Saturday 1 June 2019

Negeri 'Serambi Sampah' Bila tegur, bongkar pentadbiran PAS-Kelantan pengotor..tahu plok marah? Salah cina DAP jugak ka? Puak2 lobai kutip 'zakat' Infaq wajib tanpa kebenaran MAINPP [Video Bicara kes saman fitnah Waytha Moorthy terhadap Presiden JMM]

Ahad, 2 Jun 2019
KiniTV
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 16 Ogos depan untuk perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) P. Waytha Moorthy terhadap Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah. Saman fitnah itu adalah berhubung ucapan Azwanddin dalam satu perhimpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) di Dataran Seni Klang, Disember tahun lepas. Peguam Annou Xavier, yang mewakili Waytha Moorthy memberitahu pemberita bahawa tarikh berkenaan ditetapkan Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail di dalam kamarnya ketika pengurusan kes itu yang turut dihadiri peguam Sarah Abishegam bertindak bagi pihak Azwanddin. "Kesemua dokumen berkaitan dengan perbicaraan telah lengkap dan kemungkinan Waytha Moorthy akan memberi keterangan pada hari berkenaan," katanya. Pada 13 Feb lepas, Waytha Moorthy, 53, selaku plaintif memfailkan saman itu selepas mendakwa Azwanddin, 46, yang dinamakan sebagai defendan telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran Geras pada 25 Dis 2018. Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan juga telah menyebabkan ucapan dan perkataan fitnah itu diterbitkan semula di pelbagai media cetak, portal berita dan laman web selain mendakwa ucapan berkenaan yang dimuat naik ke laman Facebook defendan telah mendapat 187,912 paparan, 4,705 like, 943 kongsian dan 362 komen setakat 8 Feb 2019. Dakwanya, ucapan itu adalah tidak benar dan berniat jahat selain mendakwa ia memberi kesan terhadap reputasinya sebagai senator dan sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial. Oleh itu, plaintif memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada mengucapkan atau menerbitkan ucapan memfitnah tersebut di dalam mana-mana media, secara bercetak, atas talian atau sebaliknya serta memohon ganti rugi am, teladan, terlampau, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Azwanddin dalam penyataan pembelaan yang difailkan pada April lepas, menafikan secara keseluruhan pernyataan tuntutan plaintif kerana kenyataan defendan tidak melibatkan plaintif secara eksklusif tetapi untuk menangani isu-isu politik yang lebih luas. Defendan juga mendakwa perkataan yang didakwa fitnah yang diucapkannya dalam perhimpunan itu adalah kerana beliau dihasut oleh hadirin lebih daripada sekali dan beliau menyatakan apa yang telah didengar daripada mereka. Azwanddin berkata beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap plaintif seperti didakwa plaintif dalam pernyataan tuntutannya sebaliknya ia diucapkan untuk mengkhabarkan ketidakadilan dalam kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. - Bernama
Imej mungkin mengandungi: luaran dan teks
Suara Rakyat
Bila tegur, bongkar pentadbiran PAS-Kelantan pengotor.. tahu plok marah.
Tapi itulah hakikatnya dah bertahun² isu sampah bersepah berlonggok di bahu jalan di negeri Kelantan masih tak selesai. Kenapa?
Salah cina DAP jugak ka?
Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Suara Rakyat
Beginilah taktik licik PAS perguna atas nama agama demi menghalalkan tindak tanduk mereka yang songsang..
Bila PAS kantoi ingkar titah Sultan Kedah & Raja Perlis isu kutip zakat tanpa tauliah tahun lepas, kini beralih lari ke negeri tiada sultan utk meneruskan xtvt kutip 'zakat' a.k.a Infaq wajib Ramadan tahun ini tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Imej mungkin mengandungi: 7 orang
Cina Guan Eng sertai majlis buka posa tak boleh sebab belum masuk Islam.
Tapi bila India & Cina sama2 berbuka puasa dgn lobai2 PAS boleh pula. Jadi penyokong parti Islam bermakna automatik masuk Islam ka?
Orang lain berlakon.. SALAH, TETAPI jika pemimpin penunggang agama berlakon... Dia saja betul..

3 comments:

Lone ranger pomen said...

Tu cina dap yg buang tu, dari PP depa pi kelantan utk longgok sampah, utk tunjuk yg kelantan ni kotor. Tak caya cuba try tanya walaun, mesti dia org kata betul... Girlfriend 1st aku org pasir putih. Aku penah jugak pegi sana. Kat kawasan sawah padi rasanya, p\sal aku nampak kubota. Masa aku tunggu kat pekan, tunggu adik dia dtg tunjuk jln pegi rumah dia. Ya rabbi.. Mls nak cerita la. Dah la cari roti canai dgn nasi lemak takde, awak perut biqse makan tu je pepagi. 😁😁😁😁😁. Tahun 2002 .. Tapi tak kawin pun. Bapak aku tak bagi, tak tau kenape. Bile aku tanye kenape. Dia tak jawab. Arwah mak aku cakap dulu abah aku duduk kuala krai 5 tahun, aku takde lagi masa tu. Tu je alasan dia. Sebab tak bagi tu dia bawak masuk kubur...

HBM said...

sebenarnya x boleh salahkan kerajaan kelantan semata mata....pasal sampah ni di mana mana ada:
1. sikap org kita mcm sampah
2. pemikiran pun mcm sampah
3. kkdg tu..majlis tempatan pun mcm sampah..
4. sbnrnya penyelesaian masalah ada dlm islam....kan lebai lebai selalu ckp...islam selesaikan semua masalah....tapi lebai tak cerita pulak bagaimana?..sbb lebai pun tak tahu..melainkan bercakap jer...

nick said...

Lebai ni bukan tahu apa2 pun. Kononnya Islam tu ada penyelesaian semua masalah. Ya, betul tetapi mesti ada ilmu dan mesti ada kepakaran dalm ilmu islam barulah dapat Islam memberikan penyelesaian. Masalah sebenarnya, kesemua lebai2 ni bukan ada ilmu pun, setakat ilmu hafal dan ilmu sembur air liur. Lebai2 ni bukan macam ulamak2 zaman dulu seperti Ibnu sina dan Al Khawarizm, yang menguasai berbagai bidang seperti tamadun, perubatan, kejuruteraan, matematik, perundangan, ekonomi dan fizik sehinga boleh menukar teori kepada praktik, dapat membina tamadun yang maju. Zaman ni pak2 lebai semuanya hanya ada ilmu jual agama demi dapat gaji dan dapat sampul lepas menjadi penglipurlara kat masjid. Ilmu ekonomi takde, ilmu sains hancur, ilmu fizik mengarut sampai buat cerita tentang "infinity stone" yang merupakan cerita komik, dan handal bab2 cerita nikah kawin dan cerita dalam kelambu. Jika begitu sahaja dangkalnya ilmu mereka bagaimana nak jadi kerajaan? Bagaimana nak jadi pentadbir bila pengurusan dan hal perakaunan dan kewangan pun bungkus? Lebih2 lagi takde langsung ilmu ekonomi dan pelaburan, sehingga pergi luar negeri kononnya cari pelaburan tapi sebaliknya habis masa melancong dan bersiar2.

Itu pasal negeri2 yang Pak lebai ni tadbir tak maju, tak progressive dan tak mantap sebab yang mentadbirnya pun mereka2 yang lembab, belum berusaha tapi dah sibuk buat solat hajat dan berpinar mata tengok duit walaupun duit tu bukan duit dia. Mereka bukan contoh pentadbiran Islam tetapi mereka contoh jelas, jawatan2 tidak boleh diberikan kepada si jahil dan si dungu. Rasulullah SAW telah memperingati umat Islam agar memberikan amanah kepada yang ahli (mereka2 yang berkemampuan dari segi ilmu dan bakat) bukannya setakat berserban dan berjubah terus angkat jadi pemimpin. Itu ibarat meletakkan mahkota di kepala lembu. Akhir nanti mahkota itu akan jatuh juga ke dalam lumpur dan hilang.

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena