Sunday 21 January 2018

[Video Jelajah Warisan Shafie Apdal, Sabah dalam genggaman kamu] Shafie Afdal kembali dengan semangat dan dendam.

Isnin, 22 Januari 2018

Related image

Shafie kembali dengan semangat dan dendam

Shafie kembali dengan semangat dan dendam
Presiden Warisan Shafie Apdal berucap pada program jelajah "Bicara Pemimpin" di Labuan, baru ini. Parti itu dalam jejak kempennya turut mendapat sokongan di kawasan kubu kuat BN. – Gambar The Malaysian Insight, 22 Januari, 2018.

BADAN Shafie Apdal masih terasa sakit akibat berbaring di lantai sejuk dalam bilik berhawa dingin di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di mana beliau ditahan hampir seminggu, tiga bulan lalu.
Egonya nyata tercalar kerana beliau seorang bekas menteri. Penahanannya itu mencetuskan kekecohan sehingga tekanan darahnya naik dan menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital.
Tetapi itu semua tidak menjadikan Shafie yang kini menerajui Parti Warisan Sabah menembusi kubu Barisan Nasional (BN) menawan sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), seorang yang tewas.
Shafie dan Warisan memulakan jejak kempen di Sabah dengan rasa berkobar-kobar membalas dendam, menarik orang ramai menyertai programnya di Kota Belud, Tuaran, Labuan dan Kimanis menerusi jelajah "Bicara Pemimpin".
“Khalayak semakin besar. Ini petanda baik,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Jelajah Warisan bermula di Kota Belud pada 13 Januari dan berakhir semalam di Kimanis. Dianggarkan sekurang-kurangnya 2,000 penyokong hadir pada setiap ceramah yang diadakan. 
Tetapi ahli Parlimen Semporna itu tidak mengambil mudah. Di sudut hatinya, beliau merasakan akan dicekup lagi oleh agensi cegah rasuah itu.
“Kalau saya ditahan oleh SPRM, saya akan pastikan apa yang parti rancang akan dilaksanakan.
“Saya ada timbalan Darell Leiking untuk meneruskannya, jika apa-apa berlaku pada saya. Dia berkebolehan orangnya.
“Saya sudah rancang semua dan bersedia untuk apa saja,” katanya.
Shafie berkata beliau sanggup mati demi memperjuangkan hak negeri itu dan melihat kejatuhan rejim BN.
Bagaimanapun, beliau enggan mengungkit tentang penahannya pada Oktober lalu.
Presiden Warisan Shafie Apdal melambai kepada penyokongnya ketika dibawa ke mahkamah di Kota Kinabalu pada Oktober tahun lalu susulan dakwaan kes rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Januari, 2018.
Presiden Warisan Shafie Apdal melambai kepada penyokongnya ketika dibawa ke mahkamah di Kota Kinabalu pada Oktober tahun lalu susulan dakwaan kes rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Januari, 2018.
Shafie ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes dakwaan penyelewengan sebanyak RM1.5 bilion dana persekutuan untuk pembangunan Sabah.
Turut ditahan ialah Naib Presiden Warisan Peter Anthony, ketua Pemuda Warisan Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tawau Ariffin Kassim, seorang pegawai kanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, seorang ahli perniagaan berusia 54 tahun, dua adik lelaki Shafie termasuk menantu lelaki adiknya, Manzur Hussein Awal Khan.
“Badan saya masih sakit dan ia mungkin kerana saya dipaksa tidur atas lantai dengan penyaman udara dihidupkan,” katanya.
Tetapi katanya, beliau gembira dengan sokongan diberikan kepada Warisan menerusi jelajah "Bicara Pemimpin", walaupun di kawasan kubu kuat Umno.
Shafie berkata di hadapan kira-kira 2,000 penyokong di Kimanis semalam berkata cara untuk menewaskan rejim BN di Sabah ialah dengan bekerjasama bersama Pakatan Harapan (PH).
“Warisan tidak boleh buat seorang. Kita juga perlukan sokongan PH untuk menang PRU14 di Sabah,” katanya.
Shafie berkata bukan saja beliau akan membentuk kerajaan campuran dengan PH, beliau juga akan memastikan ahli Warisan turut mempunyai wakil di Parlimen.
Sesetengah penyokong di program semalam percaya bahawa penahanan Shafie hanyalah permainan politik.
Limsan S, 56, Mempersoalkan kenapa Shafie tidak ditahan ketika beliau masih dalam Kabinet, jika benar-benar beliau bersalah.
“Mereka patut tahan ketika beliau menteri persekutuan dan naib presiden Umno.
“Sesiapa pun akan tahu ada agenda di sebalik penahanannya,” katanya.
Limsan berkata beliau masih akan terus menyokong Warisan, meskipun jika Shafie bukan lagi presidennya.
“Itu saja parti yang cuba menyatukan semua rakyat Sabah. Itu sebabnya Warisan parti untuk Sabah.”
Ceramah semalam di Kimanis yang terakhir bagi jelajah itu.
Seperti semua empat lokasi dalam jelajah Warisan, Kimanis juga kubu kuat BN, di mana ahli Parlimennya ialah menteri Umno, Anifah Aman. – 22 Januari, 2018.
The Malaysian Insight.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena