Saturday 18 May 2019

Kenyataan terbaru SPRM kes RM90 juta kini di Pejabat Peguam Negara! Umno pun akan jadi 'parti Kelantan'..Perkembangan ini baik untuk kerajaan PH, mereka semakin tidak relevan dalam masyarakat majmuk Malaysia! [Video SKMM akan kerjasama dengan PDRM tangani 'cyberbullying']

Ahad, 19 Mei 2019
KiniTV
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melihat sama ada undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk menangani cyberbullying. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata pihaknya akan mengambil langkah untuk meminda undang-undang sedia ada, jika perlu, untuk tujuan itu. "Kami ada undang-undang dalam Kanun Keseksaan, soalannya sama ada undang-undang itu cukup dan berkesan. "Jadi, ini semua perkara yang akan kita pertimbangkan, tetapi biarkan perbincangan antara SKMM dan polis terus diteruskan. Apabila kita membuat draf (undang-undang), saya akan memberitahu media, "katanya kepada pemberita selepas mengedarkan bubur lambuk kepada pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) di sini hari ini. Dia diminta mengulas mengenai kes seorang remaja berusia 16 tahun yang dipercayai bunuh diri selepas jatuh di tingkat tiga rumah kedai di Padawan, Sarawak semalam. Anak remaja dikatakan telah membuat tinjauan pendapat mengenai akaun Instagramnya dengan bertanya kepada pengguna jika dia harus "hidup" atau "mati".
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Tiada penerangan foto disediakan.
Suara Rakyat
Pada awal Februari lps SPRM bgtau 'Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun rasmi PAS'.. Maka terloncat-loncatlah penyokong PAS bertakbir seolah-olah dah bersih dari tuduhan.
Namun kenyataan terbaru SPRM.. slps disiasat rupa2nya wang tersebut tidak dibayar terus kpd pemimpin PAS (pesong ke akaun lain) atau akaun rasmi PAS adalah bagi kelirukan transaksi.
Mungkinkah PAS belajar dari UMNO segala taktik ini?

Yang pasti, hasil siasatan kes RM90 juta kini di Pejabat Peguam Negara (AGC) !!
Sama2 kita berdoa dan nantikan keputusan AGC samada akan ada pertuduhan di mahkamah kelak untuk mengheret semua baik lebai mahupun penyangak yang terlibat dlm skandal RM90 juta itu di mahkamah dlm masa terdekat atau sebaliknya...
Wallahualam~
Tiada penerangan foto disediakan.
Nak kabo jer..Bukan nak ngukit. Biar tahu belaka!

Umno pun akan jadi 'parti Kelantan'

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan baru-baru ini partinya akan bergabung dengan Umno menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengumuman Hadi itu menunjukkan beliau kini bukan sahaja berjaya menguasai PAS, akan tetapi Umno sudah berada dalam genggamannya.
Tidak kedengaran pemimpin-pemimpin Umno membantah pengumuman Hadi.
Mustahil tidak ada langsung pemimpin Umno yang membantah.
Pemimpin Umno seperti Khairy Jamaluddin yang sebelum ini agak kritikal dengan kerjasama ini juga dilihat seperti sudah mampu menjenamakan dirinya sebagai "ustad" tidak lama lagi.
Selepas PRU14, Umno memang kelihatan sudah hilang arah dan semakin jauh tersasar daripada matlamat penubuhan asal dan tidak lagi bergerak sebagai parti yang bersifat sederhana.
Kalau dahulunya Umno mengambil garis sederhana dalam hal-hal melibatkan agama, di bawah pimpinan Zahid Hamidi - Mohamad Hasan ini, parti itu kelihatan bersedia untuk mengambil garis keras seperti PAS.
Perkembangan ini sebenarnya baik untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH).
PH seharusnya menyokong penggabungan kedua-dua parti itu kerana ia akan menyebabkan mereka semakin tidak relevan dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Di Malaysia, mana-mana parti atau gabungan politik yang tidak mendapat sokongan daripada rakyat berbilang kaum, tidak akan dapat memerintah Malaysia.
PAS tahu tentang perkara ini. Tetapi mungkin mereka buat-buat tak tahu.
Ini dapat dibuktikan selepas lebih 50 tahun ditubuhkan, kekuasaan PAS hanya berada di Terengganu dan Kelantan, tidak lebih daripada itu.
Keputusan PRU14 hanyalah ulangan kepada kejayaan PAS pada tahun 1999 apabila dapat memerintah Terengganu dan Kelantan selepas bekerjasama dengan parti Anwar Ibrahim.
Umno bakal ikut jejak PAS
Bergabung dengan PAS bermakna Umno juga sudah sanggup mengorbankan sokongan-sokongan bukan Melayu yang mereka perolehi selama ini.
Ini termasuk sokongan daripada penduduk Sabah dan Sarawak yang mereka perolehi dalam BN selama ini.
Kita jangan lupa, jika tidak kerana sokongan Sabah dan Sarawak, Umno sudah hilang kuasa di Malaysia semenjak tahun 2008 lagi.

Dengan tindak tanduk Umno mengikut jejak perjuangan "PAS ala-Hadi" pada ketika ini, parti itu tidak akan mendapat sokongan lebih luas lagi malahan golongan Melayu sederhana yang selama ini menyokong kuat mereka selama ini akan beralih arah.
Memang benar hari ini terdapat ketidakpuasan hati masyarakat Melayu kepada kerajaan PH di atas beberapa isu.
Akan tetapi percayalah, menjelang PRU15 nanti apabila PH selesai menunaikan janji-janji PRU14 mereka, lembutlah kembali hati mereka.
Jika dalam setahun PH berjaya menunaikan 39 peratus daripada janji-janji mereka, selepas tiga tahun, semuanya akan selesai. Paling lama empat tahun.
Itu belum dikira pada ketika itu apabila pemimpin-pemimpin tertinggi Umno berada dalam penjara selepas perbicaraan mahkamah berhubung kes salah guna kuasa, rasuah dan pecah amanah selesai.
Siapa yang akan tinggal pada ketika itu?
Tidak mustahil paling tinggi pun, jika PAS masih mahukan Umno, mereka akan bersama kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti Islam itu.
Jika PAS tidak tamak, dapatlah Umno satu atau dua kerusi exco. Jika tidak, pemimpin Umno hanyalah Adun penyokong kerajaan Kelantan, tidak lebih daripada itu.
Sekiranya bekerjasama, satu lagi masalah besar yang akan timbul ialah pembahagian kerusi.
Siapakah yang mahu mengalah? PAS sudah tentu tidak akan mengalah. Jika tidak percaya, Umno boleh rujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau mempunyai pengalaman luas semasa bekerjasama dengan PAS semasa memimpin Parti Melayu Semangat 46 dahulu.
Pendek kata, kempen PH kerajaan sepenggal ciptaan Umno dan PAS hanyalah untuk menyedapkan hati mereka dan untuk menipu segelintir orang-orang Melayu.
Realitinya, jika bergabung dengan PAS, kekuasaan Umno hanya di negeri Kelantan, itu pun sekiranya parti Islam tidak tamak menjelang PRU15 nanti.
Mungkin Umno sudah terlupa, Malaysia ini bukanlah Kubang Kerian!

AMIN ISKANDAR berkicau menggunakan akaun Twitter @aminiskandar. Tulisan beliau merupakan pandangan peribadi atas kapasiti sebagai seorang penulis dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang “mungkin” beliau pegang.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena