Friday, 26 January 2018

[Video 'Rosak...rosak...rosak'-Usop Wilcha & Siti Hasmah jawab 12 soalan polis] Duta EU akan pastikan pilihan raya bebas dan adil.

Sabtu, 27 Januari 2018


Duta EU akan pastikan pilihan raya bebas dan adil, kata Mohamad

Duta EU akan pastikan pilihan raya bebas dan adil, kata Mohamad Sabu

Timbalan Presiden Pakatan Harapan Mohamad Sabu yang menyertai delegasi Pakatan Harapan bertemu sekumpulan Diplomat Kesatuan Eropah semalam,berkata, antara butiran dibincangkan kedua pihak mengenai peri pentingnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dijalan secara bebas dan adil.
“Mereka tidak boleh campur tangan secara langsung dalam pilihan raya Malaysia.
“Akan tetapi mereka boleh tekan Najib untuk pastikan pilihan raya bebas dan adil, itu sahaja yang kita minta,” kata Mohamad yang juga Presiden Amanah kepada The Malaysian Insight seperti dilaporkan hari ini.
Mohamad berkata, PH juga menggesa negara-negara Eropah memohon kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menghantar pemantau pilihan raya antarabangsa.
“Sekiranya pilihan raya di Malaysia bebas dan adil, tiada sebab untuk halang kedatangan pemantau antarabangsa,” katanya.
Semalam Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan sekumpulan diplomat Kesatuan Eropah (EU) delegasi di kediaman Duta EU ke Malaysia Maria Castillo Fernandes.
Delegasi pimpinan Pakatan Harapan itu turut disambut oleh 14 Duta dan tiga Charge de Affairs negara-negara EU.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pertemuan itu turut diisi dengan sesi dialog yang berjalan dengan begitu baik dan lancar.
“Kami bertukar-tukar pandangan. Mereka bertanya juga tentang PH,” katanya.

Menurut Mohamad, daripada pengalamannya bersama pembangkang sebelum ini belum pernah pertemuan seumpama ini berlaku menjelang pilihan raya.
“Kebiasaannya, duta negara Eropah bertemu dengan kita melalui parti masing-masing.Biasanya hanya presiden dan setiausaha dijemput.
“Tetapi kali ini kami dijemput sebagai PH. Mungkin ini isyarat mereka nampak yang PRU14 kerajaan di Malaysia akan bertukar tangan,” katanya.
Memetik kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertingi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin, walaupun Dr Mahathir bukan lagi menjadi perdana menteri hanya sekadar calon perdana menteri namun sambutan terhadap kehadiran beliau suasananya tetap sama.
“Seperti dulu-dulu apabila berjumpa Dr Mahathir adalah peristiwa penting bagi para diplomat asing di Malaysia.
“Walaupun beliau bukan perdana menteri lagi, tetapi sekadar calon perdana menteri, namun suasananya tetap sama,” tulis bekas ketua pengarang New Straits Times itu di Facebooknya.

 Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena