'Repost, kongsi atau sebar tabur fitnah'.. itu BUKAN FITNAH! Asalkan bukan tulisan asal, sendiri..
Suara Rakyat
PUAK LEBAI DEDAK DENGAN FITNAH BERPISAH TIADA!
“Kalaupun surat itu palsu, kita ambil iktibar dari keseluruhan cerita kerana ia dibuat berdasarkan luahan yang sering didengari.
SAMPAI BILA NAK BIAR "DEEP STATE" BERMAHARAJALELA DALAM SKMM?
Saya adalah veteran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Namun saya bersyukur kerana dapat bekerja di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), mencari rezeki di sini, dan dapat menyumbang dalam membangun prasarana telekomunikasi dan multimedia negara.
Namun, apa yang sedang berlaku di SKMM sehingga sekarang ini membuatkan saya fed-up, muak dan tidak boleh lagi menutup mulut dan memekakkan telinga. Saya kena meluahkan SEBELUM TERLAMBAT.
Apabila Pakatan Harapan (PH) mencipta sejarah pada 9 Mei 2018, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 61 tahun, saya nampak cahaya pengharapan untuk satu perubahan besar. Sebagai rakyat Malaysia yang sudah muak dengan perangai pemimpin-pemimpin BN yang makin berlagak tuhan (play god), merompak duit rakyat berbillion ringgit, rasuah berleluasa dan menjadikan Malaysia mahsyur sebagai negara kleptokrasi, saya meletak kepercayaan yang tinggi agar PH melakukan sesuatu untuk pulih segera kerosakan yang telah berlaku.
Apabila kepimpinan baru PH mengambil tindakan segera menggugurkan Pengerusi, Datuk Dr Mazlan Ismail dan Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang merupakan talibarut UMNO, saya mengucapkan syabas kerana mereka inilah yang telah menjadikan SKMM sebagai kuda tunggangan UMNO untuk mengejar, mengugut dan menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang ketika itu atas alasan menghasut, memfitnah dan membawa huru hara apabila pemimpin pembangkang ketika itu mendedahkan segala kejahatan dan korupsi yang berlaku.
Setelah hampir setahun SKMM di bawah Menteri baru, YB Gobind Singh Deo, rupa-rupanya rumah belum siap, tetapi pahat terus berbunyi semakin kuat. Dalam kerajaan baharu masih bertatih mahu belajar dan membuat perubahan sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto PH, KKMM baru di bawah YB Gobind Singh Deo tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari kakitangan dan agensi-agensi dibawahnya. Pahat yang berbunyi kuat itu rupa-rupanya membantu bekas Perdana Menteri Najib Razak mencipta jenama baru "Malu Apa Bossku" dengan diam-diam dibelakang tabir. Ramai kakitangan di bawah agensi-agensi KKMM seperti RTM, FINAS, BERNAMA, Jabatan Penerangan (JAPEN) dan SKMM masih tidak mahu bekerjasama dengan "Government of the day", tetapi membantu pembangkang kerajaan pula.
Maka, terpaksalah YB Menteri mengambil tindakan tegas dengan menukar pegawai-pegawai atasan dengan serta merta pada 9 Oktober 2018. Timbalan Ketua Setiausaha KKMM, Shakib Ahmad Shakir dilantik sebagai pemangku ketua pengarah menggantikan Datuk Fauzi Ayob. Turut terbabit adalah jawatan Timbalan Ketua Pengarah FINAS yang kini dipangku Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin bagi menggantikan Datuk Azmir Saifudin Mutalib.
Dengan kegilaan pembangkang kerajaan mencipta dan menular berita-berita palsu dan maklumat-maklumat fitnah dan meragukan, rakyat kian menjadi bingung dalam menilai berita, auta dan fakta. Maka di sinilah tanggung jawab SKMM yang diharapkan memainkan peranan dalam melaksanakan tugasan mengawasi kandungan media sosial dan internet agar rakyat Malaysia menggunakan teknologi dan media digital dengan penuh bertanggung jawab.
Dengan prioriti kerajaan mahu meminimakan penularan berita-berita palsu dan maklumat-maklumat fitnah, sepatutnya lah SKMM memperhebatkan siasatan, menjejaki penyebar berita palsu dan pemfitnah dan penangkapan dan pendakwaan ke atas jenayah ini. NAMUN, INI TIDAK BERLAKU DENGAN AGRESIF. Maka, makin pesatlah jenayah penyebaran berita palsu dan fitnah sekarang ini!!
SKMM adalah agensi kerajaan yang memiliki peralatan dan perkakasan teknologi canggih yang boleh menjejaki penjenayah maya dalam dunia siber. Malah, kakitangannya yang saya kenal adalah dilatih khas dan mempunyai pengalaman luas dalam penggunaan teknologi canggih ini.
Malang seribu kali malang, teknologi, kepakaran dan pengalaman yang ada bukan sahaja tidak dimanfaatkan sepenuhnya, pergolakan politik dalaman SKMM antara kumpulan "Black Panther & Trio Ladies" dan mereka yang tidak seiring dengan mereka, akan makin melemahkan SKMM. "Keganasan" "Black Panther & Trio Ladies", yang makin berpengaruh mengabui mata YB Menteri dan pegawai-pegawai kanan beliau, termasuk Pengerusi SKMM yang begitu lemah dan "naive" untuk memahami dan menyiasat politik dalaman SKMM, telah menzalimi kakitangan yang komited, dedikasi dan bersungguh-sungguh mahu memperkasakan SKMM.
Antara yang telah menjadi mangsa ialah Andrian, Nor Hisham.....Manakala dalam radar mereka untuk disingkirkan ialah Sulyna, Dato Ali.....dan ramai lagi yang bakal menyusul..
Kegasanan "Black Panther & Trio Ladies" terkini ialah mahu menyingkir keluar satu-satunya Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang diiktiraf sebagai pakar kes siber dan cemerlang dalam kerja-kerja beliau, yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara. Malah, "Black Panther & Trio Ladies" ini dibantu oleh pegawai atasan SKMM berpangkat Datin dan direstui oleh Pengerusi SKMM, dan mereka telah bersekongkol melakukan penyingkiran-penyingkiran beberapa pegawai, dengan memberi tekanan-tekanan kerja, sehingga mereka meletak jawatan. Cubaan penyingkiran ke atas Timbalan Pendakwa Raya ini telah sampai ke pengetahuan Jabatan Peguam Negara dan ini telah menimbulkan kemarahan Jabatan Peguam Negara yang mahu menarik kakitangan beliau dengan serta merta!! Tahniah "Black Panther & Trio Ladies" kerana berjaya melumpuhkan operasi siasatan SKMM dan memutus hubungan akrab selama ini dengan Jabatan Peguam Negara.
Rupa-rupanya "Deep State" dalam SKMM masih mekar dan hidup, menzalimi kakitangannya, dan memberi impak negatif kepada usaha baik kerajaan yang mahu membanteras penyebaran berita-berita palsu dan fitnah. "Deep State" di KKMM akan memburukkan lagi nama baik dan niat ikhlas YB menteri dan pegawai-pegawai kanan beliau untuk membuat perubahan negara!
YB Menteri perlu melakukan sesuatu dengan segera di SKMM agar usaha-usaha membanteras penyebar berita-berita dan maklumat palsu dan fitnah dapat diteruskan. Jika tidak, maka PH akan menjadi kerajaan sepenggal oleh kerana kegagalan diri sendiri untuk merobah dan berobah dengan pantas.
Saya menulis kerana saya sayangkan SKMM, sayang negara Malaysia ini.
Pekerja Veteran SKMM
29 Mei 2019
29 Mei 2019
1 comments:
Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas kepada orang2 yang membuat cerita palsu, fitnah dan khurafat dalam media sosial. Ketegasan tindakan perlu agar rakyat sedar bahawa membuat dan menyebarkan fitnah adalah kesalahan serius dan akan dikenakan hukuman berat. Tindakan tegas dan segera mesti diambil keatas SEMUA yang membuat dan menyebarkan berita2 fitnah dan palsu agar menjadi "deterrence" dan menyekat kegilaan membuat fitnah yang sedang liar sekarang ini terutama dikalangan pengamal2 media sosial pembangkang dan para pimpinan mereka juga.
Pembuat dan penyebar FITNAH MESTI dihukum dengan berat kerana fitnah ni adalah perosak negara malah Rasulullah SAW sendiri mengibaratkan pemfitnah itu lebih teruk dari membunuh. Kerajaan PH dan SKMM mesti bertindak SEKARANG untuk menghalang perkara ini dari berleluasa. Kita mesti ambil tauladan dari penyebaran fitnah yang berleluasa di Indonesia yang menyebabkan berlakunya rusuhan dan kekacauan sehingga berlaku kehilangan nyawa hanya kerana ada beberapa makhluk "yang mengaku islam" tetapi gemar dan syok membuat dan menyebarkan fitnah! Mencegah adalah lebih baik dari mengubati! ACTION NOW!
Nick.
Cape Tiger.
Post a Comment