Wednesday, 26 July 2017

[Video Jangan Takut Pangkah HARAPAN, Undi Adalah Rahsia!] Kerajaan tidak tahu siapa undi siapa! 'Berkopiah' tapi berterusan memfitnah?

Khamis, 27 Julai 2017

Foto Suara Rakyat.
Akhlak kamu berkopiah berserban bagai tapi berterusan memfitnah ??

TERKINI.. Rafizi sendiri telah menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

HAKIKATNYA lebai walaun spt terus mengekalkan (TIDAK PADAM) kedua2 posting fitnah tersebut di FB beliau wpon sudah ditegur..

https://twitter.com/rafiziramli/status/889803975842709505

Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir

Kakitangan kerajaan dan anggota berpakaian seragam di negara ini tidak perlu khuatir dengan kemungkinan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) akan mengetahui undi terhadap parti yang disokong oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan  menimbulkan kebimbangan itu, kerajaan akan berjaya menakutkan rakyat untuk memberikan undi kepada pakatan pembangkang.
"Pihak pemerintah cuba menakutkan orang (pengundi) kononnya mereka dapat tahu siapa undi untuk siapa.
"Mungkin ramai yang takut jika tidak undi kerajaan akan diambil tindakan terhadap mereka.
"Sebenarnya kerajaan tidak dapat menentukan siapa undi siapa.Sebab itu kita nak bagi tahu kepada pengundi jangan takut untuk mengundi.
"Kerajaan tidak akan tahu parti mana yang awak undi pun...terutama kepada pengundi pos dan pegawai kerajaan," ujarnya dalam sidang media selepas menghadiri majlis mesyuarat mingguan pimpinan tertinggi di Ibupejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.
Menurut Dr Mahathir lagi, kerajaan sebelum ini dakwanya, sering mengambil tindakan terhadap rakyat yang secara terang-terangan menyokong parti itu.
"Kita dapati ramai yang takut kalau mereka undi parti lawan tindakan akan diambil ke atas mereka.
"Ada besar kemungkinan kerajaan akan kalah dan sebenarnya bila kalah kelak, kerajaan yang ada hari ini, sudah tentu tidak dapat mengambil sebarang tindakan pun.
"Untuk menentukan kerajaan BN kalah mereka perlu undi Pakatan Harapan dan jika kami menang, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pengundi yang tidak menyokong pembangkang, bahkan tiada tekanan yang akan kami buat ke atas sesiapa pun.
"Kalau perkara ini berlaku bermakna pengundi sebenarnya yang membuat keputusan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi,"ujarnya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh.
Dr Mahathir juga menerangkan ketika di zaman pemerintahan beliau selama 22 tahun, tidak dinafikan ada cara yang dilakukan yang mana undi tidak dirahsiakan.
"Ada kadang-kadang cara yang dibuat di kalangan pasukan beruniform undi tidak dirahsiakan.Dulu sewaktu itu banyak yang bermusuh dengan saya tetapi mereka dapat juga jawatan jadi menteri.
"Sekarang ini kita mahu undi pos, kita perlu menghantar wakil daripada parti pembangkang untuk melihat pengundian dibuat.
"Kita khuatir badan tertentu yang menghantar pegawainya yang kelihatan bengis untuk menakutkan pengundi tidak boleh berlaku sekarang ini," ujarnya.

1 comments:

Blogger said...

Ever wanted to get free Twitter Re-tweets?
Did you know you can get them AUTOMATICALLY & TOTALLY FREE by registering on Like 4 Like?

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena