Saturday 22 July 2017

[Video Umno PANIK Bila Mahathir Dan Anwar Bersama Dalam PH] Jamal keterlaluan, anak muda diseru tolak Umno...Kenapa MUFTI jadi bisu?

Ahad, 23 Julai 2017
Foto Suara Rakyat.

Foto Kelab Che Det.
Hehe ni mmg mmg kelakar..... gelagat bakal calon Ketua Pemuda dah buat puak sana sendiri rasa panas.....!! Bukan sebelum ni selalu dok sokong ke?? Sampai ada kata apa yg calon tu buat kreatif ke??? Alahai....dlm amno mmg penuh gam org lagu ek??

Jamal keterlaluan, anak muda diseru tolak Umno

Jamal Wan Azizah MRT2
Pemuda Amanah Selangor menyeru golongan muda menolak individu melampaui batas seperti Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang membawa replika Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah ketika menaiki sistem Transit Aliran Massa (MRT) semalam.
Abbas AzmiKetuanya, Abbas Azmi berkata, tindakan pemimpin gerakan Baju Merah menentang himpunan Bersih itu sebagai tidak berakhlak dan amat keterlaluan daripada segi budaya orang Melayu.
"Lihatlah sendiri betapa tiada akhlaknya Jamal dengan tindakannya itu. Kita wajib menolak mereka yang ekstrem sebegini demi Malaysia yang lebih baik," tegasnya.
Menurutnya, aksi Jamal yang menaiki tren MRT dari Stadium Kajang itu hanya terus mengaibkan Umno dan masyarakat Melayu.
"Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam dan berbangsa Melayu, perbuatan Jamal ini amat memalukan diri sendiri dan juga Umno khususnya," ujarnya.
Replika dibawa Pengerusi BN Sungai Besar itu memuatkan ungkapan yang dilihat menyindir pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh itu sebagai melampaui batas.
Mengulas lanjut, Abbas berkata, perbuatan seolah-olah mahu mengaibkan Wan Azizah dan keluarga Ketua Pembangkang itu sudah lama dilakukan.
"Apa yang Jamal mahu sampaikan? Bukan begitu cara berpolitik bagi mereka yang matang dan waras," tegasnya dalam satu kenyataan.
Jamal dengan diiringi beberapa pengikutnya membawa replika Wan Azizah yang merupaka Adun Kajang itu menaiki tren MRT dari stesen Stadium Kajang.
Sepanduk berupa 'cutout' Dr Wan Azizah disertakan tulisan berikut: Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudah la Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena