Friday, 14 July 2017

[Video Zulkifli Mamat (Pas Pulai Condong) Rembat RM50 ribu, dakwa Husam] PAS tawar 'gencatan senjata' pada Pakatan Harapan? DAGANGAN KARBON Dari RM150 juta kepada RM5 juta setahun aje? Aikk! TAHNIAH MB KELANTAN.

Jumaat, 14 Julai 2017

PAS tawar 'gencatan senjata' pada Pakatan Harapan

PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

“Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN.

“Jangan pedulikan tulisan murahan tentera siber yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.

“Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.

“Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

“Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.

“Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan,” katanya.

PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP setelah perbezaan pendapat dan perbalahan berterusan dalam isu pelaksanaan hudud.

Langkah itu menyebabkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Manakala PAS memilih kerjasama baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Note admin : Untuk makluman ini cerita 2016 dah disiarkan semula sebagai peringatan sejarah setahun yg lepas dan alangkah indahnya jika gencatan ini berlaku dgn masing hanya menghalakan serangan pada BN...
KedahLanie

TAHNIAH MB KELANTAN, BERJAYA PEROLEHI PENDAPATAN DARI KARBON KREDIT DENGAN RM5JUTA DARI PERJANJIAN RM150 JUTA

TAHNIAH BUAT MB KELANTAN. DARI RM150 JUTA KEPADA RM 5 JUTA SETAHUN ATAU RM5 SEEKAR HASIL DAGANGAN KARBON

Bermakna - RM 5 se ekar setahun! Cukup makan ke?
Dato Anuar Tan ketika berucap di Sidang Dun Belanjawan pada akhir tahun 2016 menyebut,  Kelantan akan menerima  RM 150 juta setahun hasil perdagangan karbon.
RM 25 se tiap kredit karbon dan se tiap hektar akan diperolehi 20 kredit. RM 500 se tiap hektar.
Sidang berakhir semalam, Dato Anuar Tan menyebut, bermula 2018 dan 2019, Kelantan akan menerima RM 5 juta setahun atas sejuta ekar hutan yang diluluskan itu.
Ia menjunam menjadi RM 5 se ekar setahun! (5j bahagi 1 juta ekar).
Jika pembahagian 55:45 dipakai, CP akan memperolehi RM 4 juta lebih sedikit.
Andaikan mereka bahagi sama rata antara empat orang pemegang saham, mereka memperolehi RM 1 juta se orang!
Kerajaan Kelantan pula, mendapat RM 5 se ekar!
Tahniah!
(Artikel penuh InsyaAllah dimuatkan besok)

YB Dato Husam Musa
9:15pm
13 Julai 2017/19 Syawal 1438

1 comments:

noor hanan mohd nuruddin said...

Nampak gaya ada 2 perkara yg jadi tanda tanya. adakah kerajaan kelantan PAS kena tipu atau kerajaan PAS MENIPU RAKYAT.
Apa2 pun yg rugi adalah RAKYAT KELANTAN.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena