Friday 7 July 2017

[Video Nekad Sanggup DIPENJARA Lawan Najib Umno MCA MIC Perompak 1MDB] PH berikrar pulangkan wang 1MDB kepada rakyat jika menang PRU14..."Rantainya akan dilelong dan dijual," kata Faiz.

Sabtu, 8 Julai 2017


Image result for Gambar Rantai merah Jambu
KENAPA HINGGA KINI MO1 & isteri MO1 tidak keluar kenyataan penafian dia atas dakwaan DOJ tersbut ??! Apa dah jadi pada sistem perundangan di negara kita !!
ppbmtegar

Kenyataan media


*DATIN SERI ROSMAH MANSOR MENGAKU DIA ADALAH ISTERI MO1*.


1. Datin Seri Rosmah Mansor Isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia akan mengambil *tindakan terhadap sesiapa yang cuba memfitnah beliau dengan mengaitkan beliau dengan laporan DOJ* yang mendakwa wang curi dari 1MDB berjumlah RM128 juta telah digunakan oleh pihak tertentu untuk membeli permata berlian untuk isteri MO1.

2. Rosmah telah mengarahkan peguamnya untuk bertindak ke atas sesiapa saja yang mengaitkannya dengan laporan DOJ dan juga yang tular dimedia sosial.Yang menjadi persoalannya ialah laporan *DOJ hanya menyebut permata berlian bernilai RM128 juta itu diberikan kepada isteri MO1* dan ianya tidak pun di sebut sebagai diberikan kepada Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak.


3. Tindakan Rosmah ini seolah *memperakui laporan DOJ yang menyebut permata berlian yang diberikan kepada isteri MO1 itu membawa maksud isteri MO1 yang menerima permata berlian itu adalah dirinya*.Secara tidak langsung Rosmah seperti memperakui *isteri MO1 itu adalah dirinya Rosmah Mansor isteri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia*.



4. Bagi saya pengakuan Rosmah itu dibuat kerana dia mempunyai pengetahuan tentang

apa yang berlaku seperti yang terkandung dalam laporan DOJ.Ini bermakna Rosmah tahu isteri MO1 itu adalah dirinya dan permata berlian tersebut ada padanya. *DOJ tidak pun menyebut nama Rosmah Mansor yang memiliki permata berlian bernilai RM128 juta*.Kini Rosmah sendiri yang memberitahu isteri MO1 itu adalah dirinya dan apabila Rosmah Mansor adalah isteri MO1 maka sudah tentulah MO1 yang dimaksudkan DOJ itu tidak lain dan tidak bukan adalah Mohd Najib Razak.


Selamat Berpuasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir batin.



#BersamaMemburuLailatulQadar

#BersamaMemburuPencuri1MDB
#BersamaMenangkapMO1
#BersamaMenangkapIsteriMO1


*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*

Ahli Parlimen Pokok Sena
Isnin 12.30pm Kuala Lumpur
20 Jun 2017/25 Ramadhan 1438H.

PH berikrar pulangkan wang 1MDB kepada rakyat jika menang PRU14

PH berikrar pulangkan wang 1MDB kepada rakyat jika menang PRU14
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil Faiz berkata nama Malaysia sudah tercemar dengan pelbagai negara antarabangsa melakukan penyiasatan terhadap penyelewengan wang berbilion ringgit oleh 1MDB semasa ceramah di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam tadi. – Gambar The Malaysia Insight oleh Zainal Abdul Halim, 11 Jun, 2017.
SEGALA hartanah mewah, berlian merah jambu, kapal layar – semua ini dan banyak lagi, dibeli dengan wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dijual dan wang itu dikembalikan kepada rakyat sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ini merupakan janji yang akan dikotakan pemimpin PH dalam kempen yang dilancarkan mereka bagi menerangkan kepada orang ramai berhubung skandal berbilion ringgit syarikat beban hutang itu.
Kenyataan itu disuarakan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Faiz Fadzil dan Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto dalam ceramah "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" di Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.
"Rantainya akan dilelong dan dijual," kata Faiz.
Kasthoori pula menyeru agar skandal 1MDB itu perlu disebarkan dan membuat pilihan yang betul ketika pilihan raya nanti.
"Anda perlu tahu skandal ini (1MDB) kerana wang ini sekiranya ia dapat dipulihkan ia akan dikembalikan kepada rakyat.
"Ini bukan duit dia. Ia (rantai) akan dilelong dan duit yang diterima dapat dikembalikan kepada rakyat," kata Kasthoori.
Sebelum ini, saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang terkini menyatakan bagaimana Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, membeli rantai leher berlian merah jambu 22 karat menggunakan wang daripada 1MDB untuk isteri "Malaysian Official No. 1” (MO1).
MO1 sebelum ini dikenal pasti sebagai Najib Razak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan.
DoJ memohon untuk menyita, antara lain, kapal layar Equanimity milik Jho Low, bernilai AS$165 juta dan hak filem "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, sebuah syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib.
Susulan saman itu bulan lalu, beberapa personaliti terkenal yang dinamakan dalam tuntutan itu – didakwa menerima hadiah dibeli hasil penyelewengan daripada syarikat pelaburan negara berkenaan, memulangkan semula hadiah kepada DoJ.
Faiz berkata nama Malaysia sudah tercemar atas skandal tersebut dengan pelbagai negara antarabangsa melakukan penyiasatan terhadap penyelewengan wang berbilion ringgit oleh 1MDB.
"Kalau kita rasa ditindas sebagai rakyat, kita harus bangkit lawan Najib  dan Rosmah (Mansor). Kita harus bangun. Kita rakyat yang ada maruah," katanya.
Najib berdepan tekanan berhubung skandal 1MDB selepas DoJ memfailkan saman ketiga untuk mengembalikan aset bernilai berbilion ringgit yang didakwa dicuri daripada syarikat pelaburan itu.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari pula menginatkan pada kira-kira 200 hadirin yang hadir yang negara kini sedang dimalukan di peringkat antarabangsa dengan gelaran negara kleptokrasi.
"Reputasi negara kita juga menurun. Khususnya tahun kebelakangan ini sejak akhir-akhir ini kita terkenal di sleuruh dunia sebagai negara kleptokrasi.
"Sebenarnya perkataan itu merupakan pemerintahan penyamun, bukan pemerintahan demokrasi di mana pemerintahan oleh rakyat sebab rakyat yang memilih.
"Kleptokrasi menggambarkan keadaan sebuah negara, wang rakyat, dan sumber asli diselewengkan untuk memperkayakan atas keuntungan diri sendiri," katanya.
Antara panel pemimpin PH yang hadir merupakan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Yaakob Osman dan Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua. – 7 Julai, 2017.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena