Wednesday, 22 May 2019

'Bakar kereta' SIAPA BOCORKAN MAKLUMAT SUSPEK! UmnoBN musuh negara & Mengapa nak fitnah, sakit hati sangat kat DAP? Apa lagi kita mahu dari Tun Mahathir? [Video PENYOKONG PENYANGAK SILA LETAK JAWATAN]

Rabu, 22 Mei 2019

Imej mungkin mengandungi: luaran
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, orang berjalan dan luaran
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, orang berjalan, orang ramai dan luaran
#ANTARABANGSA | JAKARTA, Indonesia: Penyokong calon presiden yang tidak berjaya bertempur dengan pasukan keselamatan dan membakar asrama dan kenderaan polis di ibu negara Indonesia pada hari Rabu selepas keputusan pilihan raya.
Keadaan menjadi buruk Selasa lalu apabila penunjuk perasaan cuba memaksa mereka ke pejabat agensi pengawasan pilihan raya dan demontrasi berterusan sepanjang malam, kata jurubicara Polis Kebangsaan Dedi Prasetyo.
Lebih 20 suspek yang disyaki telah ditangkap, katanya pada Rabu.
KompasTV menunjukkan penunjuk perasaan membuang batu, asrama polis paramiliter terbakar, dan beratus-ratus polis rusuhan di kejiranan pusat.
Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia pada Selasa mengatakan Presiden Joko Widodo telah memenangi penggal kedua dengan 55.5% undi dalam pemilihan 17 April.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, teks
Patutlah Unit Amal PAS beriya-iya menafikan perkara ini. Walaupun sedikit kantoi bila mereka buat laporan polis 'menyiasat SIAPA BOCORKAN MAKLUMAT SUSPEK'.
Bila kita kata Taliban, walaun marah. Tapi perangai pengikut Pas memang macam Taliban!
Imej mungkin mengandungi: teks
 Mengapa nak fitnah, sakit hati sangat kat DAP?
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 16 orang, orang senyum, orang duduk, orang berdiri dan teks


Otai BERSIH
Apa lagi kita mahu dari Tun Mahathir?
PEJAM celik dah setahun berlalu. Banyak yang telah dirintis walaupun hasilnya masih jauh. Baru terasa nak membangunkan negara bukan mudah! Apalagi nak membina semula dari kebobrokan yang telah sebati yang hampir meruntuhkan negara.
Banyak yang harus dipikirkan. Barisan menteri dan timbalan menteri kurang pengalaman dan kurang berprestasi dengan penilaian di tahap 5/10. Prestasi sebenar jauh lebih rendah dari itu cuma dirasakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) tidak mahu menjatuhkan air muka ahli kabinetnya kerana mereka itu juga pilihan Tun M. Dan Tun M juga tidak punya banyak pilihan dari segi tokoh yang berkaliber dalam PH. Justru tiada rombakan Kabinet yang dibuat yang sebenarnya amat mendesak.
Ditambah pula dengan adanya sabotaj dari dalam, dari kalangan menteri dan pegawai kerajaan seperti yang didedahkan oleh AKJ dalam tulisannya yang terbaru. Dengan bebanan hutang, ekonomi yang belum pulih dan sumber kewangan yang terhad, tentunya menambah bebanan dan tekanan kepada Tun M.
Bayangkan susuk tubuh berumur 93 tahun terpaksa menanggung semua itu? Apakah kita sampai hati untuk memaksa ayah atau datuk kita yang berumur 93 tahun untuk berbuat sedemikian. Pasti tidak! Tapi apakah benar Tun M tidak punya pilihan?
Tun M telah pun melaksanakan tanggungjawabnya yang utama iaitu menjatuhkan kerajaan kelptokrat Najib dan UMNO/BN. Itu satu sumbangan Tun M yang amat besar melangkaui sejarah. Rakyat telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri betapa rompakan harta negara yang dilakukan oleh Najib dan pemimpin UMNO/BN yang terlibat.
Tidak adil rasanya untuk memaksa Tun M menggalas tugas membangun semula Malaysia di umur dan tenaganya yang semakin rapuh. Amat tidak adil! Dan jika itu diteruskan, inilah kegagalan yang paling besar dalam PH! Tiada Pelan Penggantian dan tiada pelapis yang berwibawa untuk meneruskan usahanya membina semula Malaysia.
Banyak sudah didengar. Umum pun sudah tahu. Tun M tidak segah dulu. Ada kalanya beliau terpaksa ‘Take 5’ untuk tidur dan berehat sebentar di antara mesyuarat dan acara. Beliau kini kelihatannya cepat lelah dan tidak kurang pula beliau terlupa dan perlu diperingatkan. Beliau tidak boleh disalahkan. Biologi tubuh 93 tahun memang begitu.
Apa lagi kita mahu dari Tun M? Legasinya sudah terbukti. Tiada siapa yang boleh mempersoalkannya. Kita menyanjungnya dan dunia turut memperakuinya. Dan jangan sampai legasinya rosak kerana kita terlalu mendesak diluar kemampuan biologinya.
PH harus bertindak cepat dan teratur. Masa sangat mendesak. Kita tidak mahu kejutan, apalagi kejutan dalam kita tidak bersiap sedia. Pengganti telah dipersetujui. Cuma masa yang belum dimuktamadkan.
Apakah kita dan TunM takut beliau akan menjadi Itik Lumpuh jika tarikh peralihan diumumkan? Tidak mungkin. Penggantinya telah mengumumkan ke seluruh dunia yang Tun M tetap akan memainkan peranan penting setelah peralihan.
Dalam keadaan dan suasana yang rilek setelah peralihan, Tun M sebagai mentor akan dapat memberikan ide yang lebih bernas dan lebih fokus membangunkan negara dalam semua bidang meliputi pentadbiran, pendidikan, kewangan dan ekonomi.
Malah Tun M berkeupayaan melihat lebih menyeluruh masalah yang dihadapi dan dapat membantu memperbetulkan kelemahan dan kesilapan yang ada dengan tuntas dan lebih komprehensif.
Tun M seharusnya tidak perlu gusar. Tak mungkin penggantinya akan mengulangi kesilapan Abdullah Badawi dan Najib Razak. Lagi pun penggantinya bukan seperti kebanyakan Menteri Kabinetnya.
Penggantinya telah teruji kebolehannya dan telah bersama beliau lebih 16 tahun mentadbir dan mengurus negara hingga menjadi Harimau Malaysia yang disegani ketika itu.
Malaysia Baru dan koalisi baru tidak mungkin akan memberikan ruang untuk kesilapan lama berulang. Begitu juga rakyat tidak teragak-agak akan menghukum PH seperti yang dilakukan terhadap Najib dan UUMNO/BN jika salah guna kuasa dan rasuah menyelinap dalam pentadbiran sekarang.
Di samping itu Tun M dapat menumpukan perhatian dalam mengukuhkan partinya yang juga setahun jagung. Umum mengetahui partinya belum cukup kuat dan tidak punya ramai pemimpin pelapis yang berkaliber. Kuat partinya kuatlah PH. Partinya merupakan tunjang untuk meraih sokongan pengundi Melayu terutama di luar bandar.
Tahun kedua dan tahun kedepan ini lebih mencabar. Tahun inilah rakyat akan melihat keupayaan PH sebenar dalam membangun dan menguruskan negara. Tiada lagi ruang untuk menyalahkan pentadbiran lama. Dan disinilah TunM harus menjadi penasihat dan mentor yang efektif memastikan pimpinan lapisan kedua ini benar-benar terlatih dan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.
Empat tahun tidak lama dan Tun M harus berani melakukan perubahan!
ARTIKEL ADALAH PANDANGAN PERIBADI PENULIS

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena