Monday 22 January 2018

[Video KELUAR PAS JADI KAPIR? Saya tak kata keluar PAS kafir & Ust Norazli Musa-Kamu sokong Umno 'Barang Naik' dan GST kena jugak!] Kuasa penentu: Ahli, pengundi Pas ditipu.

Isnin, 22 Januari 2018



Image result for Gambar keluar Pas jadi kafir

Image result for Gambar keluar Pas jadi kafir

Kuasa penentu: Ahli, pengundi Pas ditipu

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ahli dan pengundi parti bertemakan warna hijau itu sebenarnya ditipu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.
Menurutnya, dakwaan pimpinan Pas kononnya parti tersebut menjadi kuasa penentu atau ‘king maker’ selepas PRU-14 merupakan pembohongan yang wajar disedari pengundi dan penyokong Pas.
“Bila Pas menyasarkan 40 kerusi (Parlimen untuk dimenangi) dan mahu menjadi kuasa penentu atau king maker selepas pilihan raya, bagi saya inilah satu pembohongan awal kepada ahli-ahli Pas dan mereka yang pernah dan bakal mengundi Pas.
“Ini satu pembohongan yang harus disedari oleh ahli-ahli dan pengundi Pas sebab pilihan raya akan datang, Pas mengajak pengundi dan penyokong melawan Pakatan Harapan dan BN hingga bertembung dalam tiga penjuru.

Datuk Mahfuz Omar
“Sentimen yang dibina dalam kalangan ahli Pas khususnya, dalam PRU ‘kita lawan Umno’ tetapi selepas PRU, bersedia untuk berunding dengan Umno-BN,” tegasnya dalam program bual bicara “Realiti PRU-14: King Maker atau Oportunis” di Oren TV malam tadi.
Ahli Parlimen Pokok Sena berkenaan berpendapat adalah lebih baik Pas berunding dengan Pakatan Harapan sebelum berlangsungnya PRU memandangkan Presiden Pas pernah menyebut kemungkinan bersedia untuk berbuat demikian.
“Bagi saya, berunding dengan Pakatan Harapan itu lebih memudahkan rakyat membuat persiapan awal daripada menunggu selepas PRU yang boleh menganggu gugat proses pembentukan kerajaan.
“Tapi tak mungkin Pas akan berunding bersama Pakatan Harapan kerana kalau itu berlaku, Pas menjilat ludahnya kembali kerana menolak parti-parti dalam Pakatan Harapan. (Pas) memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR atas alasan menentang agenda Islam yang dibawa oleh Pas.
“(Pas) menolak PPBM kerana menganggap PPBM parti penyangak dan menolak AMANAH kerana dianggap sebagai parti pengkhianat,” ujarnya dalam program yang dimoderatorkan Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani.
Untuk rekod, Mahfuz keluar dari Pas menjelang 1 Januari lalu selepas lebih 34 tahun bergiat dalam Pas dengan turut pernah menyandang jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah (2013 – 2015).
Mengulas lanjut, beliau menganggap pilihan Pas untuk rundingan berkaitan agihan kerusi hanya dengan Umno-BN tambahan ramai pimpinan Pas sebelum ini mengeluarkan kenyataan bernada positif berkaitan rejim tersebut.
“Sudah tentu pilihan Pas adalah Umno-BN. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pas termasuk Presiden Pas yang lebih selesa untuk bawa Islam di zaman Najib menjadi PM.
“Amar, Timbalan Menteri Besar (Kelantan) pula menyebut di bawah pentadbiran Najib banyak pembangunan dibawa ke Kelantan dan banyak lagi kenyataan yang menunjukkan keselesaan dan kemesraan mereka (pimpinan Pas) bersama Umno-BN.
“Pengundi Pas dibohongi. Kalau ahli Pas masih mengundi (Pas) sebenarnya ditipu di siang hari dengan menjadikan Umno dan Pakatan Harapan sebagai ‘punching bag’ tapi hakikatnya akan berunding (dengan BN) bagi membentuk kerajaan.
“Bagi saya, ini tidak wajar semata-mata kepentingan politik,” tambahnya lagi yang dikenali sebagai Ahli Parlimen yang lantang dalam berhujah di sidang Dewan Rakyat.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena