Saturday 20 January 2018

[Video Pas & Hadi Hanya Nak Pecahkan Undi Pakatan Demi Menangkan Najib Umno "Kami boleh kenai gamat atau lintah!"] Mahathir diyakini bawa lonjakan pengundi Melayu.

Ahad, 21 Januari 2018

Image result for Gambar Umno Balun duit rakyat
Skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: VVIP UMNO-BN terlibat?

Mahathir diyakini bawa lonjakan pengundi Melayu

Mahathir diyakini bawa lonjakan pengundi Melayu

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad berkata, pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri akan membantu meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan

Menurutnya, pemilihan Tun Mahathir disepakati keempat-empat parti komponen Pakatan Harapan selepas melalui beberapa siri perbincangan dan kajian daripada pelbagai aspek.

“Yang penting, kita mahu dapatkan orang yang mampu melakukan tugas untuk mendapatkan undi khususnya daripada masyarakat Melayu untuk menewaskan Umno-BN.
“Dalam perbincangan, kita bersetuju tiada yang mampu mendatangkan lonjakan undi Melayu selain Tun Mahathir. Ini satu fakta.
“Apabila kita bincang dan kita kaji pelbagai sudut, undi selama ini hasil kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita InsyaAllah akan kekalkan dan tambah dengan lonjakan yang dibawa Tun Mahathir.
“Kita yakin ianya membantu kita mencapai kemenangan,” ujarnya pada sidang media sempena pelancaran Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan Marang di Kampung Padang Lebam, Marang kelmarin.
Mengulas cemuhan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak terhadap pemilihan Tun Mahathir itu, Khalid berkata, rakyat secara umumnya akan semakin celik membuat penilaian.
“Bila dia (Najib) mengeji dan mencela Tun Mahathir, rakyat jelata pun akan bertanya, dulu pun awak yang memuji dia.
“Bila dia (Najib) mengkritik, orang Umno yang veteran pun akan naik meluat. Lagi banyak dia cela, dia akan lagi membantu buka minda rakyat,” ujarnya dalam sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin.
Sementara itu, Raja Kamarul yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berpendapat rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini menilai pemimpin berpandukan prestasi.
“Rakyat hari ini ingin menilai prestasi bukan sekadar jenama. Rakyat yang bijak akan membuat penilaian,” ujarnya.
Untuk rekod, keempat-empat komponen Pakatan Harapan Marang menubuhkan satu jawatankuasa di peringkat Parlimen dengan segala aktiviti PRU-14 berpusat sekali gus tiada lagi bilik gerakan atas nama parti seperti amalan sebelum ini.
P37 Marang mempunyai kira-kira 107,000 pengundi dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan masing-masing terdapat 23,000 hingga 25,000 pengundi.
Pada masa ini, Marang yang mengandungi 45 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilihat sebagai kubu Pas yang disandang presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), individu yang dikenali dengan Amanat Haji Hadi itu memperoleh majoriti 5,124 undi berbanding 2,747 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena