Friday, 18 August 2017

[Video Sesusah Zaman Tun M, TAK SEDAIF ZAMAN NAJIB RAZAK] BEBANAN hidup rakyat semakin parah! Peniaga merungut, orang tiada duit beli barang, kata Muhyiddin.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Peniaga merungut, orang tiada duit beli barang, kata Muhyiddin

Peniaga merungut, orang tiada duit beli barang, kata Muhyiddin
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata peniaga merungut barangan tidak laku kerana jumlah pelanggan tidak lagi seperti sebelum ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 Ogos, 2017.

BEBANAN hidup rakyat semakin parah ditambah dengan situasi yang dihadapi oleh negara ini, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Katanya, ini dapat disaksikan sendiri ketika beliau turun padang berjumpa dengan rakyat.
Berucap di siri Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat di hadapan ribuan hadirin di Kepala Batas semalam, beliau mengingatkan negara ini perlu diselamatkan sebelum kritikal terjerumus ke dalam satu gaung yang cukup dalam.
Muhyiddin berkata ketika itu nanti negara akan amat sukar untuk bangkit dan pulih semula.
"Saya pergi ke banyak tempat, pasar malam bertemu rakyat biasa, petani, pekedai. Saya tanya mereka bagaimana (peniagaan). (Mereka kata) susah. Barang mahal, barang tak laku, nilai ringgit jatuh menjunam.
"Kalau kita pergi ke luar negara, ke Thailand mereka dulu tanya 'ada ringgit Malaysia tak? (Sebab) mereka lagi suka ringgit daripada Baht Thai sendiri. Hari ini mereka tak pandang ringgit.
"Dia (peniaga dari Thailand) takut kalau dia pegang seringgit, esok dah tinggal 90 sen nilainya. Kalau lama pegang, takut turun, jatuh lagi. Kalau banding dengan mata wang asing, yang turun 3% hingga 5%, tapi ringgit Malaysia jatuh hampir 40% ke bawah," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan kritikan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pengumuman ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi tahun ini, mengatasi sasaran antara 4.3% dan 4.8% berikutan prestasi kukuh separuh pertama.
Katanya, dengan bebanan hidup, hak rakyat sudah hampir hilang berbanding pertumbuhan ekonomi negara yang kononnya dilihat seperti terdapat pertumbuhan, tetapi sebenarnya tidak memberikan kesan kerana bebanan ditanggung oleh rakyat lebih besar.
Muhyiddin turut melawat peniaga di Pekan Rabu, Kedah untuk bertanyakan keadaan perniagaan mereka.
Beliau berkata kebanyakan peniaga merungut dengan barangan yang tidak laku kerana jumlah pelanggan tidak lagi seperti sebelum ini sambil bertanya bila pilihan raya akan diadakan.
"Orang tak dapat nak beli sebab tak ada duit. Pastinya memperlihatkan pimpinan BN hari menunjukkan rakyat tiada keupayaan untuk berbelanja kerana wang yang ada tak sebanyak mana," katanya.
Antara pemimpin PH yang turut hadir Pengerusi Bersatu Pulau Pinang Marzuki Yahaya, pengerusi Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan pemimpin DAP Lim Kit Siang. – 19 Ogos, 2017.
Read More

[Video Mat Sabu - AMANAH Istiqamah Lawan UmnoBN Bukan Macam PAS (kerana du, du, duitttt!)] Pakatan HARAPAN juga tonggaknya adalah Melayu Islam & UmnoBN pun sudah 'mereput menunggu mati'.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Image result for foto pakatan harapan

SETUJU UNTUK TIDAK SETUJU

Dalam konteks Malaysia di mana Melayu merupakan majoriti dan Islam sebagai agama rasmi, sesiapa pun pasti setuju bahawa Melayu Islam mesti menjadi tonggak kepada kepimpinan negara ini.

Apabila Hadi Awang mengatakan demikian, ia tidak bermakna hanya Pas saja yang memiliki tonggak Melayu Islam itu atau Melayu Islam dalam Pas saja yang boleh diyakini.

Hakikatnya, dalam BN dan Pakatan Harapan juga tonggaknya adalah Melayu Islam. Dalam hal ini, Pakatan Harapan turut berulangkali menyatakan Melayu Islam tetap menjadi tonggak kepimpinan negara setelah BN berjaya diumbangkan nanti.

Bahkan, jika diperhati tonggak Melayu Islam dalam Pas adalah paling tidak diyakini untuk memimpin negara ini, manakala dalam UMNO dan BN ia sudah "reput menunggu mati".

Di masa lalu, kepimpinan Melayu Islam Pas tidak diyakini kerana sikap dan amalan mereka yang sedikit ekstrem, sementara sekarang pula mereka lagi kurang dipercayai kerana menyokong kleptokrasi dan seperti tidak peduli dengan penyelewengan serta kehilangan wang negara yang berguni-guni.

Maka, tatkala rata-rata kita setuju bahawa Melayu Islam mesti jadi tonggak kepimpinan negara, Hadi janganlah "perasan" dengan menulis pandangan yang cuba memberi gambaran seolah-olah Melayu Islam Pas paling layak menerajui negara ini.

Apakah Hadi sendiri, Nik Abduh, Nasruddin Tantawi, Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan lain-lain pemimpin Pas boleh diyakini untuk memimpin negara ini?

Dalam catatan di laman Twitter, susulan tulisan berkaitan Melayu Islam itu, Hadi juga menitipkan ayat, "Jika Melayu bersama Islam semuanya akan selamat, Melayu tanpa Islam semunya tidak selamat."
Sekali lagi, rata-rata kita tentunya setuju dengan apa yang ditulis oleh Hadi itu, malah ia bertepatan dengan ungkapan, "Islam adalah rahmat kepada sekalian alam."

Tetapi, pastilah Islam yang membawa rahmat dan penyelamat itu bukanlah Islam yang didokong dan diperjuangkan oleh Pas.

Apakah Islam yang terungkap melalui Amanat Hadi sendiri mampu menyelamat?

Atau adakah Islam melalui sikap dan pendirian Pas ketika ini merupakan penyelamat kepada Melayu?

Islam yang diperjuangkan Pas - dulu, kini dan selamanya - walaupun mungkin pahit diterima oleh sesetengah pihak, harus kita akui lebih ke arah kekeliruan dan hanya mendorong kepada perpecahan sesama umat. (ShahbudinHusin 19/08/2017)
Read More

[Video Konspirasi PAS Mahu Berpakat Dengan Najib UmnoBN] Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu...Ayah, apa itu Armada, tanya remaja tahanan reman.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Foto Kelab Che Det.
Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu... (tolong sambung)
***
Gambar sekadar hiasan

Foto Prebet Sapu.
Teka teki..
Kenapa negara lain minyak tak naik?
Sebab negara lain takde amno

Ayah, apa itu Armada, tanya remaja tahanan reman

Ayah, apa itu Armada, tanya remaja tahanan reman
Tiga remaja yang ditahan selepas diperayai terbabit dalam insiden kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada Ahad lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 17 Ogos, 2017.

SEORANG remaja yang ditahan reman susulan kekecohan semasa forum Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu tidak tahu menahu satu apa pun tentang politik dan berfikir dia sebenarnya hendak dibawa menghadiri sebuah konsert, kata seorang ahli keluarganya.
Ahli keluarga itu, yang bercakap kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak didedahkan identitinya berkata, remaja itu malah bertanya kepada ayahnya apa itu “Armada” ketika keluarganya datang menjenguknya di balai polis Shah Alam pada Ahad, beberapa jam selepas dia ditangkap.
“Dia tanya ayahnya soalan itu. Mungkin polis bertanya soalan kepadanya berkaitan hal itu,” kata ahli keluarga remaja tersebut.
Armada ialah sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti baru yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad.
Sayap pemuda itu adalah penganjur forum Nothing to Hide 2.0 yang diganggu oleh sekumpulan remaja yang bertindak membaling kasut dan botol air ke arah pentas tempat Dr  Dr Mahathir sedang menjawab soalan daripada hadirin. Mereka juga membaling kerusi dan membakar suar.
Forum itu sepatutnya jadi pentas debat antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad  (1MDB). Najib bagaimanapun tidak hadir kerana merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Melaka.
Dr Mahathir sempat menjawab lapan soalan sebelum majlis bertukar kecoh.
Menurut sumber yang sama, remaja itu memberitahu ibu bapanya yang dia ingat dia akan pergi ke sebuah konsert dan sewaktu tiba di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, forum itu sudah pun bermula.
Kumpulan remaja yang membuat kacau itu dikatakan diminta untuk berhimpun di Setiawangsa pada awal petang Ahad dan mereka diberikan baju-T bertulis “Armada” untuk dipakai. Mereka juga diberitahu akan diberikan wang sebanyak RM50 untuk hadir ke dewan berkenaan.
“Dia diberitahu mereka akan ke konsert, jadi dia ikut saja,” kata ahli keluarga remaja itu, sambil menambah remaja itu dan kawan-kawannya tidak mengayuh basikalnya ke tempat kejadian tetapi dibawa ke Shah Alam dengan kereta.
“Itu yang keluarga dapat tahu setakat ini. Sekarang apa yang saya bimbang ialah berapa lama lagi dia akan duduk di dalam (ditahan oleh polis).
“Dia pernah buat kacau. Dia masih belajar dan saya tak mahu kejadian ini mengganggu pelajarannya,” kata sumber itu.
Ahli keluarga itu bercakap kepada The Malaysian Insight selepas menemani ibu kepada remaja berkenaan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini. Polis hari ini mendapatkan perintah lanjutan reman empat hari terhadap tiga suspek yang ditahan sejak Ahad lalu.
Setakat semalam, polis menahan 13 orang termasuk 3 remaja yang dilanjutkan reman hari ini bagi membantu siasatan.
Mereka disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Kanun Kesiksaan bagi kesalahan merusuh.
Pemimpin PH menyalahkan Umno manakala pegawai kanan perdana menteriTengku Sariffuddin Tengku Ahmad menuduh Dr Mahathir punca kekacauan.
Tengku Sariffuddin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata hadirin pada forum itu marah apabila Dr Mahathir gagal menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.
Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar juga menyalahkan Bersatu dan berkata sebagai penganjur parti itu sepatutnya bertanggungjawab atas keselamatan mereka yang hadir, keselamatan tempat dan keselamatan acara itu.
Kenyataan Khalid itu bagaimanapun dibidas oleh beberapa pihak termasuk kumpulan peguam hak asasi.  – 17 Ogos, 2017.
Read More

[Video Formula 1 Lawan 1, Tanpa Pas pun Pakatan HARAPAN Pasti Boleh Tewaskan Najib UmnoBN] Apa yang Zahid Hamidi merepek ni? MENUKAR PARTI YANG MENGUASAI KERAJAAN TIDAK BERERTI TIDAK SETIA KEPADA KERAJAAN.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Image result for Gambar pakatan harapan

MENUKAR PARTI YANG MENGUASAI KERAJAAN TIDAK BERERTI TIDAK SETIA KEPADA KERAJAAN

Apa yang Zahid Hamidi merepek ni?

Timbalan Perdana Menteri semalam mengingatkan pesara dan bakal pesara sektor awam agar sentiasa berterima kasih kepada kerajaan.

Mereka juga, katanya tidak harus melayan perasan tidak puas terhadap kerajaan kerana ia hanya akan menyebabkan hati diselubungi perasaan benci yang tiada noktahnya.

Janganlah menggigit tangan yang pernah beri kita makan, tambah beliau.

Apakah menjadi kesalahan bagi pesara, bakal pesara waima kakitangan kerajaan sekali pun untuk berbeza pendapat dan tidak mengundi parti yang menguasai kerajaan?

Siapa yang bertanding dalam pilihanraya - kerajaan atau parti-parti politik?

Jika parti politik yang bertanding dan kerajaan tidak bertanding, di mana salahnya bagi mereka untuk memilih atau memberi peluang kepada parti lain pula untuk mentadbir kerajaan, tambahan lagi jika parti yang menguasai kerajaan sedia ada sudah begitu celaru dan tidak boleh diharapkan lagi?

Ketika berkhidmat dengan kerajaan, memang kesetiaan perlu ada kepada kerajaan yang sedang memerintah, tetapi keadaannya berbeza ketika pilihanraya kerana kerajaan tidak bertanding, sebaliknya hanya parti politik yang meletakkan calon.

Ketika itu, baik pesara, bakal pesara atau kakitangan kerajaan sekali pun, mereka adalah bebas membuat pilihan.

Jika mereka membuat pilihan yang lain selain daripada parti yang sedang memerintah atau menguasai kerajaan, itu bukanlah bermakna mereka menggigit tangan yang pernah memberi mereka makan.

Mereka cuma menggunakan hak yang sah, dibenarkan dan halal di sisi undang-undang agar parti lain pula mentadbir kerajaan.

Hakikatnya, parti mana pun yang memerintah dan menang pilihanraya, kerajaan yang mewakili rakyat tetap wujud dan mereka yang menyumbang kepada peralihan itu tidak bererti mengkhianati kerajaan.

Mereka memang terhutang budi kepada kerajaan, tetapi tidak kepada parti yang menguasai kerajaan. Parti untuk membentuk kerajaan boleh ditukar ganti, tetapi kerajaan tetap wujud biar siapa pun yang menang pilihanraya.

Jadi, di mana logiknya Zahid Hamidi perlu mengingatkan pesara dan bakal pesara agar jangan menggigit tangan yang pernah memberi mereka makan?

Bahkan, bagi pesara atau bakal pesara yang diberi ingatan oleh Zahid Hamidi itu, sumbangan dan jasa mereka lebih bererti dan dihargai jika dapat sama-sama menyumbang kepada perubahan berikutan yang lebih penting untuk diselamatkan ialah masa depan negara ini.

Dengan parti dan pemimpin yang lebih baik, jujur dan tidak menyamun untuk kepentingan sendiri dipilih untuk menguasai kerajaan, masa depan negara dan generasi akan datang pasti akan lebih terbela.

Selepas kerajaan baru terbentuk, mereka boleh terus mencurahkan kesetiaan kepada kerajaan tersebut. Malah bagi pesara, mereka juga akan terus menikmati pencen seperti sediakala. (ShahbudinHusin 16/08/2017)
Read More

[Video Rakyat Pelbagai Bangsa Bersatu Di dalam Pakatan Harapan Lawan BN] Najib bimbang pertemuan satu lawan satu & Tahniah kepada Wanita Muda Amanah (WARDA).

Sabtu, 19 Ogos 2017

Foto Sulaiman Ibrahim.
Tahniah kepada Wanita Muda Amanah Kawasan Sik 
( WARDA ) sebentar tadi kerana telah berjaya membentuk Jawatan Kuasa WARDA Sik sebentar tadi.



Najib bimbang pertemuan satu lawan satu, kata Pengarah Komunikasi MB Selangor

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak bimbang jika permuafakatan membabitkan gabungan pembangkang berlaku akan menyebabkan parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, permuafakatan itu membolehkan berlakunya Tsunami Melayu yang terus menghakis penguasaan Umno daripada mentadbir Putrajaya.
Beliau optimis, perkara itu mampu direalisasikan hasil perbincangan rapat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama gabungan komponen pembangkang, di peringkat Persekutuan.
“Parti pembangkang kini berada dalam keadaan peralihan ketika Umno kini berada pada krisis kepercayaan dan populariti selain dipimpin perdana menteri yang paling tidak popular. Najib bimbang senario partinya akan menghadapi saingan sukar berdepan komponen parti pembangkang yang akan mendatangkan kerugian maksimum kepada Umno.
“Malah, ia sekali gus membolehkan terbentuknya Tsunami Melayu dan membuka jalan bagi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, permuafakatan komponen pembangkang sebelum ini juga menjadi landasan terbaik bahawa penyatuan itu berjaya menafikan penguasaan Umno, pada PRU-13.
“Masih wujud peluang bagi permuafakatan itu demi kepentingan semua komponen pembangkang jika ia direalisasikan. Seterusnya, tidak mustahil permuafakatan itu mampu menafikan penguasaan Umno di 20 kerusi atau lebih,” katanya.
Bagi undi keseluruhan pula, PHberjaya mendapat 5.5 juta undi berbanding BN 5.2 juta sahaja, dalam PRU-13.
Walaupun di atas kertas BN menang dengan 133 kerusi Parlimen, hakikatnya rakyat menolak parti itu berdasarkan peratusan jumlah undi diberikan kepada PH.
Bagaimanapun, jika Malaysia mengamalkan kaedah yang diguna pakai di luar negara iaitu ‘Propotional Representation’ (PR), bermakna secara jelas PH berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.
Read More

[Video Mahathir Berjanji Bantu Pulihkan Negara Bila Pakatan Harapan Berkuasa] Pas dilihat menjadi semakin 'getik' dan 'mengada-ngada'? PAS HANYA MAHU HURU-HARAKAN PAKATAN HARAPAN.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Related image

PAS HANYA MAHU HURU-HARAKAN PAKATAN HARAPAN


Sudah banyak kali saya menulis tentang perlunya Pakatan Harapan berdiri atas kekuatan sendiri dan melupakan terus Pas dalam perjuangan mereka memenangi piliharaya dan menyelamatkan Malaysia.

Hakikatnya, semakin Pas dirindui dan cuba dipikat semula, mereka jadi  semakin "getik" dan "mengada-ngada".

Lihatlah perkembangan sehari dua ini apabila PKR menyatakan tidak mustahil mereka akan memulakan rundingan dan bekerjasama semula dengan Pas. 

Belum apa-apa, sudah diminta PKR bertaubat nasuha dan dikata kononnya kerjasama itu hanya untuk menggunakan jentera Pas semata-mata.
Pemimpin Pas yang lain pula cuba memecah-belahkan Pakatan Harapan dengan mengungkit-ungkit semula apa yang pernah Tun Mahathir Mohamad lakukan kepada Anwar Ibrahim dahulu, sambil dalam masa yang sama meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf kepada keluarga Anwar.

Siapa Pas untuk mendesak Tun Mahathir meminta maaf sedangkan Anwar dan keluarganya pun tidak meminta demikian, malah mereka dengan lapang dada dapat bekerjasama untuk sama-sama menyingkirkan Najib Razak yang dirasakan lebih besar mudaratnya?

Lagi pula, bukankah Anwar sendiri sudah menjelaskan sebelum ini bahawa derita peribadi yang pernah dialaminya hanyalah luka kecil berbanding nasib dan masa depan negara?

Selain itu, Pas juga bukanlah anggota Pakatan Harapan, jauh sekali pemimpin yang membangkitkan perkara itu bersaudara dengan Anwar, jadi kenapa mereka perlu sibuk-sibuk tentang hal hubungan Tun Mahathir dengan Ketua Umum PKR itu?

Dalam hal ini, Pakatan Harapan seharusnya yakin dengan kekuatan yang mereka ada dan menyedari bahawa kecondongan Pas terhadap UMNO dan Najib Razak bukanlah rahsia lagi.
Kepada PKR, sedarlah bahawa Paslah yang memutuskan hubungan dengan mereka sebelum ini. Maka, berpada-padalah jika ingin berbaik semula, jangan sampai bak kata pepatah, "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

Sementara mereka bersikap "getik" dan "mengada-ngada" terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta terlihat ingin menghembus angin huru-hara agar gabungan itu berpecah, kecondongan Pas kepada UMNO terus rancak berjalan.

Di Lipis sebelum ini, ada pemimpin Pas hadir dalam mesyuarat UMNO yang dirasmikan Najib dan semalam di ketika lawatan Perdana Menteri ke Permatang Pauh, sekali lagi pemimpinnya hadir sama. Ini adalah susulan beberapa pendekatan berbaik-baik yang diamalkan sebelum ini, termasuk Hadi Awang berpakaian sedondon merah jambu bersama Najib.

Mereka selalu mengatakan tindakan berbaik-baik dan bekerjasama, malah menghadiri program UMNO atau kerajaan adalah amalan politik matang dan sejahtera. Kononnya itulah budaya politik baru Pas  ketika ini di ketika pemimpinnya juga kedapatan mulai kenal dengan jenama BMW, Range Rover, Mini Cooper, Velfire, Audi dan sebagainya.

Tidak salah Pas mengamalkan politik matang dan sejahtera, tetapi kenapa hanya dengan UMNO, BN dan Najib saja ada amalan politik matang dan sejahtera itu?

Kenapa dengan Pakatan Harapan mereka begitu keras dan benci menggila, tetapi dalam masa yang sama tetap berkata mahu menumbangkan UMNO dan BN?

Berikutan sikap Pas itu, sebagaimana yang selalu ditekankan sebelum ini, adalah membuang masa bagi Pakatan Harapan terus menaruh hati kepada Pas. Selain mahu memecah-belahkan Pakatan Harapan, Pas juga akan terus menimbulkan isu-isu remeh dan meletakkan syarat-syarat tak munasabah jika ingin berbaik dengan mereka.
Hakikatnya, mereka memang tidak mahu bersama Pakatan Harapan. Lupakanlah Pas dan tumpu serta gembleng kekuatan yang ada untuk memenangi pilihanraya dengan asas kemajmukan untuk memberi kesejahteraan dan menyelamatkan negara.

Biarkan saja Pas tenggelam bersama UMNO, BN dan Najib yang kian kelemasan dek arus penolakan rakyat pelbagai kaum ketika ini. Biarkan Pas dikenali sebagai parti Islam, tetapi tidak malu menyokong kleptokrasi.

Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang adalah simbol penyelamat negara, manakala Pas yang kini berbangga dengan amalan politik matang dan sejahtera mereka sebenarnya hanya ingin memastikan Najib terus kekal berkuasa. Noktah.  (ShahbudinHusin 18/08/2017)
Read More

[Video Selagi Najib Razak & BN Ada Jangan Mimpi Kebajikan Rakyat Terjaga] KENAPA ZAHID HAMIDI BIMBANG WUJUDNYA BANYAK KEM DALAM UMNO?

Sabtu, 19 Ogos 2017

KENAPA ZAHID HAMIDI BIMBANG WUJUDNYA BANYAK KEM DALAM UMNO?


Kewujudan kem-kem dalam UMNO adalah perkara biasa dan ia telah pun berlaku sejak dulu lagi. Ia biasanya diwujudkan oleh mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Dulu pernah ada  kem Musa Hitam, kem Tengku Razaleigh, kem Anwar  Ibrahim, kem Tun Abdullah Badawi, kem Najib Razak dan pelbagai lagi.

Zahid Hamidi yang hari ini menggesa agar tidak diwujudkan kem-kem tertentu kerana perkara itu, katanya boleh menjejaskan harapan UMNO untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya, tentu sekali sedar mengenainya lantaran beliau sendiri pernah di dalam kem Anwar dan Najib sebelum ini.

Dalam UMNO sejak kepimpinan Najib pula, semua pihak sedar wujudnya Muhyiddin Yassin, kem Zahid Hamidi, kem Hishammuddin Hussein dan kem Shafie Apdal.


Disebabkan Muhyiddin dan Shafie Apdal sudah dipecat daripada UMNO, yang tinggal dan menjadi sebutan buat seketika ialah kem Zahid Hamidi dan kem Hishammuddin.

Namun demikian, kem-kem yang baru terus wujud kerana sentiasa ada pemimpinnya yang mahu naik ke atas dan tidak cukup sekadar menjadi menteri saja.

Sebab itu, selain kem Zahid Hamidi dan kem Hishammuddin yang sedia ada, sekarang ini sudah wujud pula antaranya kem Khairy Jamaluddin dan kem Ismail Sabri Yaakob.

Kedua-duanya, Khairy Jamaluddin dan Ismail Sabri dilaporkan sudah mula bergerak untuk menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Jika UMNO terus berkuasa selepas PRU 14 (harapnya tidak) dan menjelang pemilihan UMNO 2018, pasti beberapa kem lagi akan wujud di mana ketua kem tersebut biasanya akan menawarkan diri sekurang-kurangnya bertanding jawatan Naib Presiden atau jawatan kanan yang lain.

Sekadar untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, seseorang itu tidak perlu mewujudkan kem, sebaliknya memadai dengan menumpang di sana sini saja.

Bahkan sejak beberapa minggu lalu wujud satu lagi kem iaitu kem Jamal Md Yunos  sebaik saja beliau mengumumkan mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi menggantikan tempat Khairy Jamaluddin.

Tidak mustahil, kiranya beliau menang nanti, kem Jamal Md Yunos akan menjadi salah satu faktor dan sebutan dalam UMNO.

Selepas ini, mungkin akan wujud lagi pelbagai kem seperti kem Abdul Rahman Dahlan, kem Salleh Said Keruak, kem Ahmad Maslan dan dua tiga kem yang lain.

Maknanya, kewujudan kem-kem dalam UMNO adalah perkara biasa dan ia akan terus tumbuh melata untuk merebut kuasa dan harta yang ada dalam negara.

Soalnya, kenapa Zahid Hamidi tiba-tiba bimbang dengan wujudnya kem-kem dalam UMNO sedangkan beliau sendiri pernah berada dalam dua  kem tersebut sebelum ini dan kem atas namanya sendiri pula masih ada sehingga sekarang?

Adakah ia benar-benar untuk menang pilihanraya atau kepentingan masa depan politiknya?

Apakah Zahid Hamidi hanya mahu kemnya saja dibenarkan wujud, manakala kem-kem lain tidak dibolehkan bertapak lagi dalam UMNO?

Atau Zahid Hamidi kini sedar kemnya sudah mulai pudar berikutan Najib didapati lebih banyak menampakkan kecondongan kepada Hishammuddin, lalu perlunya beliau meraih simpati dengan harapan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan sentiasa diberi lebih perhatian?  (ShahbudinHusin 18/08/2017)
Read More

[Video Hairan, Melayu Tak Hirau Soal 1MDB & Rasuah] Siasatan PEMBELIAN HOTEL DI LONDON Najib Cuci Tangan, Isa DIKAMBING HITAMKAN!

Sabtu, 19 Ogos 2017

Foto Rafizi Ramli.

SIASATAN KE ATAS PEMBELIAN HOTEL DI LONDON:
BUKANKAH PELABURAN DI LUAR NEGARA MESTI DILULUSKAN MAJLIS EKONOMI YANG DIPENGERUSIKAN PERDANA MENTERI?

Saya adalah ahli parlimen pertama yang menyatakan bahawa Tan Sri Isa Samad akan dijadikan “kambing hitam” untuk dikorbankan bagi menyelamatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak, seawal 17 Februari 2017 seperti yang dilaporkan Malaysiakini https://www.malaysiakini.com/news/372808#8S8OqMvHCWxQPA2l.97

Oleh itu, sementara saya lega kerana akhirnya ada siasatan ke atas penyelewengan wang Felda yang akan membebankan rakyat Malaysia untuk berpuluh tahun akan datang, saya juga tidak mudah terpedaya bahawa siasatan ini adalah ikhlas dan menyeluruh. Saya sudah dapat menghidu seawal Februari 2017 lagi bahawa ini akan berlaku kerana memang perkiraan itu telah dibuat lebih awal.

Sebab itu, saya menyeru rakyat Malaysia dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan agar tidak ghairah bertepuk tangan dengan penahanan Tan Sri Isa Samad kerana itu belum tentu akan dapat merungkai kesemuanya sekiranya penyelewengan ini tidak disiasat secara menyeluruh.

Satu perkara yang membimbangkan saya ialah bagaimana budaya pertanggungjawaban di Malaysia ini (baik dalam politik, di tempat kerja, di jabatan kerajaan dan lain-lain) hanya memberi tumpuan kepada “kambing hitam” yang menjadi korban. Jika ada sesuatu penyelewengan atau pelaburan yang merugikan, hanya “kambing hitam” itu yang disiasat dan dihukum. Ketua atau badan yang bertanggungjawab mengawal selia dan meluluskan tindakan-tindakan “kambing hitam” itu yang akhirnya menyebabkan kerugian tidak disentuh langsung dan mereka kekal di jawatan mereka.

Sebab itu apabila sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) rugi besar, yang dihukum hanyalah Ketua Pegawai Eksekutifnya sedangkan Lembaga Pengarah yang turut bertanggungjawab membuat kesemua keputusan besar yang dilaksanakan oleh CEO tidak dikenakan tindakan.

Dalam kes pembelian hotel-hotel mewah di Kuching dan London oleh Felda yang menjadi tumpuan siasatan SPRM dan punca Tan Sri Isa Samad ditahan, beliau bukanlah individu yang tertinggi yang membuat keputusan pembelian. Ada lagi badan yang lebih tinggi yang sepatutnya telah lebih awal menolak dan membatalkan hasrat Felda untuk membeli hotel-hotel ini.

Saya merujuk pengalaman saya mengendalikan skandal pembelian tiga unit hartanah di Australia oleh MARA yang harganya dinaikkan hampir dua kali ganda. Kes itu sekarang sudah menjadi siasatan pihak berkuasa (walaupun belum ada seorang pun yang didapati bertanggungjawab) dan saya sudah pun menang saman dengan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang menuduh saya memfitnah dalam kes itu.

Dalam kes tersebut, menteri yang bertanggungjawab ketika itu (Dato’ Seri Shafie Afdal) dan pengerusi MARA ketika itu (Tan Sri Anuar Musa) dengan secara jelas mengesahkan bahawa cadangan pembelian hartanah luar negara oleh MARA itu telah dibentangkan dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Berita-berita yang melaporkan perkara ini boleh dibaca di capaian berikut:

Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/node/60550

Astro Awani:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembelian-hartanah-di-australia-patuhi-tatacara-perolehan-kementerian-kewangan-pengerusi-mara-63518

Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/303181#pgsM5TCP9Vo3us8x.97

Malah, laporan Astro Awani dengan secara jelas juga memetik Tan Sri Anuar Musa sebagai mengesahkan bahawa “kelulusan dari Perdana Menteri (melalui Majlis Ekonomi) adalah sebahagian dari prosedurnya”.

Saya telah menyemak laman web Majlis Ekonomi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keanggotaannya, fungsinya dan terma rujukannya di capaian http://www.epu.gov.my/ms/seksyen/urus-setia-majlis-ekonomi

Dato’ Seri Najib telah menetapkan bahawa Majlis Ekonomi mengambil alih tugas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal pelaburan negara. Ini disahkan juga oleh laporan Malaysiakinihttps://www.malaysiakini.com/news/303195#hwqo8VG5ys2PCYEG.97

yang memetik penerangan Tan Sri Anuar Musa bagaimana pembelian di luar negara (atau) yang melibatkan pinjaman luar negara perlu dibawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, pembelian hotel di London oleh Felda sudah tentu perlu melalui proses kelulusan yang sama iaitu perlu dibawa dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri di samping menteri kanan yang lain.

Jika Tan Sri Isa Samad direman dan disiasat atas dakwaan menerima suapan dari pembelian hotel tersebut yang menyeleweng duit Felda, maka Dato’ Seri Najib Razak dan anggota Majlis Ekonomi yang lain juga perlu disiasat untuk menentukan sama ada mereka juga menerima habuan/suapan kerana merekalah (Perdana Menteri dan anggota Majlis Ekonomi) yang turut meluluskan pembelian hotel di London (yang perlu dibawa ke Majlis Ekonomi kerana ia melibatkan pelaburan luar negara).

Jika ada bukti mereka tahu bahawa pembelian itu ada unsur penyelewengan kerana harganya lebih mahal tetapi mereka tetap meluluskannya, mereka perlu disiasat pula sama ada mereka mendapat habuan. Jika ada bukti mereka mendapat habuan, mereka juga perlu ditahan seperti Tan Sri Isa Samad.

Jika mereka tidak tahu ada unsur penyelewengan dalam pembelian itu tetapi gagal mengenal pasti risiko pelaburan dan gagal menyemak bahawa harga yang perlu dibayar Felda adalah terlalu tinggi, maknanya mereka tunggul yang makan gaji buta kerana gagal/cuai menjalankan amanah sebagai anggota Majlis Ekonomi. Mereka perlu dipecat atau jika mereka bermaruah, mereka perlu meletakkan jawatan.

Budaya rasuah menjadi begitu mendalam dan parah di negara kita bukan disebabkan dua tiga orang yang ditangkap terlibat di dalam penyelewengan. Mereka sebenarnya hanyalah sebahagian kecil dari satu ekosistem pentadbiran negara yang mendokong dan membenarkan rasuah berleluasa. Jika kita benar-benar mahu membanteras rasuah, kita perlu memerangi keseluruhan ekosistem rasuah ini termasuklah dengan menuntut satu teladan pertanggungjawaban yang tertinggi di kalangan menteri dan pegawai kanan kerajaan yang menduduki kerusi-kerusi penting seperti Majlis Ekonomi.

Oleh itu, walaupun Tan Sri Isa Samad telah dikambing hitamkan, itu tidak bermakna Dato’ Seri Najib boleh mencuci tangan. Beliau perlu dipanggil SPRM untuk disiasat untuk menentukan sama ada sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi, beliau telah meluluskan pembelian ini (jika dibawa) dan sebab musabab beliau berbuat demikian sedangkan jelas harga yang dibayar Felda adalah jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More

[Video Azmin Usah Berperahu Dalam Gelombang & PESARA TIDAK TERHUTANG BUDI Kepada UmnoBN] VIRALKAN...Ayuh seluruh warga Perak!

Jumaat, 18 ogos 2017

Foto Pakatan Harapan Perak.
VIRALKAN.... Jom dengarkan 'live' dpd Tun M, DS Wan Azizah, Sdr Lim Guan Eng, Sdr Mat Sabu serta pimpinan PH Negeri Perak di Ceramah Perdana peringkat PH Perak 'SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI' pada
20/8/17 @ 9:00 malam
Laluan Klebang Restu 11, Medan Klebang Restu, Ipoh
(Parlimen Tambun)
Foto Pakatan Harapan Perak.
Foto Parti Amanah Negara.
Suka Halaman Ini · 5 jam 
Konvensyen Tahunan AMANAH negeri Perak kali ke-2. Perasmian oleh YB Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden AMANAH.
Saksikan Majlis Perasmian secara LIVE di Facebook Amanah Negeri Perak bermula jam 8.30 pagi
Read More

[Video 'Ini Memang Celaka, Sial, di Sebatnya RM4 bilion' - Abdullah Sani] "Antara Abdul Hadi dan Mahathir, aku tak setuju dengan Hadi" Sebab? Hadi mesra Umno, Mahathir lawan Umno!

Jumaat 18 Ogos 2017
Foto Suara Rakyat.
Dasar kepala hotak Ameno pikir bagaimana nak cekau duit rakyat.. Sampaikan umat Islam nak lakukan ibadah korban pon kene caj RM35 bagi seekor sembelihan..

KERAjaan Umno/BN yg dah kutip cukai GST sehingga lebih RM40 bilion setahun tu hasilnya dah pergi ke kantong mana ??!

Tu pon.. MASIH LAGI NAK SOKONG & UNDI BN, kenapa ?

Terpulanglah pada rakyat utk lakukan perubahan..

#UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14#CelakaUmno



Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!!... Ligat betul kepala hotak Ameno pikir bagaimana nak cekau duit rakyat.. Dah terdesak sgt kah bila umat Islam nak lakukan ibadah korban pon kene caj RM35 bg seekor sembelihan..

KERAjaan Umno/BN yg dah kutip cukai GST sehingga lebih RM40 bilion setahun tu hasilnya dah pergi ke kantong mana ??!

Tu pon.. MASIH LAGI NAK SOKONG & UNDI BN, kenapa ?

Terpulanglah pada rakyat utk lakukan perubahan..

#UBAH #TolakBarisanNasional #PRU14

Image result for Gambar Pakatan Harapan

"Antara Abdul Hadi dan Mahathir, aku tak setuju dengan Hadi"

Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin mempunyai perbandingan menarik antara dua pemimpin sekarang, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan.
Bagi bekas Adun Pas di Perlis itu, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing tetapi beliau menegaskan, "Aku tak setuju dengan Abdul Hadi sebab mesra Umno. Dan aku setuju dengan Mahathir sebab lawan Umno. Itu saja."
"Jika Abdul Hadi dipanggil tuan guru, Mahathir dipanggil doktor. Jika Abdul Hadi pernah jadi MB, Mahathir pernah jadi PM," tulisnya dengan bahasa yang santai.
"Jika Abdul Hadi pandai cakap Arab, Mahathir pandai cakap Inggeris. Jika Abdul Hadi pernah mengajar orang di masjid, Mahathir pernah merawat orang di klinik," katanya lagi.
"Jika Abdul Hadi Presiden Pas, Mahathir pernah jadi Presiden Umno. Jika Abdul Hadi ada Khalil, Mahathir ada Mukhriz," katanya.
Dan yang pastinya kata beliau, mereka berdua orang Islam.
"Kedua-duanya pernah buat dosa, dan kedua-duanya pernah buat jasa. Kedua-duanya (dan kita juga) wajib bertaubat drpd dosa," jelas beliau.
Sehubungan itu, beliau menasihati agar tidak taksub kepada sesiapa sama ada Abdul Hadi atau Tun Mahathir kerana kedua-dua individu itu ialah manusia yang ada akal dan juga nafsu.
Namun di penghujung tulisannya, Zolkarnain menegaskan, "Peringatan: Ini cuma draf."
Ia dipercayai menyindir ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor yang menarik balik tulisannya mengenai Akta 164 dengan alasan ia hanya draf selepas menerima teguran dan kritikan pelbagai pihak.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena