Ketua pengarah Jabatan Amal Malaysia (JAM) Mohd Nazree Mohd Aris, ketika dihubungi Malaysiakini berkata anggota terlibat ditahan reman empat hari mulai semalam.
Menurut Mohd Nazree, JAM - yang menjadi salah satu organisasi dalam 𝙋𝘼𝙎 𝙢𝙪𝙣𝙜𝙠𝙞𝙣 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙘𝙪𝙗𝙖 𝙙𝙞𝙖𝙣𝙞𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙞𝙝𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙚𝙣𝙩𝙪.
APA? CUBA DIANIAYA? Baru belajar dari Najib ka. Bila dah kantoi baru lah nak cakap dianiaya blaa blaa..
Tumpang sekole.
Kepada sesiapa yang berdendam dengan mufti maka bolehlah menghubungi jabatan berikut untuk kerja-kerja berkaitan.
Jangan risau soal bayaran kerana upah yang dikenakan amatlah berpatutan hanya RM500 sahaja walaupun pada awalnya dijanjikan RM5000.
Paling penting setelah RM500 diterima pasti lepas tu akan dapat penginapan percuma di mana-mana sel yang disediakan. - f/bk
TS
APA? CUBA DIANIAYA? Baru belajar dari Najib ka.
Bila dah kantoi tuduh org lain nak aniaya dia plok !
Kemesraan DAP terhadap umat Islam tidak wajar dijadikan isu
Syahredzan Johan menempelak tindakan seorang pemimpin PAS yang mempersoalkan kemesraan wakil rakyat DAP dalam memeriahkan bulan Ramadan bersama-sama umat Islam di kawasan mereka.
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya dijadikan isu.
“Orang mahu raikan Ramadan dengan rakyat kawasan pun dia jadikan isu.
“Sepatutnya dalam bulan mulia ini, apa-apa yang mendekatkan kita sesama manusia digalakkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani yang menuduh DAP kononnya mempunyai “agenda tersembunyi”.
Tambah Syahredzan, individu seperti Ahmad Dusuki tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai “modal politik longkang”.
“Mungkin sebab itu Ahmad Dusuki bertanding kawasan Melayu pun dia tidak boleh menang. Rakyat boleh nampak politik longkang dia,” katanya.
Dusuki tewas di DUN Kota Anggerik pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu kepada calon PKR, Najwan Halimi yang memperoleh majoriti 17,004 undi.
‘Hati jangan hitam sangat’
Ahmad Dusuki dalam kenyataan tersebut turut mendakwa kononnya kemesraan yang ditonjolkan pemimpin DAP sebagai lakonan semata-mata.
Dia turut meminta agar pemimpin DAP untuk bersolat dan bersujud bersama-sama umat Islam.
Kenyataan Ahmad Dusuki itu mendapat reaksi wakil rakyat DAP, Young Syefura Othman.
Menurut Adun Ketari itu, beliau melakukan ibadah hanya semata-mata kerana Allah dan bukan lokanan.
“Saya solat dan sujud pada Allah bukan lakonan ya ustaz, tapi kerana saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
“Hati tu tolong jangan hitam sangat,” ciapnya di Twitter.
Kenyataan Ahmad Dusuki itu turut mengundang reaksi daripada warga net.
Seorang pengunna Twitter @wamozin berkata: Patutnya doakan Allah bagi hidayah bukannya kata ada agenda-agenda apa ustaz. Macam mana orang bukan islam nak mendekati islam kalau ustaz macam ini ada di malaysia.
Seorang lagi pengguna Twitter @pemudamuslimMY berciap: Pemimpin DAP yang dipilih rakyat adalah pemimpin rakyat. Bila pemimpin rakyat sertai majlis rakyat berbuka puasa, itu bukan agenda parti. Itu agenda merakyat. Tapi ustaz PAS yang dangkal ini kerjanya hanya mempolitikkan, hanya menanam curiga dan takut. – Roketkini.com
1 comments:
Nama: __ Hendi Zikri Didi
Bandar: _______________ Melacca
pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya mempunyai banyak peminjam palsu di internet, saya telah ditipu saya hampir berputus asa, sehingga saya bertemu seorang teman yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.
Pusat Aplikasi / Hubungi
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516
Post a Comment