Monday, 17 June 2019

Yang Terakhir.. Sehingga Bertemu Kembali...

Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini.

Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penulis bagi laman ini iaitu Bustam Bin Juki, telahpun kembali menemui Sang Pencipta pada jam 11.30 malam, 15 Jun 2019 di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh akibat jangkitan kuman.

Jasadnya telah selamat dikembumikan di tanah perkuburan Meru Raya kira - kira jam 9.00 pagi, 16 Jun 2019.

Bagi yang terhibur dengan setiap post dalam laman ini, saya mengucapkan terima kasih atas kesetiaan dan kerelaan anda.

Saya, anak kepada penulis iningin memohon para pembaca untuk mendoakan kesejahteraan penulis di alam yang baru bersama Sang Pencipta. Mudah - mudahan beliau ditempatkan di kalangan yang soleh dan sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya..

Sekian..

14 comments:

Unknown said...

Al Fatihah. Semoga roh almarhum ditempatkn bersama golongan2 yg diredhai & dikasihi Allah.

Sy sgt2 kehilangan tulisan2 almarhum. Setiap hari sy tunggu karya2 almarhum. Tanpa m'baca tulisan2 almarhum sy rasa spt ada "sesuatu yg hilang"

Maswardi said...

Al fatihah

Seniwoman said...

Innalillahi wainna ilaihi roji'un
Al Fatihah
Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman, serta diampunkan segala dosa.

Setiap hari membuka dan membaca postingnya yang penuh bermaklumat, kini merupakan kehilangan sumber maklumat garapan arwah.

Lone ranger pomen said...

Alfatihah. Terima kasih kerana bersama ph memperjuangkan nasib rakyat... Semuga ditempat kan bersama org Yg beriman... Amin.

Unknown said...

Innalillahi wa'inna ilaihi rajiun. Al-fatihah...

mahligaiseni said...

Didoakan roh arwah ditempatkan oleh Allah SWT bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal saleh. Kepada anakanda Allahyarham, boleh saya tahu berapa usia Allahyarham pada hari kematiannya? Terima kasih.

Farisham said...

Innalillahi wa'inna ilaihi rajiun. Al-fatihah. Ya Allah Ya Rob, tempatkan lah saudara ku Bustam Bin Juki disisi mu, kau curahkan rahmat dan kasih sayang mu kepada arwah dan di akhirat kelak, engkau kurniakan jannah kepadanya. Amin Ya Robbalamin

Unknown said...

Sy sgt2 bharap ada penganti / waris yg meneruskn kerja2 Almarhum BRIGED KIBARAN BENDERA

Unknown said...

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh org yg beriman...

Alif said...

Innalillahi Wainna Ilahiraaji'un ..

sejak 2 hari saya menunggu untuk membaca blog ini rupanya jwpnnya telah terjawab.. semoga roh arwah diberi kerahmatan oleh Allah ..sy antara peminat setia blog ini sejak 1 tahun lepas.. setiap hari tidak pernah ketinggalan untuk melawat blog ini..

satu kerinduan kepada tulisan2 arwah ..

نور said...

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

shamanov said...

Innalillahi wa'inna ilaihi rajiun. Al-fatihah. Ya Allah , tempatkanlah saudara ini disisi mu, kau curahkan rahmat dan kasih sayang mu kepada arwah dan di akhirat kelak, engkau kurniakan jannah kepadanya. Amin Ya Robbalamin.

Selepas blog Rakyat Marhaen ditutup, disinilah tempat merujuk. Namun apakan daya, semoga ada pengganti. Blog yang updated/lantang dan penuh aura.....

Ali said...

Eloklah mapoh awal dari jadi talibarut kuminih.

hanky panky said...

al fatihah buat al marhum ..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena