Saturday 1 June 2019

Harap peneroka FELDA bersabar, titah YDP Agong! Beri peluang pengurusan baharu Felda perbetulkan masalah & PERKEMBANGAN KES PERBICARAAN 1MDB > YR1M > Ihsan Perdana > Najib [Video Rayuan kes rasuah Rosmah ditangguh kerana cuti sakit]

Sabtu, 1 Jun 2019

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Suara Rakyat
"Saya dapat merasai kedudukan masyarakat di Felda. Saya percaya dan yakin jika semua pihak ada pemikiran yang positif, hati yang sabar dan beri kepercayaan kepada kerajaan baharu untuk membetulkan kekurangan yang ada dengan secepat dan sebaik mungkin."
"Harga kelapa sawit ini tidak tertakluk kepada kerajaan semata-mata tetapi tertakluk kepada ekonomi global. Tapi ia tak bermakna kita harus berpeluk dada kerana kita harus mencari jalan dan inisiatif baharu," titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan teks
Imej mungkin mengandungi: teks
PERKEMBANGAN KES PERBICARAAN 1MDB - NAJIB - ROSMAH
1. Ingat semula kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DS Amar Singh Ishar Singh bahawa nilai keseluruhan barangan yang dirampas daripada kediaman Najib adalah antara RM 900,000,000 hingga RM 1,100,000,000.
2. Barangan tersebut dirampas daripada tiga tempat:
-Apartment B-45-02, Tower 2, Pavilion Residences, KL
-Rumah keluarga Najib di Bukit Tunku
-Rumah di Putrajaya
Apartment di Pavilion Residences tersebut dimiliki oleh Obyu Holdings Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Bustari Yusuf, sahabat baik dan rakan golf Najib.
Harganya RM 6,820,000.
3. Senarai barang yang dirampas daripada Apartment di Pavilion Residences sahaja:
- 306 beg tangan, 212 daripadanya adalah beg tangan Hermès bernilai RM47,000,000
- 401 jam tangan bernilai RM 74,000,000.
- 11,990 barang kemas bernilai ratusan juta Ringgi
- RM 114,000,000 wang tunai asing dengan nilai terbesar Dollar Singapore 9,800 000 atau bersamaan RM30,000,000.
Berapa juta dah?
4. Semua barang yang dirampas di Apartment di Pavilion Residences termasuk yang dirampas di rumah Najib di Bukit Tunku dan Putrajaya sedang dalam proses saman pelucuthakan (forfeiture) bagi proses sitaan oleh AG pada 8 May lalu yang jumlahnya lebih kurang RM 711,000,000.
5. Daripada barangan dirampas itu, yang paling mengejutkan adalah barang kemas. Penyiasat kes 1MDB telah mendapat bukti pembelian kebanyakan barang kemas ini daripada wang 1MDB.
Wang daripada 1MDB tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Standard Chartered Singapura, milik empat syarikat berbeza:
-Blackstone Real Estate Partners
-Alsence Chance Holdings
-Brightstone Jewellery
-Blackrock Commodities
Kesemua empat syarikat ini milik Eric Tan Kim Loong, orang kanan Jho Low. Eric dikatakan individu yang bertanggungjawab terhadap akaun Jho Low di Singapura dan Switzerland yang dibuka bagi tujuan 'membersihkan' dana curi 1MDB.
Menurut penyiasat lagi, sebanyak RM 1,030,000,000 nilai barang kemas telah dibeli oleh empat syarikat ini daripada 30 penjual barang kemas. Kebanyakan barang kemas yang dibeli itu boleh dijumpai dalam senarai barang rampasan di Apartment di Pavilion Residences. (Rujuk gambar 3)
6. Selain barang rampasan, AG juga sedang dalam proses saman pelucuthakan RM6,900,000 daripada akaun Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).
YR1M ditubuhkan oleh Najib dengan dirinya sebagai Pemegang Amanah bersama Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, bekas Pengerusi 1MDB dan pegawai khas Najib, Datuk Wan Shihab Wan Ismail.
Daripada penyiasat, dari Mac hingga Mei 2013 sebanyak RM 420,000,000 telah dipindahkan daripada akaun 1MDB Global Investment di Switzerland ke akaun YR1M di Malaysia. Nilai itu adalah sebahagian daripada USD 2,720,000,000 (berapa RM ni???) perolehan jualan bon 1MDB untuk projek Tun Razak Exchange yang diuruskan oleh Goldman Sachs.
7. AG juga ingin menyita RM 1,880,000 dalam akaun Roger Ng, pegawai bank Goldman Sachs dan isterinya yang keduanya merupakan rakyat Malaysia.
Selain itu, pada tahun 2017 sahaja Roger Ng menerima sebanyak RM 9,400,000 dalam akaunnya di Malaysia yang dipindahkan daripada akaun luar negara.
Roger Ng dibicarakan di Mahkamah New York dan mengaku tidak bersalah tetapi bosnya yang mengetuai usaha mendapatkan dana pelaburan bagi 1MDB melalui bon telah mengaku bersalah dan sedang menunggu sabitan hukuman.
8. Minggu lepas, Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman (saksi kes 1MDB ke-37) mengaku telah memindahkan wang daripada akaun Ihsan Perdana sebanyak RM 42,000,000 ke dalam akaun AmIslamic Bank Najib pada 2014 dan 2015 atas arahan CEO YR1M, Ung Su Ling. Ung dan timbalannya, Dennis See merupakan orang Jho Low.
9. Penyiasat berkata wang itu diberikan oleh YR1M kepada Ihsan Perdana untuk tujuan projek kebajikan. Wang YR1M pula diambil daripada 1MDB.
Prosesnya:
1MDB --> YR1M --> Ihsan Perdana --> Najib
10. Di mahkamah minggu ini, Najib dikatakan TERKEJUT DAN SEDIH dengan jumlah wang yang dipindahkan ke akaunnya dan meminta Datuk Dr. Shamsul supaya tidak membuat laporan polis. Tidak cukup nilainya mungkin?
Sumber:
Kredit : En Arham Merican

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena