Tuesday, 18 July 2017

[Video Jadi menteri pun Kit Siang tak mau, apatah lagi jadi PM] "Dah lama aku tak dengar nama MCA ni, hidup ke mati..?"

Rabu, 19 Julai 2017

Foto Otai BERSIH.
Longgokan sampah bertan-tan di jumpai pakar forensik dari MCA di pulau pinang.

Dah lama aku tak dengar nama MCA ni. Hidup ke mati..?

Jadi menteri pun Kit Siang tak mahu, apatah lagi jadi PM – Tun Mahathir


SHAH ALAM, 18 JUL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri seperti yang dituduh mesin propaganda UMNO-Barisan Nasional (BN).

Pengakuan itu diperkuatkan lagi dengan pendedahan Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu pernah menolak jawatan menteri yang ditawarkan semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak.
Malah, DAP ketika itu juga, katanya, pernah dipelawa untuk menyertai BN.
“(Datuk Seri) Najib (Razak) kata kalau UMNO jatuh, Kit Siang jadi perdana menteri. Sebenarnya, Kit Siang boleh jadi menteri lama dah,” kata bekas perdana menteri itu dalam ceramah perdana HARAPAN di IDCC dekat sini, semalam.
“Tahun 69, bila Tun Razak cuba nak tubuh Barisan Nasional, parti DAP dijemput, bukan sahaja dia jemput Gerakan, bukannya sahaja dia jemput SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), parti DAP pun dijemput.
“Tapi kalau Kit Siang nak jadi menteri, dia join lah. Siapa yang semua join dapat jadi menteri, tapi dia tak ingin nak jadi menteri pun, apatah lagi nak jadi perdana menteri.”
Pemimpin UMNO sebelum ini menyerang Kit Siang dengan pelbagai tohmahan kononnya pemimpin veteran DAP itu menginginkan jawatan perdana menteri bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi kaum Melayu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena