Wednesday, 24 January 2018

[Video Sesiapa Ingin Boikot PRU14 Akan Benarkan Najib Umno Terus Curi Duit Sesuka Hati] MIC tolak calon MIC di Hutan Melintang! Har har har & Guan Eng umum elaun RM4.11 juta untuk 1,157 pegawai masjid.

Rabu, 24 Januari 2018

Foto Otai BERSIH.
Sementara itu di Hutan Melintang.. tindakan Ramesh Rao yang mencalonkan diri sendiri sebagai calon BN disana, dibantah oleh kepimpinan MIC... har har har

Guan Eng umum elaun RM4.11 juta untuk 1,157 pegawai masjid


GEORGE TOWN, 24 JAN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian elaun bulanan kepada 1,157 pegawai masjid bermula bulan ini sehingga Jun tahun ini.
Insentif yang dianggarkan berjumlah hampir RM4.11 juta itu menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng bakal memberi manfaat kepada 406 imam, 365 bilal dan 386 siak.
“70 peruntukan bagi membayar elaun pegawai-pegawai masjid ditanggung oleh Kerajaan Negeri, manakala 30 peratus lagi ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),” katanya kepada pemberita di Komtar.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, masing-masing imam, bilal dan siak akan menerima elaun sebanyak RM850, RM324 dan RM360 sebulan.
Beliau tidak menolak kemungkinan pemberian itu akan dipolitikkan pihak pembangkang di negeri itu yang sering memainkan sentimen perkauman sempit.
“Apabila Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan hal ehwal pembangunan Islam sebanyak 84 peratus, kita diserang sebagai ‘anti Cina’, ‘angkat undi Cina tapi bantu orang Melayu’.
“Permainan perkauman ini tidak harus diteruskan, Kerajaan Negeri perlu bantu semua orang tanpa mengira apa fahaman pun, latar belakang bangsa atau agama,” tegasnya.
Pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) di Pulau Pinang sering ditohmah bersifat perkauman hanya kerana menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Untuk rekod, peruntukan hal ehwal Islam dari tahun 2008 sehingga kini dianggarkan sebanyak RM457.05 juta, meningkat 84 peratus berbanding tempoh sama pemerintahan UMNO-BN.
Ekoran itu, pentadbiran HARAPAN yang diterajui DAP di negeri itu sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti anti Cina dan anti Melayu.
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng dilaporkan media pada 7 Februari tahun lepas berkata: “Kerajaan DAP masa memerintah Pulau Pinang, masa pilihan raya ambil undi Cina, tapi hanya jaga orang Melayu, yang rugi adalah orang Cina”.
Manakala, Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 19 Disember tahun lepas antara lain menyatakan: “Kita takut apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini, pembelaan terhadap orang Melayu dan Bumiputera akan terhakis jika mereka memerintah lagi”. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena