Tuesday 31 July 2018

[Video Kerajaan tuntut RM2.5j yang dibayar pada Arul Kanda & 'Desakan G25 agar Ali Hamsa letak jawatan pandangan mereka sendiri'] Surat kpd CIA - Cer klu yg tulis surat tu ahli PKR ke DAP ke, berkokoklah pembangkang (umno & sekutunya?) kata nk jual negara, pengkhianat negara!

Rabu, 1 Ogos 2018


Foto Suara Rakyat.
FUHHH !!!.. Ramainya... sampai Jho Low pon tak leh dikesan sehingga skrg..

Ini kalau tanya Najib gerenti dia cakap tak tahu... hantar surat pada CIA pun Najib cakap tak tahu..

Asal saja kantoi jer Najib cakap tak tahu, masa jadi PM APA YANG NAJIB TAHU ??!

Foto Suara Rakyat.

WOWW !!!.. Tak khianat negara ?.. Tapi boleh kata UNTUK NIAT YANG BAIK ??

BAIK TANG MANA TU !!!

Kalau baik kenapa nak sorok dari pengetahuan YDP Agong khususnya dan rakyat amnya !!!

Sampaikan Najib pon kata tak tahu menahu pasal surat tersebut...YA KA ?? NAJIB TAK TAHU ??

NAMPAK TAK !!!



Iskandar Zul Cuba klu yg tulis surat tu ahli PKR ke DAP ke,berkokok lah mereka kata nk jual negara,pengkhianat negara,fahaman komunis,nk cabul perlembagaan,nk jual negara dan mcm2.

PAS x nk komen apa2 ke berkaitan surat tersebut ?



Foto Suara Rakyat.

Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid hari ini pertahankan diri daripada tuduhan khianat dgn mengatakan surat itu ditulis dengan NIAT YANG BAIK. Tak ada unsur derhaka dalam surat tersebut.

JIKA TIADA UNSUR KHIANAT, NIAT BAIK ?.. apakah tujuan SEBENAR surat itu ditulis kpd CIA ?

TANG MANA NIAT YANG BAIK TU !!

KENAPA 'Surat CIA' itu dibuat ketika era Najib berkuasa ??!

PERNAHKAH kewujudan 'Surat CIA' itu berlaku di era2 perdana menteri sebelum Najib ?
Read More

[Video PRK Sg Kandis 'Sepatut Najib tak payah datang, duduk rumah' & Pas Umno hanya tahu MAINKAN ISU KAUM, AGAMA SAHAJA?] KENYATAAN PEMUDA PAS BUAT ANU LOKE MAN TERSENTAP?

Rabu, 1 Ogos 2018


Hasil carian imej untuk Gambar PRK sg kandis
PRK Sungai Kandis: Mohd Zawawi jadi pilihan pengundi?

Imej yang berkaitan

KENYATAAN PEMUDA PAS BUAT ANU LOKE MAN TERSENTAP...


Nik Abduh juga disekolahkan..Dr Khairudin pun dah tak aman..

PRK SG KANDIS | Pemuda PAS Kota Raja hari ini mempersoalkan perjalanan program parti itu pada Sabtu lalu yang dijadikan sebagai platform untuk pemimpinnya menyeru pengundi parti terbabit memenangkan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis Sabtu ini

Mana yg betul

Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata inti pati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan pusat itu dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lalui.

Kata Mohd Najib pihaknya juga berasakan seruan tersebut menyalahi semangat Fasal 82 (g) Perlembagaan PAS yang menyatakan semua anggota parti itu - termasuk pimpinan - perlu mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

“Pemuda PAS Kota Raja berpandangan keputusan (seruan) tersebut bersifat dasar, sekali gus membelakangkan kuasa majlis syura dan kuasa muktamar.

"Sepatutnya cadangan tersebut perlu dibahaskan dan mendapat persetujuan muktamar terlebih dahulu, bukan terus diberikan arahan seperti malam tersebut.

"Kami turut berasakan tindakan itu akan mematikan peranan Gagasan Sejahtera yang menjadi terma bagi PAS dalam langkah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis itu, anggota Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis memilih Datuk Lokman Noor Adam pada PRK itu selepas mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak menegakkan serta menjaga agama Islam.

Buat ahli celaru

Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini pula menasihati anggota PAS supaya mengundi demi kepentingan Islam, Melayu serta masa depan negara.

Beliau juga meminta mereka membuat pertimbangan itu dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Mohd Najib, pihaknya sama sekali tidak bersetuju bahawa PRK Sungai Kandis menjadi platform untuk ‘menghalalkan’ penyatuan PAS dan Umno/BN, sedangkan hal-hal sedemikian sepatutnya dibincang dan diputuskan di dalam muktamar PAS Pusat.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda PAS Kota Raja menghantar surat rasmi kepada setiausaha agung parti bagi memohon penjelasan selain menyerahkan kepada kebijaksanaan PAS Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pimpinan yang terlibat.

“Kami menolak dan membantah tindakan sebilangan pimpinan yang sering membuat kenyataan terbuka bersifat peribadi sehingga menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli.

“Pemuda PAS Kota Raja sama sekali tidak bermaksud menolak keputusan kepimpinan PAS Pusat jauh sekali untuk menyanggah seruan atau arahan pimpinan pusat dengan tidak meletakkan calon PAS dalam PRK di Sungai Kandis,” katanya.

Pada PRK itu, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, selain calon bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada PRU14, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, 
selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman 
Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat 
Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
Read More

[Video Mat Sabu Tenang Jawab Soalan Kenapa Tak Hantar Tentera di Arab Saudi] Mat Sabu menjawab soalan di parlimen demi keselamatan rakyat dan M'SIA...Syabas! Siapa ckp dia kartun?

Rabu, 1 Ogos 2018

Foto Mohamad Sabu.

Foto Mohamad Sabu.

Foto Mohamad Sabu.
Mesyuarat berkenaan Menggulung Perbahasan Titah Diraja di Bangunan Parlimen. Saya akan menggulung perbahasan tidak lama lagi. Saksikan live di page Parti Amanah Negara.
Read More

[Video Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng] 'Bekas Ketua Perisik MEIO (Datuk Hasanah) boleh didakwa kerana khianat'.

Rabu, 1 Ogos 2018

'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat'

Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid boleh didakwa kerana melakukan pengkhianatan apabila mengakui surat kepada Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) adalah tulen, kata seorang peguam.
Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, Hasanah boleh disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba mengganggu demokrasi berparlimen atau Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melakukan pengkhianatan.
Beliau berkata, Hasanah tidak sepatutnya menyatakan surat tersebut tiada kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkara itu masih disiasat.
"Malah, pihak polis yang sepatutnya membuat kenyataan itu selepas siasatan, sama ada Najib terlibat atau tidak, kerana perkara itu tertakluk kepada beberapa laporan polis yang dibuat terhadap kandungan surat itu.
"Oleh sebab Hasanah mengakui kandungan surat itu, dia boleh disiasat di bawah Seksyen 124C atau lebih teruk, melakukan pengkhianatan.
"Dia mesti ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat mengenai siapa yang berada di belakang dalam memberi arahan untuk menulis kandungan surat itu. Jika ada bukti yang cukup, dakwa dia atau orang-orang di belakangnya yang menulis surat itu, "katanya.
Seksyen 124C Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara, manakala Seksyen 121 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman gantung.
'Keselamatan negara, bukan keselamatan parti'
Memandangkan kerajaan kini menentang penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Haniff menegaskan polis masih boleh memohon reman terhadap bekas ketua pengarah MEIO itu selama 14 hari untuk menjalankan siasatan.
Peguam itu menambah agensi perisikan berkenaan harus digunakan untuk kepentingan keselamatan negara dan bukan bagi menyelamatkan parti tertentu.
Katanya, itu sebab mengapa beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Hasanah bahawa kebocoran itu bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
"Malah, orang yang membocorkan surat tersebut melakukan perkara yang betul, kerana tindakan kerajaan terdahulu seperti mengundang campur tangan asing.
"OSA boleh digunakan untuk mengekalkan keselamatan negara tetapi bukan membantu mengekalkan kerajaan melalui cara yang tidak sah dengan mendapat sokongan asing.
"Ini merupakan contoh penyalahgunaan undang-undang di mana penjawat awam secara salah melindungi kerajaan BN sebagai sebahagian daripada keselamatan negara," tegasnya.

Malaysiakini.

Read More

[Video 'Menteri Pertahanan Kartun'! Mat Sabu jawab Najib] TPM: Ambil insuran perjalanan jika ke luar negara & Samada Rafizi tergolek atau Azmin yang makan tanah?

Selasa, 31 Julai 2018
Hasil carian imej untuk Gambar Najib Joker
... (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah pimpinan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak...

Hasil carian imej untuk Gambar Najib Joker
"Kalau berani panggillah saya joker dalam Dewan Rakyat!" 

Selepas disindir Najib, ini reaksi Mat Sabu


Najib kutuk Mat Sabu kaw kaw : Kalau berani cakap dalam dewanlah Najib, kata Mat Sabu

TPM saran ambil insuran perjalanan jika ke luar negara

Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan agar rakyat Malaysia mengambil insurans perjalanan ketika melancong ke luar negara bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2018.

DR Wan Azizah Wan Ismail menyarankan agar rakyat Malaysia mengambil insurans perjalanan ketika melancong ke luar negara bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Timbalan perdana menteri​​​​​​ turut mengingatkan orang ramai supaya memeriksa keadaan cuaca di negara yang ingin dilawati sebagai langkah keselamatan.
Kalu kalah, Rafizi ada invoke, Azmin ada apa... 
Rafizi akan tetap selamanya dikenang atas pendedahan demi pendedahan panasnya. 
Lebai2 dari parti pak lebai pun pasti terkenang bagaimana mereka mengusung Rafizi keluar masuk kampung utk berceramah bab lembu Syahrizat. 
Tak sedikit lebai yang jadi YB akibat tempias pendedahan Rafizi. 
Azmin pula akan tetap dikenang selagi kukuh berdirinya Penjara Sungai Buluh kerana, Azmin  pernah bernawaitu untuk merobohkan Penjara Sungai Buluh demi presidennya. 
Usahkan Penjara Sungai Buluh, pasir Sungai Langat pun dah hampir langsai. 
Pemilihan PKR tidak berapa lama lagi. Samada Rafizi tergolek atau Azmin makan tanah. 
Jangan gusarkan Rafizi, kalau tergolek dia akan reti bangun, kesat2 bontot dan masuk kontena Invokenya. 
Azmin kalau makan tanah, dia nak menyorok dalam rumah sapa? 
Pun jangan risau, tau lah dia lari masuk bawah kelangkang bapak angkat dia Madey, pengerusi PPBM. 
Sapa pun tak akan pergi menadah dengan UMNO,,, 
Yang dok gatal tak tentu hala dengan UMNO sekarang cuma LEBAI-LEBAI. - f/bk
Tumpang sekole.
Read More

Monday 30 July 2018

[Video Mat Sabu Menteri Kartun 'Kari Kepala Ikan' kata Najib] Mat Sabu 'naik angin', Hey Najib...! Blogger BJ @ Briged KibaranBendera selamat kembali ke tanah air setelah sebulan (Julai 2018) kembara seluruh England, France, Belgium & Holland.

Selasa, 31 Julai 2018
Hukum karma dunia.. Dulu sebelum PRU14 aku rasa Mat Sabu lah salah sorang penceramah yang paling banyak bantai Najib... Sekarang dah bertukar.. Najib dah peluang sebagai pembangkang dia pula bantai Mat Sabu yang baru berapa hari jadi Menteri Pertahanan.. Kalau lah betul apa yang Najib dakwa.. Mat Sabu tak pelingkup duit rakyat... Berbanding Najib.. Adui...
Harap Mat Sabu cepat lah arah Tan Sri Amrin Buang dan anak-anak buah nya buat kerja semak balik apa yang berlaku dalam Mindef..
Najib dah berpeluang sebagai pembangkang dia pula bantai Mat Sabu yang baru berapa hari jadi Menteri Pertahanan.  
Sapa yang lebih segak...tanye aje!
Foto Mat Sabu Fan Club.

Foto Mat Sabu Fan Club.

Foto Mat Sabu Fan Club.

Foto Mat Sabu Fan Club.

Foto Mat Sabu Fan Club.

Foto Mat Sabu Fan Club.

Mat Sabu Fan Club menambah 8 foto baharu — bersama Syukri Del Chillar.· 
YB Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu meluangkan masa bersama komuniti Malaysia di London, United Kingdom seusai selesai urusan kerja di selatan England.
Sambutan sememangnya terlebih hangat sehingga dewan penuh dan tetamu melimpah ruah ke kaki lima.
Imej yang berkaitan
Jauh perjalanan luas pandangan.
Blogger BJ selamat kembali ke tanah air setelah sebulan (Julai 2018) menjelajah England, France, Belgium & Holand bersama 7 ahli keluarga - isteri, anak2, menantu dan cucu.
Blogger BJ juga berkesempatan menghadiri Konvokesyen (anak) di University of Southampton, England sama tarikh dengan lawatan Mat Sabu ke selatan England tempoh hari.

In Sya Allah April - Jun 2020 (sempena 'Wawasan 2020' & menziarahi anak bongsu yg sedang menuntut di France) Blogger BJ akan menjelajah Switzerland, France, Luxamberg, Jerman, Denmark, Italy, Hungary & Romania pula utk melengkapkan kembara seluruh Europe.
- Blogger BJ,
Read More

[Video Pantun ABCD SST...Inilah Dia Pantun 5 Kerat Ahmad Maslan] K'jaan HARAPAN bentang RUU mansuhkan GST.

Selasa, 31 Julai 2018
Inilah Dia Pantun 5 Kerat Ahmad Maslan

Hasil carian imej untuk Gambar Ahmad maslan di Parlimen
Hasil carian imej untuk Gambar Ahmad maslan di Parlimen

K'jaan HARAPAN bentang RUU mansuhkan GST

PARLIMEN l Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat.
Berikutan langkah kerajaan HARAPAN untuk menetapkan kadar GST pada sifar peratus, pengguna sejak Jun lalu tidak dikenakan sebarang cukai. Walau bagaimanapun, vendor masih dikehendaki mematuhi dokumentasi GST.
Rang undang-undang pemansuhan hari ini bertujuan untuk menamatkan rejim GST sepenuhnya.Pembentangn RUU itu dilakukan oleh timbalan menteri kementerian kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah yang bertujuan memansuhkan akta cukai berkenaan.
Turut dibentangkan hari ini adalah undang-undang baru untuk menggantikan GST dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Ia adalah RUU Cukai Jualan 2018; RUU Cukai Perkhidmatan 2018; RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018 bagi membolehkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Ini adalah sama dengan Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975, yang dimansuhkan pada tahun 2014 apabila GST diperkenalkan.
Melalui RUU Cukai Jualan, ia memperuntukkan cukai dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia dan dijual, digunakan atau dilupuskan oleh pengilang berdaftar, atau barang bercukai yang diimport ke dalam Malaysia oleh mana-mana orang.
Sementara, RUU Cukai Perkhidmatan yang memperuntukkan bagi mengenakan, melevikan dan memungut cukai perkhidmatan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
Menerusi kedua-dua RUU berkenaan, ia menetapkan menteri boleh menetapkan kadar cukai yang hendak dikenakan dan dilevikan serta mengubah atau meminda kadar cukai berkenaan, melalui perintah yang disiarkan dalam warta.
Malaysiakini.
Read More

[Video Susulan laporan terbaru MH370 - Azharuddin letak jawatan pengerusi CAAM (DCA)] Ketua setiausaha negara digesa berundur cara terhormat.

Selasa, 31 Julai 2018

Ketua setiausaha negara digesa berundur cara terhormat

Kumpulan bekas penjawat awam tersohor G25 mendesak Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa meletakkan jawatan.
Gesaan itu dibuat selepas timbul siri publisiti buruk dan kritikan kepimpinan baru terhadap perkhidmatan awam negara.
“Kami rasa KSN tidak patut tidak pedulikan kenyataan keras daripada pemimpin kita dan sebaliknya, beliau patut mengaku pada diri sendiri bahawa beliau bertanggungjawab bertindak demi kepentingan seluruh perkhidmatan awam dengan meletakkan jawatan.

“Kami dengan ini mendesak KSN mengambil langkah terhormat dengan menawarkan peletakan jawatannya tanpa teragak-agak bagi menyelamatkan perkhidmatan awam daripada terus menanggung malu dan berdepan publisiti buruk.
“Tawaran peletakan jawatannya akan membolehkan perdana menteri membuat keputusan betul terhadap pentadbiran negara,” kata G25 dalam kenyataan hari ini.
Semua kakitangan kerajaan, kata mereka, akan menghargai “pengorbanan” peribadi Ali bagi memberi laluan kepada KSN baru mengembalikan semula reputasi perkhidmatan awam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata terdapat penjawat awam tidak memberikan komitmen kepada agenda reformasi kabinet kerana masih setia pada pemimpin lama.
Perkara itu, kata Mahathir, menyebabkan sukar untuk pentadbiran baru mempercayai mereka untuk melaksanakan dasar-dasar pembaharuan yang mahu diperkenalkan.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena