Tuesday 31 July 2018

[Video Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng] 'Bekas Ketua Perisik MEIO (Datuk Hasanah) boleh didakwa kerana khianat'.

Rabu, 1 Ogos 2018

'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat'

Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid boleh didakwa kerana melakukan pengkhianatan apabila mengakui surat kepada Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) adalah tulen, kata seorang peguam.
Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, Hasanah boleh disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba mengganggu demokrasi berparlimen atau Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melakukan pengkhianatan.
Beliau berkata, Hasanah tidak sepatutnya menyatakan surat tersebut tiada kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkara itu masih disiasat.
"Malah, pihak polis yang sepatutnya membuat kenyataan itu selepas siasatan, sama ada Najib terlibat atau tidak, kerana perkara itu tertakluk kepada beberapa laporan polis yang dibuat terhadap kandungan surat itu.
"Oleh sebab Hasanah mengakui kandungan surat itu, dia boleh disiasat di bawah Seksyen 124C atau lebih teruk, melakukan pengkhianatan.
"Dia mesti ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat mengenai siapa yang berada di belakang dalam memberi arahan untuk menulis kandungan surat itu. Jika ada bukti yang cukup, dakwa dia atau orang-orang di belakangnya yang menulis surat itu, "katanya.
Seksyen 124C Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara, manakala Seksyen 121 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman gantung.
'Keselamatan negara, bukan keselamatan parti'
Memandangkan kerajaan kini menentang penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Haniff menegaskan polis masih boleh memohon reman terhadap bekas ketua pengarah MEIO itu selama 14 hari untuk menjalankan siasatan.
Peguam itu menambah agensi perisikan berkenaan harus digunakan untuk kepentingan keselamatan negara dan bukan bagi menyelamatkan parti tertentu.
Katanya, itu sebab mengapa beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Hasanah bahawa kebocoran itu bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
"Malah, orang yang membocorkan surat tersebut melakukan perkara yang betul, kerana tindakan kerajaan terdahulu seperti mengundang campur tangan asing.
"OSA boleh digunakan untuk mengekalkan keselamatan negara tetapi bukan membantu mengekalkan kerajaan melalui cara yang tidak sah dengan mendapat sokongan asing.
"Ini merupakan contoh penyalahgunaan undang-undang di mana penjawat awam secara salah melindungi kerajaan BN sebagai sebahagian daripada keselamatan negara," tegasnya.

Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena