Sunday 9 July 2017

[Video Jom Kita Pastikan NajibRosmah tiada lagi di PUTRAJAYA selepas PRU14] 'Tiada cara lain kecuali tukar kerajaan'

Isnin, 10 Julai 2017

'Tiada cara lain kecuali tukar kerajaan'

Sekiranya rakyat tidak ingin dibelenggu dengan pelbagai beban hidup seperti yang sedang dihadapi sekarang, caranya tidak lain adalah menumbangkan kerajaan BN yang ada kini.
Selagi tiada usaha untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi ini, maka selama itulah rakyat akan terus terbeban dengan salah urus tadbir kerajaan pimpinan Najib sedia ada.
Demikian diluahkan oleh Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil ketika ditemui selepas program ceramah 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' di Dewan JKKK, Penaga, Kedah baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, mengekalkan seorang pencuri untuk mengepalai mana-mana pertubuhan, maka dana yang ada dalam pertubuhan tersebut juga akan menjadi mangsa kecurian.
Apalagi sekiranya meletakkan seorang perompak untuk mengawal sebuah bank atau insititusi kewangan, lambat laun wang yang ada dalam bank tersebut juga akan menjadi mangsa rompakan sehingga merugikan institusi tersebut.
Oleh kerana itu katanya rakyat harus bangun, bangkit dan selamatkan negara dari amalan kleptokrasi yang sedang menjadi amalan pemimpin negara kini.
"Akibat kleptokrasi pemimpin negara yang ada kini, akhirnya rakyat terbeban dengan merudumnya mata wang negara.
"Begitu banyak saksi yang boleh dikemukakan membabitkan rompakan duit rakyat, tetapi setiap kali isu ini dibangkitkan, mereka mainkan isu lain pula bagi mengalih keluhan rakyat.
"Kesan kleptokrasi tersebutlah maka dianggarkan 400 ribu graduan tidak memperolehi pekerjaaan," tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, kesan dari rompakan duit rakyat tersebut juga menyebabkan ekonomi negara semakin menyusut.
"Pelabur hilang kepercayaan pada kedudukan ekonomi dan keyakinan pada kepimpinan negara.
"Boros, tiris, salah urus, salah guna kuasa, akhirnya memerangkap rakyat ke jerangkap yang telah disediakan.
"Akhirnya rakyat hidup melarat seperti sekarang, merana dan sengsara walaupun negara telah hampir mencapai kemerdekaan bagi kali ke-60," jelasnya.
Turut menjadi persoalan katanya, apakah untungnya dibiarkan Najib terus berkuasa menerajui kepimpinan negara seandainya rakyat terus terseksa dengan pelbagai kesukaran hidup.
"Harga ikan dan daging melambung sehingga puluhan ringgit sekilo, sedangkan gaji penoreh getah sehari pun kurang dari RM10.
"Bila agaknya rakyat miskin seperti penoreh getah boleh merasai daging jika pendapatan mereka sehari lebih murah dari harga sekilo daging dan ikan di pasaran.
"Inilah hasil rompakan wang negara yang sedang bermaharajalela akibat kerosakan bikinan pemimpin Umno dan BN yang ada tatkala ini," tambahnya lagi.
Sehubungan itu katanya, sekiranya negara terus dibiarkan dikuasai oleh Umno dan BN, maka banyak lagi kleptokrasi akan berlaku sehinggakan rakyat terpaksa merana untuk lima tahun lagi sebelum dapat membuat perubahan dalam pilihan raya.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena