Wednesday, 29 May 2019

"Saya tetap akan berundur, beri laluan pada Anwar jadi PM" & Bekas PM berbelanja mewah guna duit RM42 juta tak rasa terkejut dan sedih pula? [Video PH perlu nyatakan pendirian isu kaum bagi kalahkan Umno-PAS]

Khamis, 30 Mei 2019
KiniTV
Kerajaan PH perlu menyatakan pendirian tentang debat melibatkan kaum atau berdepan kemungkinan kalah dalam pilihan raya kepada Umno dan PAS yang menggunakan isu berkenaan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir turut mempertahankan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. "Saya tak nampak apa-apa masalah dengan Maszlee, dia suruh tukar kasut warna hitam sahaja. Yang lain semua okay. Yelah, pasal dia cakap sedikit berkenaan kaum, bukan bermakna dia rasis. "Dalam parti kita, banyak orang cakap pasal kaum juga, orang yang dari keturunan India dia cakap selalu berkenaan kaum India, orang yang dari parti DAP yang Cina cakap pasal Cina, yang Melayu cakap pasal Melayu, yang Iban cakap pasal Iban, yang Kadazan cakap pasal Kadazan. "Tapi mereka semua rakyat Malaysia, anda tidak boleh mempersoalkan kerakyatan mereka. Isu kaum lain," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Selasa. Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas gesaan menyingkirkan Maszlee susulan kenyataannya berhubung kuota matrikulasi. Pengerusi PH itu juga menegaskan bahawa PH perlu bersaing dengan Umno dan PAS dalam menarik sokongan orang Melayu. "Anda perlu memenangi sokongan bumiputera. "Terutamanya ketika ini Umno dan PAS bergabung dan menggunakan isu kaum dan agama untuk mendapatkan sokongan. "Jika kita tidak menjelaskan pendirian kita tentang kaum, kita akan kalah dalam pilihan raya," katanya.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri, meme dan teks
Gang Utara Fan Club
'Saya tetap akan berundur, beri laluan pada Anwar jadi PM'
Dr Mahathir Mohamad tidak berganjak dengan pendiriannya mahu memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Kata Dr Mahathir, beliau tetap akan berundur seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Dr Mahathir mengulas mengenai perkara itu jika terdapat undian yang memihak kepadanya untuk kekal menjadi Perdana Menteri.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Berbelanja mewah guna duit RM42 juta tak rasa terkejut dan sedih pula?
Bayar kad kredit shopping di butik chanel, Hawaii lebih RM1 juta tak terkejut pula?
Walaupun terkejut Najib tak report polis dan SPRM ?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Duit masuk akaun peribadi terkejut, berbelanja pakai duit tu tak terkejut pulak?

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena