Monday, 24 July 2017

[Video Puluhan ribu akan sertai demo 'anti kleptokrasi' 14 Okt] PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU akan hadir & disokong Warisan... Pas pula belum menerima sebarang jemputan katanya.

Selasa, 25 Julai 2017

Puluhan ribu akan sertai demo 'anti kleptokrasi' 14 Okt


Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan untuk mengadakan satu himpunan raksasa pada 14 Oktober depan.
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, himpunan yang diberi nama 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' itu akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.
Sebelum ini, ahli parlimen DAP Tony Pua berkata himpunan itu diharap mampu memberi orang ramai kefahaman mengenai isu 1MDB.
"Kita akan lancar kempen berkenaan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' dan kita akan adakan satu himpunan raksasa pada 14 Oktober.
"Bertempat di Padang Timur," kata Mahathir pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.
Ditanya mengenai jangkaan kehadiran pada himpunan berkenaan, Mahathir berkata: "Puluhan ribu".
Himpunan berkenaan adalah susualan reaksi terhadap saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan isu 1MDB.
Malah, Malaysiakini sebelum ini melaporkan, himpunan berkenaan itu juga sebagai langkah untuk mendekati rakyat dengan isu 1MDB.
Perhimpunan itu akan dihadiri oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut menyokong himpunan tersebut.
Bagaimanapun, kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH masih belum memutuskan sama ada akan menyertai himpunan anti-kleptokrasi berkenaan manakala PAS pula mendakwa mereka belum menerima sebarang jemputanberhubung perhimpunan itu.
Malaysiakini.
Read More

[Video Wang Durian Runtuh Peneroka FELDA Itu Duit Mereka Bukannya Jasa Najib Umno 'Perompak'] 6 insentif kerajaan bersifat sementara 15 lagi terlepas pandang.

Isnin, 24 Julai 2017

6 insentif kerajaan bersifat sementara 15 lagi terlepas pandang

Junaidy Jamaludin
Pengumuman kerajaan memberikan insensif khusus kepada warga dan peneroka Felda hanya bersifat sementara yang tidak mampu menyelesaikan masalah utama yang dihadapi 112,600 peneroka Felda seluruh negara, kata Presiden Peneroka Rakyat Malaysia (Peneroka) Junaidy Jamaludin.
Beliau berkata,usaha diperingkat kerajaan persekutuan yang membawa kesejahteraan kepada peneroka Felda digalakkan walaupun ia sepatutnya sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.
"Apa yang diuar-uarkan oleh perdana menteri kepada peneroka Felda adalah sesuatu yang sudah sepatutnya dari dulu lagi dilakukan.
"Sebenarnya masih ada lagi masalah utama peneroka yang tidak diselesaikan," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau berkata jika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menawarkan enam insentif kepada peneroka Felda, pihaknya juga meneliti terdapat 15 lagi permasalahan yang ditimbulkan selama ini oleh peneroka Felda sedikitpun tidak mendapat perhatian di pihak pengurusan Felda dan anak syarikatnya.
Junaidy berkata, terdapat enam isu utama yang dikenalpasti oleh Peneroka yang selama ini tidak diambil perhatian oleh pihak pengurusan Felda.
"Masalah-masalah pokok pihak peneroka felda adalah terdapat selama ini peneroka menerima penyata bulanan dan tahunan yang tidak tersusun dan terperinci.
"Harga getah yang tidak dikawal meyebabkan penanam getah terlalu daif dan tidak dibela, purata pendapatan harian penanam getah masih lagi dibawah RM20 sehari.
"Peratusan penggunaan kelapa sawit yang kurang jelas dan mencurigakan.
"Selain caj atau potongan peyelengaraan ladang yang tinggi dikenakan oleh pihak pengurusan ladang dan sistem menaik taraf kehidupan peneroka Felda dan anak peneroka tidak dirancang dengan teliti
"Bagi pandangan kami,jika isu utama ini dapat diselesaikan oleh pihak pengurusan felda, sudah pasti peneroka Felda mendapat lebih daripada apa yang di tawarkan oleh kerajaan melalui insentif tersebut,jika dikira dari sudut ekonomi bulanan dan tahunan," ujarnya.
Beliau menegulas mengenai keputusan kerajaan semalam, mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda antaranya bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.
Menurut Junaidy lagi pertubuhan yang membela nasib peneroka Felda ini, akan mengemukakan 15 usul kepada Felda dalam usaha memberikan jalan penyelesaian terhadap isu-isu utama yang selama ini diliht gagal diselesaikan oleh pengurusan Felda dan anak syarikatnya terhadap semua peneroka.
Justeru walaupun perdana menteri mengumumkan enam insentif untuk warga Felda seluruh negara, namun ujarnya, beberapa isu yang membelenggu peneroka yang selama ini masih lagi tidak dapat diselesaikan akan cuba dirungkai oleh Peneroka.
Tanpa mendedahkan kesemua 15 usul tersebut, yang akan dibawa kepada Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad secara berperingkat mengikut keutamaan itu, beliau berhasrat ia dilakukan secara berperingkat itu kelak sebagai memberikan solusi kepada isu-isu yang timbul selama ini yang mungkin terlepas pandang oleh pihak pengurusan Felda.
"Kita akan memberikan beberapa solusi kepada permasalahan yang timbul selama ini di kalangan peneroka Felda.
"Kami dapati banyak rungutan daripada peneroka antaranya usul yang akan kita bawa mengenai keperluan pihak pengurusan Felda mendedahkan penyata tahunan, bulanan yang lengkap kepada peneroka.
"Majoriti peneroka tidak tahu berapa hutang mereka kepada Felda kerana tidak dijelaskan dengan terperinci di dalam slip yang diterima daripada pihak pengurusan Felda.
"Apa yang kita buat peneroka akan usulkan satu penyata contoh yang dipersetuji dan ditandatangani oleh peneroka yang akan dihantar kepada Tan Sri Shahril Samad dalam masa terdekat ini," ujarnya.
Junaidy menjelaskan,dengan komposisi 1/4 (55 Parlimen) daripada 222 Parlimen adalah kawasan Felda di seluruh negeri, sesuatu yang agak menghairan apabila nasib peneroka masih lagi tidak terbela.
"Sepatutnya hutang berkurangan tetapi ia bertambah. Orang Melayu Islam mereka takut berhutang kerana hutang akan dibawa mati- jadi peneroka Felda sering menyuarakan soal hutang mereka. Jika adanya penyata tahunan terperinci banyak masalah boleh diatasi.
"Setiap peneroka Felda dianggap sebagai kakitangan kerajaan kerana rakan konsi kepada GLC yang sepatutnya dikenakan caj 4 peratus tetapi kenapa dikenakan caj sehingga 6.2%
"Dikalangan peneroka Felda juga tertekan kerana harga rendah yang ditawarkan berbanding pasaran luar.
"Peneroka akan mencadangkan kepada pengurusan Felda supaya memperkenalkan harga siling. Begitu juga dengan penanaman semula kelapa sawit, ramai yang nak tahu adakah kerajaan sudah ada peruntukkan untuk projek tanaman semula ini.
"Sama ada FGV dan Felda Plantation sudah memyediakan peruntukan untuk penanaman semula sawit? Masalah yang timbul peneroka Felda kini dipaksa membayar semula kos penanaman dilakukan," ujarnya.
Peneroka yang beribupejabat di Port Dickson ini, sudah pun mempunyai ahli di kawasan Felda di Negeri Sembilan, Johor, Kelantan dan Perak.
Pertubuhan yang baru ditubuhkan pada 2 Mei 2017 itu dijangka akan mengembangkan keahliannya ke Sabah dengan penyertaan dijangkakan 2,000 ahli yang berminat menyatakan kesediaan mereka untuk bersama pertubuhan ini untuk memperjuangkan nasib peneroka Felda di sana.
Pertubuhan ini pernah bersama dengan 300 orang peneroka Felda di Jelai membantah sistem caj penyelenggaraan yang dinaikkan daripada RM120 ke RM320 kerana ketika itu tiada NGO yang prihatin menyatakan permasalahan tersebut.
Pada 13 Jun lalu (Gambar bawah) Peneroka juga pernah bersama Pengerusi Task Force Felda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil menghantar memorandum di Wisma Felda mendesak Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) meletakkan jawatan.

Read More

[Video Parlimen Kecoh MP BN Dengan PH Isu Pandikar Tolak Soalan 1MDB] 'Parlimen tutup isu dakwaan bayaran PM pada risikan' & #HariPeneroka2017 #CashIsKing!

Isnin, 24 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.
PELIK TAPI BENAR..
Najib tetap beri ratusan jutaan ringgit kpd peneroka Felda walaupun Felda tanggung defisit RM1 bilion (RM1,000 juta) SETIAP TAHUN..

Kalau perbelanjaan tahunannya sebelum ini berkali2 defisit, mana nak cekau ratusan jutaan ringgit itu??

ADAKAH KANTONG2 DANA RAKYAT LAGI AKAN JADI MANGSA ??!

Jahanam negara jika Najib terus kekal urus tadbir kewangan negara sebegini..#KorekLubangTampalLubang

Sedarlah wahai pengundi2 Felda-BN. MASIH TAK NAMPAK LAGI KA !!

#HariPeneroka2017 #CashIsKing

'Parlimen tutup isu dakwaan bayaran PM pada risikan'

DEWAN RAKYAT | Terdapat usaha parlimen untuk menutup dakwaan pembayaran yang dilakukan perdana menteri kepada "ketua perisikan tentera", kata Anggota Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.
Gooi yang kesal apabila soalannya ditolak berkata, hal yang sama turut berlaku terhadap soalan berkaitan 1MDB.
"Semua soalan yang berkaitan dengan 1MDB dan PM tidak dibenarkan sama sekali. Dewan itu bukan lagi sebuah Dewan Rakyat, tetapi digunakan untuk menutup dan menyembunyikan salah laku oleh kerajaan," kata Gooi kepada Malaysiakini.
Gooi ingin bertanya kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada dakwaan Sarawak Report bahawa Najib membayar RM7 juta kepada "Ketua Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan" pada April 2013 adalah benar atau palsu.
Sekiranya dakwaan itu tidak benar, Gooi bertanya apa tindakan yang akan diambil oleh menteri untuk melindungi integriti pasukan keselamatan itu daripada tercemar.
Bagaimanapun, soalannya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (c).
Hishammuddin sebelum ini berkata beliau tidak menyembunyikan apa-apa mengenai perkara itu dan bersedia untuk disiasat. Pada masa pembayaran itu dikatakan berlaku, Menteri pertahanan ketika itu ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sarawak Report mendakwa siri bayaran ini menggunakan wang yang dipindahkan kepada Najib daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Soalan-soalan lain mengenai siri bayaran ini juga telah ditolak oleh Parlimen.
Ini termasuk soalan daripada ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang bertanya perdana menteri sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) telah memulakan siasatan ke atas peguam Tan Sri Shafee Abdullah.
Najib didakwa telah membayar Shafee sebanyak RM9.5 juta dengan dana berkaitan SRC, selaku pendakwa dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib secara konsisten menafikan menyalahgunakan dana awam, manakala peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada tahun lalu telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku berhubung SRC International.
Anggota parlimen pembangkang hari ini mendakwa Parlimen telah menolak 30 soalan berkaitan 1MDB dan SRC.
Gooi bertanya apa bentuk kerjasama yang diberikan oleh kerajaan kepada pihak berkuasa di luar negara yang menyelidik 1MDB.
Bagaimanapun, soalannya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (c) dan (f).
Malaysiakini.
Read More

[Video TERKINI, Lebih 30 Soalan 1MDB Dari PH Ditolak, Bukti Najib Takut!] 'Kalau bukan di Parlimen, mahu bahas 1MDB di mana lagi?'

Isnin, 24 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.
Inilah Malaysia ku...

Wajah sebenar Speaker Dewan Rakyat di sebuah negara yg dah merdeka hampir 60 tahun..

Jangankan nak usul apatahlagi bahas & lulus usul2 berkaitan #1MDB dlm parlimen, nak kemuka soalan 1MDB pon ditolak mentah2.

TETAPI JIKA NAK LULUS CUKAI2 BARU (seperti Cukai Pelancongan) UNTUK RAKYAT, SATU MALAM SAJA TANPA BAHAS PON BOLEH PULA GELOJOH PANTAS DILULUSKANNYA !!

'Kalau bukan di Parlimen, mahu bahas 1MDB di mana lagi?'

Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kesal apabila Parlimen enggan memberi sebarang penjelasan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, pertanyaannya hari ini yang bersifat umum juga tidak mendapat respons sewajarnya pada ketika seluruh dunia sudah mengetahui isu 1MDB.
"Malah, soalan saya bukan secara khusus tentang 1MDB tetapi lebih kepada minta Perdana Menteri menyatakan apakah respon kerajaan terhadap saman sivil perolehan oleh DOJ kerajaan Amerika dalam kes 1MDB.
"Kami (pembangkang) hanya tanya soalan mudah apa respon kerajaan tapi apa yang kita dapat dalam dewan yang memalukan pada pagi ini, 'satu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapatkan buah fikiran dewan.
"Nak dapat buah fikiran mana lagi? Dia (Kerajaan) kata tidak ada masalah lagi. Isu 1MDB ini misal-misal sahaja?
"Parlimen sendiri tiada kuasa untuk membicarakan satu perkara yang menjatuhkan reputasi negara. Kepada siapa dan di mana kami mahu bahas?" soalnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau menganggap Parlimen Malaysia sudah tidak lagi bebas untuk menyelesaikan maruah negara yang tercemar.
"Ini (Isu 1MDB) bukan soal pembangkang. Ini soal negara yang dimalukan," tegasnya yang dalam sidang dewan sebelum itu turut menggesa anggota Parlimen BN supaya bersifat terbuka.
Mengulas lanjut, Naib Presiden Amanah itu berkata, pembangkang tidak akan membiarkan maruah negara berterusan diaibkan di peringkat antarabangsa.
"Kalau betul ada campur tangan asing lagilah kena bincang dalam Parlimen. Kita pun mahu jaga negara kita juga. Parlimen Malaysia memalukan dunia bukan sekadar rakyat Malaysia," tambah Mujahid lagi.
Read More

[Video JAMUAN AIDIL FITRI PAKATAN HARAPAN PERAK 2017 (Meru Raya Ipoh)] Kit Siang puji Mahathir kerana buka peti besi Umno.

Isnin, 24 Julai 2017

Kit Siang puji Mahathir kerana buka peti besi Umno

Kawasan pedalaman Melayu yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno selama beberapa dekad kini mula berubah, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Menurutnya, orang yang berjaya berbuat demikian, adalah tidak lain daripada presiden Umno selama 22 tahun itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang kini diterajuinya.
"Kita dapat merasakan permulaan kebangkitan politik baru di kalangan orang Melayu di kawasan luar bandar dan penempatan Felda yang sebelum ini tidak dapat ditembusi, baik oleh DAP, PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu juga PAS," katanya dalam satu kenyataan.
Walau bagaimanapun, Lim tidak dapat menelaah sama ada tsunami besar yang disaksikan pada pilihan raya umum lalu akan sekali lagi berulang di kawasan bandar kali ini.
Pemimpin veteran DAP itu mengakui bahawa mereka yang mengundi untuk perubahan pada pilihan raya lalu kini kecewa dengan keadaan pembangkang hari ini, termasuk perpecahan Pakatan Rakyat.
Katanya, ramai yang percaya bahawa perubahan kerajaan tidak akan berlaku pada pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun, Lim mendakwa bahawa struktur, logo dan kepimpinan Harapan yang baru, dengan penampilan Mahathir sebagai ketua gabungan pembangkang, telah mencetuskan harapan baru semula.
Justeru, kata Lim, usaha mesti dilakukan untuk menaruh semula keyakinan terhadap mereka yang mungkin telah berputus asa.
Malaysiakini.
Read More

Sunday, 23 July 2017

[Video Najib Yang Merugikan Umno & Bangsa Melayu] Najib panik, berdepan tiga halangan menang PRU14.

Isnin, 24 Julai 2017

Dua bank ditutup, lapan lagi didenda dalam siasatan 1MDB di Singapura
Singapura menyempurnakan siasatan selama dua tahun berkaitan dengan skandal kewangan rentas negara 1MDB hujung bulan lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Jun, 2017.

Najib panik, berdepan tiga halangan menang PRU14 – Kit Siang


GEORGE TOWN, 21 JUL: Apakah asas keyakinan Datuk Seri Najib Razak bahawa 1.6 juta penjawat awam akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN)?
Demikian yang dipersoalkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang yakin bahawa Perdana Menteri itu sebenarnya bakal menghadapi laluan sukar untuk menambat hati pengundi.
Ini disebabkan, kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Najib kini berhadapan dengan tiga cabaran utama pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Najib, katanya, telah kehilangan sokongan majoriti orang melayu termasuk sebahagian besar daripada 1.6 juta penjawat awam selain ahli UMNO yang kini berpaling tadah.
Ia, katanya, turut menerima tamparan hebat ekoran pengumuman barisan kepimpinan utama Pakatan Harapan (HARAPAN), berserta logo dan matlamat utama.
“Ini lah sebab-sebab kenapa Najib dalam keadaan panik sekarang,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah tidak pernah ada perdana menteri sebelum ini kehilangan sokongan besar ahli UMNO seperti Najib.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor kononnya Najib memberitahu Ketua-ketua Bahagian UMNO bahawa para penjawat awam semuanya menyokong beliau.
Najib terus diasak akhir-akhir ini dengan timbulnya semula kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang mengingatkan orang ramai terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuyaa Shaaribuu.
Bukan sahaja itu, Ahli Parlimen UK juga dilaporkan telah membentangkan usul di House of Commons berkenaan skandal 1MDB. – Roketkini.com
Read More

[Video Jika Pakatan Menang, Jabatan AIR SABAH Akan Penuh Dengan Air Bukan Duit Rasuah] Skandal 1MDB belum reda, hantu Scorpene dan Altantuya muncul pula.

Isnin, 24 Julai 2017

Image result for Hantu altantuya

Skandal 1MDB belum reda, hantu Scorpene dan Altantuya muncul pula

Kapal selam Scorpene dibeli lima belas tahun lalu, pada tahun 2002 daripada sekumpulan peniaga Perancis.
Dua eksekutif Perancis baru beberapa hari lalu telah didakwa di mahkamah kota Paris, berkait korupsi dalam penjualan kapal selam kepada negara. Mereka adalah Pihllippe Japiot, bekas pengerusi DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi elektronik dan pertahanan Perancis, Thales.
Japiot dilaporkan telah didakwa ekoran ‘salahguna aset sosial’ manakala yang lagi satu didakwa bersubahat.
Ada dua lagi sedang disiasat di Perancis berkait kes yang sama. Dominique Castellan, bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.
Kesemuanya terlibat dalam skandal penjualan dua buah kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 bilion kepada negara, sewaktu Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Ketika khabar mengenai kes kapal selam ini timbul semula, rata-rata media sosial hanya menyebut satu nama; Altantuya Shaariibuu.
Altantuya berfungsi sebagai jurubahasa dalam urusniaga kapal selam antara kerajaan dan peniaga-peniaga Perancis ini. Altantuya mati dibunuh dan jasadnya diletupkan dengan peledak C-4 oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. Motif pembunuhan tidak diberitahu kepada mahkamah.
Khabar angin yang masih belum reda, mengaitkan Altantuyaa dengan Putrajaya. Rohnya tenggelam timbul bersama kapal selam penuh skandal. Seolah-olah skandal mega kleptokrasi global kecurian dana 1MDB tidak cukup untuk membuat Perdana Menteri tidak lena tidur, kes ini pula muncul kembali.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya terhadap perkembangan terbaru dari Paris ini menyenaraikan beberapa soalan yang mesti dijawab oleh Datuk Seri Najib Razak, sebagai mantan Menteri Pertahanan yang terlibat dalam jual beli kapal selam tersebut 15 tahun lalu.
Paling menarik dalam senarai soalannya ialah tentang kesediaan Perdana Menteri itu untuk disiasat berikutan skandal tersebut.
“Adakah Najib bersedia untuk membentangkan kepada Parlimen Isnin hadapan ketika Dewan Rakyat kembali bersidang tentang dakwaan rasuah antarabangsa berkait skandal penjualan kapal selam kepada negara?” soal Kit Siang dalam kenyataan medianya.
Jika kerajaan mampu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian Bank Negara dalam skandal matawang asing 25 tahun lalu, kenapa tidak kerajaan bertindak serupa terhadap skandal Scorpene 15 tahun lalu? Begitulah soal Kit Siang.
Kita pastinya tidak berharap agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah berkait pembelian kapal selam ini.
Lagikan dalam hal skandal 1MDB pun Kit Siang hatta memberikan dalil Al-Quran kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, sehinggakan Tun Dr Mahathir pun terkejut.
“Saya terkejut, buat kali pertama Lim Kit Siang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran untuk tunjuk kepada Apandi yang mungkin dia tak pernah baca,” katanya di majlis rumah terbuka hari raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pulau Pinang, semalam.
Ayat Quran apa pula yang perlu dibacakan oleh Kit Siang kepada Najib Razak agar beliau tidak diganggu bayang-bayang kapal selam dan Altantuya. – Roketkini.com
Read More

[Video Islam Palestina Tetap Dekati Masjid Al Aqsa Untuk Salat & Umno pun TUNGGING dan TUNGGANG-LANGGANG!] Di Malaysia, pegawai yang mahu menyiasat dijumpai mati di dalam tong drum.

Ahad, 23 Julai 2017


Image result for Gambar Kes Morais
KENYATAN MEDIA
1MDB: JANGAN KITA CAMPUR TANGAN URUSAN NEGARA LAIN
Kita menentang campur tangan Amerika Syarikat ke atas mana-mana negara seperti mana Malaysia juga tidak boleh campur tangan dalam hal-hal negara lain. Semua negara perlu saling hormat-menghormati hak dan kedaulatan negara masing-masing.
Dalam isu 1MDB, Amerika Syarikat mendakwa sejumlah wang haram daripada 1MDB telah masuk ke negara mereka, yang bertentangan dengan undang-undang negara itu. Wang 1MDB dilaporkan ada kaitan dengan Jho Low dan anak tiri kepada Datuk Seri Najib, Riza Aziz.
Amerika Syarikat sekarang ini mahu mendakwa mereka yang terlibat membawa wang haram masuk ke negara mereka. Mereka tidak berkompromi kepada orang yang melalukan kesalahan di negara mereka.
Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka, seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita.
Jangan kita terlalu naif. Apabila Amerika Syarikat mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata Amerika cuba nak campur tangan urusan negara.
Di negara kita, peguam negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat. Pegawai yang mahu menyiasat kemudian dijumpai mati di dalam tong drum.
SPRM disiasat oleh polis dan beberapa pegawai mereka dipecat dan ditukar. Timbalan Perdana Menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB, juga kemudian dipecat.
Tiada penjelasan menyeluruh terhadap pembunuhan dan pemecatan ini. Ini semua menimbulkan spekulasi buruk ke atas Malaysia. 1MDB dan Perdana Menteri dilihat begitu kebal dalam isu ini.
Sepatutnya sudah ada satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat keseluruhan isu ini.
"Harapan Baru"
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
22 Julai 2016
Read More

[Video Protest outside US embassy over closure of Al-Aqsa Mosque & Jika DAP dibatalkan, PH akan bincang isu logo - Amanah] Solidariti Ummah menentang kerakusan regim Israel...

Ahad, 23 Julai 2017


Foto Parti Amanah Negara.
Solidariti Ummah menentang kerakusan regim Israel...
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Read More

[Video 'Takut orang tua ka?'] Pemimpin UmnoBN 'PENING' dengan kewujudan Harapan & DAP, Amanah, PKR dan PBBM tidak "gila jawatan"! Tahniah atas kebijaksanaan pimpinan PH.

Ahad, 23 Julai 2017

Foto Pakatan Harapan Supporters.
Rakyat tentukan.. Apa pilihan rakyat?

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

ULAS ISU

Para pemimpin UBN terus mempertikai dan mengkritik pembentuk kepimpinan Harapan. Ketiadaan Lim Kit Siang dalam saf kepimpinan itu menjadi isu utama yang diperolok-olokkan. Pemimpin UBN cuba menimbulkan tanggapan buruk bahawa pemimpin "kerohanian" DAP itu diketepikan atau dijadikan mangsa.

Dalam masa sama juga mereka membuat serangan, ketiadaan Kit Siang itu sebagai tektik untuk mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran Harapan dibentuk dengan tidak adil atau praktikal. Pengarah sebuah pusat provokasi Umno pula menyinis mencadangkan agar Kit Siang dilantik menjadi Mursyidul Am.

Yang jelasnya ketiadaan Lim Kit Siang itu memeningkan kepala para pemimpin UBN kerana ia menafikan tunduhan mereka selama ini, kononnya DAP menguasai pembangkang. Sebelum ini para hulubalang dan PB Najib galak menjual kepada rakyat kononnya DAP mendalangi pakatan pembangkang.


Bagaimana pun dari sisi lain ketiadaan Kit Siang dalam saf utama Harapan itu secara tidak langsung menunjukkan pemimpin Harapan mempunyai idea kemas bagaimana untuk menghuruharakan pemikiran para pemimpin BN serta meletakkan mereka dalam keadaan gear mati.

Najib Razak seakan terkilan dengan cara pembentukan itu apabila Lim Kit Siang tidak diletakkan sama taraf dengan Dr Mahathir Mohamad atau Dr Wan Azizah Ismail. Katanya pembentukan itu pelik dan tidak sama dengan BN, dimana dalam BN parti besar (majoriti) berpandukan kerusi menjadi kepalanya macam Umno. Katanya sepatutnya pemimpin DAP itu dilantik menjadi pengerusi bukan Dr Mahathir mewakili parti kecil PPBM.

Pendapat Najib itu mahu mencerminkan BN disusun dengan adil dan saksama, bahawa Umno medominasikan suasana. Tetapi beliau terlupa bahawa apabila Lim Kit Siang tiada dan DAP tidak diberi keutamaan kandati mempunyai kerusi lebih, di sinilah bijaknya politik pembangkang di kalangan Melayu. Ia juga menunjukkan sikap toleransi tinggi daripada DAP, rela memberi laluan kepada Melayu mendominasi pakatan berkenaan. DAP berfikir lebih waras daripada cara Najib berfikir. 

Apa yang menjadi keutamaan DAP ialah menjatuhkan Najib dan melenyapkan kerajaan kleptokrasi bukannya tergila-gila untuk menjadi pemimpin. Inilah kemunasabah politik orang Cina. Politik orang Cina senantiasa rasional dan realistik.

Kritikan dan "ogehan" para pemimpin Umno berhubung pembentukan kepimpinan Harapan itu tidak perlu dilayan sangat oleh pemuka Harapan. Hatta para cyber troopernya pun tidak perlu terpanggil dengan isu itu. Cukuplah para pemimpin Harapan memberi respon secara sistemetik terhadap apa yang mereka ungkitkan. Yang penting rakyat dan orang ramai sangat memahami keadaannya dan  pembentukan itu diterima orang ramai. Tiada komplen daripada orang ramai khasnya dari kalangan penyokong parti-parti komponen Harapan.

Setakat ini rata-rata berpuas hati dan mengangkat jempol atas kejayaan pembangkang mewujudkan kepimpinannya.

Kejayaan pembangkang membentuk kepimpinan itu menyerlahkan kesungguhan dan iltizam pembangkang untuk menumbangkan kerajaan kleptkrosi pimpinan Najib Razak. Sebab itu rakyat tidak menimbulkan soal titik bengkit seperti apa dibangkit Najib dan gengnya. Matlamat menjatuhkan Najib dan menukar kerajaan mengatasi segala kepentiungan dan keperluan peribadi.

Yang menyibuk hari ini ialah para pemimpin Umno.

Apa yang Harapan perlu tumpukan kini ialah memperkemaskan lagi organ kepimpinan itu. Beberapa post yang masih kosong seperti ketua penerangan, pengarah strategi, pengarah pilihan raya dan sebagainya hendaklah diisi segera bagi membolehkan kerja dan persiapan menghadapi pilihyan raya dilakukan. Kekosongan itu tidak harus dibiarkan lombong agar ia tidak masuk angin.

Beberapa pemimpin muda yang menjadi sebutan dan idola generasi mereka hendaklah dimasukkan dalam barisan kepimpinan itu. Diberikan tanggungjawab untuk membolehkan mereka menunjukkan kebolehan masing-masing.

Nama-nama seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Syed Sadiq, Shamsul Iskandar Md Akim dan lain-lain tidak harus dilupakan. Di samping itu nama Husam Musa, Saifuddin Nasution Ismail, Johari Abdul, dan lain-lain perlu berada dalam kepimpinan berkenaan. Tidak tertinggal juga mungkin pemimpin over veteranseperti Muhammad Mohd Taib, Ahmad Awang ikut sama dijerutkan dalam saf berkenaan.

Badan tertinggi itu memerlukan penyertaan generasi muda dan veteran agar wujud perseimbangan yang padu. Situasi ini mencerminkan Harapan sebuah gabungan syumul semua rakyat.

Selain itu apa yang penting juga dan perlu disegerakan ialah pembentukan struktur Harapan di peringkat negeri. Tanpa terbentuk struktur ini ia boleh menyebabkan Harapan masih belum ideal dan sudah pasti kelambatan membentuknya akan  disuluh musuh sebagai ia bermasalah.

Negeri-negeri yang perlu disegerakan pembentukan ialah Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kedah. Selepas pembentukan kepimpinan peringkat negeri ini, Harapan perlu bergerak serentak mengadakan road show mereka. Gerakan atau road show pertama ini sangat memerlukan kepada pengaturan yang kemas dan grand kerana ia akan menjadi penarik semangat buat rakyat. Road show itu juga nanti akan tambah membingungkan UBN. Kelemahan dan kurang sambutan road show ini boleh menegatifkan Harapan.

Mungkin saf kepimpinan di Selangor perlu disegerakan. Tidak perlu ada alasan lain untuk melewatkan perkara ini. Azmin Ali selaku orang kuat PKR Selangor perlu respon hal ini dan sebagai ketua beliau harus menunjukkan sikap positif. Azmin kena muktamadkan percintaan diamnya dengan Pas.

Suka atau suka Selangor adalah antara negeri menjadi aset penting buat Harapan. Kelambatan membentuk saf kepimpinan di peringkat Selangor ia akan disuluh sebagai kelemahan dan masalah dalam Harapan. Sikap terlalu cerdik dan licit Azmin boleh memberi risiko buruk buat dirinya sendiri.

Sekali lagi diulang, Harapan tidak perlu melayani kritikan dari para pemimpin BN. Mereka akan membuat apa-apa tafsiran dan ulasan kerana sejak tertubuh dengan rasminya Harapan, kebanyakan mereka sudah kemabukan ketum. Biarlah mereka terus pening dengan kerungsingan dan kebimbangan.Harapan terus maju dan maju demi rakyat. [wm.kl.2:34 pm 20/07/17]

comment:



Bang Aji said...
Salam Warahmatullah...

Tahniah kepada PH kerana berjaya membentuk saf kepimpinan yang berwibawa & cukup untuk memening kepala pihak lawan, UMNO/BN serta sekutu mereka PAS.

Tahniah juga atas kebijaksanaan pimpinan PH yang berjiwa besar terutamanya DAP, Amanah, PKR & PBBM yang tidak "gila jawatan"...

Semoga Allah memenangkan gabungan PH untuk mengambil alih kerajaan Malaysia!!
Read More

Saturday, 22 July 2017

[Video Mana Ada Harga Barang Turun Selepas Cukai GST] Warga T/Malim ayuh bersama Ayahanda Tun & Poster FITNAH! "Puak2 sinun takdo keje lain ka?" Felda dibadai krisis kewangan!

Ahad, 23 Julai 2017

Foto Kelab Che Det.
Khas untuk warga Tanjung Malim dan kawasan sekitar serta utk semua....ayuh bersama Ayahanda Tun..........!!
Kita kasi gegar...
Foto Kelab Che Det.

Kelab Che Det telah menambah 3 foto baru
33 min
Antara poster FITNAH yang tersebar. Puak sinun takdo keje lain ka?

Dibadai krisis kewangan, Anak desak Felda isytihar kos karnival

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak pihak Felda mengisytiharkan kos keseluruhan program tiga hari yang dianjurkan di Putrajaya bermula semalam.
Presidennya, Mazlan Aliman (gambar kanan) berkata, Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang merupakan rutin tahunan itu bagaimanapun menimbulkan persoalan pada tahun ini memandangkan krisis kewangan yang membadai Felda sekarang.
Mazlan Aliman ANAK"Isunya di kala krisis kewangan melanda Felda, mengapa mesti dibuat smpai tiga hari? Anak mendesak Felda isytihar berapa kos keseluruhan sambutan ini, dan menggunakan peruntukan mana?" tegasnya.
Beliau juga dimaklumkan setiap kawasan Felda diperuntukkan bas untuk membawa peneroka dan anak mereka ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.
"Berapa kos keseluruhan termasuk makan minum mereka?" soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Karnival sempena sambutan Hari Peneroka Kebangsaan itu mengadakan pelbagai aktiviti seperti jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilapor berkata, lebih 50,000 pengunjung dijangka hadir ke karnival bertemakan #KamiGenerasiFelda, #KamiSayangFelda dan #FeldaSayangKami itu.
Mengulas lanjut, Mazlan turut difahamkan Perdana Menteri akan membuat pengumuman 'durian runtuh' kepada peneroka pada hari terakhir karnival tersebut.
"Adakah benar jumlahnya RM5,000 setiap peneroka? Adakah ini semua pesta besar-besaran untuk menarik sokongan pengundi Felda demi memastikan BN kekal di kerusi Felda?" tambahnya lagi.
Dalam hal berkaitan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dilapor akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Sementara itu, Malaysia Dateline baru-baru ini melaporkan keluhan keluarga peneroka dijerut hutang akibat perjanjian tanam semula yang dianggap menyebelahi anak syarikat Felda iaitu Felda Technoplant Sdn. Bhd. (FTP).
Peneroka juga mendakwa pinjaman sara hidup dikenakan kadar faedah tinggi mencecah 6.25 peratus selain pada masa sama dibebani potongan Caruman Tabung Tanam Semula, Tabung Pemulihan Ladang dan Jalan Pertanian.
Bagaimanapun, mereka kecewa apabila manfaat hasil kutipan kesemua tabung terbabit tidak disalurkan kembali demi kepentingan peneroka.
Pada masa sama, generasi muda tanah rancangan terbabit mendakwa Felda pada masa ini tiada lagi menyediakan peruntukan bagi program berkaitan meningkatkan sosio-ekonomi peneroka termasuk bantuan persekolahan sekalipun.
Turut menimbulkan rasa tidak puas hati anak muda Felda apabila masalah berkaitan pembinaan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) berlarutan sejak dilancarkan Perdana Menteri pada 2012.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena