Wednesday, 12 July 2017

[Video Tun M kesian KJ takut dengan 'orang tua'] JOM MELAWAT PEJABAT CLIMATE PROTECTOR... "Berbohong adalah satu keberanian yg lebih menghairankan".

Rabu, 12 Julai 2017

Foto Dato Haji Husam Musa.
Foto Dato Haji Husam Musa.
JOM MELAWAT PEJABAT CLIMATE PROTECTOR
Sekejap tadi saya telah menghantar pesanan SMS kepada YB Dato Anuar Tan seperti di bawah:
Salam YB Dato Anuar Tan,
Jom! Melawat Pejabat CP di Berek 12
Ucapan penggulungan Dato semalam menyebut dengan penuh yakin bahawa pejabat Climate Protectors adalah di
PT327 Tingkat 1, Bangunan MPKB, Pasar Berek 12, Kota Bharu.
Kami berkesempatan melawat alamat yang dinyatakan oleh Dato tengah hari ini.
Kami tidak menemui pejabat yang dinyatakan.
Alamat itu menempatkan pejabat Setiausaha Syarikat Iaitu Erra Management & Secretarial Services.
Saya telah menanyakan pengurusan Erra Management dan mengesahkan tidak wujud
pejabat CP di situ.
Bagaimana YB boleh menegaskan hal ini tanpa memeriksa sama ada faktanya benar atau tidak?
Ini membawa kesan berbohong di dalam DUN.
Ini menjadikan kesemua tiga premis yg dinyatakan oleh CP sebagai tidak wujud.
Alamat mengikut laman web: B 5, Plaza Mt Kiara, tidak wujud.
Alamat mengikut dokumen perjanjian: No 5-2, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link, KL, tidak wujud.
Sebuah syarikat bertaraf antara bangsa di bawah mekanisma UN, tidak mempunyai pejabat tetapi mendakwa mempunyai pejabat?
Menghairankan.
Saya bayangkan, untuk menguruskan sejuta ekar hutan simpan bagi perdagangan karbon yang bernilai berbilion ringgit seperti dakwaan YB, pejabat nya penuh dengan kaki tangan dan pakar, peralatan canggih serta sibuk dengan pelbagai acara pengurusan.
Paling tidak, se orang staf untuk melayan pertanyaan.
Semua itu di alam maya atau perdaya? Tapi kenapa mendakwa ada pejabat di alam nyata? Pada hal nyata tidak ada.
Bukankah itu satu pembohongan? Dan percaya pada pembohongan. Dan menyambung pembohongan.
Integriti YB boleh tercemar.
Bukankah ini boleh dijadikan petanda stok integriti CP bercampur karbon dioksida yg tinggi?
Menghairankan 'ore cerdik supo ambo' yg disebut oleh YB ditujukan kpd YB sendiri semasa berucap semalam, berani meluluskan sejuta ekar hutan untuk diurus oleh sebuah syarikat yang tidak berpejabat.
Tetapi berbohong adalah satu keberanian yg lebih menghairankan.
YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti AMANAH Negara,
ADUN Salor, Kelantan
12 Julai 2017/18 Syawal 1438
Utk info lanjut LIKE FB :
https://m.facebook.com/datohusam/

1 comments:

Blogger said...

Do you need free YouTube Views?
Did you know you can get these AUTOMATICALLY & ABSOLUTELY FREE by registering on Like 4 Like?

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena