Friday 24 May 2019

Lagi Isu Biasiswa! MCA BIADAB! Laa paklebai paklebai, MCA yang meroyan DAP juga yang kena? Mapim: Kenapa sekarang tiba-tiba MCA pertikai? [Video Suspek Ditahan Dedah Ditawar Simbah Asid Ke Muka Mufti Perlis]

Sabtu, 25 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Biasiswa Palestin: Kenapa sekarang tiba-tiba MCA pertikai?
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kurang bersetuju dengan tindakan MCA yang membantah kerajaan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) di 12 universiti ternama di Malaysia.

Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketika simpati dan rasa empati kepada nasib Palestin diluahkan oleh rakyat Malaysia, sikap wakil MCA ini sangat dikesali.

"Soalnya sejak bila negara ini tidak mengambil berat nasib semua kaum, seperti yang ditimbulkan oleh beliau. Malah, beliau mendakwa kaum Cina yang membayar cukai dipinggirkan dalam pendidikan.

 Kumpulan Karangkraf
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Revolusi Anak Muda Malaysia
MCA BIADAB PERTIKAI SUMBANGAN UNIVERSITI BERI BIASISWA KEPADA PELAJAR PALESTIN
Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA, Tan Chee Hiong yang tidak berpuas hati dalam pemberian biasiswa kepada pelajar Palestin untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan PhD di 12 universiti ternama di Malaysia, Pemuda AMANAH Perak menggesa supaya beliau memohon maaf dan jangan bersikap biadab dengan mempertikaikan pemberian tersebut.
Umum mengetahui bahawa hubungan rapat Malaysia-Palestin telah terjalin begitu lama dan sikap Malaysia adalah jelas dalam hal ini iaitu Palestin adalah sebuah negara yang tertindas dan perlu dibantu dalam segenap aspek termasuk pendidikan.
Oleh yang demikian, pemberian biasiswa yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pelajar Palestin bagi meneruskan pengajian di negara ini adalah selari dengan dasar luar Malaysia terhadap Palestin dan akan menjadi contoh kepada negara-negara lain.
Dalam hal ini dimaklumkan bahawa sumber peruntukan biasiswa tersebut adalah daripada universiti terlibat dan bukan daripada dana awam seperti yang digambarkan beliau. Ini jelas menunjukkan beliau tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
MCA juga dalam kenyataan tersebut diilihat bersikap tidak adil dan cuba memutar belit fakta sebenar apabila mendakwa kerajaan di bawah Pakatan Harapan meminggirkan kaum Cina dan bukan bumiputera dalam pendidikan.
Salah satu inisiatif yang telah diambil bagi menafikan dakwaan tersebut adalah Kerajaan Pakatan Harapan pada pembentangan bajet 2019 telah memperuntukkan sejumlah RM 165 juta kepada SJKC, SJKT, Sekolah Mubaligh, dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan bagi tujuan naik taraf dan selenggara sekolah-sekolah tersebut.
Selain itu peningkatan bilangan pengambilan pelajar bukan bumiputera daripada 25 000 kepada 40 000 untuk Program Matrikulasi turut menyaksikan peningkatan pelajar bukan bumiputera yang akan ditawarkan ke program tersebut meningkat sebanyak 60 peratus daripada sebelumnya. Ini adalah antara contoh bahawa PH tidak pernah memandang sepi keperluan pendidikan bagi kaum cina dan bukan bumiputera di negara ini.
Justeru tindakan Tan Chee Hiong yang mengeluarkan kenyataan secara tergesa-gesa dan tidak berlandaskan fakta adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan perlu dikecam kerana berpotensi menimbulkan salah tanggap di kalangan rakyat yang rata-ratanya bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada rakyat Palestin dan positif terhadap pemberian biasiswa tersebut.
Semua pihak terutamanya MCA digesa supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan menyemak semua fakta bagi mengelak daripada berlakunya sikap prejudis yang menjurus kepada sifat perkauman dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Sehingga kini, belum ada sebarang teguran dibuat oleh Pas dan Umno terhadap rakan sekutu mereka ini. Oleh itu, Pemuda AMANAH Perak mengharapkan Pas dan Umno supaya menasihatkan MCA sebagai sekutu mereka untuk membuat permohonan maaf terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan dan mengambil iktibar agar membuat semakan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
YB HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena