Wednesday 12 July 2017

[Video Lawan saya Najib, siapa Noh ni..."dia cicak mengkarung aje"?] 'Solidari Shamshulsakri' dengan menderma sekadar yang mampu & BN goyah, terpaksa tagih simpati pengundi India.

Khamis, 13 Julai 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.


Solidariti Shamshul Sakri - Bangkrap saman Kes Petisyen PRU13
Dari Abu Hamzah Anas Bin Malik Rodhiyallahu ‘anhu pembantu Rosulullah Shollallahu ‘alaihi wa Sallam dari Nabi Shollallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: ” Tidak sempurna Iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ”
[HR Al-Bukhori dan Muslim]
Shamshulsakri merupakan seorang OKU yang hanya berpencen tentera laut, beliau mempunyai 7 orang anak dan 5 masih bersekolah. Isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa, dahulunya seorang guru PASTI (dipecat)
Kes petisyen tersebut benar-benar merupakan suatu kesedihan yang besar beliau dalam perjuangan ini, perjuangan melawan kleptokrat ini memang perit!
Sumbangan untuk beliau boleh disalurkan melalui Parti Amanah Negara Kawasan Lumut (Maybank Akaun - 558293620259)
Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama membantu program 'Solidari Shamshulsakri' dengan menderma sekadar yang mampu.
HAJI BADRUL BIN BULAT
Ketua
Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Lumut

BN goyah, terpaksa tagih simpati pengundi India


IPOH, 12 JULAI: Pilihan raya umum (PRU) akan datang bakal meletakkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan tidak menentu akibat perebutan kuasa dalaman dan skandal rasuah mega.
Kedudukan UMNO juga semakin goyah apabila turut berhadapan dengan gelombang ‘tsunami Melayu’ dalam PRU akan datang.
Dalam situasi mendesak ini, bukan sesuatu yang aneh apabila Najib terpaksa menagih simpati dengan menabur pelbagai janji manis dan tawaran politik.
Antara lain Najib pada April lalu telah melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (Malaysian Indian Blueprint-MIB) yang didakwa merupakan perancangan realistik hala tuju masa depan dan manfaat masyarakat India negara ini.
Namun, segala janji manis itu kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran, hanya sekadar gimik politik semata-mata memandangkan PRU-14 semakin hampir.
Janji Najib itu katanya tidak ubah seperti janji yang pernah dilakukan kerajaan sebelum ini dengan kumpulan pendesak HINDRAF.
“Pada tahun 2013, Perdana Menteri telah tandatangan MoU persefahaman dengan Hindraf. Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang dijanjikan.
“Ini jelas menunjukkan Perdana Menteri hanya sekadar mampu menabur retorik dan janji kosong. Jadi, bagi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia ini, masyarakat India negara ini tidak akan lupa tentang ‘kebolehan’ BN melupakan janji-janji yang ditabur sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.
Pengundi India sebagai penentu kemenangan
Kula berpandangan, Najib terpaksa menabur janji sedemikian kerana pengundi India memainkan peranan sebagai penentu kemenangan sesebuah kawasan Parlimen dengan 10 peratus pemilih dari komuniti itu di sekitar 60 kerusi Parlimen.
“Dengan kedudukan BN yang tidak stabil, sekarang setiap undi amat bermakna buat mereka begitu juga dengan jumlah kerusi yang akan ditandingi MIC.
“Jadi, Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia hanya sebagai umpan untuk menarik undi masyarakat India kepada BN,” jelas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu.
Segala ‘usaha’ BN tersebut bagaimanapun tidak dapat menafikan realiti yang berlaku terhadap kumpulan minoriti masyarakat India negara ini.
“Telah banyak kali saya nyatakan antara komuniti yang jauh ketinggalan dari arus pembangunan negara ini ialah masyarakat India.
“Sebelum ini kerajaan telah berjanji untuk mencapai sasaran tiga peratus pemilikan ekuiti menjelang 2010. Tapi menjelang 2010, segala matlamat itu tertangguh. Mana komitmen kerajaan untuk capai matlamat ini?” soal beliau.
Bilangan masyarakat India yang bekerja dalam sektor awam juga katanya semakin berkurangan apabila hanya mencatatkan bilangan semasa sebanyak lima peratus sahaja berbanding 15 peratus pada tahun 1970.
“Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) didominasi oleh kaum Melayu manakala kaum Cina pula dalam sektor swasta manakala kaum India berada di pinggir kedua-dua sektor tersebut.
“Fakta-fakta yang tidak boleh dinafikan ini sekaligus memberi penjelasan terhadap beberapa situasi mengapa peratusan samseng, gejala arak dan bunuh diri antara yang tertinggi melibatkan kaum India,” jelas Kula.
Beliau berkata, masalah yang melanda masyarakat India negara ini tidak akan dapat diselesaikan secara menyeluruh dengan dasar-dasar bersifat sementara dan sekadar untuk mendapatkan sokongan semata-mata.
“Jadi apa yang perlu dilakukan ialah dnegan penubuhan sebuah jawatankuasa Parlimen untuk mengkaji dan meneliti isu sebenar yang melanda masyarakat India.
“Namun kenapa kerajaan nampaknya masih engan menubuhkan jawatankuasa itu?” soalnya lagi. –Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena