Thursday 27 July 2017

[Video Jika DAP Diharamkan, Logo Pakatan Harapan Digunakan Demi Penjarakan Najib] Al-Kisah Mempelam Harummanis, Luar Hijau Dalamnya Oren? Penyokong tegar Pas beralih sertai Amanah meningkat di Perlis.

Jumaat, 28 Julai 2017

Image result for Gambar harum manis perlis
Harum Manis Mango is very famous in Perlis.
Al-Kisah Mempelam Harummanis, Luar Hijau Dalamnya Oren..!!
Harum Manis, kelapa muda – PAS dan Amanah perang psikologi
Pertembungan antara PAS dan parti serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) memasuki era perang proksi dan psikologi apabila sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang pro Amanah terus kekal dalam parti Islam itu.
Ketika menjelaskan siapa mereka, maka lahirlah pelbagai label atau bayangan bagi menggambarkan kumpulan mereka masing-masing, seperti Harum Manis, kelapa muda, kelapa tua dan sebagainya.
"Saya Harum Manis," kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kepada rakan-rakanya dalam Amanah apabila ditanya apakah sikap sebenar beliau.
Harum Manis ialah sejenis mempelam yang mahal harganya, kira-kira RM20 satu kilogram, yang banyak ditanam Perlis.
"Harum manis ni, hijau di luar, oren di dalam," kata Mahfuz. Hijau merupakan warna rasmi parti bagi PAS manakala oren pula warna rasmi Amanah.
Kenyataan dan sikap Mahfuz, terutamanya sejak gagal mempertahankan jawatan sebagai naib presiden pada pemilihan parti Jun lalu, banyak berbeza dibandingkan sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang lain.
Namun begitu, sehingga kini beliau masih kekal dalam parti Islam itu walaupun tidak mahu memegang apa-apa jawatan.
Semalam di Dewan Rakyat, ketika ramai pemegang jawatan utama PAS tidak mengangkat sepanduk "Mana 2.6 bilion" sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan pembentangan Bajet 2016, Mahfuz sebaliknya turut mengangkat sepanduk.
Bukan sahaja di dalam Dewan, beliau turut membawa sepanduk itu ketika di lobi Parlimen bersama wakil rakyat Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, bekas ahli Parlimen PAS yang kini menyertai PKR.
Turut mengangkat sepanduk bersama ialah Siti Zailah Yusof, ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, walaupun masih kekal dalam PAS.
Ahli Parlimen PAS yang berada dalam Dewan ketika itu, tetapi tidak mengangkat sepanduk ialah setiausaha agung Datuk Takiyudin Hassan (Kota Baru), ketua penerangan Nasarudin Hassan (Temerloh) dan ketua pemuda Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas).
Ketika Mahfuz sibuk dengan Harum Manis, seorang pemimpin PAS lain berkata: "Saya kelapa muda, hijau di luar putih di dalam," membayangkan warna hijau dan putih selaras warna rasmi PAS.
Namun, seorang ahli PAS yang pro Amanah pula berkata: "Buat apa kelapa muda, isinya sikit takda santan. Baik kelapa tua, warna perang dekat oren, isinya tebal, tahan bila jatuh, isinya boleh keluar banyak santan." –TMI

Penyokong tegar Pas beralih sertai Amanah meningkat di Perlis

Kekeliruan akibat polisi bercelaru serta intim yang teramat sangat pimpinan Pas bersama Umno dan BN sejak kebelakangan ini menyebabkan peningkatan  penyokong tegar Pas di Perlis menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), kata Pengerusinya Wan Kharizal Wan Khazim.
Beliau  berkata, Amanah Perlis kini  mensasarkan seramai 500 lagi ahli baru dan penyokong Pas yang akan mendokong Amanah menjelang pilihan raya umum(PRU) tidak lama lagi.
"Terlalu ramai 'harum manis' yang sedang menanti masa yang sesuai untuk menyertai Amanah.
"Majoriti daripada mereka adalah penyokong Pas yang sudah tidak selesa dengan sikap akrab pimpinan Pas dengan Umno.
"Lebih parah lagi apabila ramai antara mereka kesal dengan sikap Pas yang menolak hubungan baik dengan Pakatan Harapan (PH) sepertimana yang telah terjalin dalam PRU ke 13 yang lalu, " tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, Pas tidak boleh merasa bangga hanya dengan majoriti amat tipis kerusi tunggal yang mereka menang di Dun Sanglang dengan majoriti amat tipis 121 undi.
"Kemenangan Pas pada pilihan raya yang lalu juga adalah atas kesepakatan dalam pakatan ketika itu.
"Apakah mereka merasakan dengan majoriti 121 undi itu, ditambah dengan kehadiran penyokong PKR dan juga Bersatu akan memberi kemenangan sekali lagi dalam pilihan raya kali ini.
"Sedangkan terlalu banyak masalah rakyat di Perlis yang tidak mereka perjuangkan sehingga kini, " jelasnya lagi.
Malah katanya PH mempunyai potensi untuk merampas lebih banyak kerusi yang ada di Perlis dalam PRU ke 14 yang akan datang tidak lama lagi.
"Antara kerusi yang berpotensi tersebut ialah Dun Pauh, Beseri, Sanglang, Indera Kayangan, Simpang Empat, Sena, Bintong, Santan, Kayang, Titi Tinggi, Kuala Perlis serta beberapa kerusi yang sudah dikenal pasti.
"Dalam PRU yang lalu, BN menang majoriti tipis sebanyak 540 undi bagi kerusi Berseri dan majoriti hanya 664 undi bagi kerusi Dun Kayang.
"Manakala bagi kerusi Guar Sanji pula BN hanya menang dengan kemenangan majoriti sebanyak 927 undi serta Simpang Empat dengan majoriti amat tipis sebanyak 85 undi, " ujarnya lagi.
Selain itu katanya ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis yang dimenangi oleh BN dalam PRU yang lalu, iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau sudah tidak lagi selamat.
Beliau yang pernah menjadi calon mewakili Pas bagi kerusi Dun Berseri dalam PRU yang lalu turut berkata, kerusi Parlimen Arau yang dimenangi oleh Datuk Seri Shahidan Kassim dengan majoriti hanya 1,371 undi juga berpotensi untuk dimenangi oleh PH.
Tambahnya lagi, kegagalan Umno dan BN untuk membela nasib golongan marhaen termasuklah keperitan dan kos sara hidup yang amat membebankan rakyat Perlis kini mempengaruhi sokongan yang mampu diraih oleh PH tidak lama lagi.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena