Monday 31 July 2017

[Video IKHLAS dakwa Zahid mahu jatuhkan Najib] Dasyat Ameno Perak! Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?

Isnin, 31 Julai 2017
Foto Otai BERSIH.

Ingat TPM Indonesia... rupa2nya TPM Malaysia.

Baca kalau tak percaya http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm

gaya hidup

ARKIB : 14/05/1998

Perhimpunan keluarga keturunan Abdul Fattah

Jadi bagi pasangan suami isteri yang dikurniakan anak yang banyak seperti keluarga Haji Radin Abdul Fattah Radin Sasteerodullah Hassan tentulah dikira bertuah.
Berasal dari Sirang Wates Jogjakarta, Indonesia, Jawa Tengah, Radin telah dikurniakan 18 orang anak iaitu 12 lelaki, 6 perempuan.
Kesemua 18 orang anak-anaknya itu diperolehi hasil perkahwinannya dengan dua wanita. Bersama isteri yang pertama Hajah Aishah, Ihsan mempunyai 10 orang anak iaitu 8 lelaki 2 perempuan.
Sementara dengan isteri keduanya, Hajah Maimunah Haji Salleh, mereka dikurniakan 7 orang anak iaitu empat lelaki 3 perempuan.
Tetapi dari 18 orang anak-anak Radin Abdul Fattah, yang masih hidup hingga sekarang hanya dua orang anak lelaki saja iaitu anak-anak hasil perkahwinannya dengan isteri pertamanya Aishah.
Dua orang anak-anak Abdul Fattah yang masih hidup itu ialah Radin Mahfudz berusia 80 tahun dan Radin Termizi @ Hamidi berusia 75 tahun iaitu bapa kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.
Sementara anak-anak dengan isteri kedua Maimunah kesemuanya telah meninggal dunia sesudah mereka berumah tangga dan melahirkan ramai cucu, cicit dan piut.
Menyedari hakikat tidak mahu susur galur keturunan Radin Abdul Fattah hilang atau tidak dikenali antara satu sama lain, usaha-usaha mengumpul dan mengenal pasti susur galur keturunan Abdul Fattah telah dijalankan oleh cucu-cicitnya.
Usaha murni yang dilaksanakan dengan penuh ketekunan dan tabah, akhirnya berjaya mempertemukan seluruh cucu-cicit dan piut dari keturunan Abdul Fattah yang telah diadakan di Madrasah Manbail Al-Ulum, Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, kampung yang diteroka dan dibuka oleh Abdul Fattah kira-kira 100 tahun yang silam.
Pertemuan bersejarah penuh erti itu berlangsung selama dua hari baru-baru ini di atas inisiatif Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama dengan saudara sepupunya yang turut membantu menjayakan pertemuan keluarga itu.

Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?

Pemuda Amanah Negeri Perak mahu Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyatakan pendirian berhubung kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Dr Zahid Hamidi yang disifatkan menghina dan mengaibkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemudanya Hasnul Zulkarnain berkata, dalam konteks negeri Perak, Zambry sudah pasti sangat terguris dengan kenyataan rakan sejawatnya itu yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memandangkan Zambry juga berketurunan India Muslim.
"Pemuda Amanah Negeri Perak memandang kenyataan tersebut dengan konteks yang lebih luas lagi dan ia mempunyai agenda politik dalaman Umno-BN. Kemungkinan kenyataan tersebut adalah kaedah percaturan politik dalaman menjelang PRU14 ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya.
Beliau juga tidak menafikan ada kemungkinan kenyataan Zahid itu menggambarkan Zambry tidak lagi mempunyai tempat dalam PRU14 selepas kemunculan semula Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga bekas Menteri Kewangan 2.
"Umum mengetahui nama Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedang disebut-sebut selepas bekas Menteri Kewangan Kedua itu 'come back' setelah sekian lama menyepi.
"Adakah kenyataan Zahid memberi isyarat Umno tidak lagi mahu lagi Zambry dalam perancangan BN di Perak? Mungkinkah benar khabar angin Husni akan menjadi tokoh utama BN di Perak dalam PRU14 nanti?" soalnya.
Sementara itu, Hasnul berkata, Pemuda Amanah Negeri Perak turut mengutuk tindakan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yang disifatkan sebagai keterlaluan.
"Sebagai pimpinan nombor dua negara, Zahid tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman melampau seperti itu," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena