dah telus, tak ada peluang tipu undi'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pengundian telah ditambah baik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak memungkinkan akan berlaku penipuan.
Katanya, sistem itu kini lebih telus berbanding zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terdahulu, Najib diminta mengulas mengenai pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) diketuai Dr Mahathir bersama 16 duta negara Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini di ibu negara.
Pertemuan itu bagi meminta EU memantau pilihan raya di negara ini.
malaysiakini.

JIKA TELUS DAN TIADA PELUANG NAK MENIPU DALAM PILIHANRAYA, KENAPA TIDAK DIBENARKAN SAJA KEHADIRAN PEMANTAU ANTARABANGSA?

Kata Najib Razak, sistem pengundian dalam pilihanraya negara ini telah ditambah baik menjadi lebih telus dan tidak memungkinkan akan berlaku penipuan.

Katanya, sistem pengundian yang ada sekarang juga jauh lebih baik berbanding ketika zaman Tun Mahathir Mohamad dahulu.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan tindakan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan mengadu kepada diplomat Kesatuan Eropah serta menuntut kehadiran pemantau antarabangsa dalam PRU 14 akan datang sebagai tindakan tersepit dan cubaan untuk mendapatkan bantuan kuasa asing.
Soalnya, adakah sistem pilihanraya kita benar-benar telus dan tidak berlaku penipuan?

Kiranya Najib 100 peratus yakin mengenainya dan tiada apa yang mahu diselindungkannya, beliau tidak sepatutnya terus berdalih dan memberi banyak alasan mengenai kehadiran pemantau antarabangsa untuk menyaksikan bagaimana pilihanraya kita diadakan.

Beliau seharusnya membenarkan dengan senang hati, bukan saja kehadiran pemantau antarabangsa, malah sesiapa saja untuk hadir memantau perjalanan PRU 14 akan datang diadakan.

Hanya dengan berbuat demikian saja Najib dapat membuktikan kepada dunia bahawa pilihanraya negara kita betul-betul berjalan dengan baik dan tiada unsur-unsur meragukan seperti penggunaan jentera kerajaan, pembelian undi, amalan "cash is king" dan sebagainya.
Tetapi, mengapa dalam mengatakan pilihanraya kita telus dan tidak mungkin berlaku penipuan, Najib masih tiada keberanian membenarkan kehadiran pemantau antarabangsa?

Mengapa masih mengatakan kehadiran pemantau antarabangsa sebagai cubaan menjemput bantuan kuasa asing?

Apa yang ditakuti dan dibimbanginya?

Semua perbuatan mesti dibuktikan dengan tindakan. Cakap saja tidak berguna. Seperti beliau mengaku wang RM2,600 juta yang masuk ke akuan peribadinya adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi, ia mesti dibuktikan dengan Najib wajib menunjukkan slip transaksinya.

Begitu juga dengan ketelusan dan tidak mungkin wujud penipuan dalam pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR. Najib mesti membuktikan kepada dunia mengenai kesahihan kata-katanya itu dengan tidak ragu-ragu menjemput kehadiran pemantau antarabangsa menyaksikannya sendiri.

Beranikah Najib? (ShahbudinHusin 31/01/2018)

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena