Wednesday, 22 May 2019

Umno salahguna masjid untuk kegiatan politik! Pejabat Agama Islam Perak tak nak komen? Pakatan sulit Najib-Hadi apa untungnya kepada rakyat! IGP: Ada petunjuk baru keberadaan Jho Low [Video ANGKARA SIAPA HELIKOPTER TAK KUNJUNG TIBA?]

Rabu, 22 Mei 2019
Jom Channel
Helikopter tentera bernilai lebih RM 300 juta yang dibeli pada masa regim dahulu sehingga kini belum dihantar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lapor Free Malaysia Today. Difahamkan 6 buah helikopter tempur ringan MD530-G yang dikeluarkan oleh MD Helicopters milik, McDonnell Douglas dipesan oleh Kementerian Pertahanan yang dipimpin oleh Dato' Seri Hishammuddin Hussein ketika itu, menurut laporan. Helikopter yang lebih dikenali dengan panggilan “Little Birds”, dilaporkan menarik minat pegawai Kementerian Pertahanan dalam satu demonstrasi sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015. Lebih mengejutkan, helikopter yang dipesan berbeza. “Didapati helikopter yang membuat demonstrasi pada LIMA 2015 bukanlah MD530-G, tetapi variannya, N369FF” kata sumber kepada Free Malaysia Today.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Lihat bagaimana Umno guna masjid sebagai medan politik. Apa komen anda?
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
InsyaAllah dgn ketegasan & serius Ketua Polis Negara yg baharu ini, kami percaya tangkapan Jho Low boleh berlaku dgn kehendak & keizinan Allah.

IGP: Ada petunjuk baru keberadaan Jho Low

Polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebaga Jho Low, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Abdul Hamid berkata polis akan cuba membawa pulang ahli perniagaan kontroversi yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu ke Malaysia dalam masa terdekat kerana 'mempunyai beberapa petunjuk baru'.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan petunjuk baharu yang dikumpul polis ketika ini berhubung ahli perniagaan tersebut.
"Saya serius ni (ada petunjuk baharu) tapi sabar. Mana dia nak menyorok... tak akan selamat. Kita akan bawa balik Jho Low tak lama lagi kerana semua orang tertunggu-tunggu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan singkat ke sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan hari ini.
Ditanya adakah Jho Low berada di China, beliau berkata:"Saya tak cakap."
Katanya tindakan yang dilakukan Jho Low telah menyebabkan negara berhutang dengan kadar yang tinggi dan ahli perniagaan itu sepatutnya menerima balasan terhadap perbuatannya.
Beliau turut menyifatkan tindakan ahli perniagaan itu yang sering membuat kenyataan melalui peguamnya dari Macau dan Hong Kong sebagai pengecut.
"Rompakan yang dibuat Jho Low menyebabkan negara berhutang. Bila dia dibawa ke mahkamah Insya-Allah akan keluar segala penipuan yang dia telah lakukan," katanya.
Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena