Friday 31 May 2019

[Video NGO lapor polis terhadap Pengerusi Ummah] Ajak org bukan Islam berbuka di masjid x boleh, mengapa kat DUBAI BOLEH? Sebab kat sana tak dak lebai2 yg sanggup pi bakaq kereta? Alahaii, kena kunci tayar syari’e pulak, dah dekat raya ni!

Jumaat, 31 Mei 2019
KiniTV
Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) membuat laporan polis terhadap Pengerusi Ummah Aminuddin Yahya kerana dakwaan fitnah dan hasutan berhubung desakan peletakan jawatan peguam negara dalam isu kes Allahyarham Muhammad Adib.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, meja, teks dan makanan
PH anjur berbuka puasa bersama berbilang kaum memupuk keharmonian masyarakat. Teladan terbaik!
Dubai..
Johor Bahru

Ajak org bukan Islam berbuka di Masjid x boleh, so umat Islam boleh jer buat iftar Ramadhan di tokong2 Buddha, kuil2 Hindu dan gereja2 Kristian... Barulah org bukan Islam tertarik dgn Islam?

Ada yg habaq, kalau kat Dubai boleh kenapa kat sini tak boleh.. tu laa, jgn bandingkan kat sana dgn kat sini.. kat sana tak dak lebai yg dok penunggang agama dan kaki hasut.. kat sana tak dak yg sanggup pi bakaq kereta semata2 tak setuju dgn parti ana... 

Pasai tu islam tak berkembang kpd non muslim....cuba kita tengok agama kristian..mereka berkembang di kalangan bangsa cina dan india....dan perhatikan pula Ustaz2 kita hanya gagah bertazkirah berdakwah kpd orang melayu yg dah islam sahaja...  

Tengok kat New Zealand tu mcm mana org2 bukan islam duk masjid ramai tengok org2 islam sembahyang kalau kat Malaysia mcm agaknye hehe tak tau la mcm mana lebai2 ni akan melompat2 membuat fitnah...

Tp kita ni nk imarahkan masjid. Nk ajak org bukan islam dkt dgn islam.. dekat dgn masjid...

Ketua Agama Islam Malaysia kata apa, apa garis panduan , Mufti perlu memfatwakan kerana tahun depan akan berlaku lagi - f/bk
TS.
Adoiii kena kunci tayar syari’e 
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, kereta, langit, pokok dan luaran
Musim perayaan. Orang ramai keluar membeli belah. Parking tak cukup. Jawabnya kena kunci tayar syari’e lah di negeri ulama parti ana mentadbir. Lain kali kalau parking tak cukup sila parking di rumah masing-masing dan jalan kaki ke bandar. Ulama parti ana amat tegas dalam melaksana undang-undang selagi mana dapat kutip denda..
Read More

[Video Makcik bawang..Siap letak RESIT kt gelang tu yg xle bla tu hahaha!] 'Repost, kongsi atau sebar tabur fitnah'? Sampai bila nak biar 'DEEP STATE' BERMAHARAJALELA DALAM SKMM?

Jumaat, 31 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
'Repost, kongsi atau sebar tabur fitnah'.. itu BUKAN FITNAH! Asalkan bukan tulisan asal, sendiri..
Suara Rakyat
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
PUAK LEBAI DEDAK DENGAN FITNAH BERPISAH TIADA!
“Kalaupun surat itu palsu, kita ambil iktibar dari keseluruhan cerita kerana ia dibuat berdasarkan luahan yang sering didengari.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks
Tiada penerangan foto disediakan.
SAMPAI BILA NAK BIAR "DEEP STATE" BERMAHARAJALELA DALAM SKMM?
Saya adalah veteran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Namun saya bersyukur kerana dapat bekerja di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), mencari rezeki di sini, dan dapat menyumbang dalam membangun prasarana telekomunikasi dan multimedia negara.
Namun, apa yang sedang berlaku di SKMM sehingga sekarang ini membuatkan saya fed-up, muak dan tidak boleh lagi menutup mulut dan memekakkan telinga. Saya kena meluahkan SEBELUM TERLAMBAT.
Apabila Pakatan Harapan (PH) mencipta sejarah pada 9 Mei 2018, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 61 tahun, saya nampak cahaya pengharapan untuk satu perubahan besar. Sebagai rakyat Malaysia yang sudah muak dengan perangai pemimpin-pemimpin BN yang makin berlagak tuhan (play god), merompak duit rakyat berbillion ringgit, rasuah berleluasa dan menjadikan Malaysia mahsyur sebagai negara kleptokrasi, saya meletak kepercayaan yang tinggi agar PH melakukan sesuatu untuk pulih segera kerosakan yang telah berlaku.
Apabila kepimpinan baru PH mengambil tindakan segera menggugurkan Pengerusi, Datuk Dr Mazlan Ismail dan Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang merupakan talibarut UMNO, saya mengucapkan syabas kerana mereka inilah yang telah menjadikan SKMM sebagai kuda tunggangan UMNO untuk mengejar, mengugut dan menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang ketika itu atas alasan menghasut, memfitnah dan membawa huru hara apabila pemimpin pembangkang ketika itu mendedahkan segala kejahatan dan korupsi yang berlaku.
Setelah hampir setahun SKMM di bawah Menteri baru, YB Gobind Singh Deo, rupa-rupanya rumah belum siap, tetapi pahat terus berbunyi semakin kuat. Dalam kerajaan baharu masih bertatih mahu belajar dan membuat perubahan sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PH, KKMM baru di bawah YB Gobind Singh Deo tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari kakitangan dan agensi-agensi dibawahnya. Pahat yang berbunyi kuat itu rupa-rupanya membantu bekas Perdana Menteri Najib Razak mencipta jenama baru "Malu Apa Bossku" dengan diam-diam dibelakang tabir. Ramai kakitangan di bawah agensi-agensi KKMM seperti RTM, FINAS, BERNAMA, Jabatan Penerangan (JAPEN) dan SKMM masih tidak mahu bekerjasama dengan "Government of the day", tetapi membantu pembangkang kerajaan pula.
Maka, terpaksalah YB Menteri mengambil tindakan tegas dengan menukar pegawai-pegawai atasan dengan serta merta pada 9 Oktober 2018. Timbalan Ketua Setiausaha KKMM, Shakib Ahmad Shakir dilantik sebagai pemangku ketua pengarah menggantikan Datuk Fauzi Ayob. Turut terbabit adalah jawatan Timbalan Ketua Pengarah FINAS yang kini dipangku Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin bagi menggantikan Datuk Azmir Saifudin Mutalib.
Dengan kegilaan pembangkang kerajaan mencipta dan menular berita-berita palsu dan maklumat-maklumat fitnah dan meragukan, rakyat kian menjadi bingung dalam menilai berita, auta dan fakta. Maka di sinilah tanggung jawab SKMM yang diharapkan memainkan peranan dalam melaksanakan tugasan mengawasi kandungan media sosial dan internet agar rakyat Malaysia menggunakan teknologi dan media digital dengan penuh bertanggung jawab.
Dengan prioriti kerajaan mahu meminimakan penularan berita-berita palsu dan maklumat-maklumat fitnah, sepatutnya lah SKMM memperhebatkan siasatan, menjejaki penyebar berita palsu dan pemfitnah dan penangkapan dan pendakwaan ke atas jenayah ini. NAMUN, INI TIDAK BERLAKU DENGAN AGRESIF. Maka, makin pesatlah jenayah penyebaran berita palsu dan fitnah sekarang ini!!
SKMM adalah agensi kerajaan yang memiliki peralatan dan perkakasan teknologi canggih yang boleh menjejaki penjenayah maya dalam dunia siber. Malah, kakitangannya yang saya kenal adalah dilatih khas dan mempunyai pengalaman luas dalam penggunaan teknologi canggih ini.
Malang seribu kali malang, teknologi, kepakaran dan pengalaman yang ada bukan sahaja tidak dimanfaatkan sepenuhnya, pergolakan politik dalaman SKMM antara kumpulan "Black Panther & Trio Ladies" dan mereka yang tidak seiring dengan mereka, akan makin melemahkan SKMM. "Keganasan" "Black Panther & Trio Ladies", yang makin berpengaruh mengabui mata YB Menteri dan pegawai-pegawai kanan beliau, termasuk Pengerusi SKMM yang begitu lemah dan "naive" untuk memahami dan menyiasat politik dalaman SKMM, telah menzalimi kakitangan yang komited, dedikasi dan bersungguh-sungguh mahu memperkasakan SKMM.
Antara yang telah menjadi mangsa ialah Andrian, Nor Hisham.....Manakala dalam radar mereka untuk disingkirkan ialah Sulyna, Dato Ali.....dan ramai lagi yang bakal menyusul..
Kegasanan "Black Panther & Trio Ladies" terkini ialah mahu menyingkir keluar satu-satunya Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang diiktiraf sebagai pakar kes siber dan cemerlang dalam kerja-kerja beliau, yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara. Malah, "Black Panther & Trio Ladies" ini dibantu oleh pegawai atasan SKMM berpangkat Datin dan direstui oleh Pengerusi SKMM, dan mereka telah bersekongkol melakukan penyingkiran-penyingkiran beberapa pegawai, dengan memberi tekanan-tekanan kerja, sehingga mereka meletak jawatan. Cubaan penyingkiran ke atas Timbalan Pendakwa Raya ini telah sampai ke pengetahuan Jabatan Peguam Negara dan ini telah menimbulkan kemarahan Jabatan Peguam Negara yang mahu menarik kakitangan beliau dengan serta merta!! Tahniah "Black Panther & Trio Ladies" kerana berjaya melumpuhkan operasi siasatan SKMM dan memutus hubungan akrab selama ini dengan Jabatan Peguam Negara.
Rupa-rupanya "Deep State" dalam SKMM masih mekar dan hidup, menzalimi kakitangannya, dan memberi impak negatif kepada usaha baik kerajaan yang mahu membanteras penyebaran berita-berita palsu dan fitnah. "Deep State" di KKMM akan memburukkan lagi nama baik dan niat ikhlas YB menteri dan pegawai-pegawai kanan beliau untuk membuat perubahan negara!
YB Menteri perlu melakukan sesuatu dengan segera di SKMM agar usaha-usaha membanteras penyebar berita-berita dan maklumat palsu dan fitnah dapat diteruskan. Jika tidak, maka PH akan menjadi kerajaan sepenggal oleh kerana kegagalan diri sendiri untuk merobah dan berobah dengan pantas.
Saya menulis kerana saya sayangkan SKMM, sayang negara Malaysia ini.
Pekerja Veteran SKMM
29 Mei 2019
Read More

[Video Samseng jalan raya dipenjara 12 bulan] Sesal dulu pendapatan..Sesal kemudian tiada guna, dah nak raya mamat oiii! Pulang beraya naik helikopter, sampah masih gagal diurus dengan baik. Air apatah lagi.

Jumaat, 31 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Sesal dulu pendapatan.. Sesal kemudian tiada guna....jadikan pengajaran kpd yg lain..!
Otai BERSIH
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Tiada penerangan foto disediakan.
Mereka² ini lah yg cari makan di luar Kelantan, nikmati segala kemudahan yg disediakan kerajaan negeri² lain tapi bila musim pilihanraya balik Kelantan undi PAS. Sampah masih gagal diurus dengan baik. Air apatah lagi. 
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Di Thailand ko..lagi dasat!
Read More

Tak serik2kah lebai2 PAS memfitnah? Penyatuan Ummah atau Penyatuan DUA PARTI? Jangan kelirukan orang ramai...! [Video BENARKAH SELAMA INI TOK MAT DALANG MAHU SINGKIRKAN ZAHID DAN NAJIB]

Jumaat, 31 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks
Bukankah lebaiPAS Razman ini pernah kalah saman fitnah RM200 ribu.
Kini tabur lagi fitnah di bulan puasa ? Tak serik2kah lebai2 PAS memfitnah?
HAKIKATNYA.. INILAH SIFAT TABI'I LEBAI PAS fitnah jadi halal dalam PAS..
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Otai BERSIH
Pas dah jadi parti berbohong dibolehkan..Ulamak..yang terkini, edar berita palsu pun dihalalkan..habis jahanammm..
Yang memfitnah dipanggil munafik dan yang tukang sebar fitnah dipanggil fasik..dulu si Razman ni kena saman fitnah..dah dapat title 
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, meme dan teks
Read More

Thursday 30 May 2019

Bosskau sembang lebat dalam FB tapi di mahkamah? Kastam - 265 kontena sisa plastik tersadai di P Pinang! Saya akan sentiasa ikut nasihat mufti negeri - Chris Lee [Video DAULAH TERPENDAM BERMAHARAJA LELA DALAM SKMM?]

Jumaat, 31 Mei 2019
Jom Channel
Menurut Pekerja Veteran SKMM itu, Black Panther and Trio Ladies mahu menyingkirkan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), seorang pakar kes siber yang cemerlang, yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara. "Malah, "Black Panther and Trio Ladies" ini dibantu oleh pegawai atasan SKMM berpangkat Datin dan direstui oleh Pengerusi SKMM, dan mereka telah bersekongkol melakukan penyingkiran beberapa pegawai, dengan memberi tekanan-tekanan kerja, sehingga mereka meletak jawatan.” "Antara yang telah menjadi mangsa ialah Andrian, Nor Hisham. Manakala dalam radar mereka untuk disingkirkan ialah Sulyna, Dato Ali dan ramai lagi yang bakal menyusul" dakwanya.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, meme dan teks
Sembang lebat dalam FB tapi di Mahkamah?

265 kontena sisa plastik tersadai di P Pinang - Kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang mendedahkan terdapat 265 kontena yang mengandungi sisa sampah plastik telah dibawa masuk ke negeri itu dan kini tersadai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sejak Januari lalu.
Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Saidi Ismail berkata, sebanyak 149 daripada kontena itu di ikrarkan sebagai barangan kitar semula manakala bakinya masih belum di ikrar dan tidak memiliki Lesen Import (AP).
"Pemeriksaan pihak kastam mendapati kebanyakan kontena itu mengandungi sisa sampah dan ia kebanyakkan dari negara maju seperti Hong Kong, Kanada, Belgium, Jerman serta Amerika Syarikat. Kami percaya ia di import sebagai bahan kitar semula,” katanya ketika di hubungi di Butterworth malam tadi.
Katanya, semua kontena itu tidak dituntut sehingga menyebabkan NBCT menjadi sesak malah pihak kastam terpaksa meminjam kawasan lapang lain untuk meletakkan kontena lain.
Beliau berkata berikutan kemasukan kontena itu, kerajaan kerugian lebih RM5 juta dalam tempoh hampir enam bulan tahun ini kerana terpaksa menyelenggara kontena tidak di tuntut itu dan menanggung caj tempat letak kontena.
Katanya, pihak Kastam tidak mahu Pulau Pinang menjadi tempat longgokan sampah sehingga kerajaan terpaksa membazirkan wang untuk membayar kos yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, siasatan mengikut dokumen senarai muatan kapal, mendapati terdapat 11 syarikat yang terlibat dalam aktiviti haram ini.
“Sebanyak 130 kontena telah dikenakan tindakan kompaun RM1,000 untuk setiap satu kontena manakala usaha untuk menyiasat kontena yang selebihnya masih dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Menurutnya, modus operandi mereka adalah mengisi kontena itu dengan barangan kitar semula di bahagian depan dan barangan sisa sampah plastik haram di bahagian belakang kontena.
"Kontena yang ikrarkan sebagai barangan kitar semula adalah hanya di bahagian hadapan dan bahagian belakang kontena adalah sisa sampah plastik untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata pihak kerajaan negeri masih menunggu arahan daripada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc) untuk mengambil langkah seterusnya.
"Kemungkinan kami akan menghantar balik kontena-kontena ke negara asal namun itu akan terpulangkan kepada cadangan dari Mestecc sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.
Selasa lepas, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, sebanyak 450 tan metrik sisa sampah dari 10 kontena akan dihantar semula dalam masa terdekat ke negara asal masing-masing.
Di samping itu, Yeo berkata, Kabinet pada 24 April lalu juga telah memberi mandat kepada kementeriannya untuk menubuhkan pasukan khas yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi bagi membolehkan siasatan terhadap kegiatan penyeludupan sisa plastik ke Malaysia.
- Bernama
Malysiakini.

Saya akan sentiasa ikut nasihat mufti negeri - Chris Lee

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus Chris Lee Chun Kit, yang terpalit kontroversi pengagihan bantuan zakat akhirnya membuka mulut.
Lee berkata beliau sebelum ini berdiam diri kerana tidak mahu memecahbelahkan rakyat Malaysia dalam isu itu.
“Orang sebegini mencari salah dari perbezaan kita, bukan hendak mempromosikan nilai-nilai bersama rakyat Malaysia yang menyatupadukan kita,” kata Lee kepada Malaysiakini.
“Saya juga menyerahkan tafsiran yang betul dan salah kepada pihak berkuasa agama untuk menjelaskannya.
“Sekarang Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor sudah menjelaskannya, saya hormat sepenuhnya pada penjelasan beliau,” kata Lee.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Zakat itu salah satu drpd Rukun Islam... berdasarkan kpd kepercayaan kpd Allah.
Ianya merupakan ibadat khusus yg disyariatkan...diambil drpd org Islam & diserah/diagih kpd org Islam @ asnaf yg berhak.
Bila org bukan Islam yg mengurus @ yg mengagih... lakonan apakah yg sdg dimainkan itu?
Dr Wan Salim berkata, berdasarkan fikah, harus untuk orang bukan Islam diwakilkan dalam hal berkaitan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.
Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum itu membidas tindakan Lee mengagihkan zakat di kawasannya di Pulau Pinang.
Zahid menyifatkan perkara itu sebagai lakonan kerana zakat adalah urusan umat Islam dan tiada kena mengena dengan golongan bukan Islam.
Semakan Malaysiakini mendapati status itu tiada lagi di Facebook Lee.
Pemuda PAS turut menyelar tindakan Lee itu.
'Pecah dan perintah'
Sementara itu, Lee juga mendakwa seseteh pemimpin pembangkang cuba memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan mengetengahkan perkara sensitif dalam agama.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pecah dan perintah.
“Kenapa pemimpin pembangkang tidak mengetengahkan pendidikan dan pemahaman tentang perbezaan antara satu sama lain?” katanya.
Lee berkata akan terus menjalankan tanggungjawabnya selari dengan pandangan mufti negeri dan pihak berkuasa agama dalam isu sensitif berkaitan agama.
“Saya hormat kepercayaan Islam dan pemimpinnya dan saya akan sentiasa dapatkan nasihat mereka apabila penjelasan diperlukan.
Malaysiakini.


Read More

Majlis Berbuka Puasa DAP bersama Pasukan Bomba Perak! UMNO Jaguh tikam belakang & Mengapa Tok Mat tibai Najib? Walaun nak 'bersihkan' nama Unit Amal tetapi memfitnah PH pulak? Puak2 Lebai menghina titah Sultan Perak! [Video PARTI DAP AKUR TITAH PERINTAH SULTAN PERAK]

Jumaat, 31 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang duduk, orang makan, meja dan makanan
Majlis Berbuka Puasa bersama Pasukan bomba & penyelamat negeri Perak. Sudah tiba masa Pimpinan PH sentiasa mendekati semua agensi kerajaan supaya kakitangan awam menjadi tulang belakang yang menyokong kerajaan PH.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
UMNO Jaguh tikam belakang
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri
Tok Mat tibai Najib!
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
PAS menghina titah Sultan Perak?
Read More

SPRM panggil Zahid & Hisham lepas raya? Laman sesawang abuleman.com pemfitnah dah leburrr! Hukumnya harus bukan Islam agih bantuan zakat pada asnaf, kata mufti Pulau Pinang [Video RAKYAT TERKEJUT DAN SEDIH DUIT MASUK AKAUN PERIBADI NAJIB & Malaysia bukan negara sampah]

Jumaat, 31 Mei 2019
Jom Channel
1. RAKYAT TERKEJUT DAN SEDIH DUIT MASUK AKAUN PERIBADI NAJIB 2. JANGAN BERPENYAKIT 'INKLUSIF' SAMPAI KE TAHAP BODOH 3. DAULAH TERPENDAM BERMAHARAJA LELA DALAM SKMM? 4. PENGKHIANAT SAMPAH HARUS DIHUKUM SAMPAI SERIK!
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Hebat pemerintahan 60 tahun UMNO..satu persatu penyelewengan dibongkar. Sekarang ATM issue LAND SWAP.
Dalam ATM semua Melayu, Menterinya Melayu, para pentadbir pun Melayu tetapi malangnya berlaku juga kelakuan buruk rasuah.
Kalau dibaca Wak Jahid, tiap-tiap tahun ramadhan berada diMekah menjalankan ibadat Umrah tapi masih juga melakukan rasuah dan salah gunakuasa.

Kementerian Pertahanan lubuk rasuah dan salah gunakuasa. Kalau diperingkat Camp pun pegawai boleh pilih jurugambar rasmi yang dia suka kerana ada bajet tukar tayar kereta apa tah lagi peringkat atasan.

Orang Melayu UMNO dengan rasuah berpisah tiada...
https://m.malaysiakini.com/news/478014
Imej mungkin mengandungi: teks
Innalillah. Arwah dulu kuat menfitnah orangnya

Hukumnya harus bukan Islam agih bantuan zakat pada asnaf, kata mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan bahawa hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf.
Dari sudut feqah, katanya, adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.
“Ini hanya yang berkaitan dengan mu’amalat dan ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.
“Ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat badaniyah) seperti solat dan puasa, tidak harus diwakilkan kepada orang lain,” katanya seperti dipetik Bernama pada majlis Iftar dan Pembayaran Zakat Perniagaan di Butterworth, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penularan gambar berkaitan agihan zakat kepada golongan asnaf oleh beberapa wakil rakyat bukan Islam di Pulau Pinang di media sosial.
Tambah Wan Salim, Zakat Pulau Pinang (ZPP) hanya menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk menerusi wakil rakyat Islam dan bukan Islam untuk disampaikan kepada golongan asnaf.
“Asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu. Sebagai mufti saya ingin menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh temeh seperti ini.
“Sebaliknya perlu lebih menumpukan perhatian kepada hal-hal yang lebih penting bagi memacu pembangunan ekonomi dan pendidikan umat agar mencapai kedudukan yang lebih tinggi dan setanding dengan kaum-kaum lain,” katanya.
Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebelum ini mempersoal tindakan wakil rakyat DAP Chris Lee Chun Kit yang memuat naik gambarnya mengagihkan zakat kepada golongan asnaf di Pulau Tikus, Pulau Pinang. – Roketkini.com
Read More

Kes 1MDB akan terus membuatkan Najib sesak nafas dan TERKEJUT! 'Guna Jata Negara' Puak2 Lebai dah kemaruk nak jadi Menteri ke? Mufti: Bayaran infaq wajib Ramadhan tu apa? Dah la infaq, wajib pulak tuuu..[Video JANGAN PERCAYA DONGENG PERTAHAN KLEPTOKRASI]

Khamis, 30 Mei 2019
Jom Channel
Terkini satu hantaran media sosial ditularkan kononnya Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin bahawa tiada bukti kukuh bagi mensabitkan Najib dengan pertuduhan menyelewengkan dana 1MDB. "Tommy Thomas telah memberitahu Tun Daim dah Tun Mahathir bahawa pihak pendakwa tidak mempunyai sebarang bukti untuk mendakwa Najib telah mencuri wang 1MDB sebanyak RM42 bilion atau Rm52 bilion" dakwa hantaran itu. Penyokong Najib mahu mengelirukan rakyat bahawa jika ada bukti pun ia rekaan sahaja, melalui dongeng ini. "Tetapi mereka perlu membuktikannya di mahkamah atau PAKATAN HARAPAN akan berhadapan dengan masalah kredibiliti yang serius" katanya. Tommy Thomas, bagaimanapun menafikan hantaran tersebut.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Kes #1MDB akan terus membuatkan Najib sesak nafas dan TERKEJUT.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Mufti pun pening dengan puak2 dedak ni.
Dah la infaq, wajib pulak tuuu..
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Lebai Pas kemaruk nak jadi Menteri ke?
Menurut Surat Pekeliling Am (Bilangan 1 Tahun 2005), "Lambang Kerajaan Persekutuan (Jata Negara) adalah hak KERAJAAN PERSEKUTUAN. Lambang ini HANYA BOLEH DIGUNAKAN OLEH KEMENTERIAN, JABATAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN PERSEKUTUAN atas URUSAN RASMI".
Read More

ADUN DAP tu pun tak songlap hak asnaf mcm rakan² Ponorogo..Cina tu tolong agihkan bantuan di kawasan beliau saja & JANGAN CURI DUIT ZAKAT! Si PENGKELEPEK Siapa le nak percaya, bukannya 42 hinggit..RM42 juta tu oiii! [Video Barat mesti terima Timur yang kini setaraf atau lebih baik]

Khamis, 30 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan sut
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Daripada Noor Soraya Mohammad Jamal TOKYO, 30 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada Khamis bahawa order dunia telah gagal dan dunia harus memikirkan semula mengenai hubungan negara-negara antara satu sama lain terutama dalam mencari resolusi kepada konflik. Perdana Menteri Malaysia itu, ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-25, yang juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei, berkata konflik hendaklah diselesaikan menerusi perundingan, arbitrasi dan mahkamah. "Jika kita mahukan sebuah dunia yang lebih baik dengan order baru yang semata-mata berasaskan kepada pematuhan kepada kedaulatan undang-undang antarabangsa, kita selesaikan masalah menerusi perundingan dan tidak dengan cara berkonfrontasi dan menghantar kapal-kapal perang di sana sini, kata beliau dalam ucaptamanya. http://www.bernama.com/bm/news.php?id...
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Otai BERSIH
Zahid Ponorogo ni mmg bang*** la..
Orang islam pun kadang2 'tersilap' guna duit yayasan untuk bayar kad kredit. ADUN tu cuma tolong agihkan bantuan di kawasan beliau saja. Tak terlibat pun dalam hal ehwal siapa yg layak terima & jumlah bantuan yg diberi. Adun tu pun tak songlap hak asnaf mcm rakan² Ponorogo..
Tiada penerangan foto disediakan.
JANGAN CURI DUIT ZAKAT
Zakat samada zakat fitrah, niaga, ternakan, emas, duit simpan dll utk golongan asnaf yg 8. Kalau utk anak yatim atau Fisabilillah..
Jika ada pihak lain yg kutip duit zakat utk anak yatim bererti pihak tersebut telah mencuri hak anak yatim.
Atau Fisabilillah.. Orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
Bersama menyokong perompak, penyamun, penyelewengan dll adakah itu Fisabilillah?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Siapa le nak percaya..bukannya 42 hinggit...RM42 juta tu oiii...!
Otai BERSIH
Read More

Berhati2 Abang Botak kapcai VBD 5494 'mengganas' di SERDANG & Video Samsengnya kamu..! Polis cari lelaki pecah cermin kereta! DBKL ambil alih semua dewan komuniti di KL selepas Aidilfitri [Video ATM mahu rakyat M'sia terlibat bangunkan kertas putih pertahanan]

Khamis, 30 Mei 2019

Samsengnya kamu..

Harian Metro
Bukan sahaja menghalang lalu lintas, seorang penunggang motosikal lagak samseng bertindak menghentak cermin sebuah kereta sehingga retak kerana dikatakan tidak berpuas hati apabila pemandu kereta berkenaan membunyikan hon.
KiniTV
Angkatan Tentera Malaysia meminta rakyat Malaysia untuk menyumbang dalam membangunkan kertas putih pertahanan, kata ketuanya Jeneral Zulkifli Zainal Abidin. Beliau berkata penglibatan rakyat sedang dicari dalam semangat mempertahankan negara. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada tentera di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur pagi ini. Zulkifli mengulas mengenai dokumen yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan untuk memperkukuh strategi pertahanan Malaysia.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Otai BERSIH
Polis cari lelaki pecah cermin kereta
SERI KEMBANGAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin sebuah kereta dinaiki seorang wanita di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang petang semalam.
Kejadian itu dirakam kamera pemilik kenderaan tersebut iaitu seorang pembantu kedai kek berusia 22 tahun sebelum menjadi tular di laman sosial sejak semalam.
Dalam rakaman berdurasi 3.01 minit itu, dua lelaki dirakam menunggang dua motosikal sambil berbual di depan kenderaan dipandu mangsa pada jam 5.50 petang.
Mangsa kemudian memotong kedua-dua motosikal terbabit dan dipercayai membunyikan hon.
Tidak berpuas hati dengan insiden itu, kedua-dua motosikal kemudian dilihat berhenti secara mengejut di depan kereta mangsa menyebabkan kenderaan jenis Perodua itu terpaksa dihentikan serta-merta.
Rakaman video turut menunjukkan kereta milik mangsa terlanggar sedikit bahagian belakang motosikal yang berhenti mengejut itu sebelum seorang penunggang motosikal meluru ke arahnya.
Lelaki terbabit kemudian menghentak cermin kenderaan mangsa dengan topi keledar dan terus ke arah cermin di bahagian sebelah pemandu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa telah membuat laporan polis.
Menurutnya, mangsa mengadu lelaki dalam video terbabit memukul cermin depan kenderaan miliknya dan mengatakan insiden berlaku kerana kesalahannya.
“Lelaki tersebut bertindak demikian disebabkan tidak puas hati dengan pengadu kerana membunyikan hon kereta terhadap mereka.
“Suspek kini telah dikenal pasti dan sedang dikesan malah siasatan lanjut masih diteruskan.
“Saya minta orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis jika mempunyai maklumat berhubung kejadian” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.
▶️SINAR HARIAN

DBKL ambil alih semua dewan komuniti di KL selepas Aidilfitri

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih semula semua 331 dewan serba guna atau dewan orang ramai di bawah badan-badan pengurusan komuniti yang terletak di sekitar ibu negara.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, DBKL terpaksa mengambil langkah sedemikian bagi mengelak penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu ke atas dewan orang ramai itu.
"Kita terpaksa lakukan (pengambil alihan dewan-dewan ini) kerana pentadbiran dahulu telah bertindak atas kepentingan politik dengan menyerahkan dewan-dewan ini kepada pihak yang tidak wajar termasuk cawangan-cawangan dan ketua-ketua bahagian.
"Jadi, kita nak perbetulkan keadaan yang sudah lama tak betul ini supaya kita dapat jadikan dewan orang ramai ini milik orang ramai dan diuruskan secara profesional serta tidak ada pilih bulu atau pilih kasih dan semua pihak nak adakan program kita benarkan," kata Khalid pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Dewan-dewan tersebut terletak di kawasan perumahan awam, perumahan rakyat, tanah DBKL, rizab DBKL, rizab selain DBKL, tanah kerajaan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di sekitar ibu kota.
Menurut Khalid, ketika ini, sebanyak 157 dewan orang ramai sudahpun diserahkan kepada DBKL oleh pengurusnya manakala 46 lagi masih berdegil.
Guna orang berkuasa
“Sejak kita keluarkan arahan itu untuk ambil alih, daripada 203, 157 pengurus dewan telah setuju untuk pulang balik dewan itu kepada DBKL, dan 46 unit lagi pengurusnya enggan menyerahkan.
“Jadi, saya nak menyeru kepada 46 kumpulan yang mengurus dewan-dewan ini tanpa kebenaran rasmi daripada DBKL atau mana-mana pihak untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan balik dewan-dewan itu kepada DBKL," katanya.
Kata Khalid, pihaknya telah mengenal pasti berlaku penyalahgunaan harta awam membabitkan dewan orang ramai berkenaan apabila ada pihak yang meraih untung dengan mengutip hasil atu sewa daripada penggunaan dewan tersebut.
"Alasan untuk mereka tidak menyerahkan ini banyaklah, salah satunya kerana mereka ini didakwa mendapat hasil sewaan daripada dewan-dewan ini dan kita sedia maklum mereka ini menggunakan kuasa orang yang berkuasa (pentadbiran BN lalu).
"Di mana, dia menguruskan dewan itu atas kuasa orang yang berkuasa ketika itu. Jadi, nak kata halal atau haram itu, terpulanglah," katanya.
Katanya, semua itu berlaku ketika pentadbiran kerajaan BN terdahulu dan ia berkemungkinan terjadi sejak 30 tahun lalu.
"Kita tak kira lagi (berapa jumlah kerugian), sepatutnya kita tak sewakan tetapi sebaliknya pula berlaku apabila mereka-mereka ini menyewakan dewan terbabit kepada orang ramai.
"Jadi, pendapatan DBKL selama ini memang terjejaslah. Tapi kita tak nilailah. Cuma katakanlah kita sewakan RM300 sebulan pun untuk setahun dah RM3,600. Kemudian darab dengan 331 dewan tadi dengan sebulan dah RM99,300.
"Itu belum kita kira berapa tahun mereka uruskan dan paling lama kita boleh katalah 20-30 tahun," katanya.
Ajak berbincang tak datang
Oleh itu, tegas Khalid pihaknya akan sekali lagi memberi amaran untuk mereka yang terlibat segera bertindak mengikut arahan atau berdepan tindakan undang-undang.
"Selepas hari Raya ini kita akan berikan satu lagi notis dan mungkin yang terakhir, kita juga berharap tidak ada tindakan keras yang kita perlu ambil ketika proses ambil alih dewan-dewan terlibat, kerana ini untuk kepentingan awam.
"Kalau tidak kita terpaksa gunakan hak kita mengikut undang-undang, kita kena ambil tindakan mahkamah untuk dapatkan perintah mahkamah serta terpaksa ambil balik dewan terbabit. Ini bukan PH yang nak ambil balik dewan ini tetapi kerajaan," katanya.
Sementara itu mengulas tindakan sekumpulan pengusaha kendera saji mogok di Dataran Merdeka malam tadi, Khalid menegaskan isu terbabit telah diselesaikan oleh DBKL.
"Isu itu selesai semalam, saya pun dah beritahu mereka yang terlibat dan berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur," katanya.
Khalid berkata ketika kerajaan merangka rancangan berkaitan tapak kendera saji itu pihak yang berkenaan tidak hadir berbincang.
Bagaimanapun katanya mereka menyatakan keinginan untuk menyertai pelan tersebut pada saat-saat akhir.
"Jadi, susahlah untuk kita bawa mereka masuk ke Dataran Merdeka sebab sudah ada 40 peniaga yang meminta untuk berniaga di tapak tersebut, dan mereka ini mengikut giliran," katanya.
Justeru Khalid berkata DBKL tidak seharusnya dipersalahkan dalam perkara tersebut.
"Jadi, benda ini tak boleh salahkah DBKL, sebab mereka datang pada saat akhir.
"Semasa kita ajak berbincang dulu mereka yang tak nak," katanya.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena