Friday, 26 January 2018

[Video Terkini! Polis ambil kenyataan Tun Siti (Negarawati berumur 91 tahun) mengenai Purple Walk 3 setengah bulan lalu] Serangan terhadap Siti Hasmah akan jejaskan BN.

Sabtu, 27 Januari 2018



Serangan terhadap Siti Hasmah akan jejaskan BN, kata pengguna media sosial

Serangan terhadap Siti Hasmah akan jejaskan BN, kata pengguna media sosial
Pengguna Internet kesal mempersoalkan tindakan pihak polis menyoal Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang disifatkan tidak sepatutnya dilakukan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2018.

RAKYAT Malaysia di Facebook dan Twitter melahirkan kekesalan dengan tindakan polis menyoal Dr Siti Hasmah Mohd Ali berhubung ucapannya semasa "Himpunan Ungu" pada 10 September tahun lepas.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan ahli G25, Noor Farida Ariffin, yang menyaksikan wanita bersatu menentang situasi semasa politik Malaysia, yang digambarkan sebagai "toksik".
Siti Hasmah disoal selama lebih kurang sejam di pejabat suaminya Dr Mahathir Mohamad di Yayasan al-Bukhary pagi ini oleh dua anggota polis dari ibu pejabat polis persekutuan.
Ramai pengguna media sosial melihat soal siasat itu sebagai "gangguan", "buli", dan tindakan "terdesak".
Di Twitter, peguam hak asasi manusia Eric Paulsen (@ EricPaulsen101) berkata tindakan itu bermotifkan politik.
This is absurd. Clearly politically motivated. Out to harass. https://twitter.com/msianinsight/status/956716615625719808 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena