Punyalah banyak isu nak lawan BN tapi dok gaduh nak cabut kemuncut diseluaq sendiri..
Punya Banyak Isu tapi....
Sejak lama menjadi pembangkang bersepah-sepah isu penyelewengan Umno/BN tak kira la semasa Umno/BN diketuai oleh Tun Dr. Mahathir atau diketuai oleh Tun Abdullah sehinggalah sekarang diketuai oleh Najib suami Rosmah.
Berbagai-bagai tawaran penyelesaian kita yang di dalam pembangkang tawarkan. Ada tawaran yang cukup-cukup realistik dan cukup-cukup baik tetapi tidak diambil peduli oleh orang ramai.
Yang diambil peduli ialah siapa yang nak jadi ketua jika Umno/BN ditumbangkan. Inilah yang digunakan dan terus digunakan oleh Umno/BN untuk terus berkuasa.
Dulu masa Tun Dr Mahathir jadi PM dan Anwar jd TPM, jenoh kita yang pembangkang lawan. Kita bersama dalam Angkatan Perpaduan Ummah, waktu itu PAS & Semangat 46 serta DAP di sebelah. Kita gagal jatuhkan Umno/BN kerana gabungan Tun Dr M & Anwar hebat tetapi kita berjaya tawan Kelantan.
Kemudian Anwar ditendang oleh Tun M, beriya-iya kita pulun nak jatuhkan Umno/BN yang dikepalai Tun M dan mengangkat Anwar sebagai calon PM. Peribadi Anwar diserang sehingga kita masih gagal jatuhkan Umno/BN di persekutuan & hanya berjaya di beberapa negeri.
Kemudian kita lawan lagi Umno/BN yang dikepalai oleh Tun Abdullah. Pun kita gagal walau pun masa itu Anwar juga calun PMnya. Umno/BN mainkan pelbagai isu melibatkan Anwar dan ketidak puasan hati beberapa tokoh lain kpd Anwar sehingga menimbulkan tawar hati orang ramai.
Sekarang kita lawan lagi Umno/BN yang diketuai Najib suami Rosmah yang bersama kita Tun M yang dulu gila punya jahat. Sekali lagi isunya ialah siapa nak jadi PM kalau kita jatuhkan Umno/BN NAJIB.
Hello..... siapa pun PM, kita mentadbir secara bersama. Kita adalah PAKATAN HARAPAN. Tiada mana-mana parti yang dominan di dalam HARAPAN. Semuanya di atas konsensus bersama. Ada tolak ansur. Lupa melupai.
Siapa PM hanya akan ditentukan apabila kita jatuhkan UMNO/BN NAJIB.
Punya banyak isu kehidupan kita yang kita boleh ulas dan gunakan akal fikiran untuk kebaikan semua tapi isu seorang PM juga yang kita pulun nak bergaduh.
Akhirnya NAJIB terus senyum simpul padan muka kita.
Berlapang dada la sama. Kita hidup dengan orang ramai bukan kita saja.
nak cungget pi minum sat.
Zulhazmi Shariff
KedahLanie.
KedahLanie.
0 comments:
Post a Comment