Tuesday 31 July 2018

[Video PRK Sg Kandis 'Sepatut Najib tak payah datang, duduk rumah' & Pas Umno hanya tahu MAINKAN ISU KAUM, AGAMA SAHAJA?] KENYATAAN PEMUDA PAS BUAT ANU LOKE MAN TERSENTAP?

Rabu, 1 Ogos 2018


Hasil carian imej untuk Gambar PRK sg kandis
PRK Sungai Kandis: Mohd Zawawi jadi pilihan pengundi?

Imej yang berkaitan

KENYATAAN PEMUDA PAS BUAT ANU LOKE MAN TERSENTAP...


Nik Abduh juga disekolahkan..Dr Khairudin pun dah tak aman..

PRK SG KANDIS | Pemuda PAS Kota Raja hari ini mempersoalkan perjalanan program parti itu pada Sabtu lalu yang dijadikan sebagai platform untuk pemimpinnya menyeru pengundi parti terbabit memenangkan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis Sabtu ini

Mana yg betul

Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata inti pati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan pusat itu dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lalui.

Kata Mohd Najib pihaknya juga berasakan seruan tersebut menyalahi semangat Fasal 82 (g) Perlembagaan PAS yang menyatakan semua anggota parti itu - termasuk pimpinan - perlu mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

“Pemuda PAS Kota Raja berpandangan keputusan (seruan) tersebut bersifat dasar, sekali gus membelakangkan kuasa majlis syura dan kuasa muktamar.

"Sepatutnya cadangan tersebut perlu dibahaskan dan mendapat persetujuan muktamar terlebih dahulu, bukan terus diberikan arahan seperti malam tersebut.

"Kami turut berasakan tindakan itu akan mematikan peranan Gagasan Sejahtera yang menjadi terma bagi PAS dalam langkah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis itu, anggota Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis memilih Datuk Lokman Noor Adam pada PRK itu selepas mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak menegakkan serta menjaga agama Islam.

Buat ahli celaru

Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini pula menasihati anggota PAS supaya mengundi demi kepentingan Islam, Melayu serta masa depan negara.

Beliau juga meminta mereka membuat pertimbangan itu dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Mohd Najib, pihaknya sama sekali tidak bersetuju bahawa PRK Sungai Kandis menjadi platform untuk ‘menghalalkan’ penyatuan PAS dan Umno/BN, sedangkan hal-hal sedemikian sepatutnya dibincang dan diputuskan di dalam muktamar PAS Pusat.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda PAS Kota Raja menghantar surat rasmi kepada setiausaha agung parti bagi memohon penjelasan selain menyerahkan kepada kebijaksanaan PAS Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pimpinan yang terlibat.

“Kami menolak dan membantah tindakan sebilangan pimpinan yang sering membuat kenyataan terbuka bersifat peribadi sehingga menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli.

“Pemuda PAS Kota Raja sama sekali tidak bermaksud menolak keputusan kepimpinan PAS Pusat jauh sekali untuk menyanggah seruan atau arahan pimpinan pusat dengan tidak meletakkan calon PAS dalam PRK di Sungai Kandis,” katanya.

Pada PRK itu, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, selain calon bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada PRU14, Shuhaimi mempertahankan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, 
selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman 
Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat 
Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena